Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Dalil-dalil Mengenai Allah Tidak Bertempat

Dalil-dalil Mengenai Allah Tidak Bertempat

Ratings: (0)|Views: 1,339|Likes:
AQIDAH ISLAM AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AL-ASYA'IRAH WAL MATHURIDHIAH
AQIDAH ISLAM AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AL-ASYA'IRAH WAL MATHURIDHIAH

More info:

Published by: Shamsul Kamal Hj Maamor on Feb 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2013

pdf

text

original

 
DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ALLAHTA`ALA WUJUD TANPA BERTEMPAT DAN TIDAK BERHAJAT KEPADA `ARASY DAN TEMPAT
Dipetik dari : http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/al-asyairah-al-syafii/dalil-dalil-mengenai-allah-tidak-bertempatvolume-1/191477634213112
AL QURAN
1.Allah ta`ala berfirman: Maksudnya:"(Oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagiMaha Terpuji".(Surah al-Faathir : 15)2.Firman Allah ta`ala: Maksudnya:"Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian (alam) makhluk (`Arasy, Kursi, langit, tempat dan lain-lain)".(Surah Al-Ankabut : 6)Apabila kita mengatakan bahawa Allah ta`ala berhajat kepada makhluk yang diciptakan-Nya, nescayalemahlah Allah ta`ala. Apabila lemah, maka Dzat tersebut tidak layak untuk dijadikan Tuhan. Iniadalah kerana, lemah itu sifat makhluk. Setiap yang lemah pasti ada (berhajat kepada) yangmemperkuatkannya. Maka, mustahil Allah ta`ala berhajat kepada makhluk yang diciptakan-Nya. AL HADIS1.Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:
"هُر ُي ْغَ ءٌ ْش َ ن ْك ُ َ م ْل َو َ ُا  َ َ".
Maksudnya:“Allah telah wujud (pada azali) sedang sesuatu selain-Nya masih belum wujud”.[Diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Bayhaqi dan Ibn Jarud]
 
Al-Hafiz Ibn al-Hajar al-`Asqalani (W. 852 H) telah menghuraikan hadis di atas di dalam kitabnyaFath al-Bari dengan katanya[1]:
" ِد َع َل ْا د َع ْب َ ث ُو ْد ُح ُل ْا  ِ ّلا ف ِو َ ة ُي ّل ِز ََا  ِو ّَا ف ِ  َك َب ِ  ُار َ ُل ْاو َ".
Maksudnya:“Dan maksud kana dalam lafaz yang pertama ialah keazalian (kewujudan tanpa didahului olehketiadaan atau kewujudan tanpa permulaan) dan dalam lafaz kedua ialah kebaharuan selepasketiadaan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan atau kewujudan yang ada permulaan)”. Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad Ibn al-Husayn al-Bayhaqi (W. 458 H) juga mensyarahkan hadis tersebutdi dalam kitabnya al-Asma’ Wa al-Sifat dengan berkata:
" ٌي َغْأَ  َل ِذ َ   ُو َ  َُر َي ْغَ و َ  َر ْع َل ْا و َ ءَ َل ْا  هُر ُي ْغَ ءٌ ْش َ ن ْك ُ َ م ْل َ  ُ ّأَ ى ََ  د ُ َ."
Maksudnya:"(Hadis ini) Menunjukkan bahawa Allah ta`ala sudah wujud walaupun selain-Nya belum ada, air tidak ada, `Arasy tidak ada dan selain kedua-dua benda itu dan semua itu adalah bukan Allah ta`ala." Justeru, Allah taala telah wujud sejak dari azali dalam keadaan tiada suatupun yang bersamakeazalian-Nya. Tiada sesuatu pun sama ada air, udara, bumi, langit, `Arasy, Kursi, manusia, jin,malaikat, tempat dan lain-lain daripada makhluk yang menyerupai-Nya. Oleh itu, Allah taala wujudsebelum kewujudan tempat tidak bertempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan `Arasy sertaDia tidak berhajat sama sekali kepada ciptaan-Nya.2.Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda: 
"ر ُِظ ّلا ت َأَو َ ,ءٌ ْش َ  َد َع ْب َ س َي ْ َف َ ر ُخ ِا ت َأَو َ ,ءٍ ْش َ  َ َ ْق َ س َي ْ َف َ  ُو ّَا ت َأَ م ّ ُ ّلا ءٌ ْش َ  َ َو ْ ُ س َي ْ َف َ ن ُط ِ َل ْا ت َأَو َ ءٌ ْش َ  َق َ ْف َ س َي ْ َف َ."
Maksudnya:“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiadasuatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin makatiada suatupun di bawah-Mu”.[Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim]Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad ibn al-Husayn al-Bayhaqi (W. 458 H) berkata dalam kitabnya al-Asma’wa al-Sifat[2]:
". ٍك َ َ ف ِ  ِ ْك َل ْب ِ  ُ ُا َ ْإِ  ص ِ َف َ ن ُط ِ َل ْا ,ة ِل ّ ِَب ِ  ُ ُا َ ْإِ  ص ِي َف َ ر ُِظ ّلا  ُ ّأَو َ س َي ْ َف َ ر ُِظ ّلا ت َ ْأَ)) :  ِ ّلا  ِ ْ َب ِ ىل َع َ َ ِا ن ِَ  ِك َ َل ْا  ُ ْ َ  َ ِبح َ ْأَ ض ُع ْب َ  ّد َ َ ْاو َ
 
