You are on page 1of 47

BAB 3

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

1
3.0 PERNIAGAAN ANTARABANGSA

3.1 DEFINISI DAN PERANAN PERNIAGAAN ANTARA


BANGSA
a. Definisi Perniagaan Antarabangsa
b. Peranan Perniagaan Antarabangsa

3.2 JENIS-JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSA

3.3 KONSEP DAN CABARAN DALAM PERNIAGAAN


ANTARABANGSA
a. Konsep Perniagaan Antarabangsa
b. Cabaran Syarikat Multinasional

3.4 GALAKAN DAN SEKATAN PERDAGANGAN


a. Galakan Perdagangan Antarabangsa
b. Sekatan-Sekatan Perdagangan Antarabangsa

2
3.1 DEFINISI DAN PERANAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
a. Definisi Perniagaan Antarabangsa
b. Peranan Perniagaan Antarabangsa
• Tukaran Asing
• Pasaran Luas
• Guna Tenaga
• Pemindahan Teknologi
• Sumbangan Kepada Ekonomi Tempatan

3
OBJEKTIF
• Memahami definisi dan peranan perniagaan
antarabangsa
• Menganalisis jenis perniagaan antarabangsa
• Memahami konsep perniagaan antarabangsa
• Menganalisis cabaran syarikat multinasional
• Memahami galakan perdagangan antarabangsa
• Memahami sekatan-sekatan perdagangan
antarabangsa

4
a. DEFINISI PAB

- Aktiviti menjual, membeli dan berdagang barang niaga dan


perkhidmatan melepasi sempadan negara.
Ferrell, Business: A Changing World, 5th Edition, pg. 76.

- Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan


wang @ alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggan pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi
mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan yang
melampaui sempadan politik sesebuah negara
- kegiatan perniagaan di antara individu, organisasi, atau
kerajaan sebuah negara dengan negara lain
- urusniaga pergerakan barang, perkhidmatan hakcipta, paten,
tanda perdagangan, pelaburan modal, pemindahan teknologi,
kakitangan, maklumat atau data dan juga penyeliaan pekerja

5
FAKTOR KEWUJUDAN PERNIAGAAN
ANTARABANGSA

- perbezaan faktor pengeluaran


- perbezaan iklim
- pengkhususan yang berbeza
- perbezaan citarasa
- perbezaan tingkat teknologi
- peningkatan taraf hidup

6
b. PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
Tukaran Asing
• Menambahkan pendapatan negara melalui tukaran wang asing seperti
US$, pound
• Mengukuhkan ekonomi negara.
Pasaran Luas
• Mengeluar dan memasarkan produk ke luar negara – meningkatkan
syer pasaran
• Pelbagai aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan – meningkatkan
keuntungan
• Memanjangkan jangka hayat produk
Guna Tenaga
• Peluang pekerjaan bertambah di dalam dan di luar negara
• Mobiliti faktor-faktor pengeluaran
Pemindahan teknologi
• Menerima pemindahan teknologi, kepakaran dan kemahiran
• Meningkatkan kualiti produk supaya mampu bersaing di pasaran global
Sumbangan kepada ekonomi negara
• Kemasukan firma luar menyebabkan peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan serta banyak kegiatan ekonomi yang baru boleh
diwujudkan 7
3.2 JENIS-JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSA

a. Import (barangan dan perkhidmatan)


b. Eksport (barangan dan perkhidmatan)
c. Perlesenan
d. Francais
e. Usahasama
f. Kontrak Pengeluaran
g. Pelaburan Langsung

8
a. IMPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)
• Aktiviti pembelian barangan dan perkhidmatan dari negara luar dan
dibawa masuk untuk kegunaan dalam negara oleh individu atau
organisasi
• Import terbahagi kepada dua :
– secara langsung melalui ejen asing atau wakil penjual
– tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak sebagai
perantara firma dengan pelanggan asing
• Contoh, Malaysia mengimport daging lembu dari New Zealand

b. EKSPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)


