You are on page 1of 20

KONSEP PERTUMBUHAN DAN

PERKEMBANGAN MANUSIA
PISMP SEM 1 MT2
• FARHALIZA BINTI HASSIM
• ILLY NAZIHA BINTI SUKERI
• NURR FATEHANA BINTI ADUKA

MINGGU 2
TUGASAN TUTORIAL

• Pelajar berbincang dan membuat


banding beza antara
pertumbuhan dan perkembangan
dari aspek JERIS.
DEFINISI PERTUMBUHAN MANUSIA
• Sebarang perubahan dalam diri manuasia yang boleh
dinilai atau diukur secara kuantiti.

• Perubahan tersebut boleh diukur daripada satu


peringkat perkembangan yang tertentu ke peringkat
perkembangan yang lain yang lebih nilainya daripada
yang asal.

• Perubahan yang berlaku dalam bentuk sesuatu yang


boleh dilihat dengan mata kasar.
DEFINISI PERTUMBUHAN MANUSIA

• Perubahan dapat diukur secara kuantitatif


umpamanya perubahan yang bersifat jasmani
seperti tinggi, berat badan dan pertambahan
saiz badan.

• Proses pertumbuhan tersebut akan mencapai


kemuncaknya apabila seseorang individu
mencapai tahap kematangan.
DEFINISI PERTUMBUHAN MANUSIA

• Aspek- aspek mental dan fizikal bersama


secara tidak langsung membantu
pertumbuhan manusia.

• Proses perubahan yang berlaku sebenarnya


sudah sedia terencana dalam gen- gen
(baka)seorang individu. Gen tersebut diwarisi
oleh pembawaan keturunan.
CIRI- CIRI PERTUMBUHAN MANUSIA

1. Bersifat kuantitatif dan diukur melalui


peredaran masa.
Contoh: berat bayi selepas dilahirkan 2.7 kg, setahun
kemudian bertambah menjadi 8 kg.
2. Kadar kecepatan pertumbuhan berbeza
antara seorang individu dengan seorang
individu yang lain.
Contoh: Pertumbuhan gigi dua orang budak berlainan.
3. Anggota yang berlainan mengalami kadar
pertumbuhan yang berbeza.
Contoh: selepas lahir, organ di bahagian kepala akan
lebih dahulu tumbuh, diikuti bahagian tengah badan
dan seterusnya kaki.

4. Perubahan berlaku dalam berbagai- bagai


sifat seperti saiz, tinggi dan struktur.
Contoh: individu akan mengalami pertambahan tinggi
yang mendadak bila sejak memasuki alam remaja.
5. Corak pertumbuhan adalah unik antara
seorang individu yang lain tetapi asasnya sama.
Contoh: setiap individu pada asasnya akan mengalami
pertumbuhan gigi. Tetapi masa yang dicapai berlainan
antara setiap individu yang lain.

6. Pertumbuhan manusia ditentukan oleh baka.


Contoh: jika kedua ibu bapa seorang yang tinggi, anak-
anak mereka juga akan tinggi.
6. Pertumbuhan bergantung pada kematangan.
Contoh: secara amnya pertumbuhan dari segi berat
badan dan tinggi akan mencapai kemuncaknya ketika
seseorang itu berumur sekitar 20 tahun.

7. Pertumbuhan individu akan berlaku secara


pesat bila dia mencapai akil baligh.
Selepas akil baligh, pertumbuhan tinggi dan berat
badan remaja akan melonjak dengan cepat.
8. Kadar pertumbuhan berbeza antara lelaki
dan perempuan.
Biasanya, kanak- kanak perempuan akan mengalami
pertumbuhan yang lebih cepat dua tahun daripada
kanak- kanak lelaki yang sama umur dengannya yang
belum akil baligh.
DEFINISI PERKEMBANGAN MANUSIA

• Perkembangan tidak dapat diukur dengan


kuantitatif.
• Walaupun tidak dapat diukur, perkembangan
seseorang individu itu akan dapat dikesan.
• Perkembangan ialah satu proses perubahan
yang berterusan dan kumulatif.
• Perubahan- perubahan dalam bentuk fungsi
dan proses.
DEFINISI PERKEMBANGAN MANUSIA
• Atan Long( 1980)
Perkembangan manusia ialah perubahan yang bersifat
kualitatif. Sifat dan perubahan ini tidak dapat diukur
tetapi jelas jika dibandingkan dengan peringkat yang
lebih awal.

