You are on page 1of 9

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM

PERTANDINGAN KEMAHIRAN
PENGAKAP
CABARAN PPJ 2010
TAMAN PERTANIAN KONG-KONG,
MASAI, JOHOR
MAY 07, 2010 – MAY 09, 2010
RINGKASAN EKSEKUTIF

ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH


PENGANJUR JOHOR BAHRU

DENGAN KUMPULAN PENGAKAP KELANA ‘A’ DAERAH JOHOR


KERJASAMA BAHRU

TAJUK KERTAS KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM


KERJA PIALA PAK JAAFAR 2010 (CABARAN PPJ 2010)

JENIS PROJEK PERTANDINGAN KEMAHIRAN KEPENGAKAPAN

TARIKH PROGRAM 07 MEI HINGGA 09 MEI 2010

LOKASI PROGRAM TAMAN PERTANIAN KONG-KONG, MASAI, JOHOR

MATLAMAT DAN MENYEDIAKAN PLATFORM UNTUK AHLI-AHLI


PENCAPAIAN PENGAKAP MUDA DAN REMAJA MEMPRAKTIKKAN
PROGRAM PELBAGAI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
KEPENGAKAPAN SEKALIGUS MEMBERI PELUANG
UNTUK MEREKA BERTANDING DAN BERSAING
ANTARA SATU SAMA LAIN

KUMPULAN AHLI-AHLI PENGAKAP MUDA DAN REMAJA DARI


SASARAN DAERAH JOHOR BAHRU

JUMLAH PESERTA 200 ORANG AHLI PENGAKAP MUDA DAN REMAJA


(SETIAP KUMPULAN 3 PATROL @ 21 ORANG BAGI MENGAMBIL
BAHAGIAN BAGI 3 BAHAGIAN CABARAN)

ANGGARAN KOS RM25.00 SETIAP PESERTA


(TERMASUK SEWA TAPAK PERKHEMAHAN PERALATAN
PERTANDINGAN TETAPI TIDAK TERMASUK MAKANAN DAN
MINUMAN )
NAMA KERTAS KERJA

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PIALA PAK JAAFAR 2010 ATAU


SINGKATANNYA CABARAN PPJ 2010

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengakap merupakan unit beruniform tertua di Malaysia dan telah melahirkan
ramai individu yang berjaya dalam segenap aspek. Asas aktiviti Pengakap
adalah penerapan ilmu ikhtiar hidup, disiplin, semangat sukarela, jatidiri dan
patriotik di kalangan ahli-ahlinya. Penglibatan para remaja dalam Pengakap
akan membolehkan mereka diiktiraf atas aktiviti yang mereka minati menerusi
pelbagai lencana yang ditawarkan. Pengakap mampu menyediakan bekalan
kepada murid-murid sekolah rendah untuk melangkah ke alam remaja dalam
suasana yang lebih sihat sekaligus mengelakkan para remaja daripada terlibat
dalam gejala sosial.

1.2 Acara berbentuk pertandingan kemahiran merupakan satu cara untuk


memupuk persaingan yang sihat di kalangan ahli-ahli Pengakap. Melalui
pertandingan kemahiran, ahli-ahli Pengakap akan berusaha memberikan yang
terbaik untuk menjadi pemenang. Ini akan membolehkan bakat dan kreativiti
mereka dicungkil dan dibangunkan ke tahap yang lebih tinggi.