• Aktiviti penjualan barangan dan perkhidmatan keluar negara
kepada pembeli individu atau organisasi di negara asing
• Pasaran tempatan sudah tepu, barangan berlebihan dalam
pasaran domestik bagi mengelakkan pembaziran dan kerugian
kepada syarikat
• secara langsung melalui wakil penjual atau ejen asing
• tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak sebagai
perantara firma dengan pelanggan asing
9
c. PELESENAN
• Pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah syarikat di
negara asing untuk mengeluar atau memasar atau kedua-dua
sekali sesuatu jenama produknya (pemberi lesen) di pasaran
tempatan
• Sesuai apabila kitaran hayat produk mencapai kematangan di
pasaran tempatan
• Contoh-contoh perlesenan: jenama, formula, paten, mengedar,
mengeluar, trade mark, proses, hakcipta, program dan lain-lain.

d. FRANCAIS
• Pemberian satu pakej di mana francaisi dibenar mengguna tanda
niaga perniagaan, perkhidmatan dan produk, prinsip-prinsip
pengoperasian atau pengurusan syarikat, peraturan pengurusan dan
khidmat nasihat dalam segala aspek yang berkaitan dengan
perjalanan syarikat daripada francaisor

10
e. USAHASAMA
• gabungan beberapa syarikat antarabangsa menjalankan
perniagaan yang bermotifkan keuntungan serta mencapai misi
tertentu.
• usahasama membolehkan syarikat asing mendapat
pengalaman dan menembusi pasaran di negara lain dengan
menggunakan kepakaran dan sumber-sumber syarikat
tempatan
• boleh terdiri dalam bentuk pelesenan, kontrak pengurusan,
pemilikan minoriti dalam syarikat atau kontrak jangka panjang
berdasarkan perjanjian tertentu

11
f. KONTRAK PENGELUARAN
• strategi memasuki pasaran berisiko/halangan/sekatan ketat
• melalui perjanjian perlesenan, pemberi lesen memberi
kebenaran kepada penerima kontrak seperti paten, tanda
perniagaan, teknologi, penggunaan jenama, spesifikasi kepada
firma penerima kontrak untuk membuat, mengeluar/menjual
produk
• Kebiasaannya syarikat pemberi kontrak akan membeli semula
komponen atau produk yang dikeluarkan oleh penerima kontrak

12
g. Pelaburan langsung

• Merupakan aktiviti pelaburan dari luar negara ke dalam


sesebuah negara tertentu dan membolehkan pelabur tersebut
mengawal terhadap aset-aset yang dimilikki di negara
berkenaan.
• 2 jenis pelaburan langsung ialah;
– Greenfield:
• memulakan pelaburan dengan mengadakan peralatan
atau kemudahan baru atau menambahkan bilangan
yang sedia ada. Kaedah ini merupakan sasaran utama
usaha-usaha promosi negara hos (tuan rumah yang
menerima pelaburan,) untuk mewujudkan peluang
pekerjaan, pemindahan teknologi dan pengetahuan serta
boleh memberikan peluang / laluan ke arah pasaran
global. Biasanya ini adalah kaedah melabur di negara
membangun.

13
– Mergers and Acquisitions (Penggabungan dan
Pengambilalihan):
• Terjadi apabila aset-aset dari negara asal dipindahkan
ke negara luar. Penggabungan dengan syarikat dari
negara luar berlaku apabila aset-aset dan operasi dari
sesebuah negara digabungkan untuk menubuhkan satu
entiti perniagaan yang baru. Pengambilalihan merentasi
sempadan berlaku apabila kawalan ke atas aset dan
operasi dipindahkan dari syarikat tempatan kepada
syarikat dari negara luar. Biasanya ini adalah kaedah
melabur di negara-negara maju.