• Paul Eggan & Don Kauchak(1997)


Perkembangan ialah perubahan yang berurutan dan
kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan,
pembelajaran, dan pengalaman.
DEFINISI PERKEMBANGAN MANUSIA

• Slavin (1997)
Individu yang mengalami perkembangan
sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan
fizikal, perkembangan personaliti,
perkembangan sosioemosi, dan bahasa dan lain-
lain.
CIRI- CIRI PERKEMBANGAN MANUSIA

1. Perkembangan merupakan satu bidang


multidimensi dan pelbagai.
Perkembangan manusia boleh dibahagikan kepada 4
dimensi utama iaitu:
- perkembangan biologi
- perkembangan kognitif
- perkembangan emosi
- perkembangan sosial
2. Perkembangan adalah perubahan dari segi
kemahiran dan kebolehan.
Contoh: kebolehan menyesuaikan diri dengan kawan
akan berkembang apabila umur sesorang itu
meningkat.

3. Proses perkembangan berterusan sepanjang


hayat seseorang individu.
Seseorang boleh menambah ilmu baru sepanjang
hayatnya.
4. Perubahan tingkah laku berlaku dalam
keadaaan yang berterusan dan menerusi
peringkat- peringkat perkembangan tertentu.
Contoh: individu akan belajar tingkah laku yang sesuai
dengan peringkat umurnya daripada orang- orang yang
signifikan dalam hidupnya.
5. Peringkat- peringkat perkembangan
membawa perubahan yang menuju kearah
tertentu serta dijangkakan.
Contoh: seseorang remaja berumur 25 tahun, kita
menjangkakan dia akan mencari pekerjaan dan pasangn
hidup.
6. Perkembangan bersifat kumulatif terutama
perkembangan ilmu pengetahuan dan
kemahiran.
Contoh: Kanak- kanak yang tidak mengenal nombor
atau memahami konsep nombor, tidak boleh diajar
operasi tambah dan tolak.
7. Perkembangan yang dialami oleh seseorang
individu adalah berbeza dari individu yang lain.
Contoh: ada kanak- kanak yang cepat membaca
sebelum masuk darjah satu lagi, ada pula yang lambat
dapat membaca semasa berada dalam darjah tiga.
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PERTUMBUHAN
DAN PERKEMBANGAN MANUSIA
PERSAMAAN
• Proses ini membabitkan manusia.
• Mempunyai corak tertentu.
• Susunan sama bagi semua ahli.
• Berlaku secara berterusan
PERBEZAAN
ASPEK PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN
Jasmani Tinggi, saiz, berat, pertumbuhan Kemahiran menggunakan anggota
gigi, urat daging dan saraf badan seperti merangkak, berjalan,
pancaindera melompat dan berlari.
Mental Keupayaan berfikir bertambah Kemahiran menggunakan bahasa,
termasuk perkara yang subjektif. angka dan membuat penaakulan
Emosi Memiliki pelbagai ragam perasaan Memahami konsep perasaan,
sayang, gembira, riang, cemburu, menguasai dan mengawal perasaan
duka, marah dan takut. ketika marah, takut dan cemburu.

Sosial Kenalan semakin bertambah. Keupayaan memilih kenalan.


Struktur Mengikut pola dari kepala ke kaki Mengikut kematangan dan
dan dari tengah ke sisi. pengalaman pembelajaran
RUJUKAN
1. Perkembangan pendidikan pra sekolah
Kasnani Ab Karim, Ramlan Jantan, Akmal Hisyam
Ar Syad, Siti Nursyafika Kamarudin.
2. Psikologi pendidikan
Shahabudin Hashim, Mahani Razali, Ramlan
Jantan.
3. Perkembangan Kanak- Kanak
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel.

You might also like