Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
28Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Perbezaan Pembelajaran Kolaboratif Kooperatif

Perbezaan Pembelajaran Kolaboratif Kooperatif

Ratings: (0)|Views: 624 |Likes:
Published by suehaz2009

More info:

Published by: suehaz2009 on Feb 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/20/2013

pdf

text

original

 
Perbezaan Pembelajaran Kolaboratif &Pembelajaran Koperatif
Pendahuluan
Pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperatif sering digunakan dalam bilik kuliahmaktab perguruan dan kedua-dua jenis pembelajaran memainkan peranan yang amat pentingdalam pendidikan guru. Nanum demikian banyak guru pelatih masih kurang faham perbezaankedua-dua pembelajaran tersebut. Masalah ini menjadi lebih ketara menjelang musimmenyiapkan kerja kursus berportfolio di mana guru-guru pelatih akan meminta sesiapa sahajauntuk menyemak dan menandatangani portfolionya. Alasannya ialah untuk memenuhi syaratkolaborasi lalu mendapat markah yang lebih tinggi.Lantaran itu, tujuan rencana ini adalah untuk menjelaskan persamaan dan perbezaanpembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperasi agar amalan kedua-dua pembelajaranlebih berkesan dan diharap pelatih akan mengaplikasinya dalam bilik darjah kelak.
Skop
Perbincangan dan pengajian tentang pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperatifamat luas. Ia sering dikaitkan dengan pembelajaran aktif, konstruktivisme, pembelajarankonteksual, pembelajaran eksperiensial dan pembelajaran sosial.
Justeru itu, dalam rencana ini, skop perbincangan dihadkan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah maktab perguruan sahaja. Ini bererti kolaborasi antara pensyarah dalam pembelajaran pelbagaidisiplin, penyelidikan dan pembangungan sekolah tidak diambilkira. Selain itu, kolaborasi antara pensyarahdan pelatih dalam penyelidikan dan projek khas juga diketepikan.Satu lagi aspek yang cuma dibincangkan sepintas lalu ialah penilaian, ciri-ciri pembelajaran kumpulan serta berbagai-bagai bentuk pembelajaran elektronik. Begitu juga kolabori berpandukan WWW seperti WebQuest dan sebagainya.
Contoh Kes
Untuk melihat perbezaan antara pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperasi, adalahbaiknya jika kita meneliti satu contoh kes yang boleh menunjukkan perbezaan pelaksanaankedua-dua pembelajaran tersebut. Dayang Awang merupakan pelatih yang mengikut kursusIlmu Pendidikan di bawah bimbingan Dr. Sun Tan seorang pensyarah yang menggunakanprinsip-prinsip pembelajaran koperatif. Dayang juga mengikuti kursus penulisan di bawah Dr.Star Bun yang mengamalkan pembelajaran kolaboratif. Dalam kuliah Dr. Sun, Dayang dan ahli-ahli kumpulannya melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan yang berstruktur semasa merekamenyelesaikan masalah atau mempelajari sesuatu kemahiran; sering kalinya Dayangdiperuntukkan pranan spesifik dalam kumpulan. Dalam kuliah pembelajaran kolaboratif Dr.Star, Dayang dan ahli-ahli kumpulannya diminta untuk mengorganisasi usahasama dan
 
