You are on page 1of 10

NILAI-NILAI UNIVERSAL

DALAM TAMADUN

Disediakan oleh : KUMPULAN 1

o Luqman Hakim Bin Adjmil


o Muhammad Azry Bin Mohd Raya
o Muhammad Anas Bin Bakri
o Nik Mohd Azri Bin Azaha

Disediakan untuk : Puan Azuriah Binti Abdul Rahim


CTU151 (Pemikiran Dan Tamadun Islam)

Tarikh hantar : Minggu ke-4


ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN

Nilai bermaksud mutu, darjat, kualiti dan taraf. Selain itu, nilai juga bermaksud
sifat ketinggian dalam pemikiran, agama dan kemasyarakatan.

Universal pula bermaksud berlaku atau terdapat di mana-mana saja di dunia ini
dan meliputi semua.

(Kamus Dewan Edisi Empat)

Terdapat perbezaan yang besar antara tamadun yang muncul kerana setiap
tamadun itu menunjukkan budaya, falsafah hidup dan agama dalam
masyarakatnya. Setiap tamadun juga menunjukkan kelebihan masing-masing
yang tiada dalam tamadun lain.

Akan tetapi, masih wujud nilai-nilai universal yang dikongsi bersama antara
tamadun Islam dan tamadun dunia yang lain.
NILAI KEKELUARGAAN
Tamadun Islam

Dalam tamadun Islam, berasaskan al-Quran yang turut member kepentingan


kepada sesebuah keluarga. Hubungan anak dengan ibu bapa berasaskan
kepada hak dan tanggungjawab. Islam mengajar hak terhadap anak hendaklah
dilaksanakan oleh ibu bapa sejak anak itu berada dalam kandungan lagi. Islam
mengajar supaya ibu bapa berbuat baik sejak anak dalam kandungan agar anak
itu nanti sentiasa kearah untuk melakukan kebaikan.

Selain itu, tanggungjawab untuk memberi dan melatakkan nama yang baik,
seterusnya member anak kehidupan yang lebih sempurna dengan memberikan
mereka pendidikan yang cemerlang. Al-Quran menjelaskan dengan terang
tentang ikatan kekeluargaan ini.

Tambahan lagi, anak-anak juga wajib melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu


bapa dengan tidak menderhaka kepada mereka. Islam juga mengajar kita
mengeratkan hubungan dengan perasaan kasih sayang sesame ahli keluarga.
Konsep keadilan menjadi asas perjalanan sesebuah keluarga Islam.
Tamadun China
Dalam tamadun China pula, keluarga merupakan unit asas dalam tamadun.
Aspek kekeluargaan amat ditekankan dalam aspek kekeluargaan.

Konsep “ li “ iaitu penekanan kepada lima jalinan hubungan sesama manusia


iaitu:
 Hubungan maharaja dengan rakyat
 Hubungan bapa dengan anak
 Hubungan abang dengan adik
 Hubungan suami dengan isteri
 Hubungan kawan dengan kawan

Kesetiaan anak kepada bapaknya adalah sama seperti seorang rakyat kepada
maharaja. Oleh itu, masyarakat China mengadakan upacara mengingati nenek
moyang yang bertujuan untuk mengucapkan rasa terima kasih serta menunjukkan
ketaatan kepada nenek moyang yang telah meninggal dunia.

(Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun, 2004)

Tamadun India
Dalam masyarakat India, keluarga amat ditekankan dan mempunyai
kepentingannya. Sistem kekeluargaan memain peranan kepada keturunan yang
menjadi sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian. Ahli keluarga
perlu ada rasa hormat dan kasih sayang untuk pembentukan keluarga di dalam
masyarakat India.

(Tamadun Islam dan Tamadun Asia, 2001)


NILAI ALAM SEKITAR
Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh kesemua
agama kerana dianggap sebagai anugerah tuhan.

Tamadun Islam
Ajaran Islam mengajar supaya manusia berbuat hubungan baik dengan alam
sekitar. Hal ini kerana, manusia merupakan khalifah Allah untuk memelihara alam
sekitar.

(Sejarah dan Pemikiran dan Tamadun Islam, 2009)

Tamadun China
Dalam tamadun China pula, manusia diajar menjaga alam sekitar melalui konsep
‘Esho Fuai’.

Konsep ini bermaksud manusia dan alam sekitar bukanlah perlu menentang
antara satu sama lain tetapi ianya saling berkaitan dan memerlukan.

(Azhar, 2002)

Tambahan lagi, agama Shinto menyebut “kami” adalah meliputi binatang-


binatang, tumbuh-tumbuhan yang dianggap berkuasa dan hebat yang boleh
member kesan kepada manusia. Agama ini merupakan agama yang mensucikan
alam yang perlu disembah sama seperti kepercayaan Animisme.

(Sejarah dan Pemikiran dan Tamadun Islam, 2009)


NILAI KEPERCAYAAN
Tamadun Islam
Islam menekankan persoalan ketuhanan dan kerohanian. Agama member
tenaga, fikiran, dan penggerak kepada kemajuan sesebuah tamadun.

Tamadun Jepun
Tamadun Jepun banyak dipengaruhi oleh Shintoisme iaitu bermaksud
menanamkan rasa kebangsaan Jepun dan semangat patriotisme. Seterusnya
konsep ini pula diikuti oleh semangat Bushido yang membawa maksud sanggup
membunuh diri jika gagal melaksanakan apa yang diperintah.

Tamadun China
Konfusianisme tidak dapat dipisahkan dengan tamadun China yang telah
berkembang sejak 2500 tahun yang lepas. Pada abad pertama sebelum masihi
telah berlaku hubungan antara aliran konfusianisme dengan pemerintah Han.

(Sejarah dan Pemikiran dan Tamadun Islam, 2009)


KEPIMPINAN (KERAJAAN)

You might also like