You are on page 1of 18

RUMAH KERAJAAN

Maksud Rumah Kerajaan

 Rumah yang dibina sendiri oleh pihak Kerajaan atau


yang dibeli daripada pemaju yang mempunyai piawaian
yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri.
 Rumah yang dibina tersebut mempunyai kemudahan
asas yang sempurna seperti bekalan air bersih, elektrik,
sistem kumbahan dan pembentungan najis dan
mempunyai jalan masuk.
 Rumah itu dibina atau diperolehi melalui peruntukan
Kerajaan yang diperuntukkan melalui sesebuah Jabatan
atau Kementerian.
PENYEDIAAN RUMAH KERAJAAN
Kerajaan menyediakan rumah-rumah kediaman, kepada
pegawai-pegawai berikut :-
i) Pegawai-pegawai Tingkatan Utama, termasuk Ketua
Setiausaha Negara. (Rumah Khas Jawatan)

ii) Pegawai-pegawai lain yang disediakan rumah kerana


jawatan mereka. (Rumah Khas Jawatan)

iii) Pegawai-pegawai yang dikehendaki tinggal


berhampiran dengan tempat kerja mereka. (Rumah
Khas Jabatan)

Samb…..
PENYEDIAAN RUMAH KERAJAAN
iv) Pegawai-pegawai yang ditempatkan bekerja di
kawasan-kawasan terperincil di mana rumah-rumah
persendirian yang sesuai untuk disewa tidak
diperolehi. (Rumah Biasa Kerajaan)

v) Pegawai-pegawai yang ditempatkan bekerja di


kedutaan atau pejabat-pejabat Kerajaan Malaysia di
seberang laut. (Rumah Kediaman Luar Negeri)
PERATURAN
 Memperuntukan Rumah Dan Berkongsi Rumah
 Mengosongkan Rumah

 Menarik Balik Peruntukan Rumah


 Dilarang Meminda Rumah

 Dilarang Menyewakan Rumah

 Dilarang Menternak Binatang


 Menjaga Kebersihan

 Melaporkan Kerosakan
KADAR SEWA
Pegawai Kerajaan yang menduduki rumah Kerajaan,
termasuk rumah yang disewa oleh Kerajaan di Malaysia
atau di seberang laut hendaklah membayar sewa mengikut
kadar yang ditetapkan, melainkan pegawai-pegawai yang
dikecualikan

Samb…..
KADAR SEWA
Gred Kelas Rumah Sewa (RM)

Utama ‘B’/Gred Khas ‘B’ A 650


dan ke atas
Utama ‘C’/Gred Khas ‘C’ B 500
C/B (B sekiranya 350
53 dan 54
ada kekosongan)
47 hingga 52 C 350
D/C (C sekiranya 200
41 hingga 46
ada kekosongan)

31 hingga 40 E/D (D sekiranya 150


ada kekosongan)
27 hingga 30 E 150

F/E (E sekiranya
21 hingga 26 100
ada kekosongan)

13 hingga 20 G 45

1 hingga 12 H, I, J 20/10/10
PELAKSANAAN PEK. PERKHIDMATAN
BIL. 2 TAHUN 1996
 Pegawai yang diberi kemudahan rumah Kerajaan
(termasuk Mes/Asrama) tidak diberi ITP dan tidak
dikenakan bayaran sewa.

 Pegawai yang menduduki rumah Kerajaan melebihi


kelas kelayakan pegawai atas permintaan sendiri, dan
dikenakan sewa lebih daripada kelayakan ITP pegawai,
pegawai hendaklah membayar perbezaan kadar sewa
tersebut.

Samb…..
 Pegawai yang menduduki rumah Kerajaan secara
berkongsi, mereka juga tidak diberi ITP dan tidak
dikenakan sewa.

 Suami/isteri pegawai Kerajaan yang menduduki rumah


Kerajaan, maka pegawai yang diperuntukkan rumah
atas namanya adalah tidak diberi ITP dan tidak
dikenakan sewa.

 Guru-guru di sekolah mubaligh yang menduduki rumah


yang disediakan oleh Lembaga Sekolah dengan
dikenakan bayaran sewa, guru-guru berkenaan layak
diberi ITP kerana rumah tersebut bukan rumah
Kerajaan.
PELAKSANAAN PEK. PERKHIDMATAN
BIL. 11 TAHUN 2002
BAYARAN PERUMAHAN KHAS
 Bayaran Perumahan Khas
Bayaran Perumahan Khas sebanyak 50% daripada
kelayakan ITP pegawai diberi kepada pegawai yang
menduduki :-
a. Rumah Khas Jabatan
(Ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Kementerian)

b. Rumah Khas Jawatan


(Ditetapkan oleh Kementerian)

c. Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan


(Ditetapkan mengikut Surat Pekeliling Am Bil. 1/2001)
 Syarat Bayaran
a. Pegawai yang menduduki rumah Kerajaan tidak
menyewakan rumah sendiri.

