You are on page 1of 4

Pengenalan

Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6


tahun. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di
samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di
sekolah rendah.

Konsep

Pelaksanaan TABIKA adalah berasaskan konsep memberi pendidikan non-formal secara belajar
melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M
(Membaca, Mengira dan Menulis)

Objektif
1. Menggalakkan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal dan intelek kanak-kanak
melalui pelbagai pendedahan dan interaksi.
2. Menyediakan dan mengembangkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
sebelum memasuki alam persekolahan
3. Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-
kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat
umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak.
4. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan
mengembangkan sifat ingin tahu
5. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan
keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dn
rutin harian.
PERKARA PERUNTUKAN MASA
 
1 Bahasa Inggeris - bagi bahasa pengantar Bahasa Kebangsaan Sekurang-kurangnya 2 jam
seminggu
2 Pendidikan Islam untuk kanak-kanak Islam sahaja dan Sekurang-kurangnya 2 jam
Pendidikan Moral untuk kanak-kanak bukan Islam seminggu

Pengurusan
Pendekatan
Pendekatan Pengajaran Dan Pemelajaran

Pelbagai pendekatan digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan
serta menggebirakan berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu :

1. Belajar Melalui Bermain-Penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
2. Pendekatan Bertema-Satu topik dipilih bersesuaian dengan kehidupan, masa, tempat dan minat
kanak-kanak.
3. Pendekatan Bersepadu-Aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak memahami hakikat
kehidupan sebenar yang saling berkaitan.
4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi-Membantu kanak-kanak memperolehi maklumat,
berinteraksi dengan bahan dan rakan serta memperkayakan pengalaman pembelajaran.

Pengelolaan Pengajaran Dan Pembelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara terancang :

1. Aktiviti Kelas - Seluruh kelas menjalankan aktiviti secara serentak contohnya bercerita,
menyanyi, bersoal jawab.
2. Aktiviti Kumpulan-Kanak-kanak melaksanakan aktiviti yang sama atau berbeza-beza dalam
kumpulan kecil. Contohnya ialah projek, aktviti memasak dan membuat percubaan.
3. Aktiviti Individu-Kanak-kanak berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran secara
bersendirian. Contohnya bermain di Pusat Pembelajaran.

Penubuhan Dan Pengurusan

Penubuhan dan pengurusan TABIKA ialah melalui tanggungjawab dan kerjasama erat antara
KEMAS dan masyarakat.

Penubuhan TABIKA

Penubuhan TABIKA berasaskan 3K iaitu ‘Kehendak, Keperluan dan Keupayaan’ masyarakat.

1. Masyarakat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kapung (JKK), persatuan


atau pertubuhan, memohon penubuhan TABIKA daripada Pejabat PERPADUAN
Kawasan melalui pengisian borang khas.
2. Pihak PERPADUAN Kawasan akan melawat atau membuat tinjauan ke tempat tersebut
bagi memastikan permohonan memenuhi kriteria berikut :

· Lokasi bersesuaian.
· Bangunan selamat, mempunyai ruang dalam untuk kelas dan ruang luar untuk bermain, dapur,
tandas, stor dan kemudahan air dan elektrik.
· Senarai bancian kanak-kanak 4 hingga 6 tahun tidak kurang daripada 25 orang.
· Mempunyai peralatan dan perabot bersesuaian.
· Telah mempunyai Jawatankuasa Penaja.
atau
· PERPADUAN akan memulakan inisiatif
· PERPADUAN mengenal pasti tanah tapak bersesuaian dan strategik milik Kerajaan Negeri
atau Kerajaan Pusat atau untuk dibeli dengan bantuan daripada masyarakat.
· Mendapat kelulusan dan membina bangunan TABIKA
· Membekalkan peralatan dan perabot

Setelah mendapat kelulusan penubuhan TABIKA daripada PERPADUAN, Jawatankuasa Penaja


akan:

1. Mengadakan majlis penerangan


2. Menubuhkan Jawatankuasa TABIKA

Pengurusan TABIKA

Ahli Jawatankuasa (AJK) TABIKA

TABIKA PERPADUAN adalah di bawah pengurusan ahli JPTP yang dilantik oleh masyrakat.
Tugas dan tanggungjawabnya ialah:

1. Menguruskan TABIKA dari aspek pelaksanaan dan kewangan


2. Membuat pemantauan ke atas pelaksanaan TABIKA
3. Keindahan, kebersihan dan keselamatan TABIKA
4. Aktiviti Kokurikulum
5. Aktiviti penglibatan masyarakat.

You might also like