You are on page 1of 61

SLIDE 1

TAKLIMAT
TATACARA
MENGACARA MAJLIS

PENCERAMAH :
MOHD FAIZULLAH BIN BUYONG
(CIKGU FAIZ)
SLIDE 1

OBJEKTIF TAKLIMAT
 Pendahuluan
 Definisi Pengacara
 Protokol Pengacara
 Persediaan Pengacara
 Kriteria Pengacara
 Kebolehan Pengacara
 Matlamat Pengacara
 Kriteria Pengacara
 Susunan Protokol Pengacara
 Teks Pengacara
 Tips Pengacara
SLIDE 2

TATACARA
MENGACARA MAJLIS
PENDAHULUAN :
Setiap majlis rasmi atau tidak rasmi
mempunyai aturcara tertentu sebagai perisian
majlis. Penyusunan aturcara majlis mesti
dirancang dan dirangka dengan teliti dan
sempurna berlandaskan susunan protokol.
JURUACARA MERUPAKAN ASET
TERPENTING DALAM MENJAYAKAN
SESUATU MAJLIS.
SLIDE 3
TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 DIKENDALIKAN OLEH SESEORANG :
- JURUACARA
- PENGACARA
- PENGERUSI MAJLIS
- MC MASTER OF CEREMONY
MASTER – Kemampuan mengawal,menguasai,
berkemahiran dan berkebolehan dalam sesuatu bidang

CEREMONY – Majlis,upacara tertentu,kehadiran tetamu


kehormat,mempunyai aturcara dan jemputan tertentu
SLIDE 4
TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PROTOKOL

- Sistem upacara tentang


peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan dan tingkah laku yang
telah diterima oleh tetamu dalam
upacara rasmi
SLIDE 5
TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 KATEGORI MAJLIS

- Majlis Penuh Istiadat


- Majlis Rasmi
- Majlis Tidak Rasmi
SLIDE 6
TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 MAJLIS PENUH ISTIADAT
- Istiadat Pertabalan
- Istiadat Pembukaan Persidangan
Parlimen
- Istiadat Penanugerahan Darjah
Kebesaran
- Istiadat Perkahwinan DiRaja
- Istiadat Pelantikan PM , MB dan KM
SLIDE 7
TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 MAJLIS RASMI
- Lawatan Pembesar
Negara/Negeri
- Majlis Sambutan Hari
Kemerdekaan/Keputeraan
- Majlis Perasmian
- Upacara Pecah Tanah
SLIDE 8
TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 MAJLIS TIDAK RASMI

- Melibatkan pembesar negeri


bagi sesi perjumpaan persendirian
- Majlis Perjumpaan/Perkahwinan
- Majlis Penyampaian Hadiah
- Hari Sukan Sekolah
SLIDE 9
TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PROSES PENGACARAAN MAJLIS

1. Arahan Tugas dan Persiapan Awal

2. Raptai

3. Hari Jadi Majlis

4. Selepas Majlis
SLIDE 10
TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PROSES PENGACARAAN MAJLIS
1. Arahan Tugas dan Persiapan Awal
- Dapatkan aturcara lengkap
- Menghadiri mesyuarat
- Menguasai program atau majlis
- Mengetahui VVIP / VIP
- Teks Awal
- Latihan Monolog
TATACARA
SLIDE 11

MENGACARA MAJLIS
 PROSES PENGACARAAN MAJLIS
2. Raptai
- Menghubungi pihak penganjur
- Semak aturcara
- Kenal pasti tetamu
- Mengendalikan raptai
- Catatkan tempoh masa majlis
- Catatkan kelemahan
- Persediaan Pelan B
- Memberi pandangan (PM)
TATACARA
SLIDE 12

MENGACARA MAJLIS
 PROSES PENGACARAAN MAJLIS
Kepentingan Raptai
- Mengenalpasti dan menghayati
setiap tugas dan tanggungjawab
- Memastikan aturcara perjalanan
majlis yang lengkap
- Mengetahui penentuan masa dan
pergerakan
- Latihan dan panduan memperbaiki
gambaran majlis sebenar
TATACARA
SLIDE 13

MENGACARA MAJLIS
 PROSES PENGACARAAN MAJLIS
3. Hari Jadi Majlis (1)
- Persiapan fizikal dan mental
- Bawa teks dengan kemas
- Pakaian yang sesuai
- Sampai satu jam awal
- Berhubung dengan PM
- Semak aturcara
TATACARA
SLIDE 14

