You are on page 1of 22

TT 6023 Pengurusan Pendidikan

Overview Dasar & Sistem Perundangan


Pendidikan di Malaysia

Prof Madya Dr. Zulkifli B. Mohamed


Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial
Universiti Malaysia Sabah
Epistemologi Dasar/ Polisi
• Dari segi bahasa dan konteks pemakaian dalam bidang
sains sosial, dasar sama ertinya dengan asas, iaitu sesuatu
ketetapan yang menjadi pegangan dan tonggak tindakan
dan urusan.
• Perkataan Inggeris yang seerti dengan dasar ialah policy.
• Dari segi etimologinya, policy berasal dari perkataan
Yunani iaitu 'polis' yang bermakna 'city-state'.
• Dalam bahasa Latin kemudiannya menjadi ‘politia' yang
merujuk kepada negara.
• Seterusnya perkataan ‘policie' digunakan dalam Middle
English untuk merujuk kepada pengendalian urusan awam
atau pentadbiran kerajaan.
Apa itu Polisi atau Dasar Pendidikan?
• Dasar merupakan kod perlakuan yang
menyusungalurkan dan menetapkan
sesuatu amalan dalam pendidikan.
• Oleh yang demikian, penyelewengan dikira
berlaku jika sesuatu institusi atau orang
perseorangan itu tidak menepati hasrat
sesuatu dasar pendidikan kebangsaan yang
ditetapkan, sama ada dasar itu termaktub
secara perundangan ataupun formal.
Penggubalan Dasar
• Dasar-dasar pendidikan negara pada
umumnya digubal pada peringkat pusat
iaitu oleh kabinet kerajaan dan
Kementerian Pendidikan melalui sistem
jawatankuasa.
• Penggubalan dasar (policy-making) yang
berpusat adalah untuk menjamin agar
sistem pendidikan itu berjalan secara
serentak, menyeluruh dan seragam.
Proses Penggubalan Dasar
• Penggubalan dasar adalah satu proses
yang rumit dan bersandar kepada
penelitian, pemerhatian, kajian dan
hasrat serta budaya masyarakat.
• Dasar yang tergubal adalah satu bentuk
'pengetahuan' yang terhasil daripada
pelbagai kaedah perumusan yang mana
kadangkala menggunakan kaedah yang
emperikal.
Fungsi Dasar
• Dasar-dasar pendidikan berfungsi
sebagai pengantar atau media yang
spesifik bagi menjelmakan
– idealisme,
– falsafah,
– matlamat dan
– objektif pendidikan negara
Dasar Pendidikan dan Masyarakat
• Pendidikan adalah komponen penting kehidupan
dan budaya sesuatu masyarakat. 0leh itu,
falsafah hidup dan orientasi budaya kehidupan
masyarakat perlu ditampilkan dalam rupa
bentuk falsafah, "matlamat, dasar dan amalan
dalam sistem pendidikan".
• Berarti, dasar-dasar pendidikan meliputi ruang
lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam
masyarakat - iaitu sosial, politik, ekonomi, adat
resam, agama, hak, ketatasusilaan, kewarga-
negaraan, bahasa dan sebagainya.
Dasar Pendidikan Malaysia
• Dasar pendidikan utama di Malaysia
mengambil kira kepelbagaian atau
variasi budaya, etnik, dan kedudukan
geografi. Ini disebabkan oleh aspirasi
bahawa segala usaha dalam pendidikan
adalah untuk mencapai integrasi
nasional.
Dasar dan Undang-Undang
• Dasar pendidikan negara ini dinyatakan
dengan jelas atau eksplisit, sama ada
yang termaktub dalam undang-undang
ataupun dinyatakan dalam laporan-
laporan jawatankuasa yang ditubuh
oleh kerajaan.
• Penyataan dasar-dasar yang jelas
adalah untuk memastikan keberkesanan
pelaksanaan dasar-dasar berkenaan.
Rangka Perundangan Bidang
Pendidikan di Malaysia
• Matlamat untuk menwujudkan suatu sistem
pendidikan kebangsaan yang boleh memenuhi
kehendak negara dan menggalakkan perkembangan
budaya, sosial, ekonomi dan politik di Malaysia
digariskan dalam Ordinan Pelajaran 1957.
• Peruntukan Akata Pelajaran 1961 menegaskan
bahawa pelajar akan dididik mengikut hasrat ibu
bapa melalui sistem pengajran yang cekap dan
bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) merupakan
bahasa pengantar utama.
Pentadbiran Sistem Pendidikan di Malaysia
• Pengurusan dan pentadbiran sistem pendidikan di
Malaysia adalah berdasarkan sistem persekutuan.
• Tiga peringkat khusus dalam sistem pendidikan
– Persekutuan Setiap peringkat dapat turut menyumbang
– Negeri, dan Idea terhadap perancangan dasar
– Daerah pendidikan Kebangsaan.

