You are on page 1of 38

Asas Fotografi:

1.0 Definisi:
Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya.
Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan
pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses
ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali
sebagai kamera.

2.0 Pengenalan:

Komposisi Asas
Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik
framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya kemas dan
menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep keseimbangan antara
elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar.

Pemilihan lensa
Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah
gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan.
Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens telefoto. Untuk
tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan.

Penggunaan ISO
ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama
dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital mempunyai
ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso
6400 dan 25600.

ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang
dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di
dalam rumah atau pada waktu gelap.

Teknik Digital Darkroom


Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian
computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara proses
yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging dan burning,
sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white balance,
penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya.

Retouching
Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti menghilangkan
jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya.

Gambar Hitam Putih / Monochrome


Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan
menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital.

Filters
Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling
penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan
boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga kotoran.
Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu boleh membantu
mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan baying-bayang di dalam air.

KOK BOON SHIONG, JTP 1


Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu kita
mengambil gambar secara macro.

Focal Length / Bukaan pandangan


Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah lens
dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di dalam
millimeter atau mm.

Perisian pengurusan Imej (workflow)


Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne CaptureOne,
ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan sebagainya.

3.0 Sejarah Perkembangan Fotografi digital:


Salah satu faktor kemunculan fotografi digital adalah permasalahan yang dihadapi
oleh para jurnalis suratkhabar di tahun 1970an. Pada masa itu, jurnalis ingin
menghasilkan foto dari suatu peristiwa dengan kadar secepat mungkin. Pada masa
itu juga, para jurnalis foto masih menggunakan cara konvensional untuk menerbitkan
fotonya di suratkhabar. Contohnya, ketika terjadi perang Vietnam, para jurnalis
mencetak foto di studio mini yang mereka bawa ke Vietnam, Setelah foto selesai
diproses, jurnalis terpaksa mempelawa orang untuk menghantar foto kepada
penerbit untuk diterbit dalam suratkhabar. Hal ini menyebabkan berita penting sukar
disiarkan dalam media suratkhabar apabila dibandingkan dengan penyampaian
berita di television secara siaran langsung.

Untuk mempermudah persoalan ini, maka media pengimbas foto telah digunakan.
Sebuah foto digitalize menjadi data elektronik, kemudian dikirimkan melalui jalur
telefon. Akan tetapi, cara ini juga masih dianggap terlalu sukar kerana kualiti gambar
telah merosot dan proses pengiriman foto juga memerlukan waktu yang terlalu lama.

Perusahaan-perusahaan dalam bidang industri fotografi mulai melakukan penelitian


untuk memberikan penyelesaian terhadap permasalahan ini. Mereka berusaha
mengembangkan sebuah kamera yang praktis, dan mudah digunakan, di samping
menghasilkan foto yang bermutu.

Kamera digital yang paling pertama, ditemukan pada bulan


Desember tahun 1975, oleh Steven Sasson, seorang juruteknik
di perusahaan Kodak. Kamera yang dibuatnya, menggunakan
sensor CCD sebagai media penerimaan gambar. Kamera ini
hanya mampu menghasilkan foto hitam putih dengan resolusi
hanya sebesar 0,01 megapixel (320 x 240 pixel). Media
penyimpanannya adalah sebuah kaset tape, sedangkan untuk
melihat hasil gambarnya, kamera ini harus disambungkan prototype kamera
terlebih dahulu dengan sebuah television. Kamera ini berat 3,6 digital pertama
kg dan memerlukan 23 minit untuk memproses sekeping foto.

KOK BOON SHIONG, JTP 2


Perkembangan selanjutnya adalah penemuan kamera
digital Sony Mavica pada tahun 1981 oleh perusahaan Sony.
Sony Mavica menggunakan Video Floppy (VF Disk) berukuran
2 x 2 inci sebagai media penyimpanan foto. Gambar yang
dihasilkannya masih berupa foto hitam putih.

Dua jenis kamera diatas adalah pengasas kamera digital


Kamera Digital jenismasa kini. Tetapi, dua kamera itu hanyalah sebuah prototype
Sony Mavica
yang dipakai pada
yang dengan tujuan R&D dan bukan untuk pemasaran. Kamera
tahun 90an digital yang pertama kali dipasarkan adalah jenis Canon RC-
250 Xapshot. Kamera ini hanya dihasil beberapa ratus unit
sahaja. Walaupun foto yang dihasilkannya masih hitam-putih, tetapi kualitinya sudah
cukup baik untuk diterbitkan pada suratkhabar.

Kemudian pada tahun 1991, muncul kamera digital yang


menjadi model umum untuk kamera-kamera digital masa kini.
Kamera itu adalah Kodak DCS-100. Kamera ini menggunakan
jenis memori internal dan memiliki resolusi gambar sebesar 1,3
megapixel. Selain itu, format gambar yang digunakannya
adalah JPEG. Canon RC-250 Xapshot

Sehingga ukuran failnya dapat dikompres menjadi lebih kecil serta dapat dikirimkan
secara cepat melalui jaringan Internet. Kamera digital modern yang pertama ini dijual
dengan harga sebesar US$13.000.

Perkembangan selanjutnya merupakan awal dari revolusi perangkat digital ini.


Kemajuan pesat yang dialami oleh teknologi data dan komputer pada tahun 1990an,
turut mempengaruhi perkembangan kamera digital. Kamera-kamera digital mulai
menggunakan media penyimpanan gambar yang kecil, seperti SD Card atau MMC.
Kemampuannya pun bertambah menjadi media perekam gambar, suara dan video
sekaligus. Resolusi gambar yang dihasilkannya sudah semakin tinggi, hingga
mencapai puluhan megapixel. Dan produksi secara besar-besaran menyebabkan
harga kamera digital menjadi semakin terjangkau. Para profesional pun semakin
terbantukan oleh adanya kamera DSLR (Digital Single-Lens Reflex).

Perkembangan yang terakhir adalah, diintegrasikannya kamera digital ke dalam


pelbagai alat seperti laptop, telefon seluler, MP3 Player dan GPS.

4.0 Kamera Digital

4.1 Format-format Sensor Kamera DSLR


Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai
digunakan dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa
yang bukan direka untuk format itu, akan memberikan perubahan dari segi
keluasan sudut pandangan, Depth of field dan pelbagai faktor lain. Format
kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data
dan sensitivity kepada cahaya. Format seperti full frame memberikan kualiti
gambar terbaik dan warna yang lebih cantik walaupun pada ISO yang sangat
tinggi.

