Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
25Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak (PKK)

Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak (PKK)

Ratings: (0)|Views: 1,239 |Likes:
Published by oasis_dessert

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: oasis_dessert on Feb 10, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/15/2013

pdf

text

original

 
KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Setiap yang hidup pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagimerealisasikan sebuah kehidupan. Proses tersebut adalah perkembangan danpertumbuhan. Dua proses ini merupakan induksi yang penting untuk mematangkanatau mendewasakan semua benda hidup. Perincian bagi perkembangan adalahperubahan abstrak yang berterusan hingga ke akhir hayat benda hidup tersebut.Pertumbuhan pula adalah perubahan fizikal yang terhad kepada beberapa faktor.Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), pertumbuhan adalah perubahan-perubahanfizikal yang berlaku pada manusia. Ia juga perubahan-perubahan kuantitatif yangberlaku dalam diri manusia. Mok Soon Sang (2009) pula menjelaskan bahawapertumbuhan adalah perubahan fizikal tubuh badan. Kesimpulannya, pertumbuhanbermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu perubahan fizikal manusiadari aspek saiz dan kematangan dan perubahan ini akan terus berlaku hingga ke satutahap perubahan itu akan terhenti.Sharifah A. Alsagoff (1987) pula menghuraikan psikologi perkembangan sebagaikajian terhadap faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dan perubahankebolehan, personaliti, motivasi dan ciri-ciri sosial mengikut peringkat masa tertentu,daripada pralahir (dalam kandungan) hinggalah dewasa. Menurut Crow dan Crow,perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta kecenderungan ke arahyang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrisonpula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antaraperkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan yang berbentukstruktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturansemula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Justeru, psikologi perkembangan bolehdiertikan sebagai kajian saintifik terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia
 
dalam aspek- aspek seperti fizikal, mental, emosi, personaliti, perbezaan individu dantingkah laku sepanjang hayatnya.Psikologi perkembangan kanak-kanak kepada guru adalah satu perkara yangamat penting kerana melalui pembelajaran inilah guru dapat memahami perkembanganfizikal, mental dan emosi muridnya demi membolehkan guru menyediakan rancanganmengajar yang sesuai dan berkesan. Kajian perkembangan kognitif murid-muridmembolehkan guru menggunakan kaedah mengajar yang sesuai mengikut kebolehanmereka. Selain itu, kajian perbezaan individu ini juga akan memberi panduan kepadaguru dalam mendisiplinkan murid-murid dengan lebih berkesan.Secara holistiknya, kajian perkembangan kanak-kanak ini akan menjadikan guru lebihmemahami perubahan personaliti dan konsep kendiri muridnya demi meningkatkankeberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Perkembangan dan pertumbuhan sebenarnya boleh dibahagikan kepadabeberapa peringkat seperti peringkat pralahir iaitu ketika dalam kandungan selama 9bulan, peringkat bayi iaitu ketika berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanakketika berumur 2 hingga 6 tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanakberumur 6 hinga 9 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika berumur 9 hingga 11tahun, peringkat awal remaja ketika berumur 11 hingga 15 tahun, peringkatpertengahan remaja iaitu ketika berumur 16 hingga 18 tahun, peringkat akhir remajaketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika berumur 21 hingga 60 danperingkat tua selepas berumur 60 tahun keatas.
 
PRINSIP ASAS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
Menurut Haliza Hamzah (2009), prinsip asas perkembangan kanak-kanak bolehdibahagikan kepada lima. Prinsip pertama ialah ³proses perkembangan yang berlakumengikut aturan´. Contohnya apabila seorang bayi yang pada peringkat awalnya hanyaduduk dengan bantuan kemudiannya merangkak. Selepas itu, kebolehan untuk berdiridan berjalan. Perkembangan ini bermula daripada konkrit kepada abstrak.Prinsip kedua pula ialah ³perubahan yang berlaku dalam pertumbuhan danperkembangan yang beransur daripada keadaan umum kepada objek yang lebihspesifik´. Contohnya, seorang bayi kecil hanya boleh menggenggam dan memegangobjek dengan tapak tangan sebelum menggunakan jarinya. Hal ini dapatmemperlihatkan pertumbuhan bermula dengan otot-otot kasar sebelum beransur kepada pertumbuhan otot-otot halus.Prinsip seterusnya ialah ³pertumbuhan dan perkembangan merupakan satuproses yang berlaku secara berterusan´. Kemahiran yang sedia ada pada seorangkanak-kanak adalah satu asas untuk pencapaian kemahiran-kemahiran baru padamasa yang akan datang.Prinsip asas yang keempat ialah ³corak dan aturan perkembangan yang hampir sama namun kadar perkembangan manusia adalah berbeza bagi setiap individu´.Keadaan ini merujuk kepada perkembangan kanak-kanak itu pada satu jangkamasadan usianya. Sebagai contoh, terdapat kanak-kanak yang boleh berjalan pada usia 10bulan manakala ada yang dapat berjalan pada usia 18 bulan. Perkara ini adalah satufaktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia.Prinsip yang terakhir ialah ³perkembangan yang bergantung kepada hasilinteraksi antara kematangan dan pembelajaran´. Kematangan adalah kemunculanpotensi yang sedia ada di dalam diri seseorang individu. Perkembangan ini biasanyadipengaruhi oleh genetik.

Activity (25)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Sin Yan liked this
Swett Lian Pan liked this
Cl Yee liked this
Jovayne Lim liked this
Pei Ni liked this
Kumiko Akimoto liked this
Udin Marudin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->