You are on page 1of 7

SKRIP TEATER.

Bermula dengan alunan muzik mendayu-dayu.

Suasana pentas gelap, suasana sunyi sepi, kelihatan seorang lelaki terduduk kaku di
balik jaring besi, mukanya masih menyembah bumi, senyap tanpa bahasa,
dunianya gelap bagai tiada tujuan, matanya berkaca merenung dalam butir-butir
pasir yang berada di lantai kotor penuh sejarah itu.

Saidi : banduan D44583

Tiba-tiba suara garau warden penjara yang berbadan sasa, mengusir kesunyian,
tiga orang warden penjara yang kelihatan segak lengkap beruniform membuat
isyarat supaya si banduan segera berdiri menghadap dinding. Prosedur biasa bagi
banduan di sana sebelum mereka dipindahkan atau sedia untuk dibicarakan.

Banduan tua : saya tuan.

Tenang suara tua itu menjawab, seakan sudah biasa dengan suasana di tirai besi tak
bernyawa itu. Pintu besi dibuka perlahan, manakala dua orang anggota lagi sudah
siap untuk bertindak sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku. Setelah
siap tangan bantuan tua itu digari kemas, dia dibawa pergi meningalkan bilik kecil
yang agak usang itu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++

Scene 2

Tahun 1994

Di kebun bunga, kelihatan dua orang kekasih sedang bermadu asmara.

Salmah : abang, salmah malu dengan rakan-rakan salmah.(merajuk)


Samad : apa salmah malu dengan abang? Yelah…abang bukan seperti si Ali
punya vespa baru.

Salmah : alah abang ni, baru cakap sedikit muncungnya panjang sedepa.

Balas salmah dengan nada memujuk, sambil tangannya laju mencubit manja
kekasihnya itu.

Samad : aduh…aduh…sakitlah. Apa yang salmah runsingkan?

Salmah : ah…apa lagi pasal bonda lah, katanya Si Sudin anak orang kaya
kampung pinang sebatang tu sudah bertanyakan pasal mah. Bonda
suka benar dengan si Sudin tu. Lekaslah abang masuk meminang mah.
(dengan nada merayu dan manja)

Samad : (berdiri sebelah kaki di atas bangku sambil membetulkan jambul)


bukan abang tidak mahu masuk meminang mah, tapi duit abang masih
banyak kurangnya. Takut nanti makan pasir pula buah hati intan
payung abang sorang ni…uish…tak sanggup abang.

Salmah : ala…kisar wang janganlah abang runsingkan, mah ada simpanan.


Abang masuk meminang mah ya. (dengan nada bersungguh-sungguh)

Samad : demi mah gunung berapi pun abang sanggup daki tau.

Salmah dan samad: (berpandangan sambil tersenyum)

Lagu retro 90’an berkumandang, dua kekasih menari dan menyanyi mengikut
rentak.

Muzik : Tanya sama hati- p.ramlee dan normadiah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++

Scene 3
Suasana di mahkamah

Tahun 2011

Samad dan anggota polis: (kandang pesalah)

Suara bergema: samad bin saod, no banduan D44583 didapati bersalah dan
dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. (bunyi ketok kayu 3 kali)

Polis: (pegang dan gari tangan samad sebelum keluar dari kandang pesalah)

Samad: (menurut dan menangis tanpa sedar)

Polis dan samad: (berjalan beriringan keluar dari mahkamah)

Suara bergema: (mengulangi semula hukuman)

Samad: (melangkah perlahan kemudian rebah)

Musik : andaiku tahu

Scene 4
Tahun 2004

Lokasi KLIA

Samad memegang 2 buah beg.

Sudin : thank la bro..sorry la susahkan kau..tetiba pulak anak sedare aku nak
barang ni urgent!! Nanti papehal aku calling-calling ko k

Samad : (tepuk bahu sudin) tadahal la..kitakan kawan..takkan aku xnk tolong kau
pulak..lagipun kebetulan aku memang kene g New York nak present pasal projek
baru tu

Sudin : huh..tak sangka aku budak hingusan ni da hebat skarang.(sambil menepuk


belakang bahu Samad )

Samad : eh…ko ni ade-ade jelah,ala..biase jelah…kalau kite berusaha,tak putus asa


dan ikhlas sure ok punye. (tergelak kuat bersama-sama kemudian saling
berpelukan)

Sudin: (melemparkan pandangan dan senyuman sinis tanpa disedari oleh samad)

Suara bergema: penggilan terakhir pesawat boeing 404 ke New York. Diminta para
penumpang berada dib alai berlepas sekarang. Terima kasih. (ulang dalam bahasa
inggeris)

Sudin: (sambil bercakap telefon) ok der, aku ade hal la, aku blah lu ek
(mengangkat tangan dan berjalan keluar)

Samad: (sambil melaung) ok!kirim salam pada mak kau!

