Professional Documents
Culture Documents
Suasana pentas gelap, suasana sunyi sepi, kelihatan seorang lelaki terduduk kaku di
balik jaring besi, mukanya masih menyembah bumi, senyap tanpa bahasa,
dunianya gelap bagai tiada tujuan, matanya berkaca merenung dalam butir-butir
pasir yang berada di lantai kotor penuh sejarah itu.
Tiba-tiba suara garau warden penjara yang berbadan sasa, mengusir kesunyian,
tiga orang warden penjara yang kelihatan segak lengkap beruniform membuat
isyarat supaya si banduan segera berdiri menghadap dinding. Prosedur biasa bagi
banduan di sana sebelum mereka dipindahkan atau sedia untuk dibicarakan.
Tenang suara tua itu menjawab, seakan sudah biasa dengan suasana di tirai besi tak
bernyawa itu. Pintu besi dibuka perlahan, manakala dua orang anggota lagi sudah
siap untuk bertindak sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku. Setelah
siap tangan bantuan tua itu digari kemas, dia dibawa pergi meningalkan bilik kecil
yang agak usang itu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++
Scene 2
Tahun 1994
Salmah : alah abang ni, baru cakap sedikit muncungnya panjang sedepa.
Balas salmah dengan nada memujuk, sambil tangannya laju mencubit manja
kekasihnya itu.
Salmah : ah…apa lagi pasal bonda lah, katanya Si Sudin anak orang kaya
kampung pinang sebatang tu sudah bertanyakan pasal mah. Bonda
suka benar dengan si Sudin tu. Lekaslah abang masuk meminang mah.
(dengan nada merayu dan manja)
Samad : demi mah gunung berapi pun abang sanggup daki tau.
Lagu retro 90’an berkumandang, dua kekasih menari dan menyanyi mengikut
rentak.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++
Scene 3
Suasana di mahkamah
Tahun 2011
Suara bergema: samad bin saod, no banduan D44583 didapati bersalah dan
dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. (bunyi ketok kayu 3 kali)
Polis: (pegang dan gari tangan samad sebelum keluar dari kandang pesalah)
Scene 4
Tahun 2004
Lokasi KLIA
Sudin : thank la bro..sorry la susahkan kau..tetiba pulak anak sedare aku nak
barang ni urgent!! Nanti papehal aku calling-calling ko k
Samad : (tepuk bahu sudin) tadahal la..kitakan kawan..takkan aku xnk tolong kau
pulak..lagipun kebetulan aku memang kene g New York nak present pasal projek
baru tu
Sudin: (melemparkan pandangan dan senyuman sinis tanpa disedari oleh samad)
Suara bergema: penggilan terakhir pesawat boeing 404 ke New York. Diminta para
penumpang berada dib alai berlepas sekarang. Terima kasih. (ulang dalam bahasa
inggeris)
Sudin: (sambil bercakap telefon) ok der, aku ade hal la, aku blah lu ek
(mengangkat tangan dan berjalan keluar)
Tiba-tiba bunyi amaran kecemasan berbunyi sewaktu beg samad melewati mesin
tersebut, semua kelihatan panik, kelihatan banyak mata memandang tajam
kearahnya. Kelihatan tiga orang pengawai imagration menuju kearahnya. Samad
diarahkan untuk mengikut mereka ke pejabat siasatan. Semuanya bermula disitu.
Scene 5
Sudin : Salmah..sudahlah buat apa dikenang lagi, semuanya dah jelas sekarang.
Mahkamah pun sudah putuskan yang abang Samad kau tu bersalah.
Salmah : tak…Sudin aku tahu Abang Samad tak bersalah!!! Semua tu fitnah!!!
Sudin : sudahlah, apa yang kau boleh lakukan?? Dah dah cukup…sekarang abang
nak mah berhenti menangis then pakai baju cantik-cantik, jom ikut abang Sudin ke
Bali..kite bercuti kat sana..laut kat sana cantik tau..kite boleh tros honeymoon kat
sana..buat apa fikir pasal sampah masyarakat tu.(dengan nada lembut memujuk)
Salmah : heh Sudin kau sedar kau sedang bercakap dengan siapa?? Aku ni isteri
orang, and aku tak hamak duit kau la sudin…kau pergi dari rumah aku…keluar…
keluar…
Scene 6
Sudin menghempas telefon dan melangkah keluar. Samad tergamam dan tersandar.
Scene 7 (last)
Pentas gelap. Lampu suluh ke tali gantung. Polis bawa lelaki yang kepalanya
disarung kain hitam (lampu menyuluh kearah pelakon)
Bunyi besi dan pintu kayu terbuka dengan kuat. (pentas gelap)
(tayangan multimedia)
Kuala Lumpur: 08 June 2009 siasatan lanjut dilakukan ke atas kes Samad yang
dipercayai telah dianiaya oleh Sudin bin Seman di akta 714 kanun merbahaya
dadah yang boleh didakwa hukuman mati mandotori, berikutan bukti baru yang
ditemui setelah video rakaman yang telah direkod secara tidak sengaja oleh
seorang pelajar jurusan multimedia college MMU telah merakam perbualan
mereka di KLIA semasa kejadian, bukti itu telah dibawa ke makamah dan disahkan
original. Menurut ketua polis Negara, Dato’ Shahadan Syukri tertuduh Samad telah
dibebaskan semalam tanpa ikat jamin.
-Tamat-
Watak-watak:
Samad
Salmah
Sudin
Polis
Warden 1
Warden 2
Warden 3
Penumpang 1
Penumpang 2
Pramugari 1
Pramugari 2