You are on page 1of 10

BAHAN MAKLUMAT - KONSEP 1 MALAYSIA ( PENJELASAN MENGENAI LAPAN

NILAI)
‘1 MALAYSIA’
(Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara)
1. PENGENALAN -Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu
menganggap diri mereka

sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar
dengan ini,
perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi
mewujudkan suasana
negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep
ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip
Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat
Malaysia dapat
menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat
perpaduan adalah
perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1
Malaysia’ juga akan
mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat
sebagai mana
slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur,
berkebolehan, bercakap benar,
telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.
Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam
merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan
yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling
ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan
komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad
demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga
dan kewangan
serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan
penuh dedikasi
dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan
kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira
kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka
adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah
negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati
pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina
Malaysia sebagai negara
yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara
bangsa
bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya
kecemerlangan,
ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.
2. DEFINISI -Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita
mengambil tindakan-
tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera
asalkan dasar itu
dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera
yang layak
mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.
2.1 Huraian
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :
2.1.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan
masing.
Konsep “1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”, telah diperkenalkan oleh
Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak setelah beliau secara sah dilantik sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang ke-6 pada 3 April yang lalu. Pelbagai persepsi timbul daripada pengenalan konsep
ini yang dikatakan menyamai konsep “Malaysian Malaysia” yang diperkenalkan oleh parti
politik DAP pada tahun 1960-an. Namun hal ini hanya merujuk kepada ideologi politik yang
diperjuangkan oleh individu yang bernaung dibawah pengaruh parti politik tempatan. Sesuatu
yang seharusnya menjadi debat dan forum percambahan minda ialah kaedah dan pelaksanaan
yang boleh diguna pakai untuk menterjemahkan ideologi kepimpinan beliau dan sejauh manakah
pelaksanaannya mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap konsep baru ini. Oleh itu,
definisi konsep yang seharusnya merangkumi pelbagai sudut pandangan perlu diperjelaskan
untuk membolehkan penerimaan konsep ini dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat di
Malaysia.

Secara umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu


naungan kuasa raja berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotisme
yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi
menjaga keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, konsep 1 Malaysia ini secara sosiologinya
bermaksud kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar “Bangsa Malaysia” dan
menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini.
Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat,
budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum bagi meningkatkan kesefahaman dan
menjayakan gagasan ini. Sikap hormat-menghormati dan mesra antara kaum amat penting bagi
menzahirkan jati diri Bangsa Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini bolah dilaksanakan
di peringkat awal lagi khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar
gagasan 1 Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.

Dalam aspek politik pula, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik
negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam
menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka.
Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harus
didahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik yang
berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mancari usaha ke arah pembangunan modal insan yang
jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus permodenan dunia. Persaingan politik perlu
diketepikan dan pembentukkan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada
masyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan 1 Malaysia yang
lebih bersifat menggalakkan dan mendukung usaha ke arah pembentukkan Bangsa Malaysia.
Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan
pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah menjaga Bangsa Malaysia dapat
diperkukuhkan.

Seterusnya, aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar “Pecah dan
Perintah” yang diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai
kemerdekaan. Meskipun sudah 52 tahun, Malaysia mencapai kemerdekaan, namun kesan
daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh itu, menerusi gagasan 1 Malaysia ini, sektor
ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu
kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli
bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang

Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan Karangan - Presentation


Transcript
1.
o KEPENTINGAN PENGAJARAN MERINGKASKAN KARANGAN
2. Benjamin Bloom (1956) telah memberikan taksonomi pemelajaran yang memperlihat
pengkategorian pemelajaran seperti berikut:

o 1) Pengetahuan: Kebolehan mengingati fakta, istilah, definisi, kaedah, rumus, prinsip,


dll.

o Kefahaman: Kebolehan menterjemahkan idea daripada satu bentuk ke bentuk yang lain,
membuat interpretasi, melihat kesan dan akibat, pola-pola, dll.

o Aplikasi: Kebolehan menerap atau menggunakan rumus am dan prinsip situasi tertentu.

