You are on page 1of 4

Hasil Kajian.

Nama Bangunan:
- Nama bangunan yang saya kaji untuk kerja khursus sejarah tingkatan 3 untuk Penilaian
Menengah Rendah 2009 ialah Kota A Famosa.

Latar Belakang:

Sejarah…
kota A Famosa dalam bahasa Portugis bermaksud “Yang Termashur”. Kota ini telah dibina
oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Sebelum Melaka
ditawan, Alfonso de Albuquerque ingin menuntut pembebasan tawanan Portugis termasuk
pegawai kanan rombongan iaitu Ruy de Araujo dan meminta ganti rugi.Selain itu, beliau juga
meminta untuk mendirikan kubu di Melaka.

Sultan Mahmud Shah dengan berani bertindak untuk menolak sekeras-kerasnya semua tuntutan
Alfonso de Albuquerque. Tindakan Sultan Mahmud Shah yang menolak tuntutan tersebut
menyebabkan Alfonso mengambil keputusan untuk menyerang Melaka. Akhirnya, Melaka dapat
ditawan dengan serangan ketiga dan ditawan pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah dan
pengikut-pengikutnya terpaksa berundur ke Muar dan seterusnya ke Bentan. Selepas itu, beliau
menubuhkan satu kerajaan yang baru selepas kemangkatan anaknya, Sultan Ahmad Shah.

Pengasas dan lokasi pembinaannya…

Kota A Famosa diasaskan oleh Alfonso de Albuquerque sendiri kerana ingin mempertahankan
pentadbiran Portugis di Melaka. Kota ini juga menjadi lambang penentangan penduduk melaka
sebaik sahaja menguasai melaka.

Kota ini terletak di Bandar Hilir, melak bersebelahan replica Istana Kesultanan Melaka dan
Gereja st.Paul. Kota ini juga merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sebaik sahaja menawan melaka. Ini
bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang
digelar A Famosa atau secara rasminya kubu melaka(Fortaleza de Malaca).
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan
itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah
Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat,
biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang  Belanda  pada
kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan
sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

Tujuan pembinaannya…
Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sebaik sahaja menawan melaka. Ini
bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang
digelar A Famosa atau secara rasminya kubu melaka(Fortaleza de Malaca). Banyak serangan
dapat ditangkis oleh Portugis. Dengan adanya 70 meriam disekeliling kota A Famosa, Portugis
dapat menangkis serangan dengan nudah.

Kubunya juga yang kukuh dan tebal menyusahkan lagi orang-orang melayu untuk menyerang
Kota A Famosa. Kota ini juga untuk tempat dimana orang Portugis yang menganut agama
Kristian beribadat
Keistimewaan bangunan:

Reka bentuk pelan…


Penemuan arkeologi

Bandar dan kubu Melaka (1780)


Gambar disebelah menunjukkan Bandar dan kubu melaka iaitu Kota A Famosa. Kota A Famosa
yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal
2.4  meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro,
Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de
Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan
tujuh puluh meriam ke semua arah.

Bahan binaan..
Kota A Famosa mengambl masa selama 5 bulan untuk dibina. Akibat suhu panas yang terik dan
kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut Apabila
buruh paksa berkurang, kota ini dibina agak lama untuk dsiap. Banyak bahan bagi membina
kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pengubahsuaian…
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan
itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah
Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat,
biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang  Belanda  pada
kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan
sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de
Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur
Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan
meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de
Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".
Kegunaan dahulu dan sekarang…
Kota ini dahulunya sebagai kota pentadbiran Portugis, Belanda dan British. Selain itu tempat
ini untuk beribadah kerana di dalam kota ini ada 5 gereja. Kota ini juga sebagai kubu
pertahanan pentadbiran. Ia dapat mempertahankan kota daripada ancaman orang-orang
melayu dan Belanda.

Tapi itu dulu….

Sekarang, A Famosa hanya meninggalkan tidak sampai sebahagian pun daripada kubu Melaka.
Hanya tinggal satu sahaja pintu utama yang terselamat daripada kerja-kerja pemusnahan iaitu
Porta de Santiago. Pintu itu hanya tinggal kenang-kenangan dan menjadi tarikan pelancong
untuk melihat satu pintu daripada kubu Melaka iaitu bangunan tertua di Asia. Didalamnya
terdapat gereja dan tempat pengebumian orang-orang ternama dan pemerintah portugis. Disitu
juga menjadi tarikan pelancong. Melaka juga dikenali sebagai bandaraya bersejarah kerana
banyak bangunan bersejarah di negeri ini dan antaranya ialah Kota A Famosa.

Fort A' Formosa: Perobohan oleh pihak British diberhentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di
Melaka. Apa yang ditinggalkan dipelihara sehingga hari kini.
Gambar oleh: Cornell Japanese Animation Society

You might also like