1.0Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kamus bermaksud buku yangmengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengan keteranganmengenai makna perkataan dan lain-lain. Di Malaysia, beberapa jenis kamusiaitu Kamus Ekabahasa (
Monolingual Dictionary
), Kamus Dwibahasa (
Bilingual Dictionary
) dan Kamus Pelbagai Bahasa atau Aneka Bahasa (
Multilingual Dictionary
). Menurut Ibrahim Ahmad (1994), terdapat kepelbagaian kamus yangberjaya dicipta berdasarkan jenis Kamus Ekabahasa. Antara contoh kamus lainialah seperti Kamus Umum, Kamus Khusus, Kamus Istilah, Kamus Bergambar,Kamus Bahasa Baku dan Kamus Edisi Pelajar.Dari segi latar belakang sejarah penghasilan kamus di Tanah Melayu,menurut Asmah Haji Omar (1987) kamus Melayu yang paling awal pernahdiketahui merupaka senarai kata Melayu-Cina, yang terdiri dari 482 kata entriyang dikumpulkan antara 1403M dan 1511M. Selepas itu, terdapat pula SenaraiPigafetta yang terdiri dari 426 kata entri Melayu dengan maknanya dalambahasa Itali, dan senarai ini diolah semula oleh Alessandrino Bausani danditerbitkan dalam karangannya yang bertajuk
“Perbendaharaan Kata Itali-Melayu yang Pertama Kali oleh Antonio Pigafetta”
(Dewan Bahasa, Jilid VI, Bilangan 11dan 12, 1961.
1