o Analisis: Kebolehan menganalisis atau memecahkan sesuatu perkara (konsep, idea,


masalah, dll.) kepada bahagian komponen penting supaya menjadi jelas, dan melihat
pertalian di antara bahagian tersebut. (dalam Abdul Aziz Abdul Talib, 1993: 88-89)

3.

o Melalui peringkat pemelajaran di atas, kefahaman merupakan antara komponen yang


asas di dalam kemahiran belajar. Kemampuan mengingat fakta belum cukup tanpa
kefahaman. Manakala tanpa kefahaman, pelajar tidak akan dapat menguasai komponen
lain seperti aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

4.

o Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993), “keperluan pelajar memahami apa yang dibaca
di sekolah (atau di luar sekolah) tidaklah terhad kepada membaca buku teks bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu semata-mata. Lebih-lebih lagi, aspek bacaan dan kefahaman
tidaklah terhad kepada keratan bacaan dan kefahaman dalam teks tersebut. Keperluan
pelajar membaca dan memahami apa yang dibaca sangat luas bidangnya dan
menembusi kesemua mata pelajaran dalam kurikulum sekolah” (1993: 87).

o Di samping itu, kemahiran membaca dan memahami uga merupakan kemahiran


peringkat penerimaan dalam proses berinteraksi dan menerima maklumat (Dr. Nobaya
Ahmad, 2002). Hal ini sesuai dengan takrif komunikasi dalam aspek perhubungan, iaitu
interaksi yang membolehkan manusia mencapai pemahaman yang sama (Mohd
Baharudin Othman dan Mohd Khaire Ahmad, 2003).

5.

o Kemahiran berinteraksi dengan maklumat sangat penting dan perlu dikuasai sejak kita
berada di alam persekolahan. Pada zaman globalisasi kini maklumat tersebar ke mana-
mana melalui komunikasi lisan dan bukan lisan (Mohd Baharudin Othman dan Mohd
Khaire Ahmad, 2003).

o Media komunikasi kini wujud dalam pelbagai bentuk dari bentuk buku hinggalah bentuk
elektronik seperti televisyen, radio, telefon, komputer peribadi, Personal Digital
Assistant (PDA), telefon selular menggunakan aplikasi internet dan multimedia dan
sebagainya. Proses komunikasi menggunakan peralatan canggih sepeti di atas disebut
teknologi komunikasi (Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khaire Ahmad, 2003).

6.
o Perhatikan pendapat Abdul Sukor Shaari et al. berikut:

o Berkomunikasi adalah suatu keperluan kepada setiap individu yang berlaku setiap hari.
Hal ini kerana kita sentiasa berhubung dengan orang lain. Perhubungan itu bertujuan
sama ada melahirkan pendapat ataupun perasaan kita. Perhubungan antara kita dengan
orang lain itu melalui proses komunikasi. Dengan itu dapatlah kita katakan komunikasi
adalah suatu proses seseorang individu berkongsi ataupun bertukar-tukar fikiran idea,
maklumat dan perasaan dengan orang lain. Apabila proses komunikasi berlangsung
dengan baik, akan memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Sebaliknya
jika proses komunikasi berlangsung dengan tidak lancar, akan memungkinkan
berlakunya salah tafsiran atau salah faham antara individu terlibat. (2003: 16)

7.

