Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:
1.
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yangserius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiapgerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasamengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak merekaserta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasamemastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yangmempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklahmenghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatihanak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggupmenerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklahmenjadi
role model 
kepada anak.
2.
Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandangdengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3.
Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undangdi peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolahdan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
4.
Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklahmengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak  polis.
5.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakanseperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolahadalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Programini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakandan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dankeberkesanan kaunseling tersebut.
6.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more