4.2 Full frame


Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti
filem 35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada
kamera full frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan
sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm.
KOK BOON SHIONG, JTP 3
Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti:
(a) Nikon D3
(b) Canon 1Ds
(c) Canon 1Ds Mark II
(d) 1Ds Mark III
(e) Canon EOS 5D
(f) Contax N Digital
(g) Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n

4.3 Cropped format


Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor
kamera digital yang lebih kecil daripada full frame.

4.3.1 APS-C
Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer
menggunakan format jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c
adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk Canon.

Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c


adalah lens dari jenis: Canon EF, EFS, Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX,
N

4.3.2 Sistem Four Third


The Four Thirds System is a standard created by Olympus and Kodak
for digital single-lens reflex camera (DSLR) design and
development.[1] (Four Thirds is a registered trademark of Olympus
Optical Co., Ltd.)

The system provides a standard that, with digital cameras and lenses
available from multiple manufacturers, allows for the interchange of
lenses and bodies from different manufacturers. U.S. Patent 6, 910,
814 seems to cover the standard. Four Thirds is not an open standard,
however, as it does not meet the "allowing anyone to use" criterion
commonly accepted as the definition of an open standard.

Jenis-jenis Kamera
(a) Kamera Kompak / Pocket / Kamera Saku

Fujifilm F200 EXR digital compact camera

KOK BOON SHIONG, JTP 4


Popular bagi orang awam, sederhana dan mudah dioperasikan
menggunakan filem format 35 mm. Murah, ukuran kecil, mudah dan
ringan dibawa ke mana-mana. Terdapat peralatan asas sebuah
kamera sahaja. Untuk digunakan, kamera hanya perlu ditujukan
kepada subjek, kemudian butang pengatup ditekan. Selalunya, satu
lampu imbasan bina dalam dibekalkan dengan kamera. Kungkin juga
terdapat satu meter dedahan automatik.

(b) Kamera Kotak / Fokus Tetap (Instamatic)

kodak ‘instamatic’ camera 77x

Kamera jenis ini terdiri daripada satu lensa ringkas, satu butang
pengatup dan tuil penggerak filem, pada satu kotak kedap cahaya
ringkas. Amat sesuai untuk membuat snap-shots di mana mutu
gambar foto tidak dihiraukan sangat. Kamera mempunyai fokus tetap,
yakni subjek yang berada lebih 2 meter dari kamera akan kelihatan
jelas. Filem yang kerap digunakan bersama kamera ini ialah jenis 120,
127, Instamatic dan 110.

(c) Kamera Rangefinder

KOK BOON SHIONG, JTP 5


Zeiss Ikon Rangefinder Camera ZM

Kamera pemidang titik digabungkan dengan pelaras fokus pada lensa.


Alat rangefinder yang terdapat pada pemidang titik dapat menentukan
jarak fokus pada lensa kamera itu. Dengan memutarkan pelaras fokus
pada lensa ke kiri atau ke kanan sambil melihat pemidang titik,
jurugambar boleh memastikan sama ada subjek di hadapan kamera itu
kelihatan jelas atau kabur. Umumnya menggunakan filem format 35
mm. Jenis kamera ini sesuai untuk merakamkan bahagian-bahagian
yang terperinci dengan lebih sempurna.

(d) Kamera SLR (Single Lens Reflex)

Canon EOS Rebel XSi Black SLR Digital Camera

SLR ialah kamera yang berfungsi dengan satu lensa dan satu cermin
pembalikan. Hasilnya apa yang dilihat pada tingkap penenang
(viewfinder) akan sama dengan rakaman di filem.

Popular di kalangan profesional dan amatur. Kamera jenis ini


menggunakan lensa utamanya sebagai peidang tilik dan juga sebagai
lensa objektif untuk merakamkan foto. Oleh yang demikian, pandangan
yang terdapat pada pemidang tilik memang akan terakam di atas filem.
Lensa objektifnya boleh ditukar ganti dengan lensa-lensa berlainan
jarak fokus untuk mendapatkan kesan-kesan penggambaran yang
berlainan. Kamera ini memang unggul untuk semua jenis fotografi.
Umumnya mempunyai lensa yang dapat diganti. Kamera ini
menggunakan filem format 35 mm.

KOK BOON SHIONG, JTP 6


(e) Kamera TLR (Twin Lens Reflex)

Tricloptic TLR Camera

Minty Yashica Mat 124G TLR Camera

Kamera refleks lensa ganda. Biasanya menggunakan format medium.


Kamera ini mempunyai dua lensa serupa yang dipasang di atas satu
sama lain. TLR ialah kamera dua lensa yang mempunyai peranan
masing-masing. Lensa yang di bawah berfungsi untuk membawa
cahaya masuk ke filem. Manakala lensa di atas berfungsi membawa
cahaya ke viewfinder.

(f) Kamera Viewfinder

KOK BOON SHIONG, JTP 7


Hasselblad 905SWC Medium Format Viewfinder Camera

Kamera viewfinder biasanya menggunakan format medium.

(g) Kamera DSLR

Nikon D60 DSLR Camera

Kamera DSLR sangat berguna untuk mengambil gambar bergerak.


Kamera jenis ini mempunyai kemampuan menggunakan flash yang
kuat untuk waktu gelap dan menggunakan pelbagai lensa seperti lensa
makro untuk subjek kecil, lensa lebar untuk pemandangan atau foto
kelompok orang, lensa telefoto untuk mengambil gambar objek dari
kejauhan, lensa zoom untuk mengambil objek dari jauh dan dekat.

KOK BOON SHIONG, JTP 8


(h) Kamera Super Zoom

Fujifilm's Compact Super-zoom Camera

Kamera ini memiliki jangkauan (zoom) luar biasa panjang, iaitu dari
lebar sehingga telefoto. Superzoom juga memiliki fitur-fitur yang
biasanya hanya dimiliki kamera DSLR, seperti mengambil gambar
digital negatif (RAW) dan continuous shooting dan respon, fokus yang
lebih cepat. Kamera Superzoom agak besar dan tidak boleh mengganti
lensa seperti DSLR. Harga superzoom lebih relatif murah daripada
DSLR.

(I) Kamera Advance Compact dengan manual setting

Casio Exilim Pro EX-F1

Kamera kompak dengan manual setting ini salah satu kamera yang
lebih mahal daripada compact, tetapi mempunyai kemampuan yang
cukup baik dalam mengingati ukuran yang sangat kecil. Beberapa
kemampuan yang baik adalah: mampu mengambil gambar aksi,
olahraga, mampu mengambil gambar makro (objek kecil) dan dapat
membuat latar belakang menjadi kabur.

