You are on page 1of 2

KATA SENDI

Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
Berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.

Kata Sendi Penggunaannya Ayat Contoh


akan/ kepada/ untuk menunjukkan emosi dan sikap 1. Adik sayang akan kucing.
terhadap 2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.
3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untuk untuk menentukan sesuatu yang 1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
dibezakan daripada yang lain 2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dari untuk menunjukkan tempat dan masa Mereka baru pulang dari Johor.
Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.
daripada untuk orang, perbandingan, asal kejadian, 1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan
dan menunjukkan keanggotaan Johor.
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada murid-murid
sekolah.
di untuk tempat Di dalam dompet itu ada wang.
dengan untuk menyatakan makna bersama-lama, 1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.
bandingan setara, keterangan cara, dan 2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
penggunaan sesuatu sebagai alat 3. Adik menulis dengan pensel.
4. Markah saya sama dengan markahnya.
Hingga / sampai untuk menunjukkan peringkat masa, 1. Dia bekerja hingga malam.
tempat, dan had tertentu 2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.
ke untuk tempat dan benda konkrit 1. Kereta api menuju ke Padang Besar.
2. Cawan itu terhempas ke batu.
kepada untuk menunjukkan orang atau kata ganti Kes itu diserahkan kepada pihak polis.
diri
oleh untuk menunjukkan perlakuan pasif yang 1. Buku itu dibaca oleh Salmi.
berawalan di- dan ter- 2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
pada untuk menunjukkan masa dan tempat, 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
manusia, binatang, benda abstrak, dan 2. Novel itu ada pada Rahim.
benda konkrit tertentu 3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
4. Serikaya itu disapukan pada roti.
sejak untuk menyatakan makna suatu jangka Dia tidak makan sejak semalam.
masa
seperti/ untuk menunjukkan persamaan dengan 1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di
yang lain pasar.
umpama/bak 2. Badannya besar umpama ahli gusti.
3. Hidungnya mancung bak seludang.
tentang untuk menyatakan makna mengenai Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.
sesuatu
Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai.
terhadap     untuk     di     tentang      sejak
daripada     seperti     pada     dari       ke

dari
1 Kapal terbang Tokyo itu sedang mendarat.
ke
2 Saya hendak rumah nenek.
terhadap
3 Ibu bapa harus mengambil berat pelajaran anak-anak.
di
4 "Jangan bermain tepi parit," pesan ayah. disiplin di kalangan murid.
tentang
5 Guru Besar bercakap displin di kalangan murid.
daripada
6 Tas tangan itu dibuat kulit haiwan.
seperti
7 Wajah lelaki itu pucat ayam berak kapur kerana demam.
untuk
8 Mainan ini adalah adik bongsu saya.
pada
9 Dia membubuh ubat lukanya.
sejak
10 Siong Fat kehilangan ayahnya kecil.

You might also like