You are on page 1of 44

Kiriman cerita lucu yang tidak

tersiar di Gelihati
Thursday, June 17, 2004

karnival tarik tali

Ada satu kisah seorang pemuda handsame dengan lagak sombongnya ingin
menunjukkan kekuatan.di perlis ada satu karnival tarik tali...

Pemuda itu berbadan tegap dan berkulit hitam manis tarik tali.."tarik..tarik...
ha...ha.. tarik lagi..." dan dia pun tarik dengan penuh semangat dan saya pula
melihat pemuda itu dan bersorak memberi semangat.bagi saya bukan saya
seorang saja yang menyaksikan telatah pemuda itu malangnya terlalu ramai.

Tidak di sangka -sangka waktu pemuda itu tarik tali,entah bagaimana secara
tiba-tiba seluar dia terlondeh.seluar pemuda itu terlondeh hingga paras
punggung dan menampakkan kulit gebu yang hitam manis macam iklan baby
plak....

Tapi yang hairannya apabila orang ramai telah menyaksikkan adegan iklan
baby itu dan ramai orang perempuan tersenyum-senyum malu,dia tidak peduli
dan terus bersemangat tarik tali itu.orang tegur dia tapi dia buat bodoh
aje...dia kata tarik...tarik... tarik... lagi dan sambil membetulkan seluarnya .....

Akhirnya kumpulan mereka menang......

---- sumbangan: dayang mardina bt tapah

posted by aman at 5:23 PM | 0 comments


Wednesday, June 16, 2004

Artis Dunia
1) Kumpulan yg. tinggal kat belakang jalan
Back Street Boys

2) Artis yg. memiliki rekod gaji palingkecil di dunia


50 cent

3) Kumpulan pondan yg. buat show pukul 7 (pagi @malam)


Sheila on 7

4) Kumpulan yg. boleh dimakan


Cokelat

5) Kumpulan ni berasal dari barat tapi suka rempah


Spice Girls

6) Kumpulan yg. slalu tenggelam


N'Sync (And sink)

7) Geng yg. suka makan cili


Red Hot Chilli Peppers

8) Kumpulan yg. suka kaler hitam walaupun diorang org. putih


The Darkness

9) Kumpulan yg. sering mengubah uban mereka


Urban Exchange (uban exchange)

10) Geng ni terdiri drpd mamak


Teh Tarik Crew

11) Band hip - hop yg. paling gemuk


Too Phat (too fat)

---- sumbangan: Yami


posted by aman at 6:36 PM | 0 comments
teka-teki makan

Biasanya bila dah kenyang kita akan berhenti makan. Namun ada makan yang
perlu kenyang. Kena makan baru dapat berhenti. Kalau tak makan, tak dapat
berhenti. Apakah bendanya?

Break kereta...

---- sumbangan: Mahzan (Jun 16)

posted by aman at 6:35 PM | 0 comments


Tuesday, June 15, 2004

luka dalam

al-kisah citer ni, sebuah kisah klasik dongeng. cambiasa la, orang dulu-dulu
ni,citer kalau tak der rimaumemamg tak best. ok citernya lebih kurang gini
la...

dalam sebuah kampung,huru-hara rakyat jelata disebabkan oleh seekor rimau.


rimau ini,memang tiada tolok bandingnya. garangnya tak terkata. disamping
suka mengganggu penduduk kampung, dia juga suka makan rakyat kampung
berkenaan. al maklumla, rimau ni leh bercakap.

dipendekkan cerita, maka bermesyurahlah antara penduduk kampung. nak cari


jalan camna nak apuskan rimau ni. mesyuarat tuh diadakan di umah ketua
kampung(KK). kebetulan pada masa tuh, si rimau ni ader kat bawah umah.
jadik dia pon curik-curik.

berbalik kat atas umah pulak, terdengarlah dialog sebegini. "apa cadangan
kamu said?" tanya KK. "saya cadang setiap orang, kalau nak keluar
tuh,bawaklah parang,leh tahan diri. rimau yang lepak kat bawah tadi
ponmenjawab la, "alah, parang jer,stakat parang tuh,aku telan jer". cadangan
demi cadangan dikeluarkan, pedang,pistol, senapang gajah dan sebagainya. dan
akhirnya soalan ditujukan kepada Dollah, ketua samseng kampung tuh.
"Ha,Dollah,kau apa pula?". lalu Dollah menjawab,"saya ni, tak payah nak pakai
apa-apa la tok ketua. kita laki-laki, kan masing-masing ader "batang". tu
ajelah tok".
serentak dengan itu, si rimau ni punterkejut beruklah ia kerana tak pernah
denga bnda alah tu. si rimau ni aper lagi,lari lintang pukanglah kerana takut
sangat.

dengan semangat inkuri yang tinggi, si rimau ni cari mangsa untuk mengetahui
apa sbnarnya "batang". tup tup,dia meluru masuk dalam satu rumah,dan terus
menuju ke bilik mandi. terlihat seorang perempuan sedang mandi. maka
berkata si rimau tu, "tolong bagitau aku apa itu batang, kalau tidak aku makan
kau". lalu si pompuan ni berkata "batang? baiklah. tapi aku tak boleh nak
imaginasikan bentuk dia. tapi kesannya..nah kau tengoklah sendiri..lubang ni
angkara batang la ni...dah 3 tahun, tak sembuh sembuh gak". setelah
mendengar alasan tersebut, si rimau ni berkata " ya ker..aish bahaya tu...luka
dalam..
kalau kena ari bila lak nak aku sembuh".

mulai ari tuh,si rimau telah meninggalkan kampung berkenaan.

---- sumbangan: barney (Jun 14)

posted by aman at 5:19 PM | 0 comments


Wednesday, June 09, 2004

Tandas...

Seorang pemuda mencari2 tandas .. kes tak tahan la nie.. bila terjumpa..
terpandang akan dia signboard disitu..
"Buang Air Kecil 30 sen.. Buang Air Besar 20 sen.."

"Wah mahal juga kencing di sini. Ah, tipu aje cakap buang air besar.
Penjaganya
bukan tahu pun" kata pemuda
dalam hati..

Setelah selesai, pemuda keluar dan menghampiri penjaga toilet. "Akak.. saya
buang air besar" kata pemuda sambil menghulurkan wang 20 sen.

"Ehh.. tak cukup nie" kata penjaga toilet.

"Kenapa pulak? Di situ kan tertulis kalau buang air besar bayarnya cuma 20
sen"

"Macam ni encik.. kalau encik buang air besar pasti diiringi dengan buang air
kecil..
tapi kalau buang air kecil tidak mungkin diiringi dengan buang air besar!"

"Jadi?" tanya pemuda

"Bayarannya 50 sen!" kata penjaga toilet yakin..

---- sumbangan: AkuLelaki (Jun 7)

posted by aman at 7:44 PM | 0 comments


Kisah Suami Isteri...

Pada suatu hari yang indah dan permai.... ade la sepasang suami isteri tue
hidup dah dekat 40 tahun dah, kahwin dah dekat 10 tahun tapi tak ade anak.
Kesian si suami nak anak sesangat. Maka suatu hari nak dijadikan cerita,
berkatalah si isteri, bang tak lame lagi boleh la kiter tinggal bertiga.Si suami
pun seronok macam kera kena belacan. Esoknye si isteri pun cakap kat
suami ,bang pi amik mak saya kat pudu, die nak tinggal ngan kiter sampai tua,
boley bang????

---- sumbangan: AkuLelaki (Jun 7)

posted by aman at 7:43 PM | 0 comments


Bini oh bini

Sepasang suami isteri sedang memandu kenderaan yang baru dibeli.Apabila


melalui jalan kampong, terpancul dailog berikut:

isteri : Abang memang tak sayangkan saya.

suami : Mengapa pula?!!!!!

isteri : Tengoklah. Abang pandu kereta ini cermat dan berjaga-jaga sahaja.
Jumpa becak dan lubang, abang slow dan mengelak. Tetapi dengan saya, abang
kasar-kasarkan saja. Segala lubang abang terjun dan hentam!!!!

suami : (tersenyum) kua kua kua !!!