• Dalam proses perancangan dasar pendidikan


kebangsaan, biasanya pendekatan atas ke bawah
diamalkan sesuai dengan Perkara 13, Jadual ke-9
Perlembagaan Persekutuan di mana kerajaan
Persekutuan bertanggung jawab sepenuhnya terhadap
sistem pendidikan Kebangsaan. Input dari peringkat
negeri/ daerah thd perancangan dasar pendidikan
kebangsaan adalah sangat terhad.
Intipati Dasar Pendidikan Malaysia
• Dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan
kepada berbagai aspek dan komponen dalam
sistem pendidikan - merangkumi peringkat
pendidikan formal, Jenis pendidikan, kurikulum,
pentadbiran, penyertaan dan agihan infrastruktur
dan sumber-sumber.
• Perincian dasar-dasar sedemikian rupa adalah
untuk memastikan pengukuhan prinsip-prinsip
– demokrasi,
– kesamarataan dan
– kesejagatan dalam pendidikan.
Polisi Pendidikan

• Menurut Molly Lee (2000) reformasi


pendidikan di Malaysia dalam tahun-tahun
1990an merangkumi:
– democratization
Memerlukan sistem
– decentralization, dan
perundangan
– privatization
Sistem Perundangan Pendidikan di Malaysia
• Sumber: http://www2.moe.gov.my/~jps/Menu/Akta.htm
[6 Mac 2003]
• Tujuan utama sistem perundangan pendidikan
adalah untuk menentukan tahap pendidikan
berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat
memenuhi keperluan dan cabaran pendidikan pada
alaf baru. Kementerian Pendidikan telah mengambil
inisiatif membuat beberapa perubahan berterusan
dalam pendidikan termasuk mewartakan
perundangan baru berkenaan pendidikan yang
telah dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997.
Pelbagai Akta Kementerian Pendidikan
• Perundangan-perundangan ini merangkumi
pendidikan pra sekolah sehingga institusi
pendidikan tinggi swasta dan awam. Perundangan-
perundangan tersebut adalah seperti berikut:
- Akta Pendidikan 1996
- Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
- Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996
- Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996
- Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional 1997
- Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996
AKTA PENDIDIKAN 1996 [AKTA 550]
• Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi
pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan
dengannya. Akta ini merangkumi skop pendidikan yang
lebih luas. Ianya meliputi semua kategori sekolah,
yang mengamalkan sistem pendidikan kebangsaan.
Tujuan akta ini adalah untuk menjamin kualiti di dalam
sistem pendidikan. Akta ini mengawalselia usaha ke
arah mempertingkatkan dan meninggikan kualiti
pendidikan di peringkat pra sekolah, pendidikan guru,
pendidikan khas, pendidikan swasta dan pendidikan
teknikal. Di bawah akta ini kedudukan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua juga diberi penekanan dan
pengajaran bahasa-bahasa asing yang lain juga
digalakkan. Akta ini telah dikuatkuasakan pada 31
Disember 1997.
AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI
SWASTA [AKTA 555]

• Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi


penubuhan, pendaftaran, pengurusan dan
pengawalseliaan, dan kawalan kualiti pendidikan yang
diberikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta dan
bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta
ini juga memperuntukkan bagi penubuhan dan menaik-
taraf universiti-universiti swasta, kolej universiti dan
kampus cawangan universiti luar negara. Akta ini
membolehkan liberalisasi pendidikan tinggi di negara ini
bagi permintaan yang bertambah di peringkat
pendidikan tertiary dan juga untuk pendidikan tinggi
tenaga kerja yang berkemahiran. Akta ini telah
dikuatkuasakan pada 31 Disember 1997.
AKTA LEMBAGA AKREDITASI NEGARA 1996
[AKTA 556]

• Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga


Akreditasi Negara dan untuk mengadakan
peruntukan bagi fungsi-fungsinya dan kuasa-
kuasanya serta bagi maksud-maksud yang
berkaitan dengannya. Badan yang ditubuhkan
di bawah akta ini berfungsi diantaranya untuk
merumus dasar, menetapkan, mengawasi,
mengkaji semula dan menyelia standard dan
kualiti pendidikan tinggi swasta. Akta ini telah
dikuatkuasakan pada 31 Disember 1997.
AKTA MAJLIS PENDIDIKAN TINGGI
NEGARA 1996

• Akta ini membolehkan suatu badan


kebangsaan menentukan dasar dan
menyelaraskan pembangunan pendidikan
tertiary di negara ini dalam usaha untuk
mengangani perkembangan pesat
pendidikan tinggi di negara ini.
AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI
NASIONAL 1997 [AKTA 566]

• Suatu Akta untuk menubuhkan Tabung Pendidikan


Tinggi Nasional, untuk memperbadankan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-
perkara yang berhubungan dengannya. Fungsi
Perbadanan antara lain untuk membolehkan
pewujudan suatu dana bagi tujuan mengadakan
dan memberi pinjaman pendidikan dan bantuan
kewangan dengan kaedah pinjaman kepada
pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke
institusi-institusi pendidikan tinggi awam dan
swasta di negara ini.
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI
(PINDAAN) 1996 [AKTA A946]
• Akta ini (pindaan) diantara fungsinya
mengawalselia usaha dan langkah
kearah pengkorporatan pengurusan dan
pentadbiran universiti-universiti awam.
Dengan pengkorporatan ini, universiti-
universiti mempunyai kuasa autonomi
yang lebih dalam pengurusan dan
kewangan untuk menentukan program
bagi meningkatkan kecemerlangan
pendidikan.

You might also like