KOK BOON SHIONG, JTP 9


(J) Kamera Professional

Nikon Professional Camera

Kamera ini memiliki kemampuan dan kehandalan di atas kamera


compact. Kamera jenis ini selalunya digunakan oleh jurugambar
profesional dalam studio untuk mendapatkan kualiti gambarfoto yang
maksimum.

(K) Kamera Instant

Real Polaroid SLR Instant Camera

Polaroid One600

KOK BOON SHIONG, JTP 10


Kamera jenis ini boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa
yang singkat iaitu antara satu hingga dua minit sahaja. Persembahan
filem khas untuk kamera ini disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang
dapat memproseskan imej menjadi positif dengan cepat. Kamera
segera daripada jenama Polaroid adalah tidak asing lagi pada
kebanyakan orang.

(L) Kamera Digital

Menggunakan sensor digital sebagai pengganti filem. Kamera digital


adalah alat untuk mengambil gambar dari objek melalui lensa kepada
sensor CCD yang hasilnya kemudian dirakam dalam format digital ke
dalam media digital.

4.4 Lensa
Jenis-jenis Lensa
Terdapat 4 jenis lens.
(a) Lensa Standard (Normal lens / Standard lens)
Lensa standard ialah lensa yang boleh mengambil mengikut
pandangan mata manusia. Lensa ini amat sesuai untuk mengambil
gambar-gambar portrait. Lensa Standard mempunyai bukaan 50◦ sudut
pandangan. Contoh normal lens adalah 50mm f1.8.

Contoh Lensa Standard ialah 50 mm, 55 mm dan 70 mm.

Lensa Macro (Macro lens)


mempunyai bukaan 25◦ sudut pandangan. Selalu digunakan untuk
close up sesuatu gambar.

(b) Lensa Jarak Fokus Lebar (Wide angle lens):


Merupakan lensa yang membolehkan kita mengambil gmabar pada
sudut yang luas. Mempunyai bukaan lebih besar dari 60◦ sudut
pandangan. Banyak di gunakan dalam architecture dan
photojournalism. Dalam kategori ini, Wide Angle terbahagi kepada
Super Wide. Berikut ialah jenis Lensa Wide Angle:
16 mm, 18 mm, 20 mm, 24 mm, 35 mm
Jika lebih kecil angka bermakna lebih luas bukaan sudut
pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan
memberikan kesan lengkung.

(c) Lensa Telefoto (Telefoto lens) :


Lensa Telefoto ialah lensa yang memiliki sudut pandang yang sempit.
Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh.
Telefoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar. Lensa Telefoto
mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal
length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari
jarak jauh.

Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8


dengan 55 mm, 105 mm dan 200 mm. Lensa 55 mm boleh merakam
gambar pada jarak dekat. Lensa 105 mm dan 2000 mm boleh
merakam gambar mikro pada jarak jauh.

KOK BOON SHIONG, JTP 11


(c) Lensa Zoom (Zoom lens) :
Lensa Zoom ialah lensa yang menggabungkan beberapa ciri lensa
yang tersenarai di atas. Ini bermakna, dalam satu lensa terdapat dua
atau tiga sudut lensa. Lensa Zoom merujuk kepada lens yang
mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 25 mm – 55 mm, 70
mm – 135 mm, 80 mm – 200 mm.

Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut


pandangan sahaja.Sebagai contoh 50mm 1.8.

Sigma 10-20mm Ultra wide lens & telephoto zoom AFS Nikkor 70-200 VR f2.8

Sigma Telephoto
Fish Eye Lens:

Gambar yang dihasilkan dengan menggunakan lensa fish eye:

KOK BOON SHIONG, JTP 12


Contoh-contoh lensa mengikut kategori dan hasil gambar dari lensa tersebut :
Kategori Lensa Contoh Gambar
Ultra wide Nikkor 10.5mm f/
– fish eye 2.8G ED AF DX
Fisheye

Tokina 10‐17mm

Pandangan membengkok.
Perpektif latarbelakang yang luas. Kesesuaian peng
gunaan : Bangunan, landscape, aksi, kanak‐kanak,
perkahwinan, acara‐acara tidak rasmi, portrait kreatif
Ultra Wide Nikkor AF-S 14-
24mm f/2.8G ED

Nikkor AF-S 12-


24mm f4 ED DX

Sigma 10-20mm

Tokina 12-24mm

Perspektif Latar Belakang yang luas.


Kesesuaian penggunaan: Bangunan, Landscape,
Group, Photo, Perkahwinan dan Photojournalism.
Standard Nikkor 18-55mm
Zoom Kit f/3.5-5.6G ED II
Lens AF-S DX Zoom

Tamron 17-50mm
f2.8

Canon 17-55mm

Latarbelakang yang luas dan boleh ditukar kepada


standard zoom
Kesesuaian penggunaan: Semua Jenis Fotografi.
KOK BOON SHIONG, JTP 13
Standard Noctilux 50mm
(Tanpa f/1.0
Zoom)
Nikkor 50mm
1.4&1.8

Nikkor 35mm

Perspektif latarbelakang yang biasa.


Kesesuaian penggunaan: Semua jenis fotografi
terutama yang mementingkan kurangnya
pembengkokan perspektif (distortion).
Telefoto Canon 85mm
(Tanpa f1.2L
Zoom)

Perspektif latarbelakang yang kecil.


Kesesuaian penggunaan : Portrait
Telefoto Nikkor 70-200mm
Zoom f/2.8G ED-IF A-S
VR

Kesesuaian Penggunaan : Fotografi untuk jarak jauh,


potrait

KOK BOON SHIONG, JTP 14


4.5 Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh
Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar
dan besar.

Bokeh (derived from Japanese bokeaji ボケ味, "blur") is a photographic term referring
to the appearance of out-of-focus areas in an image produced by a camera lens.

30mm f2.8 80mm f2.8

4.6 Jarak Fokus (Focal Length)


Jarak fokus dimaksudkan sebagai jarak di antara titik fokus lensa di dataran fokus
dengan titik pusat lensa apabila gelung fokus difokuskan kepada infiniti. Perubahan
jarak akan berlaku apabila lensa difokuskan di dalam penggambaran jarak dekat di
mana kedudukan jarak titik pusat lensa ke titik fokus lensa adalah besar. Sekiranya
gelung fokus diubah kepada jarak infiniti, jarak fokus bertambah kecil. Teknik
penggunaan lensa untuk penggambaran yang terbaik. Dalam “frame” gambar cuba
ubah sudut merakam gambar. Cari sudut yang baru, bergerak dari tempat asal.
Sama ada berpusing di keliling subjek atau boleh turun ke sudut bawah. Jarak fokus
dekat digunakan imej yang kecil akan terbentuk di atas filem. Sekiranya jarak fokus
jauh digunakan imej yang lebih besar pula akan terbentuk. Jarak fokus disukat
dalam unit mm. Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa pada
mana-mana jenis kamera yang digunakan.