o Seiring berkembangnya proses dunia tanpa sempadan, wujud fenomena ledakan


maklumat yang berlaku di seluruh dunia. Hal ini dijana pula dengan berkembangnya
media elektronik yang canggih, dikenali sebagai teknologi maklumat seperti komputer,
mikroelektronik, dan telekomunikasi (Abbas Bin Mohd Shariff, 2003) serta hubungan
alam siber melalui internet. Kini, maklumat tersalur dengan sangat cepat melalui
pelbagai cara dan pelbagai media, baik dalam bentuk lisan mahupun dalam bentuk
tulisan atau bercetak. Manusia di pelusuk dunia kini saling berkongsi maklumat untuk
dijadikan bahan berfikir menghasilkan sesuatu, menjana kemajuan negara,
mendapatkan informasi untuk menyelesaikan masalah, bagi keperluan pembangunan,
penyelidikan dan sebagainya. Keperluan berkomunikasi lebih-lebih lagi penting untuk
golongan pemimpin dan ahli korporat. Mereka memerlukan maklumat untuk membuat
keputusan dan bertindak serta mengeluarkan arahan berkaitan. Untuk itu golongan ini
perlu menguasai kemahiran menyerap dan mengumpul maklumat baik melalui
komunikasi lisan mahupun komunikasi tulisan seperti laporan, surat, berita, akhbar,
majalah dan seumpamanya (Abdullah Hassan, 2002).

8.

o Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khairie Ahmad (2003) merumuskan bahawa
terdapat sepuluh fungsi komunikasi, iaitu penyebaran informasi dan amaran,
menjalinkan hubungan dengan masyarakat, transmisi budaya masyarakat, hiburan,
penentuan agenda, pemujukan, pendidikan, ekonomi, pemerhati, dan politik. Namun
begitu, segala fungsi yang disebutkan ini tidak akan bererti jika masyarakat tidak mampu
memahaminya, sesuai dengan pendapat Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khaire
Ahmad, ‘...sebarang proses komunikasi yang tidak mewujudkan kefahaman adalah tidak
bermakna’(2003:3).

9.

o Keperluan penguasaan bahasa untuk berkomunikasi dengan lancar dan tepat telah
disedari oleh Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Oleh itu, aspek
komunikasi telah ditekankan di dalam pengajaran dan pemelajaran semua mata
pelajaran, khususnya bahasa Melayu, seperti maksud petikan berikut:

10.
o Mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah atas memberikan tumpuan kepada
penguasaan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi untuk melahirkan pelajar-pelajar
yang fasih dan lancar dalam pertuturan, cekap, kritis dan analitis dalam pembacaan
serta kreatif dalam penulisan. . . . Sukatan pelajaran ini menitikberatkan peluasan
pengalaman serta penguasaan kemahiran-kemahiran berbahasa. Justeru itu faktor yang
menjadi ukuran ialah keupayaan pelajar-pelajar menggunakan dan merakamkan bahasa
sebagai alat komunikasi yang berkesan di dalam semua situasi kehidupan. (1994: ix)

11.

o Di dalam mata pelajaran bahasa Melayu, terdapat banyak strategi pemahaman bacaan
yang diajarkan, antaranya ialah meringkaskan karangan. Menurut beberapa orang
pensyarah di Universiti Putra Malaysia, iaitu Profesor Madya Chan Swee Heng et al.
(2000: 31) “Writing summaries is an important skill to acquire. It helps to consolidate or
put together the main message of a text. Comprehension of a text is then ensured.”

12.

o Ketika pengajaran dan pemelajaran komponen ini, pelajar disuguhkan dengan bahan
tulisan berupa teks atau karangan. Dengan bimbingan guru, pelajar-pelajar akan
berinteraksi dengan teks, membaca, memahami, berfikir secara kritis, mengenal pasti
maklumat dan menggunakan idea atau maklumat untuk menghasilkan teks ringkasan
bersesuaian dengan had jumlah patah perkataan yang telah ditetapkan oleh guru atau
soalan. Hal ini menunjukkan kemahiran meringkaskan karangan perlu dikuasai oleh
pelajar bukan sahaja untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di dalam bahasa,
juga bagi keperluan pelajar di dalam menimba ilmu secara keseluruhannya di sekolah
seperti pendapat Abd. Aziz Abd. Talib (2000: 165-166):

13.

o “ Di sekolah, kemahiran tersebut diperlukan oleh murid-murid apabila mereka membaca


dan ingin mencatat nota daripada bahan-bahan yang dibaca seperti bab-bab penting
dalam buku teks, dan bahan-bahan rujukan yang lain seperti buku rujukan, ensiklopedia,
jurnal, majalah, laporan atau artikel. Selain itu, tidak kurang pula pentingnya kemahiran
meringkas dan mencatatkan bahan-bahan yang didengar apabila guru mengajar.
Sesungguhnya kemahiran meringkas bahan-bahan dibaca (atau didengar) amat berguna
kepada murid-murid di sekolah, dan juga kepada pelajar-pelajar di maktab atau
universiti.”

