You are on page 1of 14

Dari mana datangnya sikap?

Mengapa setiap individu mempunyai


sikap yang berbeza?
Bagaimana sesuatu sikap itu diperolehi?
Nature vs Nurture
Semulajadi vs dipelajari

Genetik atau dipelajari melalui pengaruh sosial dan


alam sekitar.
Nature
– Pengaruh genetik
• Kajian ke atas kembar seiras
(monozygotic) dan kembar tidak seiras
(dizygotic).
• Kajian ini dilakukan kerana kembar seiras
mempunyai warisan genetik yang sama.
• Faktor genetik memainkan peranan
penting dalam membentuk sikap individu.
• Kajian menunjukkan
– sikap kembar seiras mempunyai kolerasi yang tinggi
berbanding kembar tidak seiras.
– Walaupun kembar seiras ini dipisahkan dan
dibesarkan dalam situasi yang berbeza, tetap terdapat
persamman yang tinggi di antara kember tersebut.
• Terdapat sikap yang diwarisi
– Sikap yang berkaitan dengan kecenderungan rasa
hati/perasaan yang lebih mendalam
• Jenis muzik
• Jenis makanan
– Berbanding dengan sikap yang lebih bersifat
kognitif
• Cth: sikap terhadap sesuatu isu komplek-politik,
kumpulan masyarakat,
• Sikap yang diwarisi
– Sukar diubah berbanding sikap yang dipelajari
– Lebih berpengaruh keatas tingkahlaku.
– Pengaruh sikap yang diwarisi ke atas tingkah laku:
• Kecenderungan untuk mempunyai perasaan yang positif
atau negatif
– Cth: individu yang “happy go-lucky” dan individu yang serius
» Individu yang sentiasa ceria dan individu yang pemarah.
Nurture
• Mere Exposure Effect
– Kesan daripada pendedahan terhadap sesuatu perkara
– Kesan pendedahan yang kerap terhadap sesuatu objek
bergantung kepada sikap asal individu terhadap objek tersebut:
• Asal : suka atau neutral = meningkatkan perasaan suka
• Asal: tidak suka = meningkatkan perasaan tidak suka / benci.
– Lebih berkesan apabila
• Objek yang dinilai lebih komplek
• Masa pendedahan lebih singkat
• Penangguhan masa antara pendedahan dengan respon
• Urutan pendedahan (terdapat banyak objek yang dinilai dalam satu
masa)
– Limitasi:
• Kekerapan itu perlu berlaku dalam kadar yang sederhana.
Pelaziman dan peniruan
• Pembentukan sikap melalui proses
pembelajaran:
– Pembelajaran melalui ransangan yang berhampiran
– Pembelajaran melalui peneguhan
– Pembelajaran melalui pemerhatian
Pembelajaran melalui ransangan yang
berhampiran
• Sikap terhadap sesuatu perkara terbentuk bukan sahaja daripada
pendedahan yang kerap tetapi boleh juga disebabkan ransangan lain
yang hadir sama ketika itu.
• Pelaziman yang bersifat penilaian (Evaluative conditioning)
• Kaedah memasangkan (pairing)
• Kadang-kala kaedah ini tidak disedari oleh individu
• Sikap yang terhasil daripada kaedah ini biasanya sukar untuk berubah
dan tahan lama
– Cth: Iklan minyak semburan AXE dengan imej wanita tergoda dengan lelaki.
• Kaedah:
– A ( objek yang dinilai)+ B (rangsangan lain)
– A: objek yang baru
– B : objek yang pernah dinilai
• Kajian oleh Staats & Staats (1958)
– Memasangkan perkataan dengan kewargenegaraan
– “Dutch” diikuti perkataan yang negatif
contohnya“masam”
– “Swedish” diikuti dengan perkataan yang positif
contohnya“ cantik”.
– Keputusan
• Selepas kajian didapati sikappeserta terhadap
kewarganegaraan yang dinyatakan dalam kajian
dipengaruhi oleh perkataan yang dipasangkan dengan
negara tersebut.
• Kajian oleh Gorn (1982)
– Mengkaji pengaruh muzik ke atas tingkah laku pengguna
– Peserta dipertontonkan dengan iklan pen:
• Pen berwarna biru dan kuning cair

– (a)Pen yang diiklankan + muzik yang tidak disukai


(classical east indian music)
– (b)Pen yang tidak diiklankan + muzik yang disukai (up
beat musical)
– Keputusan menunjukkan bahawa
• Apabila muzik diperdengarkan peratus peserta yang memilih
pen yang diiklankan lebih tinggi berbanding ketika keadaan di
mana muzik yang tidak disukai dimainkan.
Pembelajaran melalui peneguhan
• Proses pelaziman Operan
• Peneguhan positif(Positive Reinforcement)
• Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement)
• Konsep Asas
– Peneguhan dapat menunjukkan samada sesuatu sikap itu
diterima pakai atau tiak dalam sesuatu kumpulan
masyarakat.
– Boleh dialami sendiri oleh pelaku
– Atau mempelajarinya melalui pemerhatian. (vicarious
conditioning)
• Kajian oleh Insko (1965)
– Peserta (pelajar Universiti Hawaii)ditanya mengenai
festival Musim Bunga Aloha yang diadakan.
– Kaedah temubual digunakan
• Dimana individu yang menemubual akan menunjukkan
reaksi bersetuju atau tidak bersetuju dengan jawapan
pelajar melalui mimik muka seperti; angguk, geleng,
berkerut.
– Seminggu selepas sesi temubual, peserta telah
ditanya mengenai sikap mereka tentang festival
tersebut dengan menggunakan kaedah tinjauan.
• Didapati jawapan pelajar banyak dipengaruhi oleh reaksi
penemubual ketika sesi temubual yang lepas.
• Peneguhan ini bertindak sebagai
– Informational social influence
• Bersetuju dengan orang lain kerana individu tersebut
percaya dengan apa yang dirasakan itu adalah benar.
– Normative social influence
• Bersetuju dengan orang lain bagi mendapatkan
perhatian mereka atau untuk membuatkan individu
tersebut percaya bahawa dia adalah sebahagian daripada
kumpulan.
Pembelajaran melalui pemerhatian
• Teori permodelan Bandura
– Ibu bapa (sebagai model) secara sedar atau tidak
banyak mempengaruhi sikap anak mereka.
– Cth: Sikap prejudis terhadap orang luar
• Tingkah laku yang dipraktikkan jika seiring
dengan peraturan masyarakat akan digalakkan
berbanding tingkah laku yang berlawanan,
inividu akan dihukum.

You might also like