You are on page 1of 2

MINGGU PERTAMA (1)

TARIKH : 22 Januari 2011

HARI : Sabtu

1. Masalah

Minggu ketiga persekolahan merupakan minggu pertama bagi saya menjalani


latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 22. Walaupun sesi
persekolahan telah berlangsung selama 3minggu, namun pelbagai aktiviti dan program
dan tugas-tugas perlu dilaksanakan memandangkan segala data, rekod dan maklumat
murid harus dikemaskini secara lengkap. Namun, pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas tidak diabaikan walaupon dua orang murid tidak boleh menghadirkan diri
pada minggu ini. Ketidakhadiran mereka sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan kelak serta sedikit sebanyak
menyebabkan saya terpaksa merombak rancangan pengajaran harian saya
berdasarkan bilangan murid yang hadir.

Minggu pertama praktikum juga merupakan minggu pertama saya mengajar


subjek matematik. Oleh kerana baru menyesuaikan diri untuk mengajar matematik,
saya menghadapi sedikit masalah tentang silibus yang bersesuaian dengan tahap
kemampuan mereka. Pengurusan masa dan aktiviti yang dirancangkan juga kadang
kala tidak cukup masa serta diubah mengikut emosi pelajar pada waktu tersebut. Hal ini
menimbulkan masalah bagi mencapai objektif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti pengajaran yang dijalankan melebihi masa
yang ditetapkan untuk memberi pemahaman yang lebih kepada murid-murid. Terutama
kepada pelajar yang agak lambat memahami. Gangguan dari rakan-rakan yang lebih
pandai juga menyebabkan emosi dan tumpuan murid kadang kala terganggu. Hal ini
secara tidak langsung akan menyebabkan murid tidak berminat untuk belajar dan
mempengaruhi murid yang lain untuk turut sama tidak mahu belajar. Hal ini
menyebabkan banyak masa yang diambil untuk memujuk kembali pelajar untuk kembali
bersemangat belajar dengan pelbagai kaedah sehinggakan mengurangkan masa yang
telah dirancangkan.
3. Cadangan Untuk Memperbaiki

Bagi memastikan penyusunan jadual dan tahap silibus yang bijak dan teratur, saya
harus sentiasa berbincang dengan penyelaras dan rakan sekerja agar segala masalah
dapat dilaksanakan dan diselesaikan dengan secepat mungkin.

Saya perlu bersikap lebih prihatin dan pandai berpsikologi terhadap pelajar saya dalam
menarik minat dan perhatian mereka untuk belajar dan memberikan tumpuan
sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak.

4. Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan penggunaan masa yang lebih efisyen
kelak. Saya juga akan cuba memahami pelajar supaya mudah bagi saya untuk
mengawal keadaan kelas dan tingkah laku mereka semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.

5. Penilaian Kejayaan

Saya akan sentiasa meminta bimbingan, rujukan dan pandangan daripada guru
pembimbing, rakan sekerja, supaya saya sentiasa boleh memperbaiki kelemahan dari
semasa ke semasa.

6. Tindakan Susulan

Saya akan cuba lebih peka dalam memahami tingkah laku setiap pelajar dan akan cuba
untuk memperbaiki tingkah laku mereka kea rah yang lebih baik.

You might also like