14
3.3 KONSEP DAN CABARANDALAM
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
a. Konsep Perniagaan Antarabangsa
• Globalisasi
• Pasaran Menimbul (Emerging Market)
• Nasionalisasi
• Lokalisasi
• Glokalisasi

15
i. GLOBALISASI

• Ialah inisiatif perniagaan yang berdasarkan kepercayaan


bahawa dunia sekarang semakin bergerak ke arah menjadi satu
pasaran yang homogen atau pembentukan operasi syarikat di
serata tempat di dunia di samping membangunkan standard
produk dan pemasaran
• Pengurangan bermakna dalam sempadan domestik,
penambahan pertukaran dalam perniagaan, pengembangan
teknologi maklumat, aliran kewangan merentasi sempadan dan
pemindahan budaya

16
ii. PASARAN MENIMBUL (EMERGING MARKET)

• sebuah negara yang berusaha untuk berubah dan memperbaiki


sektor ekonominya dengan tujuan mempertingkatkan prestasi
seimbang dengan negara yang lebih maju dalam dunia.
• bank dunia klasifikasikan ekonomi yang keluaran negara kasar
per kapita $9,656 & ke atas sebagai negara berpendapatan tinggi
• Contoh negara pasaran menimbul sehingga 2004, terdapat 43
buah negara seperti Vietnam, China, India, Argentina, Mexico dan
lain-lain.
• pasaran menimbul tidak semestinya miskin @ kecil
• pasaran menimbul adalah penerima pelbagai program sokongan
kewangan antarabangsa untuk tingkatkan taraf ekonomi contoh:
Bantuan dari IMF
• pasaran menimbul juga telah membentuk kumpulan niaga
sesama mereka contoh: Mercosur (the southern cone common
market)

17
iii. NASIONALISASI
• merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil alih
pemilikan sesebuah firma asing & menjadikan firma tersebut
sebagai milik negara
• jenis nasionalisasi termasuklah:
 expropriation
• pampasan diberi
 confiscation
• tidak ada pampasan

iv. LOKALISASI
• satu bentuk strategi yang biasa digunakan oleh syarikat
multinasional untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan
yang sesuai dengan negara tempatan
• mengambil kira soal-soal tempatan seperti kebudayaan,
citarasa, bahasa, penggunaan modal, bahan mentah dan
tanggapan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang
dipasarkan. Contoh Mc Donald tidak menawarkan Beef Burger di
India. 18
v. GLOKALISASI

• Mengeluarkan dan mengedarkan produk global dan


disesuaikan untuk pasaran tempatan mengikut undang dan
budaya sesebuah negara. Contohnya Pizza Hut menyediakan
pizza perisa mengikut selera tempatan.

• Menggunakan teknologi komunikasi elektronik seperti internet


untuk menyediakan perkhidmatan tempatan berasaskan global.
Contoh seperti Craigslist dan Meetup telah menggunakan
pendekatan glokalisasi dalam mengaplikasikan laman web
mereka.

19
3.3 KONSEP DAN CABARAN DALAM
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
b. Cabaran Syarikat Multinasional
• Struktur dan Kawalan
• Politik dan Undang-Undang
• Ekonomi
• Sosiobudaya dan Pengurusan Rentas Budaya
• Perubahan Teknologi
• Pasaran Kewangan

20
SYARIKAT MULTINASIONAL (SMN)

• Organisasi yang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan di


peringkat antarabangsa dengan tahap penglibatan yang tinggi.

• Merupakan syarikat yang bersaiz besar, beroperasi di banyak


negara, di mana syarikat bukan sahaja menjual produk mereka
di pasaran luar tetapi juga mengeluar, menjalankan
penyelidikan, melatih pekerja tempatan serta membangunkan
produk baru di pasaran yang mereka masuki.

• Mempunyai sumber kewangan dan tenaga manusia yang besar,


dapat mengawal seluruh aktiviti syarikat di seluruh dunia.