Samad berjalan kearah mesin pemeriksaan beg, kemudian samad meletakkan


begnya bersama dengan beberapa beg penumpang lain untuk diperiksa.

Tiba-tiba bunyi amaran kecemasan berbunyi sewaktu beg samad melewati mesin
tersebut, semua kelihatan panik, kelihatan banyak mata memandang tajam
kearahnya. Kelihatan tiga orang pengawai imagration menuju kearahnya. Samad
diarahkan untuk mengikut mereka ke pejabat siasatan. Semuanya bermula disitu.
Scene 5

Di rumah salmah dan samad.

Kelihatan seorang wanita sedang termenung sendirian di atas bangku usang.


Pandangannya kosong hanya derai air mata mengalir hangat di pipinya.

Sudin : Salmah..sudahlah buat apa dikenang lagi, semuanya dah jelas sekarang.
Mahkamah pun sudah putuskan yang abang Samad kau tu bersalah.

Salmah : tak…Sudin aku tahu Abang Samad tak bersalah!!! Semua tu fitnah!!!

Sudin : sudahlah, apa yang kau boleh lakukan?? Dah dah cukup…sekarang abang
nak mah berhenti menangis then pakai baju cantik-cantik, jom ikut abang Sudin ke
Bali..kite bercuti kat sana..laut kat sana cantik tau..kite boleh tros honeymoon kat
sana..buat apa fikir pasal sampah masyarakat tu.(dengan nada lembut memujuk)

Salmah : heh Sudin kau sedar kau sedang bercakap dengan siapa?? Aku ni isteri
orang, and aku tak hamak duit kau la sudin…kau pergi dari rumah aku…keluar…
keluar…

Sudin : hahaha…kau halau aku yer? Takpe..kau tengoklah nanti…kau akan


menyesal salmah..aku akan buat sampai kau melutut kat aku salmah…(katanya
keras sambil meludah kea rah salmah).

Scene 6

Warden penjara: D44583! Ada pelawat! (bunyi pintu besi dibuka)

Disebalik dinding kaca.

Sudin: (sinis) kau masih ingat aku??

Samad: huh sudin..kenapa sudin..tergamak kau buat kawan kau macamni


sudin..kenapa sudin…kenapa?
Sudin: hahahhahahha biar padan muka kau samad! Dulu kau rampas salmah dari
aku. Ingat senang aku nak lupa apa kau dan Salmah buat kat aku dulu?? Kau
memang bodoh! Sekarang kau rasa..rasakan samad..nikmatilah sisa hidup kau…!!
Hahahhahhaha

Sudin menghempas telefon dan melangkah keluar. Samad tergamam dan tersandar.

Musik: merisik khabar -sudirman

Scene 7 (last)

Pentas gelap. Lampu suluh ke tali gantung. Polis bawa lelaki yang kepalanya
disarung kain hitam (lampu menyuluh kearah pelakon)

Suara bergema: (lafaz kalimah syahadah- lampu menyuluh dimerata tempat)

Bunyi besi dan pintu kayu terbuka dengan kuat. (pentas gelap)

(tayangan multimedia)

(pentas terang) kelihatan Sudin di tali gantung.

Tayangan multimedia(keratan surat khabar)

Kuala Lumpur: 08 June 2009 siasatan lanjut dilakukan ke atas kes Samad yang
dipercayai telah dianiaya oleh Sudin bin Seman di akta 714 kanun merbahaya
dadah yang boleh didakwa hukuman mati mandotori, berikutan bukti baru yang
ditemui setelah video rakaman yang telah direkod secara tidak sengaja oleh
seorang pelajar jurusan multimedia college MMU telah merakam perbualan
mereka di KLIA semasa kejadian, bukti itu telah dibawa ke makamah dan disahkan
original. Menurut ketua polis Negara, Dato’ Shahadan Syukri tertuduh Samad telah
dibebaskan semalam tanpa ikat jamin.

Musik: mereka yang rebah

(multimedia-memperkenalkan tenaga produksi)

-Tamat-
Watak-watak:

Samad

Salmah

Sudin

Polis

Warden 1

Warden 2

Warden 3

Penumpang 1

Penumpang 2

Pramugari 1

Pramugari 2

You might also like