Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sekolah Bestari

Sekolah Bestari

Ratings: (0)|Views: 581|Likes:
Published by Azali Jumaren

More info:

Published by: Azali Jumaren on Feb 06, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/21/2011

pdf

text

original

 
3.2ISU II : PEMBESTARIAN SEKOLAH
Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yangmana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya.Penggunaan ICT sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaranmerupakan jantung kepada Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalamkurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolahdapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.
 
Dr Ragbir Kaur a/pJoginder Singh (2005), pula “berpendapat bahawa pembestarian pendidikan ialah untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan dimana guru bukan lagi sebagai pendeta di atas pentas tetapi sebagai pendidik dan pembimbingkepada kepada murid-murid”.Pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri AbdullahAhmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif danmoden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasarankementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan muriddan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segikos. (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005)Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari diseluruh negara,Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kosefektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah ke arah pembangunan negara.Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari,kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkaninfrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara
 
membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendahuntuk setiap buah sekolah.Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep SekolahBestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusansekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelaja berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed)dan kadar kendiri (self-paced)Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sediaada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkansebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi denganmakmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet.Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengankerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkanempat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telahdibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursusuntuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesandengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), EducationalManagement Information System (EMIS) dapat m,embantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian.Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa kesemasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat
 
Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbingdan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.Ciri-ciri Sekolah Bestariadalah pelajar perlu belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran itu sendiri.Manakala guru pula perlu mengadaptasikan kurikulum kebangsaan berdasarkan keperluan,kebolehan dan gaya pembelajaran individu serta penilaian pembelajaran dilakukan secaraonline.
4.2 CABARAN PEMBESTARIAN SEKOLAH
Pembekalan peralatan dan kemudahan ICT merupakan isu yang  besar kerana terbuktitelah melibatkan kos pembelian dan pengurusan yang besar.Banyak wang yang telahdigunakan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan prasarana ini. Penyediaan perisian kursus  juga merupakan cabaran kepada pihak kementerian. Untuk itu, pembangunan perisian telahdilaksanakan dengan kerjasama dengan pihak  swasta. Perisian kursus untuk kegunaan SekolahBestari yang melibatkan empat mata  pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains danMatematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk  digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran danPembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPS MI ). Pembestarian sekolah menuntut kepada pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaanaplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management InformationSystem (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumatdiperingkat sekolah, jabatan dan kementerian.Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasake semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat PejabatPendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaranturut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan. Dalam menongkah arus globalisasi dan cabaran pendidikan hari ini, semua pihak  harus mengorak langkah yang proaktif. Perubahan ke arah sistem pendidikan bestari adalah suatu usaha yangamat baik.Adalah menjadi harapan kementerian, melalui  pembestarian sekolah ini akanmembentuk modal insan yang berkemahiran dalam  bidang ICT ke arah masyarakat k-ekonomi,mengimbang jurang digital antara bandar, luar bandar dan pendalaman, membentuk masyarakat

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->