You are on page 1of 4

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin membangun dan sehari ke sehari.

Namun begitu pembangunan dari segi fizikal tidak semestinya mencerminkan pembangunan dari
segi sahsiah dan kerohanian sesebuah negara. Kita sering mendengar bahawa ‘ Dadah Merupakan
Musuh Nombor Satu Negara ‘ tetapi tanpa disedari rasuah sebenarnya merupakan musuh negara
yang lebih perdana jika hendak dibandingkan dengan dadah. Kita tidak harus berbangga hanya
kerana terdapatnya bangunan pencakar langit yang tinggi di persada dunia sekiranya elemen –
elemen jahiliah seperti pengamalan rasuah masih berleluasa di negara kita. Hal ini disebabkan
segala bangunan dan pembangunan negara mampu diranapkan dan dimusnahkan seandainya
rasuah masih tidak terkawal dan berkurangan di negara kita. Segala pencapaian ekonomi negara
akan diserang oleh penyakit rasuah ibaratkan barah yang perlahan – lahan menyerang sel demi
sel dan akhirnya membawa kematian kepada seseorang sekiranya tiada ubat yang sesuai untuk
merawati pada jangka masa tertentu. Sebenarnya penyakit rasuah ini ada sebab – sebab yang
mendorong kepada berlakunya penyakit ini dan langkah yang bersesuaian patut diambil untuk
mengatasinya.

..................................................................................................................................................................

Gejala rasuah sememangnya akan meninggalkan pelbagai implikasi terhadap pelbagai pihak. Oleh kerana itu,
perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu
organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada
sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional
yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Disamping itu, gejala rasuah turut akan memburukkan lagi taraf kemiskinan rakyat kerana sumber-sumber yang telah
ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan. Justeru bagi mengelak berlakunya keadaan sedemikian adalah
menjadi tanggungjawab semua pihak dalam membanteras isu ini hingga ke akar umbi.

Selain itu, rasuah turut akan mewujudkan pemerintahan yang lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka
pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai
terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya
dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah
ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan masalah lain
seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh
menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan
sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam
tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004. Menyedari akan hal ini, maka
tidak hairanlah pihak kerajaan bertungkus-lumus dalam usaha membasmi peningkatan kadar gejala rasuah di negara ini.
Antara lengkah bagi mengatasi gejala rasuah ini ialah, mewujudkan badan pencegahan rasuah. Pada tahun 2008,
Kerajaan dan Parlimen telah bersetuju supaya sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan
bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta untuk memperbaiki persepsi
kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi Suruhanjaya. SPRM akan turut disokong oleh mekanisme
memeriksa dan mengimbangi dalam memastikan Suruhanjaya bertindak selaras dengan kehendak perundangan, negara
dan aspirasi masyarakat. Suruhanjaya ini mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan
Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia.

Natijah akhirnya, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997. Rasuah
dianggap jenayah kerana perbuatan ini melanggar etika sesuatu bidang pekerjaan malah secara tidak langsung si
pelakunya mengambil atau ‘mencuri’ hak orang lain. Justeru seharusnya langkah kerajaan dalam membendung gejala
rasuah ini wajar disokong oleh semua pihak memandangkan rasuah mampu meninggalkan implikasi terhadap semua
pihak. Sesungguhnya, tanpa rasuah segala urusan pembangunan dapat berjalan dengan lancar. Keadilan dan
kesaksamaan dalam masyarakat juga akan dapat dipertahankan dan semua rakyat tanpa mengira kedudukan dan
bangsa akan hidup dengan aman.

...........................................................................................................................................................

 Tohmahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan semakin banyak ke atas organisasi;
 Pemusatan kuasa hanya kepada seorang individu sahaja;
 Kuasa budi bicara melebihi peraturan dan prosedur;
 Semakin ramai orang tengah berurusan di kaunter;
 Broker projek, orang tengah, pembekal bebas keluar masuk pejabat;
 Keistimewaan diberikan kepada sesebuah syarikat atau individu;
 Wujud amalan  cronyism  dan  favoritism  dalam semua keputusan;
 Tiada dasar putaran kerja, pegawai berkhidmat di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama;
 Pegawai enggan bertukar walaupun dinaikkan pangkat;
 Kehidupan pegawai dan staf amat mewah;
 Produktiviti dan prestasi organisasi turun naik, ada proses kerja yang cepat tapi ada yang
sengaja dilewat-lewatkan;
 Birokrasi bertambah meruncing;
 Pelanggan dikenakan bayaran tambahan yang tidak sepatutnya;
 Pegawai meminta upah secara terang-terangan bagi mempercepatkan proses;
 Pembekal terpaksa membayar komisen dalam setiap pembekalan kepada pegawai;

