You are on page 1of 4

TAJUK : BACAAN

 DEFINISI BACAAN
- Bacaan ialah penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam
bentuk grafik.
- Bentuk-bentuk grafik disusun hingga melambangkan bunyi bahasa
yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.
- Ianya juga menginterpretasi simbol grafik.

i) Vemezey – membaca adalah terjemahan daripada bentuk tulisan


kepada satu bahasa di mana pembaca boleh menimbulkan makna
daripadanya.
ii) Daniel - proses terjemahan huruf dalam susunan tertentu seperti
perkataan, rangkai kata dan ayat kepada bunyi yang bermakna.
ii) Bamberjer – proses ubah symbol grafik kepada konsep intelektual
yang memerlukan daya mental.

 JENIS BACAAN
a) Prabacaan
- Ianya melibatkan aktiviti bacaan yang asas dan ianya tidaklah
begitu sukar untuk difahami.
- Aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan adalah seperti :-
 Menyesuaikan bentuk yang sama.
 Memilih yang sama dan yang berbeza.
 Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf.
 Mengecam bentuk-bentuk huruf kecil dan besar.
b) Bacaan Mekanis
- bacaan yang kuat, nyaring, melibatkan sebutan huruf, bunyi yang
betul, intonasi ( nada, rima, jeda ).
- Aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan ialah :-
 Membunyikan huruf dengan perkataan,
 Membunyikan huruf yang ditunjukkan.
 Mambaca kuat perkataan yang sama rimanya.
 Memadankan perkataan yang sama dibiliknya.

 JENIS BAHAN BACAAN YANG DIGUNAKAN SEMASA PENGAJARAN


 Kad Bacaan – kad bacaan yang digunakan adalah hasil daripada
inisiatif guru yang mana guru akan membuat beberapa patah
perkataan dan mengarahkan murid-muridnya membaca.
 Kad Cerita – kad cerita biasanya mengandungi cerita-cerita yang
pendek dan mengandungi tiga hingga empat patah ayat.
 Kad Imbasan – kad ini mengandungi satu hingga dua patah
perkataan dan guru menggunakannya bertujuan untuk melihat
sejauh mnakah kepekaan murid terhadap perkataan yang
dipaparkan oleh guru dalam masa yang singkat.
 Petikan Karangan – petikan karangan melibatkan perkataan
banyak yang digabungkan menjadi beberapa patah perkataan
yang mana disusun menjadi sebuah karangan.
 Kad Suku kata – manakala kad sukukata melibatkan perkataan
yang telah dicerakinkan menjadi satu sebutan daripada yang
telah diceraikan mengikut sukukata.

 PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN


a) Pendekatan Binaan ( Synthetic )
- merangkumi kaedah-kaedah yang bermula dengan elemen-elemen
kecil iaitu huruf ( abjad-mengeja ), bunyi ( kaedah bunyi sintetik ),
suku kata ( kaedah suku kata ), huruf, bunyi atau sukukata
dicantumkan atau dibina menjadi perkataan.
b) Pendekatan Cerakinan ( Analitik )
- pendekatan ini dinamai cerakinan kerana pengajaran dimulai
dengan perkataan, frasa atau ayat. Unit-unit ini pula dicerakinkan
kepada yang lebih kecil yang menjadi dasar pembentukkan unit-
unit besar tersebut.
c) Pendekatan PEBAS
- diolah oleh Pusat Perkembangan kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam Program Bacaan asas Bahasa
Malaysia.
- Ianya menjalankan kegiatan prabacaan dan pratulisan.
- PEBAS menggabungkan kaedah pandang dan sebut, suku kata,
bunyi dan abjad.
d) Pendekatan Gabungan Bunyi Kata
- diasaskan oleh professor Isahak. Beliau mengasaskan
pendekatan-pendekatan ini kepada hal-hal berikut :-
i) Sistem ejaan bahasa Malaysia fonemik
ii) Suku kata bahasa Malaysia mudah dan jelas.
iii) Perkataan yang diperkenalkan sudah difahami
maksudnya oleh murid.
e) Pendekatan Abjad Suku kata
- merupakan gabungan kaedah abjad dan sukukata yang telah
disesuaikan mengikut kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai
oleh murid.

 KAEDAH DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN


 Kaedah abjad – murid diperkenalkan dengan huruf asas.
 Kaedah Suku kata – penekanan pada dua jenis huruf iaitu
vokal dan konsonan.
 Kaedah Fonik – bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf
diperkenalkan terlebih dahulu bukan nama huruf.
 Kaedah Perkataan – menekankan makna dalam bacaan.

 AKTIVITI-AKTIVITI BACAAN DI KELAS


Contoh Aktiviti Pengajaran Di Prasekolah :-
Tema : Buah-buahan
Subtema : Buahan-buahan Tempatan
Komponen : Perkembangan Bahasa
Kreativiti Dan Estetika

Alat Bantu Mengajar :


a) Carta lagu bertajuk “ Buah-buahan tempatan”
b) Pelbagai jenis gambar yang berkaitan dengan buah-
buahan dalam dan luar negeri.
c) Radio
d) Kad-kad aktiviti kumpulan yang mana murid akan
menterjemahkan tulisan dalam bentuk rajah.
Cara Pengajaran Dijalankan :
a) Guru menyuruh murid mengenalpasti gambar buah-
buahan dan menamakannya.
b) Guru menyuruh murid membaca terlebih dahulu
senikata lagu tersebut.
c) Guru memperdengarkan lagu tersebut.
d) Murid menyanyi bersama-sama.

 OBJEKTIF PENGAJARAN
a) Kanak-kanak dapat mengenalpasti buah-buahan yang bermula
dengan huruf-huruf tertentu.
b) Kanak-kanak boleh membaca carta sambil menyanyikan lagu.
c) Kanak-kanak boleh memahami apakah yang digambarkan oleh setiap
perkataan berdasarkan gaya yang ditunjukkan semasa menyanyikan
lagu tersebut.

You might also like