You are on page 1of 2

Lontar Peluru

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi
melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.

Asal usul

Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara
merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan
pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai
golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu
yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima
sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat


sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil
berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai
sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.Dari sini,
bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada
besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah
dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7
kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek.
Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.

Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun
1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang
berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan
yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai
sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.

Peraturan dan pertandingan

Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara
ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru,
yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.
Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya
lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa
sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat
menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan
aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang,
dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah
menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.

Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum,
semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana
perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.
Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter
dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

You might also like