b. Pegawai tidak dibayar ITP dan tidak dikenakan sewa


mengikut P.A. 15 Bab ‘E’.

c. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jabatan,


tetapi tidak mendudukinya, pegawai tidak layak
Bayaran Perumahan Khas serta ITP.

d. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan


atau Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan,
tetapi tidak mendudukinya, pegawai tidak layak
Bayaran Perumahan Khas serta ITP.
Samb…..
 Pegawai Yang Tidak Layak
a. Perkhidmatan Tentera, Polis, Bomba, Penjara dan
Unit Pencegah Penyeludupan adalah tidak layak
bayaran ini.

b. Pegawai yang diperuntukkan (mendiami) Rumah


Biasa Kerajaan (atas sebab pilihan sendiri)
 ITP Dicatatkan Dalam Penyata Gaji
ITP hendaklah dicatatkan dalam penyata gaji dan
dikontra dengan kadar sewa bagi merekodkan hasil
Kerajaan, walaupun sewa tidak dikenakan kepada
pegawai yang menduduki rumah Kerajaan.

Ruj. : Jabatan Akauntan Negara


Samb…..
Contohnya -
ITP melebihi kadar sewa rumah

 Kelas Rumah - C
 Sewa Rumah - RM350 sebulan
 ITP - RM700 sebulan (Gred 52)
 Slip Gaji - Sewa kuarters Putrajaya
 Kod - 1065

Pendapatan Potongan
ITP – RM350 Bayaran Sewa Rumah – RM350
PELAKSANAAN SURAT PEK. PERKHIDMATAN
BIL. 7 TAHUN 2006
PEMANJANGAN BANTUAN SARA HIDUP
 Pemanjangan Bantuan Sara Hidup

Pegawai Kerajaan yang diperuntukkan Rumah Kerajaan


dalam lingkungan 25 kilometer dari tempat kerja, layak
diberikan Bantuan Sara Hidup sebanyak 50% daripada
kelayakan pegawai yang tidak diperuntukkan rumah
Kerajaan.
a. Kawasan A - RM300 sebulan
b. Kawasan B - RM200 sebulan
c. Kawasan lain - RM100 sebulan
PELAKSANAAN PEK. PERKHIDMATAN
BIL. 13 TAHUN 2007 / SURAT PEKELILING
PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 2008
MENGOSONGKAN RUMAH BIASA KERAJAAN /
PENJELASAN MENGENAI PELAKSANAAN
MENGOSONGKAN RUMAH BIASA KERAJAAN

 Pegawai yang menduduki Rumah Biasa Kerajaan,


bertugas dan memiliki rumah sendiri melalui
pembiayaan Skim Pinjaman/Pembiayaan Rumah
Kerajaan dalam kawasan lingkungan 25 kilometer
dikehendaki mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan.
 Kawasan Lingkungan 25 kilometer adalah
ditetapkan daripada bangunan kekal / mercu tanda :-
i. Bangunan Perdana Putra bagi Wilayah Persekutuan
Putrajaya.

ii. Bangunan Sultan Abd. Samad bagi Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

iii. Bangunan Dewan Serbaguna, Kompleks Kediaman


Kakitangan Awam Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur bagi Nilai, Negeri Sembilan; dan

iv. Bangunan Dewan Serbaguna, Kompleks Kediaman


Kakitangan Awam di Kompleks Kastam, Imigresen
dan Kuarantin bagi Gelang Patah, Johor.
Samb…..
 Pegawai yang masih menduduki Rumah Biasa
Kerajaan di Putrajaya pada 1 Januari 2002 sehingga
1 April 2008 adalah dikecualikan daripada
dikenakan sewa dua kali ganda. Jika pegawai
masih menduduki rumah tersebut selepas tarikh 1
April 2008, pegawai akan dikenakan sewa dua kali
ganda mulai 2 April 2008.

 Pegawai yang masih menduduki rumah Biasa


Kerajaan pada atau selepas 1 September 2007
sehingga 1 April 2008 adalah dikecualikan daripada
dikenakan sewa dua kali ganda. Jika pegawai masih
menduduki rumah tersebut selepas tarikh 1 April
2008, pegawai akan dikenakan sewa dua kali ganda
mulai 2 April 2008.
Samb…..
 Pegawai yang masih menduduki Rumah Biasa
Kerajaan di Putrajaya pada 1 April 2008 kerana
rumah yang dibeli melalui Skim Pinjaman Kerajaan
masih belum siap, hendaklah mengosongkan
Rumah Biasa Kerajaan dalam tempoh 45 hari dari
tarikh CF dan kunci rumah diterima oleh pegawai.
Sekiranya pegawai masih menduduki Rumah Biasa
Kerajaan selepas tempoh tersebut, pegawai akan
dikenakan sewa dua kali ganda.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like