2.1 Guru Besar
Guru Besar adalah orang paling penting dan berpengaruh dalam sesebuahsekolah. Dalam kurikulum sekolah, Guru Besar adalah sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. Selain itu, beliau bertanggungjawab terhadap segalaaktiviti yang berjalan di sekolah meliputi pentadbiran, kewangan, kurikulum,kokurikulum, keadaan persekitaran, kakitangan dan pelajar.Dalam usaha mengembangkan aspek intelek seperti yang terkandungdalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Guru Besar memainkan perananyang sangat penting. Menurut Guru Besar sekolah ini, bidang tugas beliausangat luas. Antara yang utama adalah dalam bidang kurikulum, kokurikulumsahsiah serta pentadbiran. Selaras dengan misi beliau yang mahu meningkatkanprestasi kurikulum dan kokurikulum di samping menceriakan sekolah, pelbagaiprogram telah dirancang agar potensi murid-murid dapat diperkembangkan lagi.Antara program-program yang dijalankan ialah program peningkatan akademik.Aktiviti utama dalam program ini adalah membuat nota poket, peta minda,program bijak sifir, reading program, vocabulary building, understanding angusing English grammer, latih tubi terancang. Selain itu juga, kelas tuisyen malamdiadakan bagi murid-murid Tahap 2 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa danGuru (PIBG). Kelas tuisyen ini dikenakan bayaran sebanyak RM50 setiap bulan.Di samping itu, usaha meningkatkan pencapaian sekolah, budaya ilmuturut diterapkan dalam diri setiap murid. Melalui pemerhatian saya di sekolahtersebut, pada majlis perhimpunan pagi pada hari Isnin, Guru Besar akanmemberi beberapa perkataan Bahasa Inggeris kepada murid-murid. Perkataan-perkataan ini akan disoal semula pada majlis perhimpunan pagi pada mingguyang berikutnya. Selain itu juga, nilai-nilai keagamaan turut diterapkan. Ini dapatdilihat pada setiap pagi apabila murid-murid akan membaca doa penerang hatisebelum memulakan sesi persekolahan.Walaupun bidang kurikulum merupakan bidang tugas yang utama bagibeliau, namun pencapaian dalam bidang kokurikulum tidak pernah diabaikan.Untuk membentuk insan yang yang seimbang dan harmonis, aspek jasmani,
3 PBS_laporan