---- sumbangan: kec- keci saja (Jun 7)

posted by aman at 7:42 PM | 0 comments


Temuramah bersama George W. Bush

Saya adalah seorang wartawan Islam yang berjaya menemuramah Presiden


Amerika, George W. Bush. Ikuti perbualan saya dengan beliau:

SAYA: Assalamualaikum.
BUSH: Apa tu. I Dont Understand! (Baca ikut lorat org putih)
SAYA: Assalamualaikum pun tak tau? Bodo la Bush ni.
BUSH: Boddo? Nama baru senjata Nuklear kita ke? Hmmm.. not bad dengan
nama itu. "IRAQ DISERANG BODDO" hmmm.. bagus.
SAYA: Wei mangkuk, apa mende la kau melalut. Ni, aku nak tanya ni. Dah
berapa banyak tentera lawan yang kau dah bunuh?
BUSH: Hey! Jangan tuduh melulu. USA tak pernah bunuh orang tau. Yang
mati selama ni, mereka yang bunuh dirri. Kita orrang hanya tenterra
pengaman sahajja.
SAYA: Kepala opah kau. Dasar penipu nak mamfus.
BUSH: Oprah? Kenapa dengan Oprah Winfrey? Dah mati ke tua ganyut tu?
SAYA: Kau tu yang tua ganyut. Ngata orang.

---- sumbangan: Luke Skywalker (Jun 4)

posted by aman at 7:41 PM | 0 comments


Kelebihan Melayu Berbanding Arab

Ini ada 2 cerita yang menunjukkan orang melayu mempunyai tutur kata ARAB
yang lebih baik dari orang arab.

Cerita 1:
Kasim bekerja di stesen minyak Petranos, Jalan Ampunk. Dia selalu melayani
pelanggan yang ingin mengisi minyak kedalam kereta. Pada suatu hari pam
minyak di stesen tersebut telah kehabisan minyak dan perlu menunggu lagi 4
jam untuk minyak diisi semula kedalam tangki besar. Kasim akan memberitahu
kepada pelanggan bahawasanya minyak telah kehabisan. Tiba-tiba datang satu
pelanggan berbangsa Arab bersama kenderaan yang ingin mengisi minyak.
Kasim yang menggelabah akibat tidak tahu bercakap arab terpikir satu ayat
arab yang biasa digunakan untuk menggambarkan sesuatu itu habis. Kasim
berkata kepada orang Arab tersebut " Encik, minyak sudah
SADAQALLAHULLA'ZIMMM".

Cerita 2:
Azlan telah pergi berUmrah ke Mekah dengan pengetahuan bahasa arab yang
sedikit. Dia faham apa yang dikatakan dalam bahasa arab tetapi dia kekok
untuk bercakap. Nak dijadikan cerita ada seorang arab dari luar Mekah tidak
tahu arah di mana hotel penginapannya. Dia terjumpa Azlan yang sedang
berjalan seorang diri. Orang Arab itu pun bertanya kepada Azalan dalam
bahasa Arab "Boleh awak beritahu jalan manakah yang perlu saya ikut untuk
sampai ke hotel ini?(setelah diterjemah ke BM)". Azlan tahu arah hotel
tersebut dan faham apa yang orang arab itu katakan tetapi dia tidak tahu
menjawab dalam bahasa Arab dengan baik. Setelah berfikir, lalu Azlan pun
menjawab " IHDINAS SHIROOTHOLMUSTAQIMM" yang bermaksud
"INILAH DIA JALAN YANG LURUS". Maka orang Arab tadi pun kagum
bukan kepalang kerana orang melayu yang tidak bercakap arab ini pun
menggunakan bahasa Al-Quran untuk berkomunikasi.

Sekian, Cerita ni Ustaz aku kasi tau aaaa

---- sumbangan: Luke Skywalker (Jun 3)

posted by aman at 7:40 PM | 1 comments


Rock

Selepas konsert, sorang penyanyi ROCK dipuji oleh ahli2 bandnya sendiri:
Gitaris: Wah, dasat la ko jerit tadi.
Bass: Memang, masa praktis, ko tak tunjuk pun kt kami.
Drummer: Tapi apsal muka ko merah?
Vokal: (Malu) Aku terkena kejutan letrik kt microphone tadi!!

---- sumbangan: Steel (Jun 2)

posted by aman at 7:39 PM | 0 comments


Kisah Rama Rama

Cerita Ada satu kampung yang mempunyai sangkar rama-rama yang besar dan
ianya digelar rumah rama-rama oleh orang kampung. Terdapat banyak rama-
rama yang menarik dan ia memang selalu menjadi kunjungan orang. Hasyim
baru pertama kali sampai ke kampung tersebut namun tak tahu dimana rumah
rama-rama itu. Dia pun tanya seorang budak dimana terletaknya rumah rama-
rama itu. " Dik,dimana rumah rama-rama?" Tanya Hasyim. "ooo..abang belok
kanan masuk kiri lepas tu jumpa la." Hasyim pun ikutlah kata2 budak itu. Lalu
dia sampai tapi terdapat 2 buah rumah. Hasyim pelik namun dia ingin juga
bertanya adakah itu rumah rama-rama tersebut. "Oooo..encik tanya ini rumah
rama-rama yer? Memangla ini rumah rama-rama. Yang ini rumah Rama Samy
dan yang itu rumah Rama Sundram."

---- sumbangan: Luke Skywalker (Jun 2)


posted by aman at 7:38 PM | 0 comments
Kisah Seekor Biawak

Semasa saya berjalan-jalan di tepi sebuah jalanraya, saya ternampak seekor


bangkai ditengah yang sangat busuk dan menjijikkan tetapi ianya
mengenakkan! Saya yang masih belum bersarapan dan makan tengahari itu
memang sangat lapar dan meleleh air liur saya melihatkan bangkai itu.
Jalanraya memang lengang, inilah peluang saya untuk menikmati bangkai
kucing yang sedap itu. Saya pun pergilah untuk menjamu selera. Bila saya
sampai dekat bangkai tersebut, puhh..bau yang enak serta disulami dengan
sayur(ulat) dan kuah(darah) yang pekat. Puhh..makan hotel saya hari ini.
Setahun sekali pun susah nak jumpa makanan 5 bintang ni. Ketika saya
menikmati makanan enak itu datang seeorang musang yang ingin nak join
makanan tersebut. Saya yang lapar tahap maharaja ni sudah tentulah saya
tak kasi. Tapi En. Musang tersebut nak jugak. Kami berebut2 tarik menarik
bangkai tersebut sehingga bertaburan sayur-sayurnya. Sehinggalah satu
ketika ada sesuatu melintasi di belakang kami. Ya! benda itu ialah En.
Muhamad Lori. Lalu kami dilanggarnya sehingga kami pun menjadi lauk yang
enak dan menyelarakan. "Hmmmm..Lauk ini lazat serta berlemak berkrim,
mampu meningkat kekuatan badan dan awet muda!" Kata seorang harimau
yang bernama Man Belang. Sememangnya daging biawak macam saya ni lazat
sebab selama ni pun saya makan bangkai.

Sekian, Terima Kasih

Kenang Daku Dalam Doamu,


BIAWAK bin MENGKARUNG PAKISTAN

---- sumbangan: Luke Skywalker (Jun 2)

posted by aman at 7:37 PM | 0 comments


KISAH SEEKOR SAYA

Ini kisah tragis yang mampu membuatkan anda menangis. Ia mengisahkan


seekor saya yang hilang diambil oleh insan yang tidak bertanggungjawab.
Ya..mereka mengambilnya dengan paksaan tanpa kerelaan saya. Sudahlah
begitu, dijualnya pulak dengan harga yang mahal. Sepatutnya saya pun perlu
mendapat bahagiannya. Tetapi mereka yang kejam. malam ini saya mesti
menggempur tempat mereka. Ya! aku mesti menghapuskan kedai Tom Yam itu
kerana mengambil ekor ku untuk membuat sup ekor. Kini aku tidak beekor
lagi. Habis apa gelaranku? Takkan nak panggil aku seekor lembu kerana aku
tiada ekor? Tapi buah aku masih elok, jadi korang semua gelarkan aku sebuah
lembu.??? Eh..aku punya kan dua buah. Haaa..Dua buah lembu yerr..jangan
silap sebut..aku ni jantan tau.

