Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
10___Panduan_Pelaksanaan_Bahasa Arab jQAF

10___Panduan_Pelaksanaan_Bahasa Arab jQAF

Ratings: (0)|Views: 720 |Likes:
Published by Ahmad Rajaie

More info:

Published by: Ahmad Rajaie on Feb 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/13/2012

pdf

text

original

 
Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6 
 j-
QAF
 
PANDUAN PELAKSANAANBAHASA ARAB
1. PENDAHULUAN
Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan berkenaan dengan ModelPerluasan Bahasa Arab untuk Tahun 6 di sekolah-sekolah yangmelaksanakan Program j-QAF. Panduan ini menerangkan tentang takrif,matlamat, objektif, strategi pelaksanaan, kaedah pengajaran danpembelajaran serta penilaian yang akan digunakan dalam pelaksanaanmodel ini.
2. TAKRIF
Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab bermaksud pelaksanaan matapelajaran bahasa Arab diperluaskan kepada semua murid di sekolah-sekolahyang melaksanakan Program j-QAF. Merujuk kepada Surat Pekeliling IkhtisasBil. 13/2004: Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah(KP(85)8591/Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004), “status matapelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapunmurid (Islam) hendaklah memilih Bahasa Arab Komunikasi sekiranya tidakmengambil mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa TamilKomunikasi”. Murid bukan Islam diberi pilihan sama ada ingin mengambilBahasa Arab atau tidak.
3. MATLAMAT
Pengajaran dan pembelajaran bahasa di peringkat rendah bermatlamatmenanam minat mempelajari bahasa Arab bagi menguasai kemahiranberbahasa di samping membolehkan murid berkomunikasi dengan mudah.
4. OBJEKTIF
Di akhir pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah murid dapat:4.1 mendengar bunyi huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab danmemahaminya.4.2 menyebut dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab.4.3 bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu danmemahaminya.
 
Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6 
 j-
QAF
 
4.4 membaca dengan betul dan memahami perkataan dan ayat bahasaArab.4.5 menulis dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab danmemahaminya.4.6 menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayatmudah dan memahaminya.
5. STRATEGI PELAKSANAAN
5.1 Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab dilaksanakan denganmenggunakan peruntukan masa sedia ada bahasa Arab di sekolahkebangsaan iaitu 60 minit seminggu (30 minit x 2 waktu) seperti yangdinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 2002 KP (BS)8591 Jilid XVII (8) bertarikh 1 Oktober 2002 : Penawaran MataPelajaran Bahasa Arab Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK).5.2 Peruntukan masa ini mestilah berada di dalam jadual waktu rasmipersekolahan.5.3 Model ini dilaksanakan berpandukan kepada sepuluh (10) unit / topikyang terkandung dalam Pakej Buku Teks Bahasa Arab Tahun 6 Edisi2007. Penerbitan pakej buku ini terdiri daripada Buku Teks dan BukuPanduan Guru yang dibina berdasarkan Sukatan Pelajaran BahasaArab dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 6. BukuLatihan Aktiviti hanya disediakan untuk setiap murid tahap 1 sahajamelalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).5.4 Senarai unit / topik yang dinyatakan dalam Pakej Buku Teks di atasadalah seperti berikut :a.
Unit / Topik Pertama :
ﻒﺼﻘﳌﺍ ﰲ
 
b.
Unit / Topik Kedua :
ﻲﺿﺎﻳﺮﻟﺍ ﻡﻮﻴﻟﺍ
 
c.
Unit / Topik Ketiga :
ﺔﻔﻳﺮﺷ ﻦﻬﻣ
 
d.
Unit / Topik Keempat :
ﻞﻴﻠﻟﺍ ﻕﻮﺳ ﰲ
 
e.
Unit / Topik Kelima :
ﱘﺮﻛ ﻥﺎﻀﻣﺭ
 
f.
Unit / Topik Keenam :
ﺔﺒﻴﺒﳊﺍ ﻱﺩﻼﺑ
 
g.
Unit / Topik Ketujuh :
ﲏﻃﻮﻟﺍ ﻡﻮﻴﻟﺎﺑ ﻝﺎﻔﺘﺣﻻﺍ
 
h.
Unit / Topik Kelapan :
ﻥﺎﺤﺘﻣﻻﺍ ﺏﺍﻮﺑﺃ ﻰﻠﻋ
 
 
Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6 
 j-
QAF
 
i.
Unit / Topik Kesembilan :
ﺭﺎﻄﻘﻟﺎﺑ ﺮﻔﺴﻟﺍ
 
 j.
Unit / Topik Kesepuluh :
ﺓﺪﻴﻌﺳ ﺔﻠﺣﺭ
 
5.5 Pelaksanaan setiap unit / topik mencakupi aktiviti-aktiviti yangterkandung dalam Buku Teks mengikut agihan masa seperti berikut:Bil.Aktiviti Jumlah Waktu1. Aktiviti 1 2 waktu (30 minit x 2 = 60 minit)2. Aktiviti 2 1 waktu (30 minit)3. Aktiviti 3 1 waktu (30 minit)4. Aktiviti 4 1 waktu (30 minit)5. Aktiviti 5 1 waktu (30 minit)6. Aktiviti 6 1 waktu (30 minit)7.Aktiviti Pengukuhan danPengayaan1 waktu (30 minit)
JUMLAH
8 waktu (240 minit)5.6 Guru Bahasa Arab hendaklah melaksanakan pengajaran danpembelajaran berpandukan agihan aktiviti/ hasil pembelajaran (
ﻢﻠﻌﺘﻟﺍ ﺝﺎﺘﻧ
 
)yang dicadangkan seperti di dalam jadual Penilaian Kendalian SekolahRendah (PKSR).5.7 Bagi membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,guru-guru disarankan menggunakan bahan bantu yang dibekalkan kesekolah-sekolah.
5.7.1 Buku Latih Tubi
 a. Buku Latih Tubi Bahasa Arab untuk Tahun 6 disediakanuntuk membantu guru Bahasa Arab memberipengukuhan dan pengayaan kepada murid.b. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan latihan-latihan di dalam buku tersebut sebagai instrumen untukpenilaian kepada murid.

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nor Faizah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->