21
b. CABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL

i. STRUKTUR DAN KAWALAN


– harus membuat perubahan mengikut keadaan semasa
sesuatu negara
– antara masalah yang mementingkan penstrukturan:
• konflik antara bahagian-bahagian berkenaan bidang
kuasa
• kegagalan operasi asing dari segi perancangan &
jangkaan
• kurang kawalan kewangan ke atas operasi luar negara
• pertindanan tugas di kalangan kaki tangan
• kemudahan pengeluaran tidak dioptimumkan
• pertindihan tugas antara pejabat jualan dengan jurujual
di sesuatu kawasan
• pertambahan dalam bilangan pengedar
• rungutan pelanggan ke atas perkhidmatan operasi di
luar negara
22
– Kawalan yang boleh diperolehi dengan:
• centralization - aktiviti dikawal selia oleh ibu pejabat (menegak)
– Lambat, tak serasi dengan budaya negara lain

• decentralization - anak syarikat bebas bertindak mengikut


kesesuaian persekitaran (mendatar)
– Sukar dikawal

23
ii. POLITIK DAN UNDANG-UNDANG

• berlaku semasa campurtangan oleh kerajaan tuan rumah untuk


jaga kepentingan negara
• polisi & undang-undang bercanggah dengan negara asal
• untuk mengawal persaingan dengan syarikat domestik negara
asal
• paksaan untuk menjayakan program tempatan
• syarat yang dikenakan untuk menggunakan bahan mentah
tempatan
• penyekatan aliran keluar keuntungan dari operasi (sebahagian
% disyaratkan dilabur semula)
• peraturan perdagangan yang ketat (tarif & bukan tarif
disebabkan prosedur)
• dasar keutamaan oleh kerajaan tempatan
• cukai korporat yang tinggi

24
iii. EKONOMI

• persaingan dengan syarikat tempatan oleh syarikat multinasional


boleh menjejaskan ekonomi tempatan; maka sekatan dibuat
• kawalan ke atas import; duti import yang tinggi
• boleh jejaskan imbangan perdagangan tempatan; jadi sekatan
dalam aktiviti pelaburan langsung
• kes bagi SMN untuk keluar dari sesuatu negara kerana nilai
pelaburan yang banyak
• kemerosotan ekonomi (kawalan aliran keluar matawang)

25
iv. SOSIOBUDAYA DAN PENGURUSAN
RENTAS BUDAYA
• kesukaran dalam mengadaptasikan sesuatu budaya yang bukan
menjadi kebiasaan diri
• konflik antara budaya SMN dengan pekerja tempatan
• masalah komunikasi
• penjejasan identiti negara (penjajahan budaya)

26
v. PERUBAHAN TEKNOLOGI
• pengimportan teknologi memakan belanja yang banyak (dari
negara asal)
• hak cipta (teknologi ditiru)
• masalah dalam mengikuti perubahan semasa (teknologi
maklumat)

vi. PASARAN KEWANGAN


• Pasaran kewangan dapat mempengaruhi kadar tukaran mata
wang
• Kadar tukaran mata wang – kadar yang digunakan untuk
menukarkan mata wang sesebuah negara ke dalam mata
wang negara lain
• Kadar tukaran mata wang boleh memberi kesan kepada
permintaan barangan dan perkhidmatan sesebuah negara
• Campurtangan kerajaan sesebuah negara dlm menetapkan
nilai mata wang negaranya, contoh: Malaysia 27
3.4 GALAKAN DAN SEKATAN PERDAGANGAN
a. Galakan Perdagangan Antarabangsa

i. Pemasaran Antarabangsa
• Pemasaran ialah proses perancangan dan perlaksanaan
konsep, perletakan harga, promosi dan pengedaran produk
untuk mewujudkan pertukaran yang boleh memuaskan
individu dan organisasi yang melampaui sempadan politik
sesebuah negara.
• Konsep pemasaran terdiri daripada konsep produk, harga,
promosi dan agihan terhadap produk atau perkhidmatan untuk
proses pertukaran bagi memenuhi kepuasan individu dan
mencapai objektif organisasi.
• Menjalankan pemasaran peringkat antarabangsa adalah lebih
rumit kerana wujud perbezaan dari aspek :
• Ekonomi
• Politik dan Undang-Undang
• Budaya dan adat resam
• Agama

28
MATRADE

– The Malaysia External Trade Development Corporation @


Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.
– Ditubuhkan pada tahun I Mac 1993 di bawah Kementerian
Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa.
– Merupakan satu agensi promosi perdagangan luar negara.