KOK BOON SHIONG, JTP 15


Lanskap pada 18mm, kotak putih menandakan 1/5 dari tinggi dan lebar asas

Lanskap yang sama pada 90mm, fokal 5x lebih panjang seperti yang ditandakan pada kota
k putih diatas.

4.7 Panjang fokal dan perspektif.


Sekiranya 2 gambar diambil pada jarak yang sama pada kepanjangan fokal yang
lain,makagambar dari focal length panjang akan kelihatan seperti terpotong dari gam
bardari focal length yang satu lagi.

KOK BOON SHIONG, JTP 16


Sebagai contoh, untuk mendapatkan portrait tubuh sepenuhnya, anda boleh menggu
nakan wide angle atau telephoto. Bagaimanapun dengan telephoto anda perlu berge
raklebih ke
belakang, Gambar akan kelihatan sama tetapi perspektif akan jadi berbeza.

Berikut adalah perbezaan pada perspektif apabila kita mengunakan 3 jenis focal len
gth untuk mendapatkan satu gambar yang serupa

4.8 Kad Memori


Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa
digunakan adalah compact flash dan secure digital. Kad memori mempunyai kualiti
ketahanan dan kelajuan yang berbeza. Antara kad memori yang baik adalah dari
jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro.

Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan
membaca data. Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari
20mb per saat. Kelajuan memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan
kamera yang boleh merakam gambar dengan pantas terutamanya untuk mode
burst.

Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB
boleh diperolehi sekitar RM200 sahaja.

KOK BOON SHIONG, JTP 17


5.0 Dedahan / Exposure
Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam
kamera dan dikawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal dengan
mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, dan
kawalan ISO.

5.1 Kelajuan Pengatup (Shutter)


Kelajuan pengatup adalah berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada
cahaya untuk merakamkan sesuatu imej. Jika dalam keadaan cahaya yang kurang,
lagi lama masa yang diperlukan oleh kamera untuk mengumpul cahaya bagi
mendapatkan gambar yang baik.

Kelajuan pengatup ialah kelajuan bukaan lensa. Kelajuan pengatup boleh dikatakan
sebagai setting dedahan kera membuka pengatup dengan 2 kali lebih besar akan
memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop).
Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergera
k Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan
samar (blur).

Shutter yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air seperti diatas.
Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap.

KOK BOON SHIONG, JTP 18


Shutter yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut.
Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran.

Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali


sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka
dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter
akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga
masalah blurry.

Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar
kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100
biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar
menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan
tangan jurugambar.

Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.

KOK BOON SHIONG, JTP 19


Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih belon.

Contoh shutter speed ialah:


1/B – Shutter speed paling perlahan.
1/1, ½, ¼, 1/8, 1/15, 1/30 – Shutter speed perlahan.
1/60, 1/125, 1/250 – Shutter sederhana.
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000

Shutter speed laju 1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1
saat dibahagi 4000. ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama
bukaannya. 1/4000 merupakan shutter speed paling laju. Namun terdapat satu lagi
shutter speed yang boleh dibuka seberapa lamanya iaitu shutter speed 1/B.

5.2 Aperture
Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor
kamera digital. Semakin luas iris kamera dibuka, lebih banyak cahaya yang masuk.
Aperture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4. Aperture yang
kecil pula diwakili dengan nombor yang besar seperti f/16. Aperture yang besar
hanya fokus pada satu bahagian sahaja. Berbeza dengan aperture kecil seperti f/16
akan fokus pada semua. Jarak di dalam fokus dipanggil “depth of field”. Aperture –
ialah alat bukaan lensa yang juga dikenali sebagai f/stop. Tanpa f/stop gambar tidak
terhasil dengan baik, f/stop membantu menapis kemasukkan cahaya ke filem. f/stop
yang besar ditanda dengan angka kecil, f/stop yang kecil diwakili oleh angka yang
besar.

“Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak.
Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama.

Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama.
Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam
dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk
kepada kualiti kesamaran yang terhasil.

Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai
digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun
ini cuma satu cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk
menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait.

Aperture dikenali sebagai f-number.

Aperture mengikut julat bukaan 1-stop

f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32

KOK BOON SHIONG, JTP 20


f-32 . Bokeh kurang kemas f-5. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan
kemas.

Kesan f-number pada kualiti bokeh.

Contoh aperture analog:


f32, f22, f16, f11 – lubang kecil
f8, f5.6, f4 – lubang sederhana
f3, f3.5, f2, f2.8 – lubang besar

Setelah wujudnya kamera digital, aperture telah berubah dan bertambah jumlah
bacaannya.

Contohnya
f32, f30, f22, f20, f16, f12, f11 – lubang kecil
f10, f8, f5, f5.6, f4 – lubang sederhana
f3, f3.5, f2, f2.8 – lubang besar.

5.4 Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum


Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh
memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka.

Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang


optimum adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh:
i. Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah
pada f3.5 atau f4.
ii. Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum
adalah f5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik
sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan
kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture.

5.5 ISO
ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO
juga dahulunya dikenali sebagai ASA. ISO rendah akan menyebabkan sensor
kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar
dan kelajuan shutter yang lebih lama.

ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi,
bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan
kehilangan details.

KOK BOON SHIONG, JTP 21


Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah
yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan.
Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan
kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture.

Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang
rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini
kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata
berbanding gambar yang terlalu blur. Gambar yang mempunyai noise yang tinggi
boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja.

ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds
mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) :
ISO Kesesuaian Hasil
100-200 Waktu tengah hari terik dan Gambar pada iso ini akan
cukup kekuatan cahaya menghasilkan warna, contrast
seperti di dalam studio. yang paling optimum.
400 Waktu mendung, dibawah Gambar masih lagi
litupan. mempunyai warna yang baik
dan noise pada jumlah
minima.
800 Waktu di dalam rumah Gambar mempunyai warna
sedikit pudar dan noise
banyak kelihatan.
1600 Waktu malam dan kurang Gambar mempunyai warna
bercahaya. tetapi kurang menarik, noise
lebih banyak kelihatan dan
contrast gambar mula pudar.
3200-6400 Waktu yang gelap dan tidak Gambar sesuai di ambil
bercahaya. menggunakan black & white
node.