MENGACARA MAJLIS
 PROSES PENGACARAAN MAJLIS

3. Hari Jadi Majlis (2)


- Pastikan Pembaca Doa
- Berhubung dengan PA Sistem
- Berhubung dengan Persembahan
- Berhubung dengan Hadiah
- Buat percubaan mikrofon
TATACARA
SLIDE 15

MENGACARA MAJLIS
 PROSES PENGACARAAN MAJLIS

3. Hari Jadi Majlis (3)


- Buat pengumuman awal dan
pesanan kepada tetamu
- Sentiasa di tempat sepatutnya
- Mengumumkan ketibaan VVIP
- Memulakan majlis
TATACARA
SLIDE 16

MENGACARA MAJLIS
 PROSES PENGACARAAN MAJLIS

4. Selepas Majlis
- Menerima pandangan dan komen
- Mengkaji dan analisis kesilapan
- Mencatat segala kesilapan
- Mengucapkan terima kasih
kepada semua yang membantu
TATACARA
SLIDE 17

MENGACARA MAJLIS
 PAKAIAN PENGACARA

- Berpandukan peraturan pakaian


- Mengikut kesesuaian majlis
- Jika berpasangan biar sepadan
- Kemas dan segak
- Warna yang sesuai
TATACARA
SLIDE 18

MENGACARA MAJLIS
 ALAT SIARAYA

- Mesti membuat ujian mikrofon


- Gangguan alat siaraya menjejaskan
suasana
- Gangguan menjejaskan keyakinan
- Berbincang jika tidak sesuai
- Kedudukan rostrum mesti betul dan
selesa
TATACARA
SLIDE 19

MENGACARA MAJLIS
 KRITERIA PENGACARA

- Menjadi pengacara bukan mudah


- Pengacara kurang mahir
mencacatkan suasana
- Kegagalan pengacara
mengendalikan majlis akan menjadi
ingatan
TATACARA
SLIDE 20

MENGACARA MAJLIS
 KRITERIA PENGACARA

(Kebolehan Fizikal - 1)
- Fasih penggunaan bahasa
- Mudah mesra
- Mahir dalam protokol
- Mahir bermain dengan suara
- Tidak gagap
TATACARA
SLIDE 21

MENGACARA MAJLIS
 KRITERIA PENGACARA

(Kebolehan Fizikal - 2)
- Tidak darah gemuruh
- Kestabilan emosi
- Tidak cacat anggota
- Bersedia bekerjasama
- Cekap dan cepat bertindak
TATACARA
SLIDE 22

MENGACARA MAJLIS
 KRITERIA PENGACARA

(Kebolehan Fizikal - 3)
- Nada pelbagai
- Ketaatan pada prosuder
- Tidak panik
- Menggunakan budi bicara
- Sabar dan tenang
TATACARA
SLIDE 23

MENGACARA MAJLIS
 KRITERIA PENGACARA

(Kebolehan Fizikal - 4)
- Tidak serius
- Berkecindanan
- Kreatif dan positif
- Memahami psikologi manusia
- Memahami bahasa isyarat
TATACARA
SLIDE 24

MENGACARA MAJLIS
 KRITERIA PENGACARA

(Kebolehan Intelektual)
- Kebolehan mengira
- Ketajaman Ingatan
- Ketajaman gerak batin
- Ketinggian daya ingatan
- Ketinggian ilmu berkaitan
TATACARA
SLIDE 25

MENGACARA MAJLIS
 KRITERIA PENGACARA

(Ciri-Ciri Perawakan)
- Perawakan muka yang menarik
- Pakaian yang besesuaian
- Hiasan wajah yang mesra
- Gaya diri yang bersesuaian
- Ada teknik mengawal gemuruh
TATACARA
SLIDE 26

MENGACARA MAJLIS
 KELEMAHAN PENGACARA (1)

- Tidak datang raptai


- Tidak mengenali tetamu
- Tidak membuat latihan sebutan
- Tidak menjaga kesihatan
- Tidak mencuba audio visual
- Tidak mesra dengan jawatankuasa
TATACARA
SLIDE 27

