You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM

SUKANEKA PERPADUAN
2011
PERINGKAT KRT KEDAI MENANTI

TEMPAT

PEKARANGAN KEDAI SELASA

TARIKH

26 FEBRUARI 2011
SUKANEKA PERPADUAN KRT KEDAI MENANTI

1. PENGENALAN :

Program Sukaneka Perpaduan adalah merupakan salah satu pengisian dalam program tahunan KRT
Kedai Menanti. Melalui program ini, diharap seluruh Warga Kedai Menanti akan dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim melalui acara-acara yang akan dijalankan.

2. OBJEKTIF :

2.1 Melahirkan warga yang sihat dan cergas.


2.2 Memupuk semangat setiakawan yang jitu.
2.3 Memupuk perpaduan, kasih sayang dan kerjasama antara kanak-kanak, belia dan golongan
tua.
2.4 Mengelak warga belia dari terjebak dalam kancah masalah sosial.
2.5 Menjadikan warga yang mempunyai semangat juang.
2.6 Melahirkan generasi yang tahu menghargai dan mengasihi nusa dan bangsa.

3. KUMPULAN SASARAN :

3.1 Seluruh warga Kedai Menanti

4. TARIKH / TEMPAT :
4.1 Tarikh : 26hb Februari 2011
4.2 Masa : 9.00 pagi – 6.30 petang
4.3 Hari : Sabtu
4.4 Tempat : Pekarangan Pekan Sehari
Kedai Selasa
5. AKTIVITI :
5.1 Pertandingan Sukaneka
5.3 Majlis Penyampaian Hadiah
5. SENARAI ACARA SUKANEKA :

5.1 Acara Warga Emas ( 60 tahun ke atas )


Bil Nama Acara Kategori
1 Kukur Kelapa Lelaki
2 Kukur Kelapa Perempuan
3 Pakaian Beragam Lelaki
4 Pakaian Beragam Perempuan
5 Anyam Ketupat Nasi Lelaki / perempuan
6 Kupas epal Perempuan
5.2 Acara Dewasa

Nama Acara Kategori


1 Motosikal lambat Lelaki
2 Bowling kelapa Lelaki
3 Bowling kelapa Perempuan
4 Jalan Atas bata Lelaki
5 Jalan Atas bata Perempuan
6 Kail botol Perempuan
7 Sepak Likung Lelaki
8 Baling Tin Susu Lelaki
9 Baling Tin Susu Perempuan

5.3 Acara Kanak-kanak

NAMA ACARA KATEGORI


BIL
1. Bawa bola pingpong dalam sudu Kanak-kanak lelaki
2. Bawa bola pingpong dalam sudu Kanak-kanak perempuan
3. Rebut kerusi Kanak-kanak lelaki
4. Rebut kerusi Kanak-kanak perempuan
5 Pecah belon Kanak-kanak lelaki
6 Pecah belon Kanak-kanak perempuan
7 Berebut gula-gula (TERBUKA) Kanak-kanak bawah 6 tahun
8. Kaki tempurung lelaki
9. Kaki tempurung perempuan
10. Cari duit dalam tepung lelaki
11 Cari duit dalam tepung perempuan
12 Mewarna Tadika
13 Basikal Lambat lelaki

7. STRATEGI PERLAKSANAAN :
8.1 Penyediaan kertas kerja
8.2. Mesyuarat Jawatankuasa – Pembentukan Jawatankuasa Pengelola dan pengagihan tugas.
8.3 Menguruskan sumber kewangan.
8.4 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pengelola Kali Pertama.
8.5 Mengedarkan surat-surat kebenaran/makluman/borang penyertaan.
8.6 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pengelola Kali Kedua – semakan tugas.
8.7 Menyediakan peralatan.
8.8 Pesta Sukaneka.
8.9 Lapuran Aktiviti

8. PENUTUP :

Kertas kerja ini diangkat untuk mendapat sumbangan dan bantuan kewangan dari pihak-pihak yang
berkenaan. Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat memupuk semangat setiap lapisan
masyarakat

Disediakan oleh :

………………………………………………
(CHE SAMSUDIN BIN CHE ABDULLAH)
Setiausaha
KRT Kedai Menanti

You might also like