Bagaimana jenayah rasuah dapat memberi kesan dalam konteks pekerja? Kita biasa mendengar
rungutan dan rasa tidak puas hati golongan pekerja yang ditindas termasuk dari segi tidak diberikan
peluang untuk kenaikan pangkat malahan ditukarkan ke kawasan pendalaman hanya semata-mata
enggan memenuhi arahan si ketua yang mahu meluluskan sesuatu permohonan kepada kroninya
tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. Akan tetapi bagi golongan oportunis undang-undang dan
peraturan diketepikan semata-mata untuk memenuhi arahan ketua jabatan. Ada saja jalan pintas yang
boleh dicipta menerusi peraturan yang lemah untuk memenuhi hajat si ketua. Undang-undang dan
peraturan yang lapuk dimanipulasikan bagi mengukuhkan asas tindakan. Undang-undang dan
peraturan diinterpretasikan mengikut kepentingan dan kehendak tertentu. Inilah kreativiti yang
berjaya dipupuk oleh organisasi yang mengamalkan budaya rasuah.

Sebagai balasan kepada si oportunis, pelbagai bentuk keistimewaan diberikan oleh si


ketua termasuk yang biasa kita dengar seperti cepat naik pangkat, bebas keluar masuk
pejabat, tidak perlu buat kerja, hidup mewah, kekal selama-lamanya di tempat yang
sama dan berkuasa penuh sehingga tidak boleh ditegur oleh sesiapa pun.
Kesannya perpecahan akan berlaku dalam sesebuah organisasi yang akhirnya
mewujudkan perasaan berpuak-puak antara golongan pekerja, menimbulkan rasa tidak
puas hati, melemahkan semangat kerja, mengabaikan peraturan serta prosedur dan yang
paling membimbangkan bila mana orang luar yang tiada kena mengena dengan jabatan
pun bebas keluar masuk ke pejabat ketua jabatan dan boleh pula memberikan arahan
kepada pegawai dan staf untuk membuat itu dan ini.
Bagi golongan pekerja yang lemah psikologinya, akan mudah terjerumus dalam kancah
jenayah rasuah. Rasa tidak puas hati dilepaskan dengan turut sama meminta wang
rasuah bagi melaksanakan tugas masing-masing. “Apa yang nak dihairankan, bos pun
sama, kalau kita tak ambil orang lain akan ambil juga” merupakan antara kata-kata yang
sering diungkapkan bagi memujuk hati dan perasaan untuk menghalalkan perbuatan
yang haram.
Bila rasuah menjadi budaya dalam organisasi, kedudukan di bahagian-bahagian
strategik seperti perolehan, pelesenan, penguatkuasaan, pembangunan, teknikal dan
sebagainya yang boleh dianggap sebagai lubuk emas akan diletakkan pegawai-pegawai
yang sehaluan demi melicinkan “urusan” peribadi. Tidak hairanlah, kebelakangan ini
muncul kes-kes di dada-dada akhbar yang berkaitan tangkapan BPR terhadap ketua
jabatan hingga ke pembantu am pejabat, penguat kuasa lapor kegiatan rasuah penguat
kuasa lain hanya kerana pembahagian wang rasuah dibuat secara tidak adil dan
bermacam-macam kes panas yang membimbangkan.
Salah satu lagi entiti penting yang terjejas bila rasuah menjadi budaya organisasi adalah
golongan pelanggan. Pelanggan terpaksa membayar lebih dari apa yang sepatutnya
dibayar disebabkan “caj-caj” tertentu yang dikenakan oleh pegawai mahupun orang
tengah (perantara). Pemohon yang benar-benar layak akan diketepikan disebabkan
jenayah rasuah dan kronisme. Proses pembayaran bil yang sepatutnya diproses dalam
tempoh 14 hari mengambil masa berbulan-bulan lamanya sehingga menjejaskan
pembekal untuk membuat modal pusingan. Pelanggan terpaksa datang awal untuk
merebut nombor giliran dan beratur panjang sedangkan kenalan dan kroni-kroni di biar
masuk ikut pintu belakang.
Pelbagai bentuk masalah dan tekanan seperti karenah birokrasi, kelewatan proses,
borang permohonan hilang, dokumen tak lengkap, pemeriksaan mengejut, saman dan
kompaun atas kesalahan yang sengaja diada-adakan, operasi bagi mengganggu
perniagaan dan berbagai-bagai cara dibuat bagi memaksa pelanggan membayar wang
rasuah. Yang anehnya, bila duit kopi diselitkan pada borang permohonan, pegawai
dibawa berhibur di pusat-pusat karaoke, hadiah-hadiah berharga disedekahkan dan
perjanjian komisen ditetapkan kesemua proses berjalan dengan lancar, cepat, cekap dan
efisien.
Kesan yang paling mengaibkan bila rasuah menjadi budaya adalah terhadap golongan
pelanggan yang kurang berkemampuan, masyarakat luar bandar, kurang berpendidikan
yang cuba mendapatkan perkhidmatan dan pembelaan daripada organisasi terbabit.
Kes-kes yang melibatkan pegawai-pegawai yang sepatutnya mengagihkan bantuan
kebajikan kepada orang kurang upaya dan warga emas telah menyelewengkan
peruntukan terbabit untuk kepentingan diri masih berlaku. Orang kurang upaya dan
warga emas yang bergantung pada bantuan kewangan ini ditipu dengan cap jari dan
tandatangan diambil sebagai pengesahan palsu bahawa mereka telah menerima bantuan
tersebut. Walhal bantuan kewangan tersebut di seleweng untuk kemewahan individu-
individu yang tidak bertanggungjawab ini.
Melihat kepada kesan jenayah rasuah bila ia menjadi budaya organisasi amatlah
menggerunkan. Jenayah rasuah harus diperangi kerana ia mengakibatkan kerosakan
yang berpanjangan khususnya terhadap imej dan kepercayaan masyarakat terhadap
organisasi. Adalah mudah untuk kita mencapai kecemerlangan, tetapi sukar untuk kita
mengekalkan kecemerlangan tersebut ditambah pula apabila imej organisasi tercalar
disebabkan jenayah rasuah.
Bersama Kita Lakukan Perubahan Perangi  RASUAH.