MENGACARA MAJLIS
 KELEMAHAN PENGACARA (2)

- Cepat berpuas hati


- Mengambil mudah
- Tidak peka
- Gementar
- Sangat SS
- Menceceh
TATACARA
SLIDE 28

MENGACARA MAJLIS
 KELEMAHAN PENGACARA (3)

- Berbisik
- Mengulas dengan panjang
- Mengulang perkataan
- Penggunaan bahasa tidak menarik
- Nada tidak sesuai dengan situasi
- Tiada mainan muka dan mata
TATACARA
SLIDE 29

MENGACARA MAJLIS
 MATLAMAT PENGACARA

1. Membuka Majlis
2. Memperkenal Perucap
3. Mengulas atau Merumus
4. Mengawal Majlis
5. Menjaga Protokol
6. Menutup majlis
TATACARA
SLIDE 30

MENGACARA MAJLIS
 MATLAMAT PENGACARA

1. Membuka Majlis
- Mulakan dengan penghormatan
peribadi
- Kata alu-aluan ringkas , terang dan
bersemangat
TATACARA
SLIDE 31

MENGACARA MAJLIS
 MATLAMAT PENGACARA
2. Memperkenalkan Perucap
- Pengacara terus memperkenalkan
perucap
- Tajuk yang akan diucapkan
- Seterusnya mempersilakan perucap
untuk berucap
TATACARA
SLIDE 32

MENGACARA MAJLIS
 MATLAMAT PENGACARA
3. Mengulas atau Merumus
- Ulasan atau rumusan yang dibuat
mesti pendek
- Isu yang diperkatakan mestilah
berkaitan majlis sahaja
- Ucapan terima kasih sahaja jika
ucapan formal
TATACARA
SLIDE 33

MENGACARA MAJLIS
 MATLAMAT PENGACARA
4. Mengawal Majlis
- Mesti mengawal masa dan
keadaan jemputan dan tetamu
- Memastikan majlis berjalan
dengan teratur dan lancar
- Sentiasa mengatasi masalah yang
timbul dengan segera
TATACARA
SLIDE 34

MENGACARA MAJLIS
 MATLAMAT PENGACARA
5. Menjaga Protokol
- Sentiasa menjaga protokol
sebutan
- Menjaga protokol nada suara
mengikut situasi
- Menggunakan potensi yang ada
TATACARA
SLIDE 35

MENGACARA MAJLIS
 MATLAMAT PENGACARA
6. Menutup Majlis
- Menutup majlis dengan selesa
- Menggunakan penutp yang
sesuai dengan majlis
- Boleh menggunakan pantun
- Mengucapkan terima kasih
TATACARA
SLIDE 36

MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
- Mesti ada walau apa jua majlis
- Sebagai panduan utama
- Mengelakkan kesilapan
- Memastikan aturcara majlis berjalan
dengan lancar
- Memastikan ejaan dan sebutan nama betul
TATACARA
SLIDE 37

MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks
- Menggunakan perkataan yang sesuai
- Gaya bahasa yang mudah difahami
- Ukuran teks A4 kertas taip biasa
- Bertaip dengan dua langkau
TATACARA
SLIDE 38

MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Kandungan Teks
1. Pemakluman
2. Salam
3. Susunan Protokol
4. Permulaan Majlis
5. Perisian Majlis
6. Penutup
SLIDE 39
TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
PEMAKLUMAN : (15 MINIT SEBELUM ACARA)
1. Assalamualaikum wm wb dan salam sejahtera
2. Majlis mengucapakan selamat datang kepada semua
hadirin ke MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN
CEMERLANG PEJABAT PELAJARAN DAERAH GOMBAK
2007
3. Bagi pihak urus setia, saya ingin menyampaikan beberapa
maklumat kepada para hadirin.
4. Atur cara majlis adalah seperti berikut:
5. Sila MATIKAN TELEFON BIMBIT atau buat ‘silent mode’.
6. Para hadirin diminta berdiri semasa Ketibaan Yang Bhg
Tuan Pengarah Pelajaran Selangor
SLIDE 40
TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks (Ketibaan)

