You are on page 1of 3

TOKEN EKONOMI

1.0 DEFINISI TOKEN EKONOMI

Menurut Miltenberger (2004), token ekonomi adalah sebuah teknik dimana individu
mendapatkan token untuk tingkah laku diingini yang ditunjukkan. Token yang dihasilkan
boleh ditukar pula dengan peneguh simpanan (backup reinforcer). Tujuan token ekonomi
dilakukan adalah untuk meneguhkan tingkah laku yang diinginkan terhadap klien. Token
ekonomi juga digunakan sebagai intervensi untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak
diingini melalui sebuah struktur semasa rawatan.

Setiap poin yang diterima untuk tingkah laku yang diingini adalah merupakan token.
Setiap kali klien menunjukkan tingkah laku yang diingini, klien akan diberikan token.
Kemudian token ditukarkan dengan peneguh simpanan. Apabila token dipasangkan dengan
peneguh yang lain, maka hal tersebut akan menjadi satu peneguh baru yang dapat
memperkuatkan tingkah laku yang diingini. Peneguh simpanan hanya dapat diperolehi
dengan menggunakan token ekonomi. Manakala token pula hanya dapat diperolehi apabila
tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Peneguh simpanan dipilih kerana kaunselor
mengetahui kekuatan peneguh kepada klien semasa dalam tempoh rawatan. Oleh itu, klien
akan bermotivasi untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini dan akan mengelak tingkah
laku yang tidak diingini.

1.1 Peneguh simpanan

Token berkesan sebagai peneguh terlazim kerana ianya dipadankan dengan peneguh
simpanan. Oleh itu, keberkesanan token ekonomi adalah bergantung kepada peneguh
simpanan. Peneguh simpanan harus dipilih secara khusus untuk individu dalam program
rawatan kerana peneguh bagi setiap individu adalah berbeza.

2.0 KOMPENEN ASAS TOKEN EKONOMI

 Sasaran tingkah laku yang diingini dikuatkan.


 Token digunakan sebagai peneguh terlazim.

1
 Peneguh simpanan yang akan ditukarkan dengan token.
 Jadual peneguhan untuk penerimaan token.
 Kadar yang mana satu antara token dapat ditukarkan dengan peneguh simpanan.
 Waktu dan tempat untuk menukarkan token dengan peneguh simpanan.

3.0 PELAKSANAAN TOKEN EKONOMI

1. Mendefinisikan sasaran tingkah laku.


2. Mengenalpasti item-item yang digunakan sebagai token.
3. Mengenalpasti peneguh simpanan.
4. Menentukan jadual yang sesuai untuk peneguhan.
5. Menetapkan nilai tukaran token.
6. Menetapkan waktu dan tempat untuk penukaran token.
7. Menentukan sama ada ingin menggunakan Response Cost atau tidak.
8. Latihan staff dan pengurusan.

3.1 Contoh token-token yang digunakan dalam token ekonomi:

 Poker chips
 Smiley
 Syiling
 Replika wang kertas
 Setem
 Stiker
 Bintang
 Tanda pada kad indeks
 Tanda pada papan tulis
 Marbles
 Plastik yang digunting membentuk lingkaran atau persegi
 Kupon
 Lubang pada kad
 Cop pada kad

2
 Potongan puzzle yang dapat digabungkan menjadi sebuah puzzle bergambar
4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN TOKEN EkONOMI

4.1 Kekuatan:

 Token dapat digunakan untuk meneguhkan tingkah laku sasaran dengan segera
setelah tingkah laku tersebut ditunjukkan.
 Token ekonomi sangat berstruktur, oleh itu, sasaran tingkah laku yang ingin
diteguhkan lebih konsisten.
 Token digeneralisasikan sebagai  peneguh terlazim kerana ianya dipasangkan dengan
pelbagai peneguh yang lain. Implikasinya, token berfungsi sebagai peneguh meskipun
terdapat operasi spesifik tertentu yang mungkin ada untuk individu pada setiap masa.
 Token dapat dikuantifikasi dengan mudah sehingga tingkah laku yang berbeza dapat
diterima.
 Tingkah laku-tingkah laku yang ditunjukkan individu dapat diberi penghargaan
dengan segera.
 Hadiah adalah sama nilainya untuk semua individu dalam suatu kelompok.
 Penggunaan response cost lebih sedikit risiko berbanding dengan bentuk-bentuk
hukuman yang lain.
 Individu dapat mempelajari kemahiran-kemahiran yang terlibat dalam perancangan
masa depan dengan menyimpan token untuk pembelian yang lebih besar.

4.2 Kelemahan :

 Penggunaan token ekonomi melibatkan usaha dan masa yang banyak semasa
mengendalikan intervensi.
 Memerlukan kos yang banyak untuk penyediaan peneguh simpanan.

5.0 RUJUKAN

Miltenberger, R. G. 2008. Behavior Modification: Principles and Procedures Fourth Edition.


United States of America: Wadsworth.

You might also like