---- sumbangan: Luke Skywalker (Jun 2)

posted by aman at 7:36 PM | 0 comments


janda 2 kali

Tersebut kisah sorang janda yang dah 2 kali bersuami. bercerai dengan suami
yang pertama sebab suaminya tu yang suka memukul dan mendera. sementara
suami ke-2 pulak walau pada mulanya bahagia tapi akhirnya suami tu
menceraikan dia dan kahwin dengan pompuan lain.

jadi selepas beberapa tahun, janda ni yang masih cantik mengambil keputusan
untuk berkahwin buat kali yang ketiga. dia lantas mengiklankan diri untuk
mencari jodoh ketiganya. si janda tu meletakkan 3 syarat:

1. lelaki tu mesti berjanji tak akan memukul atau mendera


2. lelaki tu tak akan lari meninggalkan dia
3. hebat di ranjang

so, selang beberapa hari, dtg sorang mengetuk pintu dengan kuat. lalu si
janda tu pun bukak pintu. alangkah terkejutnya dia bila yang datang tu tak
berkaki dan bertangan.

"saya datang untuk cuba nasib jadi isteri awak" kata si lelaki kudung tu.

lalu si janda tu meminta si lelaki tu untuk menjelaskan kalau dia dapat


memenuhi 3 syarat seperti dalam iklan.

lalu laki tu berhujah:

"syarat yg pertama, dah tentu saya dapat penuhi disebabkan saya tidak ada
tangan untuk memukul awak"

"syarat yang kedua, mana mungkin saya akan tinggalkan awak disebabkan saya
tidak ada kaki untuk berlari"

"jadi syarat yang ketiga tu bagaimana nak buktikan' celah si janda tu.

"er, cuba awak fikir. tadi saya ketuk pintu dengan apa" ujar lelaki kudung tu
dengan bangga.

---- sumbangan: kepek (May 23)

posted by aman at 7:34 PM | 0 comments


Kaki

Cerita ini berunsurkan tak ada mengena hiudp dan mati dan
mengumpat,malahan mengejek tak sama sekali...
Ada di sebuah bandar...ada 3 orgn kekawan yg sedang berjalan2 di tepi
bandaraya...seorang bernama aman tapi hilang pengelihatan..seorang lagi
bernama Asrah...tapi mulutnya sumbing..dan seorang lagi bernama Ali..tapi
tidak memiliki pendengaran seperti orang lain..
Pada suatu hari mereka bertiga berjalan ditepi bandar dengar sebuah motor
yang dipandu oleh Aman...

Aman: Hai kamu orang nie nak gi mana nie.?


Asrah: gs maneg ajeng...lang..(perkataaan sumbiing)
Ali: Eh korang dua nie kalo ada nampak org pakai baju acam tu(baju traffic)
kamu org pandu laju sikit ye..nanti kita kena tangkap..
Aman: kenapa pulak dia nak tangkap kita.?kita tak buat salah pun
Ali : Aik, awak jan macam-macam Aman...Awak tu tak ada lesen memandu
walaupun ....

Sampai di suatu destinasi tanpa diduga .....

Asrah:eh.eh...eh.tegafit....tegafit...tegafit....!!!!
Aman: apa bendanya tu....
Asrah: tegafit..tegafit...
Ali: Teraffic ....?
Aman: cepat lari....cepat

Tak semena2mya mereka bertiga terhumban di dlam longakang...


dalam 15 minit kemudian mereka bertiga dikejar kan di hospita...

Aman: Tulah korang tak bilang betul2 kat saya..


Asrah: Tulah kofang taf denfang afu katang..

Rupanya Asrah menjerit kerana kakinya tergepit.....


tapi pendengaran Aman dan ali Teraffic...

---- sumbangan: Norliza (May 20)

posted by aman at 7:33 PM | 1 comments


ABAS DAN LAILA

Ada seorang gadis tinggal bersama kakeknya di sebuah desa di pinggit kota
Bagdad. Namanya Laila. Cantik, rajin, dan cerdas.Karena itulah ia mendapat
hadiah seekor keledai dari Bapak Walikota.Senang hati mereka .
Hari itu mereka pergi ke Pasar.Laila duduk di atas keledai dan Kakek Abas
menuntun sambil berjalan pelan - pelan.Ketika sampai di sebuah pohon besar
mereka mendengar suara :
" Dasar anak tak tahu diri ... masa kakeknya di suruh berjalan, sedang
cucunya enak - enak duduk di atas ..."
Mendengar suara dari pohon itu Laila turun dan menyuruh kakeknya naik
keledai, namun belum ada limaratus langkah dari situ, terdengar suara lagi
dari sebuah batu besar :
"Dasar anak bodoh, punya keledai kok masih berjalan kaki". Lalu mereka
memutuskan untuk naik keledai itu berdua dengan kakeknya.
Namun sesampai di pintu pasar mereka mendengar suara lagi :
"Dasar manusia kejam ! tak punya perikehewanan ! masa keledai satu dinaiki
dua orang ...!"
Ketika pulang dari pasar mereka memutuskan untuk membawa keledai itu
dengan tandu sampai ke rumah.
Lagi - lagi ada lagi suara :
"Dasar manusia tak punya pendirian ... hanya mendengar suara begitu saja
sudah kebingungan ! ...."
Laila dan Kakek Abas pingsan kecapekan.

---- sumbangan: Purnama Basuki (May 20)

posted by aman at 7:32 PM | 0 comments


batai (pakai tai)

Loghat yang di gunakan loghat yang agak keutaraan tetapi berlaku di selatan
Selangor di sebuah kolej...

Adalah satu hari tu, kolej tersebut mengadakan satu sesi ceramah di mana
seorang pegawai bahagian..... keusahawanan kot?? dijemput untuk memeberi
ceramah tapi criter ni tak berkaitan dengan penceramah tersebut.

Semua pelajar di wajib turun ke dewan kerana dewan tersebut berada di atas
bukit bagi lelaki. Perempuan pula di wajibkan berangkat ke dewan kerana
asrama perempuan di atas bukit dan ini adalah 'view' yang paling cantik untuk
student lelaki. tak kisah la, itu bukan tujuan sebenar criter ini.

Tidak lama kendian, dewan telah dipenuhi dengan gadis2 kolej tersebut...
student lelaki masih lagi belum turun ke dewan. Akibatnyer, lecturer naik ke
asrama diiringi warden untuk menghalau jejaka-jejaka 'liat' itu. Tapi ini
masih lagi bukan tujuan criter ini di ceritakan.

Kelompok pertama student lelaki telah pergi ke dewan di iringi kelompok


kedua. Kedua-dua kelompok itu semuanya memakai tali leher atau dalam b.
inggeris 'TIE' dan setelah masuk ke dewan' kelompok ketiga muncul tapi
tidak memakai tie.. lecturer pun mengarahkan mereka pulang ke asrama untuk
memakai tie. dengan muka masam kelat + cuka, pulanglah pelajar2 tersebut ke
asrama.

ketika melangkah turun anak tangga, tiba-tiba tanya salah seorang rakan dari
asrama. " woit!! apasal patah balik??". menjawab lah dengan marahnya sambil
menunjuk ke arah baju, "PAKAI TIE". tapi dasar pekak-pekak sebentar. org
di atas asramA terpekik seronok sambil beritahu rakan-rakan lain yang masih
berada di asrama, "WOI... BATAI..!!".

Apa lagi, riuh la asrama lelaki akibat berselisih faham pendengaran

---- sumbangan: yuit's (May 10)

posted by aman at 7:31 PM | 0 comments


Siapa kuat

Suatu hari ni seoarang pemuda telah memasuki kat sebuah pub. Seperti biasa
Pemuda ini menghabiskan masanya dengan berkaraoke ngan kengkawannya.
Pemuda ini mempunyai badan yang sangat gagah dan kuat. Nak dijadikan
cerita, pemuda ini begitu marah dengan sorang mamat yang suaranya
sangatlah tidak menusuk jiwa

Pemuda : Weiii Biar aku yang nanyi suara awak macam ayam mati lahhh ,....