4.5 Depth Of Field


Depth of field (DOF) merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat focus lensa
menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar. DOF adalah
kawasan ketajaman gambar pada lingkungan jarak dari hadapan hingga belakang.
Kebiasaanya subjek yang kita fokus akan menjadi tajam. Tetapi dengan memahami
DOF, selain subjek yang anda fokus menjadi tajam, subjek di bahagian hadapan dan
belakang juga boleh menjadi tajam.

Ketajaman subjek yang diperolehi dari bahagian hadapan hingga bahagian belakang
subjek yang difokus dipanggil Great DOF. Ketajaman subjek yang terhad di antara
bahagian hadapan dan bahagian belakang subjek yang difokus dipanggil Shallow
DOF.

DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa
(Focusing Distance), crop factor dan bukaan aperture.

4.6.1 Jenis Dedahan (Exposure Modes)


(a) Programmed AutoExposure
Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang
sesuai dan kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai.
Sesetengah kamera DSLR akan turut menukar color mode supaya
sesuai dengan gambar yang ingin di ambil.
KOK BOON SHIONG, JTP 22
Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang
besar (f8, f16) supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp.
Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang
kecil (f1.8, f2.8) supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas.

(b) Semi Programmed AutoExposure


Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture
priority dan Shutter Priority. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja
jurugambar untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu
risau masalah-masalah exposure.

Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan


mengawal DOF. Gunakan shutter priority untuk mendapatkan
pergerakan atau memastikan tiada blur akibat pergerakan.

3. Manual Exposure
Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal
sepenuhnya dedahan cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar
mahir mampu mengetahui exposure yang diperlukan berdasarkan
gambar yang beliau inginkan.

4.6 Metering
Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau
exposure value (ev) .

Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum


berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata,
matrix metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul.
Metering ini juga dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment
metering..

Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar
dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder.

Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu


bulatan di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti
potret kepala.

Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat
kecil didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot
metering hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot
metering pada titik focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi
oleh kawasan lain didalam viewfinder.

Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh.
Oleh kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang.
Bagaimanapun dengan spot metering, camera akan mendapatkan exposure pada
bulan saja.

4.8 Panduan Sunny 16


Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari,
tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada waktu
yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada
waktu tengahhari tanpa menggunakan light meter.
KOK BOON SHIONG, JTP 23
Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan
kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO.

Sebagai contoh:

Aperture ISO Kelajuan Shutter


f-16 100 1/100~1/125
f-16 200 1/200~1/250
f-16 400 1/400~1/500
f-16 800 1/800~1/1000

4.9 Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain


Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal
dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan

Tahap Cahaya Cara Mengetahui Bukan Aperture


Sedikit Mendung Ada bayang-bayang dan F11
bucunya lembut.
Mendung biasa Masih ada bayang-bayang F8
tetapi agak samarsamar dan
bucu hampir sangat lembut.
Sangat mendung Tiada bayang-bayang F5.6

4.10 Tip-tip untuk mengawal Exposure


(a) Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan
exposure gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau
cerah. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau
cerah sedikit sahaja.
(b) Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang
akan menjadi overexpose.
(c) Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone
subject untuk mengelakkan silhouette.
(d) Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk
menerangkan shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan
untuk menerangkan perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa
subject.
(e) Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar
yang baik mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang
beliau inginkan.

5.0 Histogram
Di dalam sesebuah gambar, biasanya jurugambar digital akan mengecam tone sese
buah gambar pada tiga bahagian, iaitu Shadow, Midtone & Highlight.

KOK BOON SHIONG, JTP 24


Gambar 1: Contoh gambarajah histogram imej dan bahagian pengecaman.

Gambar 2: menunjukkan kaitan antara Histogram dengan imej. Kawasan bertanda k


uning menunjukkan shadow. Kawasan merah adalah highlight. Kawasan yang tidak
bertanda adalah midtones.

6.0 White Balance


Setiap gambar mempunyai suhu warna. Suhu yang rendah akan menyebabkan warn
a gambar menjadi kemerahan dan suhu yang tinggi akan menyebabkan gambar me
njadi kebiruan

Di dalam gambar yang mempunyai rujukan warna putih, biasanya white balance kur
ang menjadi masalah. Bagaimanapun, sekiranya tidak sebarang rujukan, anda boleh
menukar white balance secara manual.

Color Temperature Light Source


1000-2000 K Cahaya Lilin
2500-3500 K Lampu Tungsten
3000-4000 K Sunrise / Sunset
4000-5000 K Lampu Fluorescent
5000-5500 K Flash
5000-6500 K Tengahhari dengan langit tidak berawan
(matahari tegak di atas kepala)
6500-8000 K Sedikit mendung
9000-10000 K Di bawah lindungan atau sangat mendung
KOK BOON SHIONG, JTP 25
7.0 Fokus
Kebanyakan kamera mempunyai auto focus. Bagaimanapun kadangkala, auto focus
ini tidak berfungsi dengan baik dan perlu sedikit adjustment atau bertukar kepada
manual focus. Antara perkara yang menghalang auto focus berfungsi adalah:
(a) Subjek terlalu gelap . Untuk masalah gelap, manual fokus adalah cara terbaik.
(b) tiada contrast. Kaedah mencari kawasan bercontrast dan recompose di
perlukan.
(c) Habuk atau kabus di depan lensa. Tukar manual fokus atau bersihkan lens.
(d) Terlalu dekat. Gunakan close up filter.
(e) Subjek bergerak terlalu laju. Tukar kepada continous focus

8.0 Kualiti & Format Gambar


Resolusi Gambar
Imej resolusi merujuk kepada jumlah pixel yang digunakan oleh kamera anda
sewaktu menghasilkan gambar. Kamera anda berkemungkinan memberikan tiga
atau empat pilihan resolusi, setiap satunya memberikan jumlah pixel yang berlainan.

Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar
sewaktu cetakan. Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda, semakin besar
kemungkinan gambar anda dicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar.

Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Gambar
yang besar memakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu
besar juga akan menyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih
lambat.

Untuk cetakan, resolusi yang baik adalah 200 hingga 300 dpi atau dot per inch.

Untuk paparan di skrin, saiz yang optimum adalah dari 640 lebar ke 1280 pixel lebar.

