You are on page 1of 4

Tutorial 2 (soalan 1)

Jelaskan konsep segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi beserta contoh
yang sesuai.

Konsep Perpaduan & Integrasi

Perpaduan

- sbg satu proses yg menyatupadukan seluruh masyarakat & negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta
& banggakan tanah air.

Integrasi

- Satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh
semua kelompok etnik dlm negara. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak
dihapuskan tetapi disuburkan.

- Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti
nasional dlm kalangan kumpulan yg terpisah dari segi kebudayaan, sosial & lokasi dlm
sesebuah unit politik.

Unsur-unsur integrasi:

1. Integrasi wilayah – mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi & sosial


antara wilayah

2. Integrasi ekonomi – mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik

3. Integrasi kebudayaan – pembentukan satu kebudayaan kebangsaan

4. Integrasi sosial – usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial (sukan,


pendidikan, perumahan, kesihatan dll)

5. Integrasi pendidikan – mewujudkan sistem pendidikan yg bercorak kebangsaan dan


sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani & sosial

6. Integrasi politik – kerjasama & pembahagian kuasa politik

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yg mudah dan integrasi ialah
satu proses yg amat kompleks.
Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dgn hubungan
terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan yg berbentuk sebati iaitu amalgamasi

Konsep Segregasi

- merupakan pemisahan & pengasingan antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik
yg lain dlm sesebuah negara. Pemisahan berlaku dlm beberapa keadaan, antaranya
dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan & kemudahan
awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.

Konsep Akomodasi

- merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta


menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan budaya
hidup masing-masing.

Formula: A + B + C = A + B + C

A, B & C merujuk kepada budaya

- Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk


menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik
untuk sementara atau untuk selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan
kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yg berasingan.

- Pd peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dlm bidang
ekonomi & pendidikan & mereka saling bergantung.

- Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas
mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan pelbagai bahasa,
pengamalan pelbagai agama & kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik).

- Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam
hubungan etnik.

- Kejayaan atau berkesannya ‘penyesuaian’ sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap
golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.

Konsep Asimilasi
- Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok / individu dari
berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti
yg sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu / kelompok ke
dalam kelompok lain.

- Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara


berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak
atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi
kebudayaan & identiti

Formula: A + B + C = A

A mewakili golongan dominan, B & C mewakili kumpulan etnik minoriti

- Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg erat antara ahli kumpulan etnik yg
berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama.

Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting:

1. Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka.

2. Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain.

3. Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik.

- Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara
golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.

- Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan


berbanding kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya besar. Minoriti yg mempunyai
kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.

- Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa,
cara hidup (kecuali agama) disatukan dgn amalan & cara hidup org Thai.

- Di Malaysia – proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba & Nyonya.
Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku dlm konteks budaya
tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Konsep Amalgamasi

- Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini,
semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan
campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa
yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.
- Formula: A + B + C = D. A,B dan C mewakili kumpulan etnik yg berlainan dan D
mewakili kumpulan baharu yg terhasil drp penyatuan A, B dan C.

- Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi
atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka
(jarang berlaku).

Konsep Akulturasi

- Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada


budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yg
berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yg berterusan
dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut.

- Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yg bakal terjadi terhadap individu


atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan
psikologikal.

- Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya yg bersifat kebendaan.

You might also like