Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
14Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pasaran Derivatif di Malaysia

Pasaran Derivatif di Malaysia

Ratings: (0)|Views: 4,220|Likes:
Published by Syaiful Ryzal

More info:

Categories:Types, Reviews
Published by: Syaiful Ryzal on Feb 08, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/18/2013

pdf

text

original

 
PASARAN DERIVATIF DI MALAYSIA oleh Shaiful Rizal Mohd SaniSejarah Penubuhan.Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur Berhad. (KLOFFE).
Bursa Opsyen dan Niaga Hadapan Kewangan Kuala Lumpur (KLOFFE), merupakan bursa derivatif kewangan yang pertama di Malaysia telah dilancarkan pada 15 Disember 1995.KLOFFE telah ditubuhkan untuk memenuhi permintaan yang tinggi daripada pelabur-pelabur dengan menawarkan pengurusan risiko dan potfolio yang tidak terdapat sebelum ini kepada pelabur-pelabur serta pengurus potfolio, domestik dan antarabangsa. Pada waktu penubuhanKLOFFE adalah anak syarikat seratus peratus KLOFFE Capital. Pemegang saham KLOFFECapital terdiri daripada Renong Bha, HLG Capital Bhd, News Straits Times Press (M) Bhd danRashid Hussain Bhd. Walau bagaimanapun pada bulan Januari 1999, µPerjanjian Jual ± Beli¶(Sales and Purchase Agreement) telah ditandatangani oleh Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)dan pemegang saham KLOFFE Capital bagi pembelian KLOFFE Capital oleh BSKL denganharga RM27 juta. Ini secara langsung meletakkan BSKL sebagai pemegang saham seratus peratus KLOFFE Capital dan seterusnya pemegang saham terunggul.Kementerian Kewangan telah diberi tanggungjawab di bawah Akta Industri NiagaHadapan, 1993 (FIA) untuk mengawal perniagaan opsyen dan niaga hadapan dan telahmemberikan kuasa kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mengawal perkara-perkara yang berkaitan dengan industri derivatif. Kedua-dua badan pengawal selia ini adalah bertanggungjawab untuk membuat peraturan bagi operasi Bursa. Suruhanjaya Sekuritiditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti, 1993 dengan bermatlamat utama untuk membuat peraturan dan pengawasan industry sekuriti dan niaga hadapan. Di bawah peruntukanFIA, Suruhanjaya Sekuriti juga adalah badan yang bertanggungjawab di dalam memberikankelulusan kepada semua kontrak yang diniagakan dan dalam pemberian lesen kepada pesertadalam pasaran seperti Broker Hadapan, Penasihat Urusniaga Hadapan danPengurus DanaHadapan serta wakil-wakilnya masing-masing.Seperti yang disebutkan tadi, Bursa pula merupakan sebuah organisasi yang mengawasiamalan urusniaga melalui pengawalseliaannya sendiri. Di bawah Peraturan Perniagaan KLOFFE(KLOFFE¶s Business Rules), terdapat empat jawatankuasa yang telah ditubuhkan untuk mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan keahlian, tingkah laku perniagaan ahli,
 
 pelancaran produk-produk dan tabung fidelity untuk memastikan peraturan di pasaran hadapan,antaranya;
 
Jawatankuasa keahlian.Jawatankuasa ini menimbangkan permohonan keahlian, membuat kajian samadakelas keahlian baru diperlukan dan akan mempertimbangkan isu-isu yang berkaitan dengan keahlian.
 
Jawatankuasa Tabung Kesetiaan.Jawatankuasa ini mentadbirkan Tabung Kesetiaan bagi pihak KLOFFE. Tabungini diadakan untuk membayar ganti rugi kepada orang yang telah mengalamikerugian disebabkan oleh penyalahgunaan dan penggelapan wang oleh broker hadapan. Setiap Ahli Dagangan dikehendaki membayar deposit pendahuluansebanyak RM30,000 ke dalam tabung ini dan kemudiannya RM10,000 untuk 5tahun yang akan datang.
 