Saiz minimum yang sesuai untuk setiap saiz cetakan

Saiz Cetakan Pixel Megapixel


3R-31/2 X 5 in 700x1000 <1
4R-4x6 in 800x1200 1
5R-5x7 1000x1400 1.5
8R-8x10 1600x2000 3.2
11R-11x14 2200x2800 6
*jangkaan cetakan pada 200dpi

9.0 Compression
Compression adalah proses memampatkan fail gambar untuk mengurangkan saiz.
Di dalam format JPEG, compression akan mengurangkan kualiti gambar. Di dalam
kamera, pilihan ini biasanya di panggil sebagai Picture Quality dan pilihan yang
adalah seperti HIGH, FINE, NORMAL, BASIC.

Compression yang terlalu besar, seperti pilihan basic, akan menyebabkan kualiti
gambar berkurangan dan kadangkala menyebabkan terlihat ‘artifak’.

KOK BOON SHIONG, JTP 26


Format Fail Gambar
kebiasaannya DSLR akan menawarkan tiga format fail JPEG.

Singkatan untuk Joint Photographic Experts Group, kumpulan yang mencipta format
ini. JPEG adalah format yang baik untuk gambar biasa kerana bersaiz kecil dan
diterima oleh kebanyakkan software, pencetak, operating system dan web browser.
JPEG mudah di hantar kemana-mana menggunakan internet, telefon bimbit dan
juga memory card.

TIFF Tagged Image File Format. Tiff adalah format yang digunakan oleh para
syarikat pencetak dan publication. Bersaiz besar, berbanding JPEG, boleh mencapai
5-10 kali ganda saiznya. Mempunyai kualiti gambar yang paling baik dan boleh
diterima banyak pencetak

RAW Format yang tidak diproses didalam kamera, walaupun sharpening atau noise
reduction. Menyimpan segala data yang dirakam. Perlu diproses menggunakan
perisian/plugin yang vendor spesifik. Kemudian perlu di export ke JPEG atau TIFF
untuk tujuan printing.

9.0 Penggunaan Flash


Antara teknik-teknik penggunaan flash
(a) Auto flash
(b) Fill flash
(c) Red Eye flash
(d) Slow-sync flash
(e) Rear curtain flash

10.0 Teknik-teknik Fotografi


10.1 Portrait
Merakam sesuatu subjek, samada sepenuhnya, separuh bahagian atau bahagian
tertentu.
(a) Portrait adalah sesuatu yang di rancang. Snapshot adalah peluang, tidak di
rancang dan menceritakan detik yang berlaku. Snapshot bukan portrait tetapi
portrait boleh jadi suatu snapshot.
(b) Mempelajari teknik portrait dengan mendalam boleh membantu untuk
mengambil snapshot dan casual portrait dengan baik.
(c) Casual portrait bertujuan untuk merakam ekspresi atau aksi yang
menunjukkan karakter seseorang.
(d) Pemahaman tentang sumber cahaya dan peralatan fotografi boleh membantu
untuk mengambil gambar portrait dengan baik.
(e) Model terbaik adalah diri sendiri.

10.2 Kesesuaian Lensa


(a) Casual portrait elok di ambil menggunakan lensa telefoto yang lebih dari
100mm untuk mengelakkan distortion dan huge dof.
(b) Pada camera 1.5 dan 1.6 crop, lensa 85mm ke atas adalah yang paling
sesuai.
(c) Penggunaan f2.8 ke bawah akan memberikan kesan 3D yang sangat baik.
(d) Lensa telefoto lebih panjang seperti 200mm mampu menjarakkan anda dari
subject dan mengurangkan gangguan kepada subjek, subjek akan kelihatan
lebih asli dan selesa.

KOK BOON SHIONG, JTP 27


(e) Lensa super telefoto seperti 400mm hingga 600mm tidak sesuai untuk portrait
kerana akan menyebabkan kehilangan contour pada muka. Sebagai contoh
hidung akan kelihatan pada permukaan yang sama dengan telinga.
(f) Lensa ultra wide akan menyebab distortion pada bentuk badan subjek.
Sekiranya anda terpaksa menggunakan lens ultra wide untuk portrait, cuba
letakkan subjek pada kedudukan tengah sahaja. Kedudukan lain seperti titik
rule of third akan menyebabkan subjek amat distorted.

10.3 Komposisi portrait


(a) Headshot, dari atas data hingga ke atas. Sangat kurang background.
Pastikan hidung tidak memotong facial line.

(b) Partial body shot. Selalunya akan ada elemen line dan shape, samada di
cipta oleh lengan atau limpahan cahaya. Pastikan semua elemen ini
membawa mata pelihat kepada titik interest. Juga akan ada secondary area
of interest.

(c) Full body portrait. Selalunya akan include secondary area of interest.
Sebagai contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada
dalam kawasan rule of third atau golden mean. Pastikan ia tidak keluar dari
frame.

(d) Environmental. Pastikan background tidak serabut. Gunakan elemen semula


jadi seperti pokok dan daun sebagai frame. Jaga contrast background supaya
compliment subjek. Background yang mempunyai tone yang lebih rendah
adalah lebih baik. Avoid merging.

10.4 Portrait Berkumpulan


Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu elemen
dan di letakkan di titik rule of third.

10.5 Macro
Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh
membesarkan saiz objek didalam gambar. Peralatan yang mungkin digunakan
adalah lensa macro, close up filter atau kanta pembesar.

10.6 Landskap
Merakam gambar pemandangan dan persekitaran.

10.7 Kanak-kanak
Merakam portrait kanak-kanak. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan
lens yang pantas.

10.8 Sport
Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Lensa telefoto dan teknik panning banyak
digunakan.

10.9 Candid
Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek.

11.0 Asas Komposisi


Komposisi adalah cara mengatur / menyusun bahagian-bahagian dari gambar
(misalnya garis-garis, bentuk, ruang bebas, bayangan, warna, tekstur, dan lain-lain)
agar gambar lebih menarik dan mudah difahamkan. Beberapa prinsip biasa

KOK BOON SHIONG, JTP 28


digunakan untuk meningkatkan keberkesanan gambar. “Perlihatkan apa yang anda
ingin perlihatkan.” Merupakan salah satu prinsip yang baik.

Komposisi merupakan salah satu unsur penentu tingginya nilai estetika karya
fotografi. Gambar yang dihasilkan itu perlu indah dipandang. Ini disebabkan
kesesuaian komposisi iaitu:

(a) Latar belakang gambar elok dan kemas supaya objek yang utama dalam
gambar itu timbul.
(b) Apabila mengambil gambar orang sedang memandang ke kiri, jurugambar
hendaklah berada di kanan gambar dan begitulah sebaliknya.
(c) Dengan kata lain, dalam sekeping gambar perlu ada unsur perseimbangan –
baik dari kiri ke kanan atau atas ke bawah dan depan ke belakang.