29
Peranan MATRADE

• Memperkenalkan, mewujudkan dan membangunkan


perdagangan luar negara dengan penekanan kepada eksport
barangan siap dan separuh siap
• Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran
• Menyediakan sistem maklumat pasaran yang menyeluruh
• Memastikan keupayaan bersaing di peringkat antarabangsa
bagi keluaran Malaysia
• Menasihati kerajaan kepada perkara yang berkaitan dan
bertindak sebagai agen kepada kerajaan, individu atau
organisasi berkaitan perdagangan luar negara.
• Membangunkan, mempromosikan dan memberikan khidmat
nasihat berkaitan dengan perdagangan.
• Mewakili Malaysia dalam forum antarabangsa berkaitan
dengan perdagangan.

30
Blok Perdagangan Antarabangsa

– WTO (World Trade Organization)


• Sebelum ini dikenali sebagai GATT (General Agreement
on Tariffs and Trade)
• Objektif penubuhan ialah untuk meliberalisasikan
perdagangan dengan menghapuskan tarif, subsidi, kuota
import dan lain-lain halangan perdagangan.
• Ditubuhkan pada 1947 dengan anggota seramai 19 buah
negara dan meningkat menjadi lebih 140 negara (2006).
• Pengurangan tarif dilakukan dengan berperingkat-
peringkat menerusi pusingan rundingan bermula pada
1986 hingga 1993
• Setiap pusingan akan membincangkan pengurangan tarif.

31
Blok Perdagangan Antarabangsa

- AFTA (ASEAN Free Trade Area/Kawasan Perdagangan Bebas)

• Keputusan penubuhan sewaktu Sidang Kemuncak Ke 4 ASEAN


pada 1992
• Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN pada September
1994 bersetuju pelaksanaan sepenuhnya pada 2008
dipercepatkan kepada 2003 secara berperingkat-peringkat.

• Tujuan penubuhan
• Meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN dengan
melaksanakan pasaran bebas
• Pasaran bebas - ini bermaksud barangan ASEAN boleh
menembusi pasaran negara anggota tanpa sebarang tarif @
tarif yang minimum iaitu 0 hingga 5%
• Meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan
pengeluaran yang berdaya saing dan memenuhi pasaran
global
32
- NAFTA (North America Free Trade Agreement Perjanjian
Perdagangan Bebas Amerika Utara)

• Pada 1988 perjanjian perdagangan bebas antara AS dan


Kanada di tandatangani dan mula beroperasi pada 1 Jan
1989
• Dianggotai Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico
• Tujuan:
• Hapuskan halangan tariff di kalangan negara anggota
menjelang 1989
• Pada 1991 A.S. Kanada dan Mexico mengadakan rundingan
untuk tubuhkan NAFTA
• 1 Jan 1994 NAFTA dikuatkuasakan

33
BLOK PERDAGANGAN ANTARABANGSA

• EC (European Community/Kesatuan Eropah)


– Awalnya dikenali European Economic Community (EEC)
dalam perjanjian Rome.
– Pada 1967 dikenali sebagai EC hasil gabungan antara
European Coal and Steel Community (ECSC), European
Atomic Energy Community (EURATOM) dan EEC
– Pada I Jan 1994 menerusi Perjanjian Maastricht EC telah
ditukar namanya kepada European Union (EU)
– Dianggotai oleh Belgium, Perancis, Italy, Luxemburg,
Belanda, German, Denmark, Ireland, UK, Greek, Sepanyol
dan Portugal.
– Menerusi perjanjian ini 4 elemen yang digariskan ialah:
a. Mewujudkan satu matawang tunggal
b. Polisi pertahanan dan hal ehwal negara yang seragam
c. Satu kerakyatan
d. Parlimen EU yang berkuasa

34
• APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation/Kerjasama
Ekonomi Asia Pasifik)

– Ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia.