1.3 Melalui program Piala Pak Jaafar 2010 atau Cabaran PPJ 2010 yang bakal
diadakan selama tiga hari dua malam ini, kami yakin pelbagai ilmu
kepengakapan yang terkandung di dalam sukatan pelajaran Pengakap Muda
dan Remaja akan dapat dipraktikkan oleh para peserta dalam suasana yang
lebih kompetitif dan muhibah. Para peserta juga akan berpeluang menonjolkan
bakat kepimpinan dan semangat berpasukan mereka selaras dengan aspirasi
Persekutuan Pengakap Malaysia.
2.0 SEJARAH RINGKAS PIALA PAK JAAFAR

Piala Pak Jaafar ini merupakan piala pusingan yang dahulunya dijadikan acara
tahunan oleh Pasukan Kelana A Daerah Johor Bahru. Ianya telah mendapat
pengiktirafan oleh Pengakap Daerah Johor Bahru kerana ia merupakan satu-satunya
pertandingan kemahiran pengakap yang berprestij pada waktu itu di sekitar tahun
1990an dan awal 2000. Bagaimana pun kerana kekurangan tenaga penganjur dan
sokongan maka pertandingan ini tidak dapat diteruskan setiap tahun.
Piala Pak Jaafar ini di ambil sempena nama Allahyarham Bekas Pesuruhjaya
Daerah Johor Bahru yang juga Pemimpin Kelana A daerah Johor Bahru sekitar tahun
90an. Beliau merupakan Pemimpin dan Jurulatih yang bayak berjasa dan mempunyai
kemahiran berpengakapan yang tinggi, disegani serta dikenali bukan sahaja di Johor
Bahru, di peringkat negeri malah di peringkat Kebangsaan ketika itu. Demi
mengenang jasanya, maka pasukan Kelana A Johor Bahru telah menamakan piala ini
sempena nama beliau agar jasanya akan sentiasa di kenang.

3.0 MATLAMAT

Menyediakan platform untuk ahli-ahli Pengakap Muda dan Remaja

bertanding dan mempraktikkan ilmu-ilmu kepengakapan dengan memfokuskan

kepada pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang menyeronokkan seperti yang

terkandung di dalam sukatan pelajaran Pengakap Muda dan Remaja serta membakar

semangat para peserta untuk terus memantapkan kemahiran kepengakapan mereka

secara konsisten dan berterusan.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada ahli-ahli Pengakap Muda dan Remaja


mempraktikkan pelbagai ilmu kepengakapan yang terdapat di dalam sukatan
pelajaran mereka seperti ilmu simpulan dan ikatan, ilmu masakan rimba, ilmu
orienteering dan pandu arah, serta ilmu pertolongan cemas

4.2 Menyediakan platform untuk ahli-ahli Pengakap Muda dan Remaja dalam
daerah Johor Bahru untuk bersaing secara sihat antara satu sama lain

4.3 Merapatkan silaturrahim antara sesama ahli-ahli Pengakap, guru-guru


Pemimpin Pengakap dan seluruh warga Persekutuan Pengakap Malaysia
Daerah Johor Bahru

4.4 Melahirkan ahli-ahli Pengakap Muda dan Remaja yang mempunyai


pengetahuan dan kemahiran kepengakapan yang tinggi

5.0 KUMPULAN SASARAN

Seramai 200 orang peserta terdiri daripada:

5.1 Ahli Pengakap Muda Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru
5.2 Ahli Pengakap Remaja Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru

6.0 TARIKH

07 Mei hingga 09 Mei 2010


7.0 TEMPAT

Taman Pertanian Kong-Kong, Masai, Johor

8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR PROGRAM


Sila rujuk Lampiran 1

9.0 TENTATIF PROGRAM


Sila rujuk Lampiran 2

10.0 BELANJAWAN PROGRAM


Sila rujuk Lampiran 3

11.0 PENUTUP

Kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum adalah salah satu daripada komponen yang
diperlukan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang selain daripada
kecemerlangan dalam bidang akademik. Kumpulan Pengakap yang efektif boleh
berfungsi sebagai benteng untuk para remaja daripada terjerumus di dalam gejala sosial.
Kejayaan merealisasikan program Piala Pak Jaafar 2010 ini akan membolehkan lebih
banyak aktiviti Pengakap yang menarik dan menyeronokkan dianjurkan pada masa akan
datang. Dengan komitmen penuh daripada semua pihak, generasi masa hadapan yang
lebih berkualiti akan dapat dilahirkan daripada aktiviti-aktiviti seperti ini.
LAMPIRAN 1
AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR PROGRAM
PIALA PAK JAAFAR 2010
TAMAN PERTANIAN KONG-KONG, MASAI
07 MEI HINGGA 09 MEI 2010