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


1. Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Amat -Sambutan

Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji -Pengacara

Ahmad Badawi, Perdana Menteri


Malaysia ke Majlis Pelancaran Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006 –
2010 Kementerian Pelajaran Malaysia
HADIRIN DIMINTA BERDIRI UNTUK
NYANYIAN LAGU NEGARAKU (PLAN B)
(SELEPAS NYAYIAN NEGERAKU)
Hadirin dipersilakan duduk …….
Terima kasih
SLIDE 41 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks (Protokol - 1)

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


2. Protokol Bismillahirahmanirrahim. Alhamdullillahirabil -Sambutan

alamin. Wassolatu wassalammu ala asrafil -Pengacara

anbiya iwalmursalin.Waala alihi wasohbihi ajmain


Yang Amat Berhormat
Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
Yang Berhormat
Dato Seri Hishammudin Bin Tun Hussein
Menteri Pelajaran Malaysia
Yang Berhormat
Dato Mustapha Bin Mohammad
Menteri Pengajian Tinggi
SLIDE 42 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks (Protokol-2)

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


2. Protokol Yang Berhormat -Sambutan

Dato Seri Effendi Nawawi -Pengacara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Yang Berhormat
Dato Hun Chun Kim
Timbalan Menteri Pelajaran
Yang Berhormat
Dato Noh Bin Haji Omar
Timbalan Menteri Pelajaran
Yang Berhormat
Puan P. Komala Devi
SLIDE 43 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks (Protokol-3)

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


2. Protokol Yang Berbahagia -Sambutan

Dato Dr Zulkurnain Bin Haji Awang -Pengacara

Ketua Setiausaha KPM


Yang Berbahagia
Dato Dr Haji Ahamad Bin Sipun
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Yang Berbahagia
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Pengarah-Pengarah Bahagian
Setiausaha-Setiausaha Bahagian
Pengarah-Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri
SLIDE 44 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks (Protokol-4)

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


2. Protokol Dif-Dif Kehormat -Sambutan

Tan Sri – Tan Sri -Pengacara

Dato – Dato
Datin – Datin
Tetamu – Tetamu Jemputan
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Warga Kementerian KPM

Assalammualaikum dan
Salam Sejahtera
SLIDE 45 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks (Alu-aluan)

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


3. Alu-aluan Salam mendatang bersambut jua, -Sambutan

Senyum terukir jalinan mesra; -Pengacara

Majlis bermakna tempat berusaha,


Ikatan muafakatan kukuh bersama.

Majlis mengucapkan selamat datang dan


mengalu-alukan kehadiran sidang hadirin ke”
Majlis Pelancaran Induk Pembangunan
Pendidikan 2006 – 2010” Kementerian
Pelajaran Malaysia yang bertemakan “Merintis
Pembaharuan Satu Misi Nasional”
SLIDE 46 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks (Bacaan Doa)

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


4.. Bacaan Indah berseri bunga kenanga, -Sambutan
Doa Harum baunya menyentuh hati; -Pengacara

Mari bersama memanjatkan doa,


Kehadrat Illahi mohon diberkati.

Bagi mendapat berkat Allah SWT majlis kita


hari ini, marilah kita mulakan dengan
bacaan doa,Lantaran itu, majlis
mempersilakan Al Fadhil Ustaz Umar
Mohammad untuk memimpin bacaan.
Dipersilakan...............
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
ucapan sebentar tadi.
SLIDE 47 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks (Ucapan - 1)

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


5. Ucapan Tan Sri – Tan Sri / Dato – Dato / Datin – Datin -Sambutan

KSU Tuan – Tuan dan Puan – Puan Sekalian -Pengacara

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Berbahagia Dato Dr. Zulkurnain Bin Haji
Awang, Ketua Setiausaha KPM ,
untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- UCAPAN –

Majlis merakamkan ucapan terima kasih,


kepada Yang Berbahagia Dato Dr Zulkurnain
Bin Haji Awang, atas ucapan sebentar tadi
SLIDE 48 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks (Ucapan - 2)

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


5. Ucapan Tan Sri – Tan Sri / Dato – Dato / Datin – Datin -Sambutan

MP Tuan – Tuan dan Puan – Puan Sekalian -Pengacara

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan
Yang Berhormat, Dato Seri Hishammudin Bin
Tun Hussein , Menteri Pelajaran Malaysia,
untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan

- UCAPAN -

Majlis merakamkan ucapan terima kasih,kepada


Yang Berhormat, Dato Seri Hishammudin Bin
SLIDE 49 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks (Ucapan - 3)