– Negara anggota: ASEAN, A.S., Kanada, Mexico, Chile,
Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, China,
Taiwan, Hong Kong dan Papua New Guinea.
– Tujuan penubuhan : Memajukan perdagangan bebas,
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di rantau Asia
Pasifik dan mengeratkan kerjasama ekonomi antara negara
anggota.

35
• ASEAN (Association of Southeast Asia Nation)
Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan anggota terdiri
daripada negara-negara ASEAN.
Dianggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia,
Filipina, laos, Myanmar, Vietnam dan Kemboja
Tujuan Penubuhan:
– Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kemajuan sosial dan
perkembangan budaya di rantau Asia Tenggara
– Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik
– Menyediakan bantuan antara satu sama lain
– Meningkatkan taraf hidup penduduk negara anggota melalui
kerjasama dalam pertanian, perusahaan dan perdagangan.
– Mengadakan hubungan yang erat dan menguntungkan dengan
persatuan antarabangsa dan serantau.
– Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial,
budaya teknikal, saintifik dan pentadbiran.
– Menggembleng tenaga untuk memanfaatkan bidang industri
dan pertanian serantau dan memperluaskan aktiviti
perdagangan.

36
KEMUDAHAN PAB

• ZON PERDAGANGAN BEBAS


– Dibentuk untuk memudahkan urusan perniagaan
antarabangsa dengan menyediakan kemudahan dan pelbagai
insentif.

Contoh di Malaysia:
- AFTA: Membentuk kawasan perdagangan bebas utk
pemprosesan pertanian dan barangan pertanian seperti
pengurangan tariff dari 0 hingga 5% contoh: AFTA

37
• MSC (Multimedia Super Corridor/Koridor Raya Multimedia)
- MSC: Merupakan satu tempat di mana syarikat-syarikat di
seluruh dunia berkumpul untuk menguji teknologi-teknologi
mereka dan menyediakan diri untuk menghadapi cabaran masa
depan.
– Merupakan satu strategi untuk mencapai wawasan 2020
– Bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan rekacipta teknologi
moden dan mempercepatkan pemindahan teknologi.
– Meliputi kawasan seluas 50 kilometer panjang dan 15 kilometer
lebar bermula dari KLCC hingga KLIA.
– Mengandungi 2 buah bandar pintar (Smart City) iaitu
 Putrajaya yang akan menjadi pusat pentadbiran baru.
 Cyberjaya yang akan menempatkan industri multimedia, pusat
penyelidikan dan pembangunan, Universiti Multimedia dan ibu
pejabat syarikat-syarikat multinasional.

38
- Fungsi MSC:

- Menarik syarikat bertaraf dunia dan berasaskan teknologi


ke Malaysia dan seterusnya membangunkan industri
tempatan
- Menawarkan persekitaran yang produktif dan baik supaya
rangkaian nilai multimedia berbentuk barangan dan
perkhidmatan dapat dikeluarkan dan disalurkan ke seluruh
dunia
- Membentuk sebuah kawasan yang cemerlang dengan
keupayaan spesifik multimedia, teknologi, infrastruktur,
pembentukan undang-undang, polisi dan sistem bagi
mencapai kelebihan bersaing.
- Tempat untuk mereka cipta baru dengan menjalankan
penyelidikan dalam bidang teknologi multimedia.
- Membawa seluruh masyarakat ke era teknologi maklumat
- Membentuk dunia era baru dengan kemudahan rumah
bestari, bandar bestari, sekolah bestari, kad bestari dan
rakan kongsi bestari.

