You are on page 1of 5

UJIAN 1

Bahagian A: Objektif:
Jawab semua soalan di bawah.

1. Aktiviti yang berikut adalah sesuai ketika kita mempunyai tenaga yang tinggi
kecuali ……………………………..
A mendengar radio
B bersukan
C berkebun
D bersenam

2. Apakah yang dimaksudkan dengan carta kitaran tenaga?


A Carta untuk mengetahui bila kita mempunyai tenaga yang rendah
B Carta untuk mengetahui bila kita mempunyai tenaga yang tinggi
C Carta untuk mengetahui bila kita mempunyai tenaga yang tinggi dan rendah
dalam sehari
D Carta untuk mengetahui bila kita mempunyai tenaga yang tinggi dan rendah
dalam seminggu

3. Antara yang berikut, keadaan yang manakah boleh menyebabkan pertelingkahan


dengan rakan?
I. Membantu rakan semasa dalam kesusahan
II. Menceritakan keburukan rakan kepada orang lain
III. Selalu berbohong dengan rakan
IV. Sentiasa menepati masa

A I dan II
B II dan III
C I dan III
D II dan IV

4. Pilih sumbangan yang boleh diberikan kepada ibu bapa.


I. Belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
II. Mendoakan kesejahteraan ibu bapa
III. Membantu ibu bapa
IV. Menyayangi ibu bapa

A I sahaja
B I dan II
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
5. Terdapat dua kategori perbelanjaan iaitu ………………………………..
A perbelanjaan kekal dan perbelanjaan sementara
B perbelanjaan kekal dan perbelanjaan keperluan
C perbelanjaan keperluan dan perbelanjaan kehendak
D perbelanjaan kekal dan perbelanjaan kehendak

6. Manakah di antara berikut merupakan contoh perbelanjaan kehendak?


A Membeli atau menyewa rumah kediaman
B Membeli barang keperluan dapur
C Membeli pakaian
D Membeli barang kemas

7. Apakah kesan inflasi terhadap pengguna?


A Dapat membeli suatu barang dengan harga yang murah berbanding sebelum
inflasi
B Terpaksa membeli suatu barang dengan harga yang tinggi berbanding sebelum
inflasi
C Dapat membeli suatu barang dengan kuantiti yang banyak
D Dapat menyimpan wang di dalam bank

8. Berikut adalah maklumat yang terdapat dalam iklan kecuali ……………………….


A jenama barang
B harga barang
C kandungan barang
D keburukan barang

9. Ahmad telah pergi ke sebuah kedai untuk membeli gula. Melalui tanda harga
gula tersebut, didapati harganya telah dinaikkan kepada RM1.80 berbanding
RM1.50 sebelumnya.
Sebagai seorang pengguna apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
kenaikan harga gula tersebut?
A Memarahi pekedai tersebut
B Membuangkan barang tersebut
C Membuat aduan kepada pihak berkuasa
D Membeli barangan tersebut.

10 Antara berikut adalah kemudahan awam yang disediakan kepada pengguna


kecuali …………………………………
A jalan raya
B telefon awam
C hospital swasta
D jejantas
Bahagian B:
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

berpatutan tenaga kemudahan awam persahabatan

merekod boros perancangan masa

kehidupan berusaha

1. Kita perlu ………………………………… dan tidak berputus asa sekiranya gagal


di dalam peperiksaan.

2. Sebagai ibu bapa, mereka mengharapkan anak-anak mereka berjaya di dalam

…………………………………….

3. ……………………………………. kita dengan rakan akan bertambah erat


sekiranya kita saling memahami di antara satu sama lain.

4. ……………………………………. masa boleh dibuat berdasarkan carta kitaran


tenaga.

5. Untuk membuat sesuatu tugasan atau kerja yang berat, badan kita memerlukan

…………………………………….. yang tinggi.

6. ……………………………………... hendaklah dirancang dengan aktiviti yang


berfaedah.

7. Kita perlu ………………………………………. aliran keluar masuk wang seperti


rekod perbelanjaan harian.

8. Berbelanja secara ………………………………….. boleh menyebabkan berlakunya


inflasi.

9. Pengguna perlu mengenal pasti harga barang yang …………………………………..


dengan kualiti dan kuantiti barang.

10. …………………………………………. perlu dijaga dan digunakan dengan sebaik-


baiknya.
Bahagian C:
Padankan pernyataan dengan jawapan yang betul

1. Isi hati yang terpendam di dalam diri *


kita.

2. Tidak senang dengan kejayaan atau


apa-apa yang dimiliki oleh orang *
lain.

3. Menolong ibu bapa membersihkan


kawasan rumah. *

4. Belajar dan mengulangkaji pelajaran. *

5. Perbelanjaan yang hanya dipenuhi


apabila seseorang berkemampuan *
untuk melakukannya.

6. Perbelanjaan untuk memenuhi


keperluan asas. *

7. Barang-barang terbuang seperti


suaratkhabar, botol, tin minuman *
dan majalah.

8. Cara peniaga memperkenalkan


hasil barangan mereka. *

9. Jangka masa barangan boleh


digunakan. *

10. Prasarana yang disediakan untuk


keselesaan dan kesenangan *
pengguna.
Bahagian D:
Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan tandakan ( X ) pada pernyataan
yang salah.

1. Perasaan dapat dilihat dengan melihat tingkah laku dan memek


muka seseorang ( )

2. Kita tidak perlu mengakui kesalahan yang kita lakukan untuk


mengelakkan daripada perasaan malu. ( )

3. Kita hanya perlu mengulangkaji pelajaran seminggu sekali


sahaja. ( )

4. Menonton televisyen tanpa mengira batasan masa adalah


aktiviti yang perlu dielakkan. ( )

5. Inflasi memberikan kesan yang positif kepada ekonomi


negara. ( )

6. Melancong keluar negeri merupakan contoh perbelanjaan


kehendak. ( )

7. Berbelanja dengan bijak dapat mengawal inflasi. ( )

8. Pengguna yang bijak seharusnya tidak mudah terpengaruh


dengan jualan murah. ( )

9. Barang yang telah tamat tarikh penggunaannya masih


selamat digunakan. ( )

10. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada kemudahan


awam, kita perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa
dengan segera. ( )

You might also like