Pemuda ni trus merampas mike kat tangan mamat tu ,.. Memandangkan


pemuda ni sudah mabuk jadi pemuda ni cakap jak sesuka hatinya kat
pentas ,...

Pemuda : Heiiii siapa yang lebih kuat dan lebih gagah dari aku silakan berdiri
dan tampilkan diri kehadapan. Ahhh siapa ??? Siapa ???

Kata pemuda tersebut dengan egonya


Pemuda : Huh lihatlah aku yang gagah dan kuat ini ,... hahhahahahah jadi kalau
ada sesapa yang perasan dirinya gagah dan kuat dari aku ,.. sila tampil kan diri
,.. cepat ~!!!!

Tiba-tiba berdirilah seorang lelaki yang sangat perkasa macam the hulk
fuiyooooooo ,.... apa lagi kecut jugalah perut pemuda tu ,...

Pemuda : Hehehe sebenarnya aku nak bagitau yang awak


( ditujukan pada pemuda yang macam hulk tu ) nombor satu ,.. saya nombor
dua ,... ( sambil ketawa sinis,...)

Nak cover lah konon tu ekekekekek

---- sumbangan: Wolf^Gurl (May 10)

posted by aman at 7:30 PM | 0 comments


Percuma

Ada seorang pemuda ni asyik nak makan percuma jak~!!! Suatu hari pemuda ni
makan kat satu warung. Siap jak makan kat warung tu dia pun trus angkat
kaki meninggalkan warung tu. Tauke ( seorang makcik yang telah berumur ) tu
pun sempat menegur pemuda tersebut.

Makcik : Hei anak muda ~!!! Awak belum bayar lagi yah,...
Pemuda : Aik ,.. makcik kenal tak dengan siapa makcik
sedang bercakap sekarang ini ni ??
Makcik : Tidak ( sambil mengelengkan kepala )
Pemuda : Hah makcik! Nampak tak ni tatu kat tangan aku ni
nampak tak ?? ( sambil menunjukkan pergelangan
tangannya )
Makcik : Er,..tu ular ( dengan tergagap²)
Pemuda : Erm tahu pun ,.. yang ni makcik tahu ? Tatu apa
kah ini ( sambil menunjukkan dadanya )
Makcik : Er,.. burung helang
Pemuda : Bagus! Bijak makcik ni! Jadi sekarang Makcik kenal
siapa saya ??
Makcik : Tidak
Pemuda : Hahahahahha ini lah dia king Kong paham ~!!!!
( Dengan suara agak tinggi )

Pemuda itu tersenyum puas bila melihat makcik itu menjadi tidak keruan. Lalu
pemuda itu beredar dari tempat tersebut. Begitulah sikap pemuda tersebut
bila sahaja pergi kat mana² warung. Pemuda ni kira licik juga sebab selalu
memilih warung dimana taukehnya sudah lanjut usia memandangkan senang
baginya untuk membuli orang yang lebih tua dari dia. Hendak dijadikan cerita
seperti biasa dan juga tebiat biasa dia sekali lagi berjaya makan free pada
hari itu tapi kejadian tersebut telah diperhatikan oleh seorang anggota polis
yang sedang membuat rondaan dan menyaksikan kejadian yang baru berlaku
antara taukeh kedai makan ngan pemuda tersebut. Belum sempat pemuda itu
beredar dari warung berkenaan polis ni pun menjerit kat pemuda tu

Polis : Hoi belum bayar hah ,... dah makan tu bayarlah mana
ada lepas makan jalan terus ...

Pemuda itu begitu terkejut dan terasa teramatlah geram. Pemuda tu pun trus
memalingkan wajahnya kearah suara yang menjerit kat dia tadi apa lagi pucat
lesih dia bila yang menjerit kat dia tu rupa²nya polis.

Polis : Heii ko kata apa tadi kat makcik tu. Ni apa ni ,..
tatu apa ni cuba ko beritahu kat saya tatu apa
yang kat pergelangan tangan awak tu ??
Pemuda : Er,... tidak Tuan errr Tuan errr ini ,.. ini tatu
cacing Tuan
Polis : Ohhh ni cacing lah yer ,.. jadi kat dada awak tu
apa ?? Apa ko beritahu kat makcik tadi tu ?? Tatu
apa ??
Pemuda : Err,... ini..ini Burung pipit Tuan.
Polis : Ohhh Burung Pipit lah yerrrr ( tersenyum ). Jadi
awak ni siapa ?? Bagitau kat aku ??
Pemuda : Errr saya ni Monyet Tuan .
Polis : Hurm,... bagus jadi apa lagi bayar lah ~!!!!!
Tamat !!

---- sumbangan: Wolf^Gurl (May 10)

posted by aman at 7:28 PM | 0 comments


Cucu & Atok

" mangsanya!
Singa : Ya, dan singa yang baik juga akan berdoa sebelum makan.

---- sumbangan: JgN^KaCaU! (May 2)

posted by aman at 7:25 PM | 0 comments


syurga

aiman seorang murid tahun satu


dalam mempelajari satu bab dalam subjek agama islam,ustazahnya telah
mengatakan bahawa syurga berada dibawah tapak kaki ibu.oleh kerana bodoh
sombong walaupun tak paham apa yang ustazahnya maksudkan,dia buat-buat
paham je..
abis je sekolah,dia pun balik ke rumah.dia pun tunggu le masa yang sesuai
untuk menanya maknya tentang hal tadi untuk lebih lagi..
2 jam berlalu,akhirnya maknya pun duduk relaks atas kerusi sambil baca
majalah coz penat buat kerja rumah..
dengan dada yang berdebar,aiman pun tanya maknya,maka bermula la
dialognya seperti ini..
aiman:mak,tadi ustazah kat sekolah kata syurga kat bawah tapak kaki
ibu,betul ke?
mak:iye ke?mak pun tak berapa tau.apa kata aiman tengok je kat bawah tapak
kaki mak ni
mak aiman pun angkat la kakinya.oleh kerana maknya hanya pakai kain batik
yang tanpan spender,terangkat la kain batik tu hingga ternampakkan
kemaluannya
aiman:takde nampak syurga pun.eh mak,apa yang berambut kat celah
kangkang mak tu?
oleh kerana anaknya dah ternampak kemaluannya,maknya pun nak cover line
nak control malu,dan dengan selambenye maknya cakap
mak:oh,kalau aiman nak tau,itulah 'syurga" bapak aiman..

begitulah kisahnya..

---- sumbangan: shah (Apr 29)

posted by aman at 7:23 PM | 0 comments


malu mak aku...

Dalam satu hutan terdapat tiga ekor adik beradik babi


yang hidup dengan emaknya yang juga seekor janda babi yang
telah kematian 3 ekor suami yang juga seekor babi..(Setiap
suami sekor anak babi)..

Pada suatu musim makanan telah abis dalam hutan tu.. So mak babi nie pun
berkata:

Mak Babi: Anak2 ku sekalian.. Adenya makanan di hutan ini dah abis.. So kiter
kena cari port baru untuk meneruskan kehidupan kita nie..

Anak Sulong Babi: Tak yah a mak.. Dok sini jer.. Tak yah jalan jauh2.. wat
penat dan 'MALU' je..

Mak Babi: Ah, takde2.. kuasa veto.. pindah...

Maka mereka pun mulakan pengembaraan untuk mencari port baru.. Macam
biasa la kalau babi berjalan.. Yang paling tua jalan depan diikuti yang nombor
dua tua dibelakangnya sehingga la paling muda dibelakang sekali.. Kira macam
berbaris la.. Disiplin gak babi nie..

Setelah hampir tiba di port baru diorang, mereka terjumpa sekawan kobau...
Tetiba kerbau tu bertanyakan sesuatu kepada salah sekor anak babi:

Kerbau: Hei anak babi!! Apsal korang semua jalan tunduk jer..

Anak Babi: Kami 'MALU' mak kami babi...

