You are on page 1of 22

DISEDIAKAN OLEH:

1. AZILAWATI BT ABDUL AZIZ


2. DAMITHAH BT ISMAIL
2. FAEZAH BINTI AHMAD
3. SITI SARA BINTI IBRAHIM
TAJUK :
PENGACARAAN MAJLIS
DEFINISI PENGACARAAN
MAJLIS
Satu sistem peradaban dalam
pengurusan dan kehadiran majlis
rasmi yang membudayakan amalan
nilai-nilai tertib kesopanan yang
perlu dipatuhi oleh tetamu dan
penganjur.
APA ITU PENGACARA ?

 Seseorang yang membuat pengumuman mengenai aturcara

sesuatu majlis formal atau tidak formal sebagai panduan

kepada hadirin tentang apa yang sedang berlaku.

 Individu penting dalam sesebuah majlis

 Terdiri daripada seorang atau dua (pengacara bersama).

 Dikenali sebagai juruacara @ Master Of Ceremony (mc).


TANGGUNGJAWAB PENGACARA
 Arif dengan latar majlis (rasmi, separa rasmi dan juga tidak rasmi),
objektif (tujuan sesuatu majlis itu diadakan) dan hal ehwal program
majlis (atur cara majlis).
 Mengetahui teknik mengendalikan majlis
 Mempunyai ketrampilan dalam penggunaan bahasa sama ada dalam
lisan atau tulisan.
 Mengetahui protokol, etiket sosial, cara berpakaian dan sebagainya.
 Menyediakan teks
 Membina keyakinan diri
PERATURAN BERLISAN DAN SALUTASI
 Salutasi

- cara mengamalatkan seseorang.

- Perkataan mengamalatkan menunjukkan cara kita

menyebut pangkat, jawatan, anugerah, dan nama seseorang

dengan betul.

 Pengacara boleh mulakan salutasi dengan salam dan seterusnya kata-


kata aluan kepada jemputan kehormat, penganjur majlis, dan para
hadirin mengikut kesesuaian majlis dan juga mengikut susunan protokol.
CONTOH SALUTASI
 Salutasi Satu Taraf Hadirin:
1. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
2. Yang Berhormat Dato’ Ismail Tan Sri Shafie
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,
3. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Setar,
4. Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri
5. Tetamu kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang
dihormati sekalian.

 Contoh Salutasi Dua Taraf Hadirin


1. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi
Billah Shah

2. Yang Berbahagia
Dato’Seri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah
Naib Canselor, UiTM
JENIS MAJLIS
 Skrip pengacaraan akan berbeza mengikut :
a. Majlis Rasmi

- Merupakan majlis yang keseluruhannya di tanggung oleh kerajaan

- Contoh Majlis perasmian/penutup, majlis taklimat kompleks, majlis

penganugerahan, dan melibatkan kedua-dua taraf hadirin.

b. Majlis tidak rasmi


- adalah majlis yang perbelanjaannya tidak ditanggung oleh kerajaan

- gabungan formal dan tidak formal seperti majlis sosial, majlis

perpisahan, majlis taklimat ringkas, majlis hiburan, dan hanya

melibatkan satu taraf hadirin (tetamu hanya golongan biasa sahaja).


FORMAT PENULISAN
 Bahagian 1: Tajuk majlis
Tajuk majlis terletak bahagian atas skrip pengacaraan.

Nama majlis
Tempat
Tarikh
Masa

 Bahagian 2: Kandungan
(perlu mengikut atur cara majlis-Contoh 1 taraf hadirin)
1. pengumuman umum
2. ketibaan tetamu kehormat
3. kata alu-aluan
4. bacaan doa (lihat kesesuaian majlis)
5. ucapan penganjur/perasmi
6. penyampaian hadiah/cenderamata

 Bahagian 3 : Penutup
salam penutup/perpisahan
jamuan (Berbeza mengikut taraf peringkat hadirin)
PERBEZAAN PENGACARAAN MAJLIS & MINIT MESYUARAT
PENGACARAAN MAJLIS MINIT MESYUARAT

DEFINASI Satu sistem peradaban dalam Satu rekod atau


pengurusan dan kehadiran majlis kenyataan bertulis secara
rasmi yang membudayakan formal mengenai catatan ke
amalan nilai-nilai tertib atas sesuatu perbincangan
kesopanan yg. perlu dipatuhi dan keputusan yang dicapai
oleh tetamu dan penganjur. oleh perbincangan tersebut
sebagai bahan rujukan,
Susunan keutamaan dan tindakan susulan dan
kekananan status dan pangkat pelaporan semula
serta prosedur dlm. Upacara diperbincangan akan
Negara. datang.

Satu rekod bertulis


mengenai perkara-perkara
yang dibincangkan dan
diputuskan dalam sesuatu
mesyuarat.
Mesyuarat Bersiri
Majlis Rasmi
- Berkala dan ada kesinambungan
 Penuh istiadat - Melebihi sekali dalam tempoh
tertentu
- Ahli mesyuarat mengikut
JENIS-JENIS Majlis Tak Rasmi jawatan/fungsi
Mesyuarat Khas
 Rasmi dan tidak - Ad-hoc
formal
- Sekali atau beberapa kali
mengikut keperluan
- Ahli mesyuarat terdiri dari
pelbagai kepakaran
- Agenda mesyuarat ringkas tetapi
mendalam/terperinci
- Nama mesyuarat menjelaskan
tujuan / fungsi
Agenda mesyuarat tersusun dan tetap
FORMAT
MINIT MESYUARAT
PENGACARAAN MAJLIS
Bil Perkara Tindakan yg. Tanggungjawab Status
Perlu di Semasa
 Susunan Keutamaan ambil

• Tempat duduk
• Kibaran Bendera
• Ketibaan / Keberangkatan
Tetamu
• Etika Berpakaian
• Penghormatan Protokal
• Pegawai Perhubungan
• Format & Etika
TATACARA PENYAMPAIAN

Pengumuman masa-anggaran sahaja.