 Rasuah berleluasa di setiap peringkat kakitangan bermula dari pengawal keselamatan hinggalah ke
ketua jabatan;

..................................................................................................................................................................

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk
mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur
biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna
kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan
bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-
risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan
jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang
semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan
kesalahan jenayah rasuah. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk
mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat.
Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi,
sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.
................................................................................................................................................................................

Kes kes rasuah :

1 April bicara kes rasuah bekas pengurus kanan Sime Darby

07/01/2011 3:09pm

KUALA LUMPUR, 7 Jan. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 April ini untuk perbicaraan kes
rasuah bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. atas tuduhan menerima
suapan RM200,000 berhubung penglibatannya dalam penjualan dan pembinaan tongkang tundaan, dua tahun
lepas.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas kedua-dua pihak berbincang dan bersetuju dengan tarikh
perbicaraan yang ditetapkan oleh mereka.

Peguam Shamsul Sulaiman yang mewakili anak guamnya Mazhazmi Jamaludin turut memaklumkan pihaknya
sudah menerima dokumen yang diperlukan daripada pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Anthony Kevin Morais
memaklumkan kepada mahkamah kira-kira 10 saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberikan keterangan
sepanjang proseding yang akan turut diadakan pada 12, 18, 25 dan 26 April depan.

Dalam pada itu, Rozilah menasihati kedua-dua pihak agar bersedia dan mematuhi tarikh perbicaraan yang
ditetapkan.

"Semua tarikh yang ditetapkan adalah permintaan daripada kedua-dua belah pihak, jadi perbicaraan tetap akan
diteruskan.

"Walaupun peguam mempunyai perbicaraan di mahkamah lain, perbicaraan bagi kes ini akan diteruskan tanpa
peguam,” katanya. - Bernama

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

You might also like