Pencemaran Sungai
Definasi Sungai
"Pencemaran" ertinya apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifatfizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif pada mana-mana bahagian alam sekelilingdengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan buangan hingga menjejaskanapa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yang merbahaya atau mungkinmerbahaya kepada kesihatan, keselamatan, kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidup-hidupan liar, ikan serta hidup-hidupan dalam air, atau kepada tumbuh-tumbuhan dan menyebabkan suatu perlanggaran terhadap apa-apa syarat, had atausekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta KualitiAlam Sekeliling, 1974Pencemar ertinya sesuatu benda samada cecair, pepejal atau gas yang secara langsungatau secara tidak langsung:-a) Mengubah kualiti sesuatu segmen atau unsur alam sekeliling yang menerimanyahingga menjejas sesuatu kegunaan berfaedah. b) Merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatanc) Air dikatakan tercemar apabila ia tidak sesuai untuk hidupan akuatik dan kegunaanmanusia. Ini disebabkan bahan buangan yang dibuang ke dalam air.
Jenis Pencemaran Air
Sungai merupakan nadi kepada kehidupan. Sejarah awal tamadun manusia bermula disepanjang lembangan sungai. Menyedari interaksi yang penting antara sungai danhidupan manusia ini, seharusnya penilaian perlu dibuat agar sumber alam ini diuruskansebaik mungkin dan memberi manfaat yang berguna untuk seluruh hidupan. Pencemaransungai sedikit sebanyak akan menjejaskan dan mengganggu aktiviti kehidupan manusiauntuk mendapatkan bekalan air minuman dan juga untuk kegunaan domestik yang lainSuatu sumber asli dikatakan mengalami pencemaran apabila berlakunya perubahankepada kualitinya. Pencemaran air adalah disebabkan oleh gabungan pelbagai jeniskomponen alam sekitar seperti organisma, bahan organik, bahan bukan organik dan lain-lain. Kebiasaannya pencemaran sungai adalah dihasilkan daripada aktivi-aktiviti manusiayang menjadi punca kepada pencemaran air yang berlaku seperti berikut :· Agen pembawa penyakit (patogen)Organisma seperti bakteria, virus, protozoa dan parasit merupakan contoh agen penyakityang memasuki air melalui air kumbahan domestik dan juga bahan cernaan manusia danhaiwan