Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Tips UPSR Bahasa Melayu : Penulisan

Tips UPSR Bahasa Melayu : Penulisan

Ratings: (0)|Views: 424|Likes:
Published by sasauball

More info:

Published by: sasauball on Feb 03, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/27/2013

pdf

text

original

 
Tip UPSR : Bahasa Melayu PenulisanBAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki peperiksaan, calondinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan. Persediaan awal pentingkerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersediadan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan.Click HereSebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkanpembinaan ayat berdasarkan gambar, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian Cberkaitan membuat ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.BAHAGIAN AUntuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10markah. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukanempat langkah, iaitu:Langkah pertamaCalon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian Aada tiga iaitu "tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci soalan juga boleh diperoleh dalamgambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat "Cara-Cara Melintas Jalan Raya DenganSelamat". Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat. Walau apapun kunci soalanyang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengansubjek (watak).Langkah keduaCalon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antaracaranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yangberkaitan. Cikgu cadangkan calon membuat lima bulatan sahaja bagi mewakili lima ayat.Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang berkaitan.Langkah ketigaCalon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan. Dinasihatkan calon membinaayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengansubjek (watak). Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat denganmaklumat (di mana, bagaimana dan mengapa).Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata kerja) di dalamdewan sekolah (di mana) kerana menyertai pertandingan melukis sempena Hari Kebangsaan.(mengapa) Jawapan contoh: Beberapa orang murid sedang melukis dan mewarna lukisan didalam ketika menyertai pertandingan lukisan sempena Hari Kebangsaan.Langkah keempatSemak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripadamembina ayat pasif. Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yangcalon tidak pasti ejaannya.Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atauperbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara "memangkas" dengan"mencantas" dan "membelah" dengan "mengerat". Penggunaannya mengikut konteks ayat.
 
Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yangberbeza. Contohnya, "Ayah menjual ikan" dengan "Ayah penjual ikan". Kedua-dua ayat inimembawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan.Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermuladengan huruf besar. Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calonmenggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalahnama khas.Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atasterdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Selain itu, calon tidak perlumengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakansebagai pengulangan ayat.Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakantidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Jika tulisankecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas danteratur.BAHAGIAN BUntuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu banyak membaca bagi menghasilkankarangan yang baik.Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah 40 minit. Petua untuk Bahagian B,calon mesti menggunakan FMK (Formula Menulis Karangan), iaitu kaedah menulis karanganberdasarkan perenggan 233332.Setiap karangan mempunyai enam perenggan. 233332 bermaksud perenggan pertama dankeenam mempunyai dua ayat, manakala perenggan kedua hingga kelima, masing-masing tigaayat.Calon dinasihatkan agar selang satu baris antara perenggan yang dibuat agar karangandihasilkan kelihatan lebih kemas.Untuk menghasilkan karangan yang baik, calon haruslah melakukan empat langkah.Langkah pertama - Pilih soalanCalon mesti membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum memilih soalan yang hendakdijawab. Pilih soalan yang banyak isi berdasarkan pengalaman calon agar mudah untukmenulis karangan. Ini kerana ada juga karangan yang senang tajuknya tetapi calon sukar mencari isinya.Calon juga perlu mencari kunci soalan, kehendak soalan, format dan jenis karangan.Contohnya: Pada suatu petang, anda bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-tibaanda terdengar jeritan orang meminta tolong.Ceritakan tindakan anda dan kawan anda ketika itu. Kunci soalan ini ialah "Ceritakan tindakan".Kehendak soalan ialah "menceritakan tindakan selepas mendengar jeritan", manakala format
 
dan jenis karangan ialah cerita dan karangan tidak berformat. Langkah dicadangkan ini bolehmembantu calon mengelakkan daripada menulis karangan terpesong.Langkah kedua - Merangka karanganGunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari sama ada "Peta Minda", "Melakar Isi" atau "Teknik Penyoalan".Langkah ketiga - Menulis karanganPastikan ada enam perenggan. Pastikan juga tidak tersilap menulis perenggan pendahuluankerana ada calon yang masukkan isi dalam perenggan pengenalan itu. Contohnya:1. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Antaranya ialahkita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.2. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Kita bolehmelancong di dalam atau luar negara.Jawapan yang tepat sebagai pendahuluan adalah jawapan 2. Untuk karangan fakta, calonboleh menulis karangan dengan menggunakan kaedah ICK iaitu isi, contoh dan kesan atau IKC(isi, kesan dan contoh).Untuk perenggan penutup, calon boleh gunakan pelbagai jenis penutup seperti dalam bentukrumusan, nilai, pantun, penegasan, peribahasa, kata hikmah dan pendirian.Langkah keempat - Semak karanganPastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul sebelum beralihuntuk menjawab Bahagian C.BAHAGIAN C Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu,calon mesti bijak menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini.Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikandiberikan. Lantaran itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan mendapatkan nilaimurni atau pengajaran yang terkandung dalam petikan itu.Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran.Contohnya: Abang mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang dari dalam bilik itu. Pengajaran bagi ayat ini ialah "menghargai", manakala perbuatanyang menunjukkan adanya pengajaran ialah "Abang mengucapkan terima kasih".Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak tersilap mengulaspengajaran yang sepatutnya. Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkahdicadangkan iaitu:Langkah pertama

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->