You are on page 1of 1

KAEDAH KAJIAN

Kumpulan kami telah mejalankan beberapa jenis kaedah kajian. Antara kaedah kajian

yang telah kumpulan kami jalankan ialah kaedah soal selidik, kaedah pemerhatian, kaedah

temubual, serta kaedah rujukan. Kaedah-kaedah ini sedikit sebanyak turut membantu kami

dalam menjalankan dan menyelesaikan projek.

Kaedah pertama yang kumpulan kami jalankan ialah kaedah soal selidik. Kaedah ini

dijalankan dengan cara mengedarkan borang berbentuk soalan (rujuk Lampiran) kepada pihak

pengusaha dan juga para pekerja. Pihak pengusaha dikehendaki menjawab soalan yang tertera

pada borang yang telah diedarkan.

Kaedah kedua kami ialah, kaedah pemerhatian. Kaedah ini amat penting dalam sesuatu

kajian kerana ini merupakan cara untuk menunjukkan bukti mengenai kajian yang telah

dijalankan. Sewaktu kaedah kajian dijalankan, kami turut merakam dan mengambil gambar di

setiap lokasi kajian sebagai bahan bukti.

Kaedah ketiga kami pula ialah kaedah temu bual. Kaedah ini dijalankan semasa tinjauan

atau kaedah pemerhatian dijalankan. Semasa pemerhatian dijalankan, kami juga turut

menemubual beberapa orang pekerja mengenai penghasilan produk dan sebagainya. Kaedah

ini dapat membantu kami mengetahui dengan lebih terperinci mengenai produk dan lain-lain.

Kaedah kami yang terakhir ialah kaedah rujukan. Kaedah ini dijalankan bertujuan untuk

memantapkan lagi maklumat projek. Kumpulan kami telah mendapatkan sumber rujukan di

perpustakaan awam seperti buku dan majalah mengenai tajuk kami iaitu IKS. Selain itu,kami

juga turut menggunakan perkhidmatan teknologi dunia tanpa sempadan iaitu melayari

internet.

You might also like