Jawatankuasa Konduk Perniagaan.Jawatankuasa ini mengendalikan segala hal yang berkenaan dengan kelakuan ahlidan integriti pasaran, di mana jawatankuasa ini mempunyai kuasa untuk membuat penyiasatan dan pengadilan.
 
Jawatankuasa Pembangunan Produk.Jawatankuasa ini mengendalikan pengenalan kontrak derivatif yang baru, disamping melihat kepada pelaksanaan produk hadapan dan opsyen untuk memenuhi kehendak kumpulan pengguna yang berbeza.Malaysian Derivatives Clearing House Berhad (MDCH) merupakan rumah yang akanmenyelesaikan kontrak-kontrak yang diniagakan di KLOFFE. Fungsi utama sesebuah rumah penjelasan ialah menyediakan kestabilan kewangan dengan menjamin prestasi kesemua kontrak yang diniagakan. Yang paling penting, ia bertindak sebagai pihak berlawanan bagi kesemuakontrak yang diniagakan dengan mengambil tanggungjawab sebagai pembeli (penjual) kepada penjual (pembeli) asal kontrak. MDCH juga merupakan rumah penjelasan bagi dua bursaderivatif, iaitu KLOFFE dan juga untuk Commodity and Monetary Exchange of Malaysia(COMMEX).
 
Sistem Dagangan secara elektronik yang digunakan oleh KLOFFE dikenali sebagaiKLOFFE Automated Trading System (KATS). KATS merupakan adaptasi daripada sistem yangtelah digunakan oleh Bursa Deutsche, bursa niaga hadapan dan opsyen Jerman. Sistem ini telahdirekabentuk untuk;
 
Melaksanakan penyelesaian urusniaga yang cekap;
 
Menjadikan pengurusan kredit dan risiko yang berkesan; dan
 
Menyelaras fungsi-fungsi operasi (
back-office
) broker.Antara fungsi KATS ialah menyelenggara pembahagian akaun-akaun klien individu.Sistem yang canggih dalam merekodkan butir-butir perniagaan dan kolateral ini, membolehkanBursa, MDCH dan Ahli Dagangan mengawasi dan menaksir risiko pada peringkat klien individu pada setiap masa. Ini membolehkan semua pihak menguruskan risiko secara efektif pada semua peringkat terutamanya pada keadaan pasaran yang mudah berubah (
Volatile
).Sebelum tahun 1999, KLOFFE telah menyediakan fungsi penjelasan
 front end,
manakalaMDCH melaksanakan fungsi penjelasan
back-end 
bagi produk yang diniagakan di KLOFFE.Walaubagaimanapun, satu persetujuan telah dicapai pada peringkat industri, di mana MDCHakan menyediakan fungsi penjelasan
 front 
dan
back-end 
untuk produk-produk KLOFFE sertaCOMMEX. Seterusnya, pada tahun yang sama juga, penyelesaian derivatif industry baru telahdilancarkan dengan jayanya.Keahlian KLOFFE terbahagi kepada dua kategori iaitu Ahli Dagangan dan Ahli Individu.Ahli Dagangan adalah syarikat yang telah ditubuhkan khususnya untuk mengendalikan urusniaga perniagaan hadapan. Mereka juga dikenali sebagai Broker Hadapan dan mesti dilesenkan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan, 1993. Ahli Dagangan ialah syarikat-syarikat yangditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965 dengan nilai modal minimum saham diterbitkan dandibayar sepenuhnya sebanyak RM5 juta. Keahlian membolehkan syarikat itu berurusniagakontrak opsyen dan hadapan sebagai proprietary atau bagi pihak orang lain. Keahlian Daganganadalah secara langganan saham keutamaan µA¶ bernilai RM1.00 yang disertakan bersama hak dan tanggungjawab seorang ahli dagangan. Ahli Dagangan juga mempunyai laluan penuh danlangsung kepada kemudahan urusniaga KLOFFE.pelanggan.

Activity (14)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Pdud Lampard liked this
Mah Han Yao liked this
arosly_1 liked this
atun75 liked this
Nur Cahaya liked this
Fatin Nor Dalila liked this
Sue Suery liked this
Umie Kalsom liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->