J4125 / UNIT3 /2KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PERINDUSTRIAN
INPUT
3.0
PENGENALAN
Penggunaan robot di dalam industri perngeluaran telah dikenalpasti sebagai salah satudari faktor yang dapat mempertingkatkan daya pengeluaran sesebuah industri. Apakahyang menyebabkan kenyataan ini boleh dikeluarkan ? Unit 3 ini akan membincangkansecara mendalam apakah kebaikan dan kelemahan penggunaan robot di dalam sesuatuproses pengeluaran untuk menyokong kebenaran kenyataan di atas.
3.1.
Kelebihan penggunaan robot dalam proses kimpalan.
Robot dapat menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi sehingga, empat kali gandaberbanding dengan kaedah manual. Ini adalah kerana ia mempunyai faktor arc-on-timeyang tinggi iaitu 70% -80% berbanding dengan manusia yang mempunyai faktor ‘arc-on-time’ sekitar 20%-30%. Keletihan juga. tidak dialamioleh robot. Faktor
‘arc on time
’adalah merujuk kepada ketepatan masa sesuatu kerja dijalankan. Contohnya ialah, robotdapat melakukan kerja yang diprogramkan tanpa membuang masa kerana semuapergerakan yang dilakukan telah ditetapkan di dalam program. Ia tidak mempunyai naluriseperti manusia untuk melakukan kerja-kerja lain selain dari apa yang telah ditetapkan.Manakala manusia pula mempunyai naluri yang menyebabkan mereka melakukanpergerakan-pergerakan lain semasa sesuatu tugas dilakukan. Contohnya, manusia akanmengambil masa untuk membetulkan kedudukannya, alat keselamatan yangdigunakannya dan perbagai pergerakan lain untuk memastikan keselesaannya semasamelakukan tugasnya. Ini menyebabkan ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkan kerja yang sedang dilakukannya. Selain dari itu, mereka juga akanmengalami keletihan yang menyebabkan kerja kimpalan yang dilakukan tidak konsisten.Selain daripada itu, robot dapat menjamin kualiti hasil yang lebih baik, bermutu dankonsisten. Ini menyebabkan ia lebih selamat digunakan kerana ia dapat memberikankualiti persekitaran lebih baik. Semasa kerja-kerja kimpalan dilakukan, terdapat banyak sisa pembuangan yang akan dibuang samada ke udara ataupun ke tong sampah.Antaranya adalah gas-gas yang dihasilkan oleh kerja kimpalan dan tatal atau sisa buanganlain yang tidak berguna. Gas yang dilepaskan mungkin mengandungi racun atausebagainya yang menyebabkan pencemaran udara. Manakala bahan buangan lain pulaboleh menyebabkan pencemaran lain pula. Sekiranya ia dapat mengurangkan ralat padaproduk, produk yang rosak dapat dikurangkan. Ini menyebabkan tempahan dapatdisiapkan dengan lebih cepat.