 ُ َو ْ ُ و َ ءٌ ْش َ  ُق َ ْف َ ن ْك ُ َ م ْل َ اذ َإِو َ ((ءٌ ْش َ  َ َو ْ ُ س َي ْ َف َ ن ُط ِ َل ْا ت َ ْأَو َ ءٌ ْش َ  َق َ ْف َ  ٍك َ َ ف ِ ن ْك ُ َ م ْل َ ءٌ ْش َ".
Maksudnya:"Allah ta`ala itu Maha Zahir kerana (kewujudan-Nya) boleh didapati dengan bukti-bukti (daripadakekuasaan-Nya melalui alam ini) dan Maha Batin kerana tidak boleh didapati (kewujudan-Nya)secara bertempat. Sebahagian para sahabat kami mengambil dalil tentang penafian tempat daripadaAllah taala dengan sabdaan Nabi :
((ءش و سيف نطلا تأو ءش قف سيف رظلا تأ))
iaitu Engkaulah (Allah) yang Zahir dan tidak ada sesuatupun di atas-Mu dan Engkaulah yang Batindan tidak ada sesuatupun dibawah-Mu). Dan jika tiada suatupun di atas-Nya dan tiada sesuatupun di bawah-Nya maka Allah tidak berada di suatu tempat pun".SAHABAT1.Al-Misbah al-Munir wa Sabah al-Tafrid al-Sahabi al-Jalil wa al-Khalifah al-RashidSayyiduna `Ali ibn Abi Talib radiyallahu`anhu (W. 40 H) berkata[3]:
." َ َ  ِي ْ ََ  َ ى ََ  َا  َُو َ  َك َ َ و َ ا ْأَ –  َ َ"
Maksudnya:"Allah wujud sejak azali, dan sedangkan pada ketika itu suatu tempat pun tidak ada dan Dia sekarangdengan keadaan yang Dia telah ada (wujud-Nya azali dan abadi tanpa bertempat)".Diriwayatkan oleh Abu Nu`aim di dalam kitabnya Hilyah al-Auliya’, beliau berkata :Diceritakan pada kami oleh Abu Bakr Ahmad bin Muhammad bin Al-Haris, diceritakan pada kamioleh Al-Fadhl Al-Hibab Al-Jamhiy, diceritakan pada kami oleh Musaddad, diceritakan pada kamioleh Abdul Waris bin Sa`d, diceritakan pada kami oleh Muhammad bin Ishaq dari Nu`man bin Sa`d, beliau berkata : Ketika saya di Kuffah berada dalam Darul Imaroh rumah Sayyidina Ali bin AbiTholib, tiba-tiba Nauf bin Abdillah datang kepada kami lalu berkata "Wahai Amirul Mu’minin ! di pintu ada empat puluh lelaki Yahudi" Kemudian Sayyidina Ali radhiyallahu`anhu menjawab"Serahkan mereka kepadaku", setelah mereka sampai di depan Sayyidina Ali radhiyallahu`anhumereka berkata : "Wahai Ali! Sifatkan kepada kami tentang tuhanmu yang berada di langit, bagaimana Dia ?, bagaimana ada-Nya ? bila Dia wujud ? dan Dia berada di atas apa ?"[4]. KemudianSayyidina Ali pun duduk dan berkata : "Wahai orang Yahudi dengarlah dariku dan jangan hiraukanuntuk tidak bertanya kepada selainku[5], sesungguhnya Tuhanku adalah yang awal, ada tanpa permulaan, tidak ada dalam sesuatu, tidak seperti yang dibayangkan oleh prasangka, bukan jisim,tidak diliputi oleh tempat dan tidak ada setelah yang tidak ada." Kemudian beliau berkata[6]:
" َ ْ ُع ْ َل ْا  َل ِ َل ْا  َ ِج َ د ْ َف َ  ٌو ْد ُح ْ َ  َ َل َإِ  ّأَ م ََز َ ن ْ َ".
Maksudnya:“Barangsiapa beranggapan (berkeyakinan) bahawa Tuhan kita terhad (boleh ditentukan saiz bagi Zat- Nya) maka ia tidak mengetahui Tuhan yang wajib disembah (belum beriman kepada-Nya)”. 

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Ramadhan Syawwal liked this
Nera Il Kobah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->