HAHHAHAHAHAHHAHA

---- sumbangan: akuna (Apr 23)HA

posted by aman at 7:20 PM | 0 comments


Tangan,Kaki,Kepala

Satu pertandingan berenang telah diadakan. Dalam pertandingan tersebut


hanya 3 peserta yang mengikuti pertandiangan tersebut. Peserta pertama ( si
tangan )mempunyai kepala dan tangan namun tiada kaki. Peserta kedua (si
kaki) mempunyai kepala dan kaki namun tiada tangan dan peserta terakhir ( si
kepala )hanya kepala sahaja.

Pada pusingan yang pertama si Kepala mendahului si Tangan dan juga si Kaki.
Si Tangan berada di belakang si Kepala dan si Kaki berada di belakang si
Tangan. Si Kepala berkata kepada si Tangan. "Tangan si kaki dimana ??". Then
si Tangan menyahut "dibelakang akulah~!!!". Tidak lama kemudian pada
pusingan kedua juga penentu siapa pemenangnya si Kepala tiba² berhenti. Si
Tangan telah mendahului si Kepala begitu juga dengan si Kaki.

Akhirnya si Tangan berjaya merebut gelaran sebagai perenang nombor satu


~!!! Si Kepala pulak terpaksa di bantu oleh penyelamat sukarelawan. Si Kepala
sempat berkata kepada penyelamat sukarelawan " chissss~!!!! Kalau tidak aku
yang menang tadi tu ,...apa tidak kalau telinga aku tak kremmmmmm ( lenguh )
tadi memang saya nombor satu~!!!

---- sumbangan: Wolfgurl (Apr 19)

posted by aman at 7:19 PM | 0 comments


Sengau

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu
bas "Vang, vas nih fegi hamfang ke?"(Bang, bas ni pergi Ampang ke?").
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu
pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada
pemandu bas itu . "Kenapa awak diam tadi? Kesian dia."
Pemandu itu pun menjawab "Masham mana haya nak hawab, haya hun hengau
hugak, hanti hia hata haya hehek hia hulak!!!" (Macam mana saya nak jawab,
saya pun sengau jugak, nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)

---- sumbangan: NiE^OrAnGlAh! (Apr 16)

posted by aman at 7:18 PM | 0 comments


Kamar 27

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan bertanyakan kepada
petugas di resepsi adakah kamar no. 27 ada pesakitnya.
Petugas tersebut lalu memeriksa kamar tersebut dan segera kembali ke
telefon, memberitahu lelaki tersebut bahawa kamar no. 27 itu memang
kosong.
"Bagus sekali!" kata si lelaki. "Itu bererti aku sudah betul-betul berjaya
melarikan diri!

---- sumbangan: NiE^oRaNgLaH! (Apr 16)

posted by aman at 7:17 PM | 0 comments


Demi cinta

Sepasang kekasih sedang bercakap di telefon dengan mesra. Si pemuda


melontarkan ayat-ayat power.
Dollah : "Sayangku, engkau tidak usah meragukan cintaku kepadamu. Apa pun
yang terjadi aku tetap mencintaimu. Tak ada yang bisa menghalanginya."
Tipah : "Ah, abang tipuuu...."
Dollah : "Sumpah sayang! Lautan dalam pun akan kuselami demi cintaku
kepadamu"
Tipah : "Hhmmm..."
Dollah : "Lebarnya lautan akan kuseberangi demi cintaku kepadamu.."
Tipah : "Hhhmmmm..."
Dollah : "Lautan api akan ku renang demi cintaku padamu"
Tipah : "Terima kasih, kekasihku. Sekarang, marilah kesini.. saya rindu nak
bertemu..."
Dollah : "Hmm, sayangku. Maaf, kalau sekarang tidak boleh, sekarangkan
sedang hujan. Sedangkan kereta abang baru saja dibasuh tadi...!"

---- sumbangan: NiE^OrAnGlAh! (Apr 16)

posted by aman at 7:16 PM | 0 comments


Siapa Diluar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit


berat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar
ketukan keras di pintu luar.
"Siapa di luar?,"teriak orang tua itu dengan ketakutan.
"Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"

----- sumbangan: NiE^ORaNgLaH! (Apr 16)

posted by aman at 7:15 PM | 0 comments


Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan
malam bersama.
Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"
Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!"
----- sumbangan: NiE^OrANglaH! (Apr 16)

posted by aman at 7:12 PM | 0 comments


telefon

Dua orang sahabat sedang bersembang sambil menjadi penunggu tetap ditepi
jalan.Salah seorang daripada mereka bernama Ali bertanya kepada kawan nya
no.telefon si Amat.
Ali : Abu kau tau tak no.telefon si Amat
Abu : Apalah bangang sangat kau ni.Kau telefon lah dia tanya no telefon
nya.Pas tu kau telefon lah dia.
Ali : Susah bercakap dengan orang yang tak cukup sekolah.

----- sumbangan: zainal (Apr 15)

posted by aman at 7:11 PM | 0 comments


lupa jalan pulang

Jenny memepunyai masalah berat badan,lalu menemui doktor untuk


mendapatkan rawatan dan nasihat.Daripada pertemauan singkat itu dia
dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan .
Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan.Jenny
mengikut nasihatyang diberikan.Selepas 30 hari mengamalkan berat badannya
turun sebanyak 10 kg.Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan.
"Tapi sayer ader masalah besar nih....'katanyer
"Apa masalah awak?"dOKTOR BERTANYER.....
"Macam mana saya nak balik doktor ,skang nie,....saya berada 480km dari
umah........

------- sumbangan: honey (Apr 14)

posted by aman at 7:10 PM | 0 comments


Tong Merah

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.


Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah. "Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok" jawap
atoknya. Cucunya bertanya lagi "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam
tong merah tu?"

----- sumbangan: Nie^OrAnGlAh! (Apr 11)

posted by aman at 7:09 PM | 0 comments


Berrmain Muzik

Pesakit: "Doktor, berapa lama tulang saya yang retak ini akan sembuh ?"
Doktor: "Paling cepat enam minggu lagi "
Pesakit: "Bila saya telah sembuh, adakah saya akan mampu bermain muzik ? "
Doktor: "Oh .... tentu saja ! "
Pesakit: "Hebat! Padahal sebelum ini saya belum pernah bermain muzik. "

------ sumbangan: NiE^oRaNgLaH! (Apr 11)

posted by aman at 7:08 PM | 0 comments


Dipecat

Majikan : Kamu di pecat!


Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat..

------ sumbangan: Nie^OrAnGLaH! (Apr 10)

posted by aman at 7:07 PM | 0 comments


Mr Brown
Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

------ sumbangan : NiE^oRaNgLaH! (Apr 10)

posted by aman at 7:06 PM | 0 comments


Ayaq Dalam Besi, Api Dalam Kaca

Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya.
Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah satu
keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin
Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui utk masa
depan yang lebih vogue dan anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada
dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya didalam pelajaran.
Dengan kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi
masalah dia tempat keja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik
Kiah sorang sorang. yalah takut gak nanti org tackel mak dia..sapa susah ? dia
gak nanti yg susah tak pasai pasai dapat bapak tiri...

"Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu ?" kata Awang.


"Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi.
"La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak.
Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah, utk
masa depan hang gak," balas maknya.
"Lagipun bukan senang o nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu
kampung mana dapat, hang ni kira campian oo" kata maknya bangga.
" T. Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan
bawak mak pi sana" kata Awang janji kat mak dia.

Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana


gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia. Berbeza dengan
keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat
kat kuartes dia duduk tu.
"Wah selesanya" kata Awang. "Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit
kesofisikated tempat ni" bisik Awang.

Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik


bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia
dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni).
Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak.
"Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan
ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang
mengklentong mak dia.
"Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca ? Awang oi hang bawak la mak pi
tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata
mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh.

Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik
Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam
perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai
temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah
tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada
kusyen dll. Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang
canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudla..
Cik Kiah dengan semua benda-benda tu.
"Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org kampung" bisiknya.
"Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca,
mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. "
"Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu
kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah.
"Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah dengan nada yang
takut-takut tapi terpesona.
"Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca,
la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam" kata Awang
meyakinkan mak dia. Oh kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam kaca sudah
terjawab.
"Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kata
Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah
dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti.
"Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik
Kiah tak sabaq sabaq.
"Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam
toilet rumah dia.
"Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat
telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak
klentong jiran jiran kampung dia nanti.
"Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat,
sat ni cek balik la", kata Awang.
"Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah.

Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja
dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja.
"Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang.
"Dah" jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat
rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau
?" tanya Cik Kiah lagi.
"Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat kampung kita ada la"
tanya Awang.
"Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu
taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil
menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang.

La Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan


mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala
paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa.

Demikian adanya.

------ sumbangan: aina (Apr 9)

posted by aman at 7:05 PM | 0 comments


Dialog
Seorang guru bertanya kepada anak muridnye.

Guru:Jika ayah kamu mendapat RM80 seminggu dan memberi emak kamu
separuh,berapakah yang ayah kamu dapat?

Murid:PERANG!!

-----------------------------------------------------------

Cikgu:''Cikgu minta kamu ceritakan tentang mak masing2''

Murid A : Emak saye seorang yang penyanyang tapi kuat berleter.

Murid B:(dgn bersungguh-sungguh) Emak saye pulak sungguh cantik tapi


sampai sekarang belom berkahwin.
(^-^)
----------------------------------------------------------

Cikgu: Baiklah murid-murid...hari ini kita akan belajar ABC


Murid C: Saye tak suka ABC la cikgu, cincau ada tak?

------- sumbangan: NiE^OrAnGlAh! (Apr 7)

posted by aman at 7:00 PM | 0 comments


tingkap

Pade suatu ari, tinggal lah seorang ibu nie ngan anaknye,Dol, di sebuah
kampung melayu....
Nak dijadikan cerita....
Si mak nie mengarah anaknyer DOL agar BUKAK tingkap supaya dapat
menyedut udara yang nyaman pade pagi ari....
Tiba-tiba....

Ibu:Astaga...apasal kau CABUT tingkap nie dol?


Dol:Laa...kan mak suroh Dol BUKAK tingkap tadi
Ibu: ??!!

------- sumbangan: Nie^Oranglah! (Apr 7)

posted by aman at 6:59 PM | 0 comments


Salah sangka!!!!

citer nie berlaku di sekolah berasrama....


Ada seorang budak junior nie selalu sangat tak gie semayang kat musolla..
pada hujung minggu , senior2 akan cari lah sape2 yang tak gie semayang lagi...
cari punye cari ,jumpa seorang junior nyorok kat bawah katil...
bile soal naper x gie semayang berjemaah kat surau??
dier jawab "x der paksaan dalam Islam!!!
wakakaka!!!!

------ sumbangan: Vezefq (Mar 30)

posted by aman at 6:57 PM | 0 comments


bintang

ade abang dan adik ni pegi berkhemah.di sane, sedang mereka tido...adik ni
pon terjage dari tidurnye.lalu die mengejutkan abangnye.die berkate:

adik:abang.tengok tu.banyaknye bintang,ape maknenye yek?

abang:maknenye.....khemah kite dah kene curik.

------ sumbangan: aur0ra (Mar 26)

posted by aman at 6:56 PM | 0 comments


Satu Minit Tiga Kali Malu
Alkisah ada seorang budak bandar (city boy) yang bernama Joni. Dia yang
dibesarkan dalam kehidupan moden telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan
seorang perempuan kampung.

Seperti biasa, pengantin lelaki mesti tinggal kat rumah isteri lepas akad nikah
sementara menunggu majlis persandingannya. Jadi duduklah Joni dengan
isterinya... malam pertama.. Si isterinya pun mengajak Joni makan malam
bersama keluarganya.. kebetulan ramai pulak sedara mara isterinya di rumah
pada masa tu.. ye laa nak sambut menantu.. ramailah sedara mara.

Si Joni yang memang seumur hidup tak penah pakai kain pelikat kat rumah
telah diberikan sehelai kain pelikat untuk dipakai malam tuh.. maka dipintal-
pintal secukup rasa ajelah kain pelikat yang dipakainya tuh..

Adat makan dikampung bersila.. Joni ni pulak tak biasa bersila.. city boy..
makan di meja.. Oleh kerana keluarga semua sedang menunggu..terpaksalah
Joni ni memaksakan kakinya duduk bersila...

Sedang terkial-kial dan tertonggek-tongggek nak bersila tu.. tah macamna


terKENTUT pulak Joni depan keluarga isterinya... Satu keluarga yang sedang
bersila tergamam..

Joni yang nak 'cover' malu terus menekup mulutnya sambil ketawa kecil..
"EHEK.." dengan serentak.. keluarlah HINGUS Joni meleleh di hidung...

Punyalah nak 'cover' hingus dia tuh... diangkat pulak kain pelikatnya nak lap
hidungnya... !! Maka terjulurlah Awang Liku si Joni yang sedang tidur sambil
direnung oleh sanak saudara isterinya yang sedang terkejut... Maka tamatlah
cerita Si Joni "SATU MINIT.. 3 KALI MALU.."

------- sumbangan : Apit (Mar 24)

posted by aman at 6:55 PM | 0 comments


Jom bunuh syaitan!
Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin isteri akibat
penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu
menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman
hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula
memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di
Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si
duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju
untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang
kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda
berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru
yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis


mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan
pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia


menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.
" abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/
bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat
yang betul maka pasangan
tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau
beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam
Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg"
sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita


bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula
malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si
suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

------ sumbangan: Liza (Mar 18)

posted by aman at 6:53 PM | 0 comments


Tuesday, June 08, 2004

mimpi ngeri

Ceritani adelah kisah benar berkenaan sorang budak tu kat skolah aku...budak
ni nak masuk kumpulan UNiQ(kumpulan yang paling feymes skali kat form
2)..mrk pon kemukekan beberape syarat kpd budak tu..antare syarat2nye
ielah:pertame..die kene baring atas meje budak pompuan kat sekolah
tu..syarat kedue ielah..die kene tumbuk doktor gigi sampai koma..ketige die
kene berbogel di khayalak ramai..keempat die kene cabut gigi buaye..yang last
skali die kene jadi tokey pelacur...so budak tu pon trime la syarat tu..bermule
dgn syarat first skali..waktu tu dah abes skolah,so die pon pegila bareng atas
meje bebudak pompuan tu..syarat die ielah suruh bareng saje..tapi sebab
sedap sgt bareng atas meje tu..budak tu tertido plak..dahla tertido sampai
pagi..pastu pagi esoknye die tros kene rotan ngan cikgu dpan sume org waktu
perhimpunan berbirat lapan punggung die..tapi die perlu menerime
hakikat,bermulelah syarat kedue yaitutumbuk doktor gigi..so satu ari tu die
pon pegila berjumpe ngan sorang doktor gigi tu..waktu doktor tu nak suntik
ubat bius,die pon menjerit kekuat,doktor pon heran apsal die
menjerit..padehal die tak cocok lagi ubat bius..pastu doktor tu pon kene
tumbuk secare kasar..tapi doktor tu tak koma pastu die pon(doktor tu)jerit
kekuat"GUARD!!!!!,tangkap budak tuh...!!!!"..budak tu berjaye lari kat luar
klinik je tapi akhernye ditangkap juge..beliau dihadapkan ke mahkamah besar
KL dan dijatuhkan hukuman penjare lapan tahun lapan bulan lapan hari lapan
jam lapan minit lapan saat...tapi sebab beliau maseh budak kecik raibina
lagu..mahkamah hanye menjatuhkan hukuman penjare lapan bulan dan sebat
1000x...
genaplah lapan bulan beliau dipenjare...waktu keluar penjare takde sorang pon
termasuk awek die tak menyambutnye..tapi beliau tidak kisah...beliau
meneruskan cabarannye...tibelah syarat ketige yaitu berbogel di khayalak
ramai..die pon pegi la kat satu shopping complex ni..die pegi kat tetengah air
pancut pastu berdiri cam patung..org sume menganggapnye sebagai org gile..
beliau tlh memalukan keluargenye skali lagi..tapi beliau tak kisah krn itu lah
syaratnye..bermulelah syarat keempat...yaitu cabut gigi buaye..so die pon
amek la tiket kapalterbang(bukan amek,tapi curi)pegi ke australia sedangkan
kat malaysia banyak lagi buaye untuk di cabut gigi..so waktu kat australia..
he kill steve yang kat dlm cite crocodile hunter tu sebab takut steve akan
menjadi penghalang buatnye...die pon menyamarla jadi ikan dlm air..waktu
buaye tu dtg kat die,die pon tanyela kat buaye tu..

