PENGENALAN IBN TUFAIL
Ibnu Tufail dilahirkan pada 1106 masihi di Asya,Grada. Gelaran beliau berasaldari nama keluarganya iaitu Tufail. Nama sebenar Ibnu Tufail ialahAbu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail al-Qisi. Semasahayatnya, beliau telah menyumbangkan pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang selaridengan peranan beliau sebagai pemikir yang banyak menghasilkan karya dalam bidangfalsafah, sastera, ilmu matematik, astronomi dan ilmu perubatan. Segala sumbangan beliau amat bernilai dan dihargai sehingga kini walaupun beliau telah meninggal dunia pada 1185 Masihi.
EPISTEMOLOGI IBNU TUFAIL
Ibnu Tufail dikenali sebagai ahli hukum, perubatan, dan ahli politik yang handaldan ketika pemerintahan Al-Mu'min ibn Ali, beliau dilantik sebagai pembantu Gabenor Wilayah Sabtah dan Tonjah di Maghribi selain pernah dilantik sebagai menteri dan ahli politik yang dihormati oleh pihak pemerintah. Selain itu, ketinggian ilmu telahmembawa beliau membabitkan diri dalam bidang pendidikan,pengadilan dan penulisan.Hasil tulisan beliau adalah bukti yang paling jelas untuk menerangkan tentangfalsafah beliau mengenai ilmu.Walaupun Ibnu Tufail dikatakan telah menulis banyak buku tetapi hanya sebuahsahaja kitab yang diwariskan kepada generasi umat Islam hari ini iaitu ’Hay Ibn Yaqzan’yang memuatkan pandangannya secara umum, dengan gaya bahasa yang menarik danimaginasi yang indah. Buku ini dianggap warisan yang paling unik ditinggalkan oleh3