11.1 Titik Punca Tarikan

i. Subjek utama:
Hampir semua gambar memerlukan sekurang-kurangnya satu subjek utama
sebagai sumber cerita utama sesebuah gambar.

ii. Foreground / Latarhadapan dan Background /


Latarbelkang

Latarhadapan bermaksud satu kawasan di dalam gambar yang berada di


hadapan subjek utama. Latarbelakang pula berada di belakang subjek utama.

Gambar contoh ini mempunyai latarhadapan, subjek utama dan latar


belakang.

11.2 Posisi Subjek

Rule of Third

KOK BOON SHIONG, JTP 29


Di dalam panduan ini, cuba bahagikan gambar anda kepada 9 kotak dengan membuat 4
garisan seperti di bawah. Titik penglihatan (focal point) yang lebih dinamik adalah di titik
pertemuan antara setiap garis.

Penggunaan rule of third di dalam portrait. Subjek utama gambar ini adalah mata.

Contoh-contoh rule of third:

11.3 Kekemasan Latarbelakang

Latarbelakang ringkas:
Latarbelakang yang baik tidak mengandungi elemen-elemen yang tidak penting dan
tidak diperlukan. Seorang jurugambar yang baik harus mengetahui bagaimana
mendapatkan sudut terbaik bagi memperolehi latarbelakang yang baik. Sebagai
contoh dalam gambar di sebelah, dengan menggunakan sudut pandangan tinggi,
latarbelakang yang diperolehi adalah rumput hijau yang kemas dan menarik.

11.4 Menghadkan Fokus


Menghadkan fokus bermakna hanya subjek yang sharp dalam gambar dan elemen
yang kurang penting akan menjadi samar.

KOK BOON SHIONG, JTP 30


Kaedah ini boleh dicapai dengan mengawal aperture, biasanya yang paling luas
seperti f2.8 atau f1.4.

11.5 Keseimbangan

Kita boleh menjadikan komposisi lebih menarik dengan mencipta keseimbangan di


dalam gambar. Sebagai contoh, gambar di atas dibahagikan oleh pemisah secara
pepenjuru pada bahagian tengah, mencipta satu keseimbangan untuk kedua subjek.

11.6 Tips Pantas untuk mengawal komposisi


(a) Pastikan ada subjek utama yang mampu menjadi stopping power untuk mata
yang melihat.
(b) Pastikan latarbelakang yang baik, tidak serabut dan melengkapkan subjek
utama.
(c) Pastikan komposis adalah seringkas yang mungkin. Elakkan dari
memasukkan semua elemen yang wujud di depan anda.
(d) Komposisi yang paling kuat adalah yang mampu menyampaikan mesej paling
cepat dan jelas.
(e) Pelajari gambar orang lain dan kenalpasti garisan dan bentuk-bentuk yang
menjadi buidling blok gambar tersebut.
(f) Tanya diri anda apakah yang membuatkan anda tertarik pada sesuatu
pemandangan, adakah ketinggian sebuah bangunan, bentuk bunga, wajah
yang jelita, pastikan komposisi anda memperlihatkan perkara tersebut dengan
jelas.
(g) Cropping, apabila framing portrait manusia, elakkan memotong pada sendi
seperti lutut atau siku. Terutama pada subjek utama.
(h) Nombor ganjil selalunya lebih menarik dalam komposisi gambar dari nombor
bulat. Bentuk segitiga lebih menarik dari segi empat.
(i) Belajar dari gambar orang lain tetapi elakkan persamaan dengan gambar
orang lain.
(j) Ambil seberapa banyak gambar dan pilih gambar yang mempunyai komposisi
terbaik di computer.

11.7 Warna
Mengawal warna
(k) Mahirkan diri dengan white balance. Eksperimen dengan white balance yang
berlainan.
(a) Contrast warna yang tinggi di dalam gambar boleh di capai dengan menjalin 2
warna yang berlainan kecerahan dan jenis warna. Contohnya kuning
berlawanan dengan biru, hijau dengan magenta, merah dengan biru muda.
(b) Gunakan vivid mode pada camera untuk mendapat warna yang paling
menarik.

KOK BOON SHIONG, JTP 31


(c) Portrait mode pada camera akan memastikan warna kulit adalah seasli yang
mungkin.
(d) Gunakan polarizer untuk menaikkan saturation dan contrast.

11.7 Pencahayaan
Tip-tip menggunakan cahaya persekitaran
(a) Ambil gambar pada waktu awal pagi dan petang kerana cahaya waktu itu
paling menarik.
(b) Gunakan reflector untuk menambah kecerahan pada wajah, elakkan guna
flash seberapa mungkn.
(c) Kurangkan kekuatan flash apabila mengambil gamabr pada waktu tengah
hari. Fill flash adalah untuk mengurangkan shadow tetapi bukan
menghilangkannya sama sekali. Sesuatu bentuk akan kehilangan bentuk
sekirannya tiada konstrast.
(d) Warna semulajadi adalah paling menarik dan saturated pada waktu langit
berawan.
(e) Apabila mengambil gambar sewaktu berkabus, naikkan exposure untuk
mendapatkan kecerahan semula.
(f) Pada waktu gelap, gunakan night portrait mode atau rear curtain flash.

Gabungan flare/kilauan matahari, rear curtain flash dan kelajuan shutter yang perlahan
boleh memberikan hasil yang menarik.
Shooting mode : Manual
Aperture : f/25
Shutter Speed : 1/30
Flash : TTL-BI, -0.7EV, Rear Curtain
Flash

12.0 Teknik Penggambaran


(a) Penggambaran Bergerak
Penggambaran bergerak adalah salah satu dari teknik-teknik penggambaran.
Di sini kamera yang digunakan itu perlu digerakkan semasa dalam proses
penggambaran. Biasanya kamera penggambaran itu dipasang di atas sebuah
alat yang mudah digerakkan, seperti di troli atau kenderaan. Dengan
menggerakkan kamera mengikut pergerakan subjek boleh melahirkan
adegan-adegan yang realistik dan menimbulkan mood. Dewasa ini, teknik
penggambaran yang bergerak ini amat luas digunakan dalam semua bidang
perfileman.