beliau: wei buaye bodo aku nak cabut gigi ko bleh tak?
buaye: bleh..tapi langkah mayat aku dulu

make bermulela adegan silat menyilat...sebab nak pendekkan cite,beliau pon


menang..dan terus mencabut gigi buaye tu..lepas cabut je tetibe je buaye tu
bersuare..

buaye: woi kau tak langkah mayat aku lagi..


beliau: dahla..aku dah bunuh kau dah..
buaye: tapi ko tak langkah lagi
beliau: baeklah aku langkah skarang..swuusshh(sound effect)
buaye: make lepas langkahan terakhir tu,make matilah aku skarang
beliau: babai..bile mati nanti jgn lupekan aku ye..

so,lepas je buat bende tu..die pon teruskanla dgn syarat yg terakhir..


jadi tokey pelacur...
die pon start la kumpul pelacur kat australia tuh...pastu die pon bawakla sume
pelacur tu balek ke malaysia..waktu tgh seghonok sgt ngan kejenye tu,die dah
lupe yang die skang dah bleh jadi ahli UNiQ dah..
tapi takpela asalkan beliau bahagie..stelah 2 bulan,die pon teringatla balek
syarat2 tuh..so dgn hanye memakai tawel dan berbekalkan doa dan
tawakkal(fulamak!) die pon menuju ke headquarters UNiQ di Kuala
Lumput...die segere berjumpe ngan ketue UNiQ yaitu farhan...

make berkatelah mrk:

farhan: ye sape ko?


beliau: aku budak yg dulula nak masuk UNiQ..tu..ala waktu kat skolah tu
farhan: oohhhh,budak bodo tu..
beliau: ye saye la tu
farhan: ape hajat kemari?
beliau: ni ha surat kemasukan ahli UNiQ
farhan:woi..surat ni dah tamat tarekh luputla..
beliau: what???!!!!

make beliau pon menangisla hingge ke akhir hayatnye..

itu je..wassalam

---- sumbangan: ahmatt_zackey (Mar 5)

posted by aman at 5:37 PM | 0 comments


cerite tok imam

adela kat satu surau ni..tok imamnye dah 'allahuakbar' bape kali dah...
so sorang makmum ni pon tegurla imam ni..

makmun: wei tok imam,ko ni bape kali nak allahuakbar ha? masuk ni dah 18 kali
dah ko angkat takbir..meh sini aku tunjuk kat ko...

so,si makmum angkat la takbir...'allahuakbar'...


pastu die kate

makmum:tengok! kan senang tu?

---- sumbangan: zaki from al-amin (Mar 5)

posted by aman at 5:35 PM | 0 comments


anak kerbau

Seorang guru bahasa inggeris sedang menyoal Abu.

Guru: If the young of a pig called piglet, what is the


young of a bull called?

Abu: A bullet

---- sumbangan : m4y4t (Mar 4)

posted by aman at 5:34 PM | 0 comments


telor masin

hai semua
citer ni ada la berlaku kat member aku sekitar 4 tahun yg lepas..
once upon a time........

satu hari tu aku dengan member aku gi la mandi manda kat satu pantai tu.kita
orang ni masing masing bawak awek..
so,selepas sejam perjalanan dari rumah sampai la juga ke lokasi yang paling
strategik untuk pakwe makwe mandi manda,bukan merendek tau..
so,sebelum sessi mandi manda,kita orang pun jamah la makanan ringan yang di
bawa bersama..
bila matahari pun dah tegak atas kepala,kita orang pun tukar la pakaian yang
sesuai nutuk mandi manda.adapun kita orang ni takde la pakai spender sahaja
atau bikini sahaja,masing masing pakai pakaian yang sopan mengalahkan cipan
untuk mandi..
so,apalagi masing masing pun mandi dengan lahapnya macam dah seabad tak
mandi.mandi je,takde pun buat bende lain..
lebih kurang 10 minit berendam dan buat aksi maut lipat terjun,member aku
ni pun naik.aku tanyalah naper dia naik cepat sangat,dia kata nak keringkan
badan.selang 5 minit lepas tu,member aku ni pun masuk balik ke dalam air.
10 minit lepas tu dia naik balik.aku tanya lagi,jawapan yang sama aku dapat-
nak keringkan badan..
so lepas setiap 10 minit mandi dia akan naik ke darat lebih kurang 5 minit
untuk keringkan badan,perkara niberlaku sampai aku pun dah naik muak
tengok..
baru je aku nak tanya apa motif sebenarnya dia buat macam tu tetiba je awek
dia tanya,mungkin dia pun dah naik menyampah tengok pakwe dia buat macam
tu.
so dia pun tanyalah..
aweknye:abang,abang ni kenapa?lima enam belas kali masuk keluar dari pantai
ni?konpius juga ayang tengok.abang ada alergik ke duduk dalam air laut
lelama?
pakwenye:bukannye ape,alergiknye takde,apa pun takde masalah duduk dalam
pantai ni lama lama.abang cuma risau,takut lama lama berendam air laut ni
abang takut telo abang ni jadi TELO MASIN...

------ sumbangan : abu bakar (Mar 4)

posted by aman at 5:33 PM | 0 comments


Doa yang di makbulkan...

Alkisah.....
Seorang lelaki melayu ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk
hutan untuk memburuberuang. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2
dia berlanggar dengan seekor beruang.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke


dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK!
Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok.

Ada lagi ..
Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia
dah tak boleh bergerak lagi. "Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah
dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia
ini
.. Ampunilah aku ya Allah .. makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang yang
memburuku Muslim yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn .."

Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki
tadi. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang tersebut pun
berdoa,

SCROLL KE BAWAH

"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar. Amin!"

Beriman betul beruang tu...nak makan lelaki tu pun baca doa dulu...ehehe

-------- sumbangan : chumey dA greAt (Mar 2)

posted by aman at 5:32 PM | 0 comments


baju...

suatu hari seorang ibu yang tua pergi kerumah anaknya yang baru berkahwin.
Dia terkejut apabila melihat anak perempuan dengan tanpa seurat benang pun
menanti suaminya pulang dari kerja. Si ibu bertanya kepada anaknya dengan
penuh hairan.

ibu : Nak nape tak cukupkah wang suami kamu untuk membeli sehelai pakaian
sehingga kamu berkeadaan demikian

anak : taklah abang suka cam ni mak. dan dia lebih sayangkan saya kalau saya
berkeadaan begini.
lalu ibunya pulang kerumahnya dan menanti suaminya pulang dengan tanpa
seurat benang di bajunya

ayah : nape maknya tak iron dulu baju tu....Lain kali sebelum pakai baju tu iron
dulu supaya ia tak berkedut.
ibu : ????????

------- sumbangan: secret person (Feb 16)

posted by aman at 5:30 PM | 0 comments


Pelajaran Komputer

Kelas Komputer sudah bermula, Cikgu mulalah menyoal murid-murid...

Cikgu : "Baiklah murid-murid, apakah ini ? Komputer ke Komputer ?"

Murid : "macam same je jawapan tuh.. Komputer jugak kan?" (dalam hati
seorang murid)

-------- sumbangan: Lantui (Feb 11)

posted by aman at 5:28 PM | 0 comments


balik kampung

di suatu pagi yang cerah. ada sepasang suami isteri ynag tinggal tidak
berjauhan dari bandar. hari raya menjelang tiba. maka berbincanglah
pasangan ini untuk beraya di kampung, berkatalah si suami pada isterinya,
yang apakata kalau kita balik beraya di kampung abang tahun ni, lantas jawab
si isteri kan raya tahun lepas kita dah balik beraya di kampung abang,jadi
tahun ni balik kampung ayang la pulak. lalu si sumai pun berkata,
ahhhh....abang tak kira abang nak juga balik beraya di kampung abang. saya
tak kira saya nak balk beraya di kampung saya. bertekaklah pasangan itu di
pagi hari. bertekak punya bertekak, datang la si anak lalu berkata, macamana
kalau mak dan abah tak payah balik kampung kita duduk aje kat rumah ini. lalu
pasangan ini pun mendengar la kata si anak tadi lalu selesailah masalah
mereka sekeluarga dan berye kat kl.