14.

o Pelajaran meringkaskan karangan merupakan pendidikan seumur hidup. Hal ini kerana
kemahiran-kemahiran yang terlibat di dalam meringkaskan karangan juga berguna di
dalam kehidupan sehari-hari, apatah lagi di dalam dunia pekerjaan:

15.

o Seterusnya, dalam dunia pekerjaan pula, para setiausaha, pelapor, pemberita dan
seumpamanya memerlukan kemahiran yang sama bagi meringkas bahan isi dalam
ceramah, syarahan, atau mesyuarat, dan seumpamanya. (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000:
166)

16.

o Kemahiran mengenal pasti isi-isi penting dalam kemahiran meringkaskan karangan juga
setentunya akan meningkatkan kemahiran menyediakan maklumat-maklumat penting.
Hal ini sangat penting dikuasai oleh kita semua. Sebagai contoh, peranan bahagian
perhubungan awam dalam jabatan-jabatan kerajaan, NGO, bank dan sebagainya
berperanan untuk berhubung dengan masyarakat di samping meningkatkan imej dan
reputasi organisasi masing-masing (Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khaire Ahmad,
2003).

17.

o Berbalik kepada dunia pelajar, kemahiran membuat ringkasan juga amat berguna
sebagai strategi atau teknik mengulang kaji pelajaran dan membuat persediaan untuk
menghadapi peperiksaan. Kemahiran ini didapati membantu pelajar-pelajar untuk
menghasilkan nota pelajaran yang lengkap, teratur dan mengandungi isi-isi penting
(Omardin Haji Ashaari, 1992). Kemahiran mengenalpasti isi-isi penting perlu dikuasai
pelajar-pelajar sekolah menengah hinggalah ke peringkat universiti (Abdul Razak Abdul
Rahman, 2002).

18.

o Dengan menguasai kemahiran membuat ringkasan, pelajar-pelajar dapat mengeluarkan


isi-isi penting dari subjek-subjek yang dipelajari untuk difahami, dihafal dan diaplikasi
dalam peperiksaan. Selain itu, kemahiran mengenalpasti isi-isi penting juga didapai
membantu pelajar-pelajar dalam menghasilkan tugasan berkualiti (Dr. Maznah Baba,
2002), mengadakan perbincangan dalam kumpulan (Dr. Mohammad Shatar Sabran,
2002), menghasilkan nota ringkas bagi menghadapi peperiksaan dan menyediakan
rangka jawapan bagi soalan berbentuk esei (Zumilah Zainalaludin, 2002).

o Meringkaskan karangan sebagai strategi bacaan juga penting bagi melengkapkan diri
pelajar-pelajar sebelum memasuki institusi pendidikan tinggi. Menurut Muskingum
College, “Reading is one of the most important academics tasks faced by students.”
Menurut Chan Swee Heng et al. (2000:1):

19.

o In tertiary study, along with the skills of managing time and making effective notes, the
task of reading is important. Reading is a part of everyday life, especially in the
university as it takes on a central role in your approach to studying. Reading requires
understanding and comprehending the meaning of written text. The reader must
mentally interact with the message in the text and not be a passive reader. Reading
passively results in a lack of purpose or goal for reading and this leads to the inability to
construct accurate information.

20.
o Daripada perbincangan di atas, sangat jelas kepada kita sejauh mana pentingnya
kemampuan pelajar-pelajar memanfaatkan kemahiran memahami bacaan dan
kemahiran bahasa yang lain dalam kehidupan mereka di dunia pendidikan sebagai
pelajar dan sebagai tenaga kerja dalam kehidupan mereka selanjutnya. Kemampuan
mengaplikasi kemahiran-kemahiran berbahasa dalam kehidupan harian dikatakan
memenuhi ciri-ciri literasi berfungsi (Mahzan Arshad, 2003).

You might also like