You are on page 1of 3

 Home

 Posts RSS
 Comments RSS
 Edit

:.:.EFENDY.:.:
.SEGALANYA BUATMU ILAHI.

Pengikut

 Ilmu Mantiq
 EFENDY
 Alumni MML 1987

Blog Archive
 ▼  2010 (8)
o ▼  Februari (8)
 Bahagian Qadiyah Syartiyah
 QADIAH SYARTIAH
 Bahagian Qadiah
 QADIYAH DAN HUKUM-HUKUMNYA
 ILMU DAN PEMBAHAGIANNYA
 Pengertian ilmu Mantik – bidang perbahasan dan fae...
 Sejarah Ilmu Mantik Ilmu Logik
 Salam Sejahtera

About Me

Mohd efendy Bin Hj.Daud


Msc Counceling,UUM BA(H)Al-Azhar University Dip.Edu.UUM(in progress)
(202171) Email : efendyd@yahoo.com : efendymml@gmail.com
Lihat profil lengkap saya

Copyright © :.:.EFENDY.:.:. All rights reserved.

Blogger templates created by Templates Block

Wordpress theme by Search Engine Optimization

Isnin, 2010 Februari 15


Pengertian ilmu Mantik – bidang perbahasan dan faedah mempelajari ilmu
Mantik

Ilmu Mantik mempunyai dua pengertian:


1. Berdasarkan kepada topik perbahasannya:
Adalah ilmu yang membicarakan tentang maklumat-maklumat yang berupa tanggapan dan
gambaran serta maklumat-maklumat yang berupa hukum dan penetapan.
(yang mana ianya dapat membantu seseorang untuk mengenal dan mendapat gambaran
tentang sesuatu yang tidak diketahui atau membantu seseorang untuk mendapat kepastian
tentang hakikat sesuatu yang belum pasti)

Huraiannya:
* Ilmu bermaksud: kaedah-kaedah umum.
* Maklumat Tasawwuriah dan Tasdiqiah : Seseorang mengetahui erti perkataan dan susunan
ayat yang telah ada dalam fikirannya sehingga ia dapat mengetahui apa yang tidak diketahui.

2. Berdasarkan kepada faedah ilmu Mantik:


Adalah peraturan / kaedah-kaedah untuk memandu serta mengawal akal fikiran manusia
daripada tersalah dan terpesong semasa berfikir.

Huraiannya:
* Kanun bermaksud: kaedah-kaedah umum.
* Ta’sim : peraturannya mengawal akal fikiran daripada tersalah semasa berfikir.

Bidang perbahasan ilmu Mantik:


• Berkaitan Maklumat Tasawwuriah dan Tasdiqiah,
(yang mana ianya dapat membantu seseorang untuk mengenal dan mendapat gambaran
tentang sesuatu yang tidak diketahui atau membantu seseorang untuk mendapat kepastian
tentang hakikat sesuatu yang belum pasti).

Faedah ilmu Mantik:


• Mengawal fikiran daripada tersalah semasa berfikir.
• Membezakan antara yang benar dan salah.
• Mendidik kekuatan akal dan mengembangkannya dengan perbahasan dan menghasilkan
keputusan.

Ilmu mantik dikenali dengan berbagai nama, antaranya:


Pengukur ilmu, ilmu berdasarkan bukti, neraca segala ilmu, ilmu kaedah-kaedah berfikir.

* Nota:
Matlamat mempelajari ilmu Mantik adalah mengawal akal daripada tersalah dan terpesong .
Dicatat oleh Mohd efendy Bin Hj.Daud di 08:12

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pautan pada catatan ini

Buat Pautan

Catatan Terbaru » « Catatan Lama Laman utama


Langgan: Catat Ulasan (Atom)
 

Copyright © :.:.EFENDY.:.:. All rights reserved.


Blogger templates created by Templates Block
Wordpress theme by Search Engine Optimization

You might also like