You are on page 1of 20

TERAPI MUZIK

Dibuat dan dipersembah oleh:-


Hairi
Ehsan
Hazizi
PANDANGAN ISLAM
• Imam Al- Ghazali berpendapat alunan bunyi
yang berirama dari alam semula jadi dapat
membuatkan minda kita lebih tenang dan
bersedia untuk memudahkan saranan berlaku.
Saranan akan merangsang kedua –dua belah
otak kiri dan kanan untuk menerima ilmu.
APA ITU MUZIK
TERAPI

GOLONGAN –
GOLONGAN
PENGENALAN
SASARAN

Pengenalan
Muzik Terapi

TEKNIK – TEKNIK
MUZIK TERAPI TUJUAN
DEFINISI MUZIK
• Bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza
berdasarkan sejarah, lokasi, budaya dan selera
seseorang.
• Bunyi/kesan terhadap sesuatu yang didengari
• Bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang
atau kumpulan dan dipersembahkan sebagai muzik.
• 2 instrumen muzik
– Tradisional
– Moden
PANDANGAN BARAT
• Dr. Georgi Lozanov, seorang pengkaji ‘super
learning’ mengatakan muzik boleh menjadi
sebahagian proses dalaman pembelajaran
yang membawa kepada ketenangan sebelum,
ketika dan selepas belajar.
• Muzik mempunyai kemampuan mendamaikan
hati yang gundah, mempunyai terapi rekreatif
dan melahirkan jiwa patriotisme. (Aristotels)
NADA

RITMA/IRAMA SUARA

UNSUR MUZIK

HARMONI INTONASI

MELODI
DEFINISI TERAPI
• Rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental
secara pemulihan tanpa penggunaan ubat
atau pembedahan. (Kamus Dewan)
GOLONGAN SASARAN
• Intervensi berbentuk non – verbal dalah yang
paling sesuai diaplikasi untuk individu yang
menghadapi masalah komunikasi perasaannya
secara verbal.
• Sebanyak 6000- 10,000 pakar muzik terapi di
seluruh dunia memberi perkhidmatan kepada
golongan masyarakat terutamanya mereka
yang menghadapi trauma, gangguan emosi,
kerencatan akal, penyakit kanser dan lain –lain.
APA ITU MUZIK TERAPI
• Muzik terapi merupakan satu bidang
profesional yang menggunakan muzik untuk
pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan
taraf kesihatan mental dan fizikal.
• Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi
dapat dicapai dengan teknik – teknik muzik
tertentu.
• Intervensi terapi muzik:
Mengurus tekanan
Memulihkan kesihatan
Mengekspres perasaan
Meningkatkan ingatan
Menambahbaikan komunikasi
Menggalakkan pemulihan fizikal
• Terapi muzik merupakan intervensi muzik
klinikal untuk mencapai matlamat individu
dibawah hubungan teraputik yang
dilaksanakan oleh terapis yang dilatih dan
berjaya dalam program terapi muzik yang
diakui (American Music Therapy Association)
Memberi sokongan emosi

Meringankan masalah klien

TUJUAN
Pemulihan kekuatan fizikal

Peluang meluahkan perasaan


dan menenangkan fikiran
PENGARUH MUZIK TERHADAP
KECERDASAN EMOSIONAL
• Menurut EV. Andreas Christanday seorang ahli
muzik dalam suatu ceramah muzik.
• “Muzik sangat mempengaruhi manusia”.
“Paluan mempengaruhi tubuh, ritma
mempengaruhi jiwa, sedangkan harmoni
mempengaruhi roh”. Apabila hati sedang resah
dan didendangkan muzik yang indah, yang
memiliki irama yang teratur, perasaan akan
menjadi lebih tenang dan damai.
TEKNIK – TEKNIK MUZIK TERAPI
• Mendengar seleksi muzik tertentu
• Memain alat – alat muzik
• Manyanyi
• Membincangkan lirik – lirik lagu
• Mengarang dan menggubah lagu
• Memberi persembahan secara kumpulan
• Hipnosis muzik
• Menari atau melukis dengan muzik
• Tujuannya untuk mangalih kesakitan dan
tekanan yang sesak ditanggung pesakit
menggunakan medium muzik.
• Dengan kata lain, muzik yang positif akan
membawa kita kepada suasana hati yang
positif atau sebaliknya.
• Muzik memang tidak serta – merta mengubah
keperibadian seseorang, tapi muzik dapat
membantu menciptakan suasana hati yang
tepat.
STRATEGI UMUM
• Struktur
Jadual waktu bergambar untuk menarik minat klien
menghadiri sesi terapi mengikut masa yang tepat.
• Hubungan terapuetik
Keperluan terapis meramal perkembangan
kemahiran interpersonal dengan klien.
• Interaksi muzik
Pengekalan interaksi muzik supaya klien tidak akan
menarik diri sebelum sesi terapi selesai.
• Kawalan emosi
Menggunakan rangka kerja muzik yang sesuai
untuk mengawal emosi kanak –kanak apabila dia
melepaskan emosi yang tidak normal.
• Integrasi sensori
Terapis harus berintegrasi dengan pendekatan lain
sekiranya klien mengalami masalah pemprosesan
maklumat bagi mengelakkan kehilangan fokus
oleh klien.
PENGARUH MUZIK TERHADAP
KECERDASAN KOGNITIF
• Kajian menunjukkan bahawa muzik dapat
memberikan ransangan yang berkesan untuk segala
aspek perkembangan secara kognitif dan kecerdasan
emosional.
• Penemu teori Neuron mengatakan bahawa neuron
baru akan menjadi aktif jika ada ransangan muzik
sehingga neuron yang terpisah itu bertautan dan
mengintegrasikan diri dalam otak sehingga terjadi
pautan antara otak kanan dan otak kiri.
Roger Sperry (1992) dalam Siegel (1999)
PROSES PERANCANGAN DAN
PERLAKSANAAN
• Mendapat persetujuan klien dengan rawatan dan
etika intervensi
• Mengatur pra sesi untuk klien hadir di bilik terapi
untuk proses suaian.
• Mengadakan tempoh penilaian untuk menentukan
strategi dan struktur sesi terapi yang sesuai.
• Merekod secara terperinci semua aktiviti yang
dilaksanakan setiap sesi terapi termasuk perasaan
dan fikiran terapis.
• Refleksi selepas sesi terapi untuk
penambahbaikan teknik intervensi pada sesi
berikutnya.
• Memberitahu klien dan penjaganya rancangan
dan rawatan yang berikutnya.
• Mengakhiri sesi dengan teknik yang sesuai dan
memberikan masa yang cukup untuk klien
memahaminya.

You might also like