39
• Perdagangan Balas
– Urusniaga tukar barang dimana pengeksport menerima
keseluruhan atau sebahagian pertukaran dalam bentuk
barangan yang dikeluarkan oleh pengimport
– Contoh: Perdagangan antara Malaysia dan India dimana
Malaysia mengeksport minyak kelapa sawit ke India
sementara India membayar dalam bentuk wang dan tekstil

40
LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN

• GALAKAN CUKAI
– Contoh: elaun cukai pelaburan
– Insentif ini menyediakan elaun pelaburan sehingga 60%
daripada perbelanjaan modal selama 5 tahun
• PENGECUALIAN CUKAI
– Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa
– Contoh: pengecualian cukai terhadap pendapatan dari royalti.
• PEMBIAYAAN EKSPORT
– Contoh: Skim pembiayaan semula kredit eksport
– Skim ini memberi kemudahan kepada pengeksport untuk
mendapatkan dana segera bagi mengeksport produk yang
dijual secara kredit

41
LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN

• TARAF PERINTIS
– Pengecualian cukai selama lima tahun akan diberi kepada
syarikat yang berjaya mendapat status perintis

• SUBSIDI
– Sejumlah bayaran yang dibayar oleh kerajaan terus kepada
pengeluar untuk mengurangkan bebanan kerugian daripada
penjualan produk di peringkat antarabangsa
– Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih
murah atau lebih menguntungkan syarikat berkenaan

42
LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN
• KEMPEN BELILAH BARANGAN MALAYSIA
– Kempen yang diusahakan oleh pihak kerajaan bagi
menggalakkan pembelian dan penggunaan barangan
buatan Malaysia
– Tujuan kempen untuk
 membangun dan mengembangkan sektor perindustrian
dan perkilangan serta keupayaan mengeksport lebih
banyak barang-barang keluaran dalam negara ke
pasaran luar
 berdikari dengan mengeluarkan berbagai-bagai jenis
barangan tanpa bergantung kepada negara luar

43
LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN

• SKIM JAMINAN EKSPORT


– Skim yang ditawarkan oleh kerajaan untuk meningkatkan
pengeksportan dan membantu firma bersaing secara efektif
di peringkat antarabangsa
– Potongan berganda terhadap perbelanjaan promosi eksport
bertujuan menggalakkan para pelabur mempromosi produk
Malaysia di pasaran antarabangsa

44
b. SEKATAN-SEKATAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA

• Tarif (Cukai dan Levi)


Cukai
– Bayaran wajib yang dikenakan oleh kerajaan ke atas
individu atau syarikat
– Berperanan untuk mengagihkan semula pendapatan dan
kekayaan negara
Levi
– Satu bentuk cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan
atau organisasi
– Levi kerana membawa masuk pekerja asing ke dalam
negara

45
BUKAN TARIF

• KUOTA
– Had yang dikenakan terhadap jumlah unit atau nilai sesuatu
barangan yang boleh dikeluarkan atau digunakan atau
diimport
– Kuota import - sekatan yang menghadkan kuantiti sesuatu
barangan yang diimport
– Tujuan dikenakan ialah untuk mengurangkan saingan
terhadap barangan tempatan

• EMBARGO
– Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau
mengeksport sesuatu barangan atau perkhidmatan dari/ke
sesebuah negara
– Contoh: Malaysia dengan Israel.

46
BUKAN TARIF
• SUBSIDI
– Bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada individu, unit
pengeluaran atau pengeksport samada dalam bentuk
bayaran langsung seperti geran atau pinjaman, atau
langkah-langkah yang memberikan kesan yang sama
seperti bayaran langsung.
– Langkah-langkah termasuklah jaminan terhadap harga dan
pasaran, khidmat atau kemudahan bantuan dan
pemotongan atau pengecualian cukai.
– Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih
murah atau lebih menguntungkan syarikat berkenaan

• PIAWAIAN
– Satu standard kualiti yang dikenakan ke atas produk yang
ingin dipasarkan di peringkat antarabangsa.
– (contoh dalam industri makanan, kosmetik, elektronik dan
sebagainya.)

47

You might also like