You are on page 1of 3

HOKI

Sejarah
Terdapat catatan yang telah kenal pasti mengesahkan bahawa permainan ini
menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya di katakan sebagai permulaan bagi permainan
hoki sekarang bermula berabad yang lalu. Menurut catatan yang telah diperolehi, ia dimainkan
oleh orang-orang Greek, Parsi, dan Rom sejak tahun 2000 s.m lagi. Namun, permainan ini
kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England.
Permainan ini pada ketika itu begitu mengujakan dan menarik minat dan semangat
masyarakat di negara tersebut . oleh kerana permainan ini masih tidak mempunyai sebarang
undang-undang dan peraturan yang khusus, maka pelbagai teknik dan kreografi di hasilkan untuk
menjadikan permainan inin lebih unik. Bagaimanapun, keadaan ini menyebabkan sering
berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada pertumpahan darah. Dengan
erti kata yang lain permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang
membahayakan kepada para pemain. Setelah meneliti kesan daripada keadaan ini maka pihak
atasan British telah pun mengharamkan permainan ini.
Dalam pada itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia setelah undang-
undang permainan mula direka khusus. Meskipun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia
telah memberikan peluang yang besar untuk permainanini menapak bersaing dengan permainan
yang lain. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan
dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya dan
mempelajarinya.
Dahulunya sukan ini hanya dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan. Contohnya di
Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Lain pula apabila diPerancis nama permainan
ini di panggil sebgai hoquet. Akhirnya difahamkan perkataan hoki telah diambil sempena
perkataan Perancis tersebut dan telah pun di inggeriskan menjadi hockey.
Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki mula diterima
semula oleh pihak Britain malah ia bukan sahaja di mainkan oleh orang lelaki sahaja tetapi kaun
wanita juga turut mengambil bahagian. Pasukan hoki yang pertam telha pun ditubuhkan dinegara
tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di Selatan London dianggap pasukan hoki
pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861.
Kelab ini juga turut memperkanalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain,
penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad dan menggenakan hukumankepada
pemain yang melakukan kesalahan.
Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah pun di gubal serta diperkemaskan dalam
satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club
telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun
1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia. Dari England,
permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa
negara Eropah.
Permainan Antarabangsa
Perkembangan sukan hoki ini terus menular ke setiap pelusuk negara dengan pesatnya.
Maka, detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa apabila sukan ini diteriam sebagai
salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Meskipun ditolak pada Sukan Olimpik
tahun 1924 tetapi telah diterima semula pada tahun berikutnya. Kini sukan hoki menjadi tidak
asing lagi dalam setiap sukan terbesar yang berlangsung.
Seperti permainan yang lain hoki juga turut mempunyai satu badan khusus di peringkat
dunia bagi menyelaraskan dan menganjurkan setiap pertandingan yang melibatkan suka hoki.
Pada tahun 1924, tertubuhlah persatuan Hoki Antarabngsa (FIH) atas usaha negara-negara
Eropah iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan Switzerland.
Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi pengalola rasmi bagi
sukan ini di peringkat antarabangsa.
Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang serta peraturan
permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan ini juga
turut bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik,
Sukan asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan
sebagainya.
Di peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pancabar terkuat termasuklah
India dan malaysia. Negara dari Asia, Malaysia, belanda, Jerman Barat, sepanyol dan England
yang mewakili Eropah serta Australia dan New Zealand.
Hoki Di malaysia
Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang
bertugas di sini pada tahun 1892. Pada awal pengenalan, sukan ini hanya menarik minat orang-
orang inggeris dan Eropah sahaja. Walau bagaimanapun, masa berubah dengan pantas sehingga
pada tahun 1904 telah berlangsungnya perlawanan pertama di negara kita iaitu antara Selangor
dan s\Singapura.
Mulai tahun 1920 permainan ini mula menular di kalangan penduduk tempatan dimana
berlakunya anjakan yang memberangsangkan apabila banyak penyertaan yang diterima untuk
mempelajari dan bermain. Semua perimgkat umur mula meminati sukan ini tidak mengira
bangsa dan jantina. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan ,
iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.
Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri.
Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan
pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India
baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu
pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada
tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras
permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli
gabungannya. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini .
Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF (1957) beliau menghadiahkan
sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala
Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

You might also like