------- sumbangan: AINI SHAKIRA (Feb 1)

posted by aman at 5:26 PM | 0 comments


Rahsia Menangkap Ikan

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew
TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke
kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."

CrewTV3 : "Oooooooooooo......."

------- sumbangan: BAEm (Feb 1)

posted by aman at 5:25 PM | 0 comments


perasaan!!!
didalam sebuah pejabat pos terdapat terlampau banyak orang beratur untuk
membayar tunggakan bil. Arakian tibalah masa seorang ibu yang sedang
mengandung membayar bilnya.
Lalu bertanyalah si pekerja ni

pekerja : Beraper bulan cik?

Si ibu : Masuk ni dah 7 bulan(Sambil tersenyum-senyum


mengusap perutnya)

pekerja : ?????????

----- sumbangan: uamr bin sulaiman (Feb 1)

posted by aman at 5:24 PM | 0 comments


Posmen

Seorang posmen yang datang menghantar surat

" assalamualaikum "

" walaikumsalam "

" ni rumah encik encik sameon ye?

" ya saya"

" poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje

------ sumbangan : chumey dA grEat (Jan 29)

posted by aman at 5:22 PM | 0 comments


Bunga dan Straw

Disebuah kawasan pendalaman.. seorang lelaki baru sahaja selesai mandi di


rumahnya dalam keadaan bogel.. tanpa diduganya.. salah seorang pembantu
rumahnya asyik memerhatinya sebelum dia mandi lagi.. Setelah memakai
pakaian.. lelaki ini terus menghampiri pembantunya..

Pembantu Wanita : "Boleh saya tahu.. apa yang tergantung di


celah Kangkang encik itu?"

Lelaki : "Oh.. itu bunga... jika awak pegang dia akan mekar !"

Kerana sikap ingin tahu.. lalu pembantunya itu telah memegang benda itu...

"Ya.. dia mekar.. dia mekar" jerit wanita itu..

Lalu dia lari kepada pembantu yang lain.. dan menceritakan apa yang terjadi.
Lalu pembantu yang lain menjawab sambil mengutuk .

"Bodoh.. engkau telah Di tipu.. hari itu dia cakap pada aku itu Straw.. lalu aku
menghisapnya..!

------ sumbangan: katun (Jan 19)

posted by aman at 5:19 PM | 0 comments


Kisah Seram

Ehem , kalao korang nak tau , citer yang haku nak citerkan nih cite fasal
hantu ! kalao korunk pecaye , cube korang bace , kalao korang tak pecaye plak
, tak yah buang karen bace cite nih , cuma , haku harap jangan ade ang fobia
plak bile dah bace cite haku nih , nanti taku nak kesana sini , suma mintak
beteman sebab taku , memang hantu ade , sebab wujudnya satan , tak
mustahil kalo jelmaan satan dalam keadaan yang menakutkan....Peristiwa nih
belaku pada satu masa dulu , kira³ bape bape taun yg sudah , sepeti bese aku
dan adikz haku akan pegi ngaji kat umah Lebai Leman , bila pulang , aku dan
adik haku yang bernickname X-PREDATOR terpaksa menapak lebey kureng 1
km untuk sampei ke rumah , dan paling tak besh plak tuh , jalan yang terpaksa
kami lalui tu merupakan kawasan yang dikatakan keras,kawasan perumahan
hampir siap,lagik³ la kalao malam tuh malam Jumaat ....Bile sampei jerk jalan
tuh , satu suasana yang sangat sunyi sesangaat akan timbul.......adik haku
pastinya tak lepas tangan terus merangkul kuat lengan haku , bese lah , budak
kecik musti taku nye.....tetibe,ade satu bunyi benda jatuh ke tanah....suspenz
gakz haku dibuat nye....aku jonis yg brani , sebab suke makan nasik briani
( cet,buat lawak lak... ) ,terus jerk haku suluh tempat diman benda tuh
jatuh....hekeleh,rupenye buah jambu batu jatuh kebumi ( kat situ ade pokok
jambu )tanpa pikir bukan² , haku pung ngan selambe pegi le kutip buah yang
jatuh tuh , rezeki jangan ditolak , bala jangan dicari.....memang buah
jambu,cume kecik skit (spesis ape ntah!)Tersentak haku tanpa diduga buah
yang tadik bertukar menjadik tengkorax manusia bermate merah...kes gile
nih...ah,satan,haku terus sepak benda tuh , tercampak serta bercampur-aduk
ngan tergolek-golek sepeti ayam golek....korang nak tahu ape terjadik lepas
tuh,tengkorax tu keja kami....kalao tak kerna adik haku, nak jerk haku 1 by 1
ngan makluk tuh , haku dukung adik haku , ape lagik...haku pecut sambil pakai
NOS .....nih memang kes tak pueh ati nih, jumlah tengkorax semakin banyak
plak.....aku sruh adik haku lari dulu ke umah buek ape yg patut,walaupung
sedikit takut tapi haku nekad,teringat palk pesan ustaz,lalu haku terus haku
tadah tgn membace apa yg bley...abih jerk aku lafaz beberapa potong
ayat....YA ALLAH!tengkorax tadik tukar jadik antu bungkus lak( bley
evolution gak derang nih ).....haku terduduk dan tergamam + tercengang
seketika mase tuh....arghhh!!!!!!!!!haku tak peduli ape nak jadik mase tuh , jurus
spontan keluar dari kepala hotak aku....duh!haku sondol tepat kat perut antu²
tuh!!!!haku terus sondol,sondol dan menyodol......haku seolah-olah medapat
miracle ....sedar² ,kepala haku sakit ,darah mengalir dengan banyakk
nye....apani,haku terus pengsan........

kebawah pleaze...........

kebawah pleaze...........

kebawah pleaze...........
kebawah pleaze...........

kebawah pleaze...........

kebawah pleaze...........

Sblum haku pengsan,haku sempat terdengar ambulanz datang , tapik,seakan-


akan pelik bunyi siren ambulanz ari tuh,tidak spt bese.....haku masih ingat
lagik bunyinya...tiiiiii......tiiiii.....tiii....puuuuu....puuuu.......puuuuuu......tipu
--
©2004 Hakcipta Terpelihara X-TERMINATOR.Sebarang peniruan adalah
dilarang.

----- sumbangan: X-TERMINATOR (Jan 15)

posted by aman at 5:17 PM | 0 comments


Budak kecil, lelaki tua dan cokelat

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga.


Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat
dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi.

Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan
cokelat yang ke-10, dia mencelah,

"Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit"

Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri.

"Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi
rosak!"

Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga."

"Dia pun kata jangan makan makanan ringan?"


"Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"

----- sumbangan : Shahril (Jan 11)

posted by aman at 5:13 PM | 0 comments


Dalam sembahyang tokleh bercakap

pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk
menunnaikan sembahyang jumaat.
mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik
memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke
masjid itu 10 km jauhnya.

Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu.
lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen
sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua


memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya.

setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor


berjemaah itu.

Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk


termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh
di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki
balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang
dihadapannya...

Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang


balik nanti.." ..
lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape
nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana
Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam
sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula
bersuara " yang kau bercakap tu aper "....

sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila


mengadap Allah Yang Maha Esa..

sumbangan : feesya (Saturday, Jan 10)

posted by aman at 5:10 PM | 0 comments

Perhatian!
Cerita yang tersiar di ruangan ini mungkin mengandungi unsur-unsur berikut:
1. sindiran politik melampau
2. sindiran agama
3. sindiran kecacatan seseorang
4. unsur lucah
5. unsur menghina
6. unsur lawak yang tidak melucukan

Anda baca atas tanggunan anda sendiri. Semua cerita diambil terus dari kiriman penulis
tanpa suntingan.

You might also like