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


5. Ucapan Tan Sri – Tan Sri / Dato – Dato / Datin – Datin -Sambutan

PM Tuan – Tuan dan Puan – Puan Sekalian -Pengacara

Sireh junjung penuh bererti


Indahnya adat tidak terperi
Tibalah masa yang dinanti
Mendengar amanat Perdana Menteri
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan
Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin
Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
melancarkan Pelan Induk Pembangunan
SLIDE 50 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks (Ucapan - 4)

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


5. Ucapan - UCAPAN - -Sambutan

PM Majlis merakamkan ucapan -Pengacara

penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Amat Berhormat
Dato Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi,
Perdana Menteri Malaysia atas
Ucapan sebentar tadi
SLIDE 51 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks (Jamuan)

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


6. Jamuan Para hadirin sekalian, -Sambutan

Makan sireh mengenyang tidak, -Pengacara

Makan beradat pusaka bangsa;


Makan sireh berpinang tidak,
Makan sekadar budi bahasa.

Majlis dengan sukacitanya menjemput


para hadirin untuk menikmati jamuan.
Dipersilakan............

Sambil menikmati hidangan, para hadirin


juga akan dihiburkan dengan
persembahan oleh :
SLIDE 52 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks (Penutup - 1)

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


7. Penutup Dengan berakhirnya penyampaian sijil -Sambutan

dan cenderamata serta jamuan sebentar -Pengacara

tadi, maka lengkaplah sudah majlis kita


hari ini.

Jutaan terima kaish yang tidak


terhingga kepada semua pihak yang
terlibat menjayakan majlis pada hari

DARI MANA ASALNYA,USAH DIUSUL,


MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI;
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL,
JANGAN DIBAWA KE DALAM HATI,
SLIDE 53 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP
Panduan Penyediaan Teks (Penutup - 2)

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


7. Penutup BINTANG BARAT TERBITNYA PETANG, -Sambutan

BINTANG TIMUR TERBITNYA PAGI; -Pengacara

JIKA TIDAK MELARAT PANJANG


BERSISA UMUR BERTEMU LAGI.

SEKIAN, WABILLAHITAUFIK
WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM
WAROHMATULLAH.
TATACARA
SLIDE 54

MENGACARA MAJLIS
 TIPS PENGACARA (Gemuruh)

1. Secara Fizikal
- Buangkan tekanan dalaman
- Longgarkan otot-otot
- Tarik nafas panjang-panjang tiap-
tiap 10 minit sejam sebelum majlis
- Pastikan pakaian kemas dan betul
SLIDE 55
TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 TIPS PENGACARA (Gemuruh)

2. Secara Psikologi
- Terima hakikat perasaan gemuruh
- Perasaan gemuruh terkawal membawa

kesan positif dan meningkatkan prestasi


- Tetamu tidak tahu kita gemuruh
- Tetamu juga mengharapkan kita
SLIDE 56 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
 TIPS PENGACARA (Gemuruh)
3. Secara Batin
- Sentiasa tenang dan senyum
- Amalkan doa-doa berkaitan :
a) Doa Nabi Musa
b) Doa Nabi Sulaiman
c) Surah Al-Insyirah
d) Surah Yusof
e) Selawat dan Zikir
SLIDE 57
TATACARA
MENGACARA MAJLIS

 TIPS PENGACARA (Tambahan)


- Beriadah
- Ilmu
- Pemakanan
- Buku Catatan
- Berdoa
SLIDE 58 TATACARA
MENGACARA MAJLIS
INGAT !
Pengacara Cemerlang
Mengadunkan kebolehan,pengetahuan,minat,
inisiatif,pengalaman dan keyakinan

Mengetahui peranan dan tugas pengacara

Berdisiplin Keratif Berpersonaliti


SLIDE 59
TATACARA
MENGACARA MAJLIS
PENUTUP :
Kesempurnaan,kelicinan dan
kejayaan sesuatu majlis bergantung
SEPENUHNYA
kepada pengacara majlis
AKHIR BICARA,
MOHOM MAAF SEMUA SETIAP KESILAPAN.

SEKIAN ,
TERIMA KASIH

SEBARANG MASALAH
DAN PERBINCANGAN:
012 2465453 – Cikgu Faiz

You might also like