berunding sesama ahli kumpulan tentang peranan masing-masing untuk mengkritik danmembincangkan esei pelajar lain.Bila ahli-ahli kumpulan sedang memainkan peranan masing-masing dan menjalankan aktivitiberstruktur dalam kuliah pembelajaran koperatif, Dr. Sun beredar dari satu kumpulan kesatu kumpulan yang lain untuk memerhati interaksi dan mendengar perbualan ahli kumpulan.Sekiranya perlu, Dr. Sun akan mencampur tangan untuk membetulkan perjalanan dan hasilperbincangan. Dalam kuliah pembelajaran kolaboratif, Dr. Star tidak memantau secara aktifkegiatan kumpulan malah mengembalikan semua soalan kepada kumpulan untuk dibincangkan.Pada akhir kuliah, Dr. Sun mengadakan sesi kesimpulan untuk merumuskan perjalanan kuliahdan aktiviti kumpulan; ada kalanya kumpulan diminta menyampaikan secara lisan laporanringkas tentang hasil dapatan atau menyerahkan salinan hasil perbincangan kepada Dr. Sununtuk komen dan penilaian. Kuliah Dr. Sun biasanya diakhiri dengan sesi plenari; pelajar-pelajar sendiri membuat rumusan dan melaporkan hasil kerja perbincangan dan selepas itumenyimpan segala catatan perbincangan tentang karangan yang dikritik untuk dijadikanbahan pembelajaran dalam kuliah akan datang.Pada permulaan semester, Dayang dan rakan-rakan sekelasnya dalam kuliah Dr. Sun diberilatihan tentang kemahiran sosial dalam kumpulan kecil seperti pendengaran aktif, danmemberi maklum balas konstruktif kepada rakan sekumpulan. Dayang tidak menerima latihanformal tentang teknik-teknik tersebut dalam kuliah Dr. Star kerana ia berpendapat pelatih-pelatih telah memiliki kemahiran-kemahiran sosial yang asas untuk kerja-kerja kumpulan.Selain itu, dalam kuliah Dr. Sun, pelatih-pelatih sering melakukan tugasan ‘pemprosesan’kumpulan di mana pelatih-pelatih menilai fungsi kumpulan dan bagaimana ahli-ahli kumpulan(secara individu atau kumpulan) boleh memperbaiki paras penglibatan dan prestasi kumpulan.Dalam kuliah Dr. Star, tidak terdapatnya sesi pemprosesan kumpulan kerana ia inginkanDayang dan pelatih-pelatih lain menyelesaikan konflik kumpulan atau isu-isu penglibatan ahli-ahli kumpulannya.Dalam kuliah-kuliah hipotetikal yang baru dinyatakan, prosedur Dr. Sun dan Dr. Starmenggambarkan komitmen kepada pembelajaran aktif kumpulan kecil yang jelasnya berbezadaripada nilai dan gaya kuliah tradisi. Kedua-dua pensyarah telah menyerahkan sebahagianautoriti tradisi pengajar kepada pelatih. Keputusan yang diambil oleh kedua-kua pensyarahbergandung kepada andaian tentang peranan pengajar, sifat pelajar, dan autoritipengetahuan. Bagaimanapun, amalan kedua-dua pengajar dan andaian-andaiannya berbezakerana mereka telah mengambil kaedah berbeza tentang pembelajaran kumpulan.Berasaskan huraian kuliah Dr. Sun dan Dr. Star, maka jelasnya terdapat perbezaan di antarapembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif. Mengikut Matthews et. al, antaraperbezaan-perbezaan yang boleh dikesan ialah:Gaya, fungsi, dan darjah penglibatan pengajar;Isu hubungan autoriti dan kuasa antara pengajar dan pelajar;Setakat mana pelajar perlu dilatih untuk bekerja dalam kumpulan;Bagaimana pengetahuan dibina dan diasimilasikan;Isu-isu implementasi lain seperti pembentukan kumpulan, pembinaan tugasan, akauntabiliti
 
individu dan kumpulan, dan penilaian yang tepat.Dalam pada itu, Matthews et. al juga mengenalpasti beberapa persamaan di antarapembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif. Antaranya ialah:Pembelajaran dalam bentuk aktif adalah lebih berkesan daripada penerimaan maklumatsecara pasif;Pengajar memainkan peranan sebagai fasitator, jurulatih atau ‘bidan’ dan bukan ‘sage onthe stage’;Pengajaran dan pembelajaran adalah pengalaman yang dikongsi di antara pengajar danpelajar;Menyeimbangkan syarahan dan aktiviti kumpulan kecil adalah bahagian penting dalam bilikkuliah;Penglibatan dalam aktiviti kumpulan kecil dapat membangunkan kemahiran berfikir arastinggi dan memantapkan kebolehan individu untuk mengaplikasikan pengetahuan;Penerimaan tanggungjawab untuk pembelajaran sama ada secara individu atau kumpulandapat mengukuhkan perkembangan intelek;Penyuaraan idea-idea sendiri dalam situasi kumpulan kecil mengayakan kebolehan pelajaruntuk merefleksi akan andaian dan proses pemikirannya;Pembangunan kemahiran sosial dan kumpulan melalui pembinaan konsensus secara bertolakansur merupakan asas pendidikan liberal;Keahlian dalam komuniti akademik yang suportif dapat meningkatkan kejayaan dan ingatanpelajar; danMenghargai kepelbagaian atau diversiti bilik kuliah adalah mustahak untuk kehidupandemokrasi berbilang bangsa dan budaya.
Perbincangan
Mengikut Panitz (1996), ‘Collabortion is a philosophy of interaction and personal lifestylewhereas cooperation is a structure of interaction designed to facilitate the accomplishmentof an end product or goal’.Pembelajaran kolaboratif bukan hanya merupakan satu teknik dalam bilik darjah malahmerupakan suatu falsafah peribadi. Dalam semua situasi kolaboratif, orang berinteraksidalam kumpulan dan memerlukan penghormatan tentang kebolehan dan sumbangan ahlikumpulan. Terdapatnya perkongsian autoriti dan penerimaan tanggungjawab di antara ahlikumpulan terhadap tindakan kumpulan. Premis asas pembelajaran kolaboratif ialah pembinaankonsensus melalui koperasi ahli kumpulan. Ini bertentangan dengan persaingan di mana setiapahli cuba mengatasi orang lain. Pengamal pembelajaran kolaboratif menggunakan falsafah inidalam bilik darjah, mesyuarat jawatankuasa, kumpulan komuniti, keluarga dan secara amnyaapabila berhubung dengan orang lain.Pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai satu set proses untuk membantu interaksimanusia agar mencapai matlamat tertentu atau membangunkan produk yang spesifik. Ianyalebih terarah daripada pembelajaran kolaboratif dan biasanya diawasi dengan teliti olehpengajar. Walaupun terdapat mekanisme untuk analisis kumpulan dan renungan kendiri,

Activity (28)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
al4maals liked this
Chigu Rock liked this
norziha80 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->