Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
61Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ayat Berkesan Dalam Penulisan Karangan

Ayat Berkesan Dalam Penulisan Karangan

Ratings:

4.6

(10)
|Views: 19,428|Likes:
Published by ganos
Untuk tatapan calon BM SPM.
Belajar daripada kesilapan yang lalu dapat membantu memantapkan karangan anda.
Mengedit karangan merupakan suatu amalan berkesan untuk mengelakkan kesilapan.
Ambo doakan agar anda berjaya menghadiahkan A untuk ibu bapa, guru dan diri anda.
Untuk tatapan calon BM SPM.
Belajar daripada kesilapan yang lalu dapat membantu memantapkan karangan anda.
Mengedit karangan merupakan suatu amalan berkesan untuk mengelakkan kesilapan.
Ambo doakan agar anda berjaya menghadiahkan A untuk ibu bapa, guru dan diri anda.

More info:

Categories:Types, Research
Published by: ganos on Aug 16, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/26/2013

pdf

text

original

 
Penulisan Ayat Yang Berkesan
Karangan merupakan wacana, iaitu kesatuan buah fikiran atau pernyataan yang disusunsecara logis dan berkaitan antara satu dengan yang lain. Justeru, sesuatu binaan karanganmestilah dibentuk melalui jalinan ayat yang berkesan. Ayat yang berkesan mestilahmengandung ciri-ciri yang berikut.
1.Kesatuan gagasan
Ayat yang dihasilkan harus dapat memperlihatkan tema atau mempunyaifokus.
Sebaik-baiknya
satu
gagasan sahaja.
Gunakan ayat yang berpada panjangnya kerana ayat yang terlalu panjangmempunyai kecenderungan berisi lebih daripada satu gagasan.
Ayat yang lebih daripada satu gagasan akan kehilangan fokus dan ayatmenjadi lemah.Untuk memahami maksud ayat yang berisi lebih daripada satu gagasan, lihatcontoh yang berikut.
Oleh sebab itu, salah satu cara ialah memberi didikan agama yang sempurnauntuk pedoman anak-anak, diiringi pula oleh pengawasan yang teliti dan bijak daripada kedua-dua ibu bapa yang sekaligus memahami kejiwaan anaknya
.”Terdapat tiga gagasan dalam ayat di atas iaitu,i.Ibu bapa perlu memberi didikan agama yang sempurnaii.Ibu bapa perlu memberi pengawasan yang rapiiii.Ibu bapa perlu bijaksana dalam mengawasi anak-anak.Ayat di atas juga tidak jelas apakah temanya.Contoh ayat yang mengandung satu gagasan ialah,
Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memberi didikan agama yang sempurna untuk  pedoman anak-anak. Ibu bapa juga perlulah bijak dalam mengawasi anak-anak kerana merekalah yang memahami jiwa anak-anak.”
Selain daripada itu, ayat mesti sempurna subjek dan predikatnya. Sebagaicontoh,
Menurut Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama
.”Ayat di atas tidak sempurna kerana frasa sendi tidak boleh menjadi subjek.Sepatutnya ayat di atas diubah kepada14
 
“Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama
.”Atau:
Menurut Kementerian Dalam Negeri, kegiatan ajaran sesat dapat dibendung  jika masyarakat memberikan kerjasama
.”Hal ini demikian, kerana
 Kementerian Dalam Negeri
bukan lagi berfungsi sebagaisubjek tetapi
kegiatan ajaran sesat 
merupakan subjek ayat.
Menurut Kementerian Dalam Negeri
 bertugas sebagai keterangan ayat sahaja.
2.Kepaduan
Kepaduan bererti hubungan timbal balik yang baik dan jelas antara unsur  pembentuk ayat iaitu kata dan frasa kerana jalinan antara kata dengan kata danfrasa dengan frasalah ayat terbentuk. Perhatikan contoh di bawah.
i.Ali mengirimkan ayahnya sepucuk surat.ii.Ali mengirim sepucuk surat kepada ayahnya.iii.Ali mengirimi ayahnya sepucuk surat.
(Nota: imbuhan
 –kan
mendukung maksud ‘kena’, manakala imbuhan
i
mendukung maksud menerima)Jadi, dalam ayat di atas, ayat (i) tidak tepat kerana yang dikirim oleh Ali bukansurat tetapi ayahnya.Kepaduan juga terbentuk melalui penggunaan Hukum DM dengan tepat. Contohkesilapan yang sering dilakukan oleh calon ialah,
i....mempunyai cukup modaii....memerlukan banyak pekerjaiii....kedua-dua cara mempunyai sama faedah
Ayat juga menjadi tidak padu jika meletakkan sesuatu kata yang tidak perluseperti meletakkan kata sendi sesudah kata kerja transitif. Contohnya,
i....mengetahui akanii....memahami tentan
iii.
...memperkatakan mengenai
15
 
3.Penegasan
Penegasan bertujuan untuk menonjolkan sesuatu gagasan yang hendak kitasampaikan. Ada beberapa kaedah untuk menyerlahkan penegasan dalam ayatyang berkesan iaitu:a.Penyongsangan ayati.Amira menjadi tenang apabila diberitahu tentang hal yangsebenarnya.ii.Apabila diberitahu tentang hal yang sebenarnya, amira menjaditenang. (Penegasan) b.Ayat aktif dan ayat pasii.Anda perlu memikirkan keputusan itu masak-masak.ii.Keputusan itu perlu anda fikirkan masak-masak. (Penegasan)c.Unsur pengulangani.Kestabilan mestilah dilihat secara luas dari segi politik, ekonomi,dan sosial.ii.Kestabilan mestilah dilihat secara luas dari segi kestabilan politik,kestabilan ekonomi, dan kestabilan sosial. (Penegasan)d.Pertentangan dua kenyataani.Kita tidak mengingini generasi yang memuja budaya hedonisme.ii.Kita tidak mengingini generasi yang memuja budaya hedonismetetapi generasi yang berpegang kuat pada nilai akhlak.(Ayat (i) didapati kekurangan upaya dan dampak jika dibanding ayat (ii)yang ada penegasan).e.Penggunaan partikel pementing predikati.Ibu bapa yang perlu mengawasi anak-anak.ii.Ibu bapalah yang perlu mengawasi anak-anak.(Ayat (i) tidak bertenaga dan tidak gramatis kerana ayat seolah-olah belumselesai)
4.Ciri kepelbagaian dalam ayat yang berkesan
Bererti kelainan bentuk yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud.Kepelbagaian bentuk bahasa boleh dizahir seperti yang berikut.16

Activity (61)

You've already reviewed this. Edit your review.
Rusmah Lann liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Suan Ching Tan liked this
Abi Yang liked this
ln liked this
Alyani Inayla liked this
Afiq Ameri liked this
zaziemuhd liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->