PENASIHAT : Pesuruhjaya Pengakap Daerah Johor Bahru


PENGARAH : En Khamaruzaman Bin Samsudin
PENOLONG PENGARAH : En Zeiyn Bin Ahmad
SETIAUSAHA : En Ayub Bin Hassan
BENDAHARI : En Mohd Hafiz Bin Raya
KOMANDAN KEM : En Mohd Ikrar Bin Moien
KUARTERMASTER ALATAN : En. Zalini Bin Johari
KUARTERMASTER MAKANAN : En Abbas Bin Moideen
BIRO AKTIVITI : En Shaffron Hizzuri Bin Taib
BIRO KESELAMATAN : En Hairul Zeman bin Khamis
BIRO PIALA/HADIAH/ : En Mohd Rizal Bin Md Said
CENDERAHATI/SIJIL/
PROTOKOL
BIRO PERTANDINGAN : En Mohd Ikrar Bin Moien
BIRO TUGAS-TUGAS KHAS : En. Azhar Bin Mahras

JAWATAN KUASA PERTANDINGAN

BAHAGIAN 1 a. Cabaran 1 : En Abbas Bin Moideen


b. Cabaran 2 : En Mohd Rizal Bin Md Said
c. Cabaran 3 : En En Mohd Hafiz Bin Raya
d. Cabaran 4 : En Zalini Bin Johari

BAHAGIAN 2 a. Persembahan: En Shaffron Hizzuri Bin Taib

BAHAGIAN 3 a. Cabaran 1 : En Azhar Bin Mahras


b. Cabaran 2 : En Azhar Bin Mahras
c. Cabaran 3 : En Shaffron Hizzuri Bin Taib
d. Cabaran 4 : En Shaffron Hizzuri Bin Taib
LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM
CABARAN PPJ 2010
TAMAN PERTANIAN KONG-KONG, MASAI
07 MEI – 09 MEI 2010

Jumaat, 07 Mei 2010

Masa Aktiviti
1500 - 1700 Pendaftaran di Taman Pertanian Kong-Kong
1700 - 1800 Membersihkan tapak perkhemahan
Mendirikan khemah
1800 Membersihkan diri
Makan malam
Solat Maghrib
Kuliah Maghrib
Solat Isya’
2100 - 2300 Sesi 1 – Taklimat Cabaran PPJ
2330 Tidur dan kawalan

Sabtu, 08 Mei 2010

Masa Aktiviti
0530 Bangun tidur
Membersihkan diri
Solat Subuh
Kuliah Subuh
0700 Persediaan untuk pemeriksaan pagi
0720 Pemeriksaan Pagi
0730 Sarapan pagi
0750 Istiadat pagi
0815 - 1700 Cabaran 1 bermula – Extreme Challenge
1200 - 1300 Makan Tengah hari
Rehat
Solat Zuhur
1700 Pertandingan Tamat
1700 - 2000 Membersihkan diri
Makan malam
Solat Maghrib
Kuliah Maghrib
Solat Isya’
2000 - 2330 Cabaran 2 - Malam Kebudayaan (Pertandingan)
2330 Tidur dan kawalan
Ahad, 09 Mei 2010

Masa Aktiviti
0530 Bangun tidur
Membersihkan diri
Solat Subuh
Kuliah Subuh
0700 Persediaan untuk pemeriksaan pagi
0720 Pemeriksaan Pagi
0730 Sarapan pagi
0750 Istiadat Pagi
0815 - 1130 Cabaran 3 - SkyWalker
1130 - 1230 Majlis penyampaian hadiah dan sijil
Majlis perasmian penutup
1230 - 1400 Mengemaskan tapak perkhemahan
Bergerak pulang

You might also like