KOK BOON SHIONG, JTP 32


Penggambaran bergerak ini dikategorikan kepada 3 kumpulan:

a. Tracking atau Trucking Shot

Trucking adalah pergerakan kamera dari atas sanga yang menggunakan


kemudahan untuk bergerak ke kanan atau ke kiri. Dalam hal ini sering
juga kita dengar beberapa istilah seperti camera moves in, camera moves
out dan camera trucks along. Biasanya penggambaran jenis ini, kalau
dalam perfileman dilakukan di luar studio. Kemudahan-kemudahan alat
seperti rel, truk, atau kenderaan yang membawa kamera itu bergerak
semasa dalam penggambaran. Jika penggerakan yang memerlukan
pergerakan yang minima dan ini dilakukan di studio penggambaran itu
dikenali juga sebagai “Dolly Shot”.

b. Dolly Shot

Dolly Shot adalah pergerakan kamera ke hadapan mendekati sasaran


subjek atau ke belakang menjauhi dari sasaran subjek. Penggambaran
seperti ini biasanya dilakukan di dalam studio. Alat yang digunakan dalam
penggambaran ini biasanya jenis troli yang berodakan getah. Ini untuk
memudahkan troli itu digerakkan oleh seseorang pembantu semasa dalam
penggambaran.

KOK BOON SHIONG, JTP 33


c. ARC

ARC merupakan teknik menggabungkan dolly dan truck. Teknik ini


dilakukan dalam semi bulatan atau untuk memperlihatkan pemandangan
di belakang subjek.

(b) Tilt Shot

Teknik penggambaran yang menginsutkan kamera video mengikut gerak


sasaran subjek ke atas atau ke bawah tanpa menggerakkan kedudukan
kamera. Penggambaran jenis ini digunakan pada keadaan orang sedang
duduk yang kemudiannya membuat pergerakan berdiri atau berjalan ke
tempat yang lebih tinggi menaiki tangga, juga jenis penggambaran objek yang
tinggi seperti pokok atau bangunan.

(c) Pan Shot

KOK BOON SHIONG, JTP 34


Penggambaran jenis ini adalah proses perkisaran kamera pada sasaran
berbentuk panorama. Gambar yang diambil adalah pada persekitaran atau
pemandangan sesuatu tempat seperti di dalam Dewan Seminar yang
menunjukkan tentang keadaan tempat seminar tersebut. Cara penggambaran
dilakukan hanya dengan memutar kamera ke kiri, ke kanan dan sekeliling
tanpa menggarakan kedudukan kamera.

13.0 Jenis-jenis Shot


(a) Close Up

Shot yang menampilkan dari batas bahu sampai atas kepala. Shot ini dapat
menggambarkan keadaan emosi subjek.

(b) Medium Close Up

Shot yang menampilkan sebatas dada sampai atas kepala. Shot ini dapat melihat
muka subjek dengan jelas.

(c) Big Close Up


Shot yang menampilkan bahagian tubuh atau benda tertentu sehingga tampak
besar, misalnya, wajah manusia sebatas dagu sampai dahi.

(d) Extreme Close Up

Shot yang merakamkan bahagian subjek dengan teliti. Misalnya mata, hidung,
atau telinga.

(e) Medium Shot

Shot yang merakamkan dari bahagian pinggang sampai ke atas kepala.


KOK BOON SHIONG, JTP 35
(f) Total Shot
Shot yang merakamkan keseluruhan objek.

(g) Established Shot


Shot yang merakamkan keseluruhan pemandangan atau suatu tempat untuk
menanggapkan keseluruhan tempat di mana peristiwa atau adegan itu berlaku.

(h) Long Shot


Shot yang merakamkan keseluruhan subjek, memantapkan semua elemen
dalam gambar termasuk latar belakang dan latar depan.

(i) Wide Shot

Pada wide shot, objek utama yang diambil memenuhi frame, dan meninggalkan
sedikit ruang kosong pada bahagian atas dan bahagian bawah subjek. Kelihatan
dalam gambar, kaki budak perempuan ini menjejaki bawah frame manakala
kepalanya hampir menyentuh bahagian atas frame.

(j) Extreme Wide Shot

Shot yang merakamkan pemandangan dari jarak yang jauh sehingga subjek
tidak kelihatan. Tujuan jenis shot ini adalah ingin memperkenalkan persekitaran
subjek. Extreme Wide Shot selalu diguna dalam shot permulaan. Shot pertama
untuk sesuatu tempat agar penonton dapat tahu di mana tempat shot ini
dirakamkan.

(k) Very Wide Shot

Very Wide Shot semakin dekat dengan subjek. Tetapi masih terlalu jauh lagi jika
dibandingkan dengan wide shot. Subjek mula dapat dilihat dengan Very Wide
Shot. Fokus Very Wide Shot masih pada persekitaran subjek.

KOK BOON SHIONG, JTP 36


(l) Two Shot

Shot yang merakamkan wajah dua orang. Jenis shot ini sering digunakan dalam
sesi temubual atau sesi persembahan yang melibatkan dua orang sebagai
juruacara.

(m) Over Shoulder Shot

Pengambilan gambar di mana kamera berada di belakang bahu salah satu


subjek, dan bahu subjek ada dalam frame. Orang yang menghadapi kamera
hendaklah memenuhi 1/3 frame.

14.0 Sudut Pengambilan Kamera


(a) High Angle (Bird Eye View)

High Anle Shot


Posisi kamera lebih tinggi dari objek yang diambil.

(b) Normal Angle


Posisi kamera sejajar dengan ketinggian mata objek yang diambil.

(c) Low Angle (Frog Eye View)


Posisi kamera lebih rendah dari objek yang diambil.

15.0 Gerakan Kamera


(a) Panning
Panning adalah gerakan kamera secara mendatar (posisi kamera tetap di
tempat) dari kiri ke kanan atau sebaliknya.
Pan right: Gerak kamera mendatar dari kiri ke kanan.
Pan left: Gerak kamera mendatar dari kanan ke kiri.

KOK BOON SHIONG, JTP 37


(b) Tilting
Tilting adalah gerakan kamera secara menegak (posisi kamera tetap di
tempat) dari atas ke bawah atau sebaliknya.
Tilt up: Gerak kamera secara menegak dari bawah ke atas.
Tilt down: Gerak kamera secara menegak dari atas ke bawah.

(c) Tracking
Track adalah gerakan kamera mendekati atau menjauhi subjek.
Track in: Gerak kamera mendekati subjek.
Track out: Gerak kamera menjauhi subjek.

KOK BOON SHIONG, JTP 38

You might also like