(15 minit sebelum majlis bermula) ia juga sebagai panduan kepada
pengacara.Teks pengumuman perlu dibuat bagi pengacara.
Contoh:

Hadirin diminta bangun apabila pengumuman ketibaan tetamu


kehormat.

Gaya penyampaian:

• Nada yang sesuai.


• Gerak laku ketika bertutur.
• Pemilihan perkataan yang mempunyai kesantunan.
• Membina ayat dengan ayat aktif.
• Gunakan bahasa kiasan.
• Amalkan bahasa yang mudah.
• Membuat penutup dengan menyatakan harapan.
Kesalahan yang perlu dielakkan
Elakkan pembaziran perkataan.
Elakkan ulangan yang tidak perlu.
Terlalu merendah diri.
Berpura-pura.
Pujian melambung.
Terlalu banyak menggunakan badan
Sindiran
Penggunaan tatabahasa yang tidak betul.
Kurang membuat hubungan dengan jemputan- memandang ke bawah.
Elakkan daripada cuba mengawal ketenangan.
 
Contoh penulisan skrip pengacaraan:
SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN
DATARAN PUTRAJAYA
2 JANUARI 2008
8.30 PAGI
Pengacara Perkara Catatan
P1 (jika pengacara adalah bersama) Pengumuman Ketibaan Tetamu

P2 Kata alu-aluan
FORMAT PENGACARAAN MAJLIS
1. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.(hadirin diminta berdiri)
2. Ucapan salam dan selamat datang serta kesyukuran.
3. Pengenalan ringkas majlis yang diadakan.
4. Ucapan alu-aluan daripada tuan rumah.
4.1 Perucap alu-aluan
- Mengucapkan Selamat datang
- Menyatakan  fungsi dan objektif majlis
- Melaporkan aktiviti
- Mengemukakan Cadangan dan permintaan
- Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada…….

5. Ucapan terima kasih drpd penganjur(jika perlu)

5.1 Perucap terima kasih


- Berterima kasih diberi peluang berucap
- Mengucapkan selamat datang ke majlis
- Melaporkan aktiviti …..
- Mengemukakan cadangan dan permintaan
- Mengucapkan terima kasih kepada tamu kehormat dan AJK …..

6. Ucapan utama daripada tetamu kehormat (jika beliau ingin berucap)

6.1 Perucap Utama


- Mengucapkan tahniah kepada pengelola
- Melaporkan informasi terkini…….
- Memberi nasihat
- Menjawab cadangan dan permintaan
- Kata penutup……..

7. Terus kepada agenda utama majlis seperti agenda makan malam atau
pun anugerah.

8. Penutup

9. Mengumumkan keberangkatan pulang tetamu kehormat(hadirin diminta


berdiri)
CONTOH TEKS UCAPAN: MAJLIS
MAKAN MALAM MPV 2004

Mengumumkan ketibaan Timbalan Menteri


Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia, YB.
Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan.

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran


Malaysia,Dato' Hon Choon Kim,Yang Dihormati Ketua Sektor Pengurusan dan
Akademik, Jabatan Pelajaran Sabah, Puan Hajah Aminah Musaly, Yang
Berbahagia Pegawai Pelajaran Bahagian Sandakan, Dr. Dayu Sansalu, dif-dif
kehormat, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.
Sirih junjung penyeri majlis,
majlis MPV kita raikan,
selamat datang tamu ke majlis,
majlis makan malam kita sajikan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Jamuan
Jabatan Pelajaran Sabah.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang
indah ini. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini diraikan sempena
Pameran MPV Sekolah Menengah Akademik Zon Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan 2004.
Hadirin sekalian,

Majlis dengan ini mempersilakan Yang berbahagia Pegawai


Pelajaran ...........untuk memberi ucapan alu-aluan.majlis dengan ini
mempersilakan.
terima kasih.............
Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput........untuk membacakan doa
makan.

Dipersilakan.

Bertamu rai sandakan,


gendang gendut tali kecapi,
sambil menonton kita makan,
pelbagai persembahan akan diserikan.

Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada para


hadirin sebagai hiburan sampingan.dengan ini majlis memulakan persembahan dengan
menjemput.............untuk menyampaikan ...........dipersilakan

Hadirin dan hadirat,


Majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan...................dipersilakan
seterusnya kita nikmati pula persembahan nyanyian daripada..............majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.
Para hadirin sekalian,

Sebentar tadi kita telah menikmati gemersik suara................, kita serikan


lagi majlis ini dengan persembahan tarian...........
dengan sukacitanya majlis mempersilakan.

Hadirin yang dihormati,

Majlis ini diteruskan dengan persembahan..............

Terima kasih ...........atas persembahan itu tadi.


Para hadirin,
Kita hangatkan lagi suasana dengan menjemput..................yang akan
mempersembahkan.............dipersilakan.

Hadirin yang dihormati,

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka sampai di sinilah sahaja


majlis pada malam ini. kita akan tangguhkan majlis ini dan berharap
berjumpa pada masa akan datang.

Kalau ada sumur di ladang,


Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.

Segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap


dimaafkan. sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.
Dengan ini diumumkan keberangkatan pulang YB Dato' Hon Choon Kim
berserta rombongan.
SEKIAN,TERIMA KASIH,
WASSALAM

You might also like