Sejarah Pembelajaran Berasaskan masalah (PBL)
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mula diperkenalkan dalam pembelajarantradisional sekitar tahun 1960-an di McMaster University, Canada (Barrow & Tamblyn,1980). Merujuk kepada buletin KUiTTHO (2005), kaedah ini diperkenalkan olehProfessor Howard Barrow. Pada mulanya, kaedah ini ditolak oleh semua orang. Namunbegitu, beliau menggunakan kaedah ini kepada pelajar perubatan di bawah seliaannyadan mendapat reaksi yang positif di kalangan pelajar tersebut. Pendekatan ini telahmembuka mata dan menarik minat para pendidik yang lain untuk menggunakannya.Kesannya, pendekatan ini telah digunapakai dalam pelbagai bidang terutamanya dalambilang kejuruteraan. Kini, Professor Barrow menjadi role model bagi PBL dan UniversitiMcMaster menjadi perintis kepada PBL. Selain itu, Don Wood merupakan bapa kepadaPBL dalam bidang kimia. Beliau juga dari Universiti McMaster.
Objektif PBL
Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini diperkenalkanialah:a) Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep danbelajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.b) Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikirankritis, serta kemahiran membuat keputusan.c) Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalampelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusianterhadap kemajuan profesionalisme.d) Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.e) Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kerjaberpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif (Barrow & Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin, 2005)
Ciri-ciri PBL
Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980 yangdinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti:a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betulatau salah,b) Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang