You are on page 1of 39

ARKIB : 03/05/2009

Melayu masih ketinggalan

Anuar AHMAD

Seperti yang dijangkakan, sekali lagi berlaku kejutan di Minggu Saham Amanah Malaysia
(MSAM) 2009. Sejumlah 999 juta unit saham yang diperuntukkan kepada masyarakat Cina
habis terjual dalam masa 36 jam selepas pelancaran. Situasi yang sama pernah berlaku
apabila satu bilion unit saham kuota bukan bumiputera dibuka dua tahun lalu habis dilanggan
oleh masyarakat Cina dalam masa satu hari sahaja.

Seperti selalu juga, unit saham yang diperuntukkan untuk bumiputera Melayu mendapat
sambutan dingin. Bayangkan daripada sejumlah 1.665 bilion unit untuk bumiputera hanya
7.65 juta unit saham atau 0.4 peratus sahaja yang berjaya dijual.

Apa yang boleh difahami daripada senario ini ialah orang Melayu terbukti masih tidak
berupaya untuk memiliki tahap ekonomi yang baik. Mereka bukan sahaja tidak mempunyai
wang lebihan bagi membeli unit-unit pelaburan malah ramai di antara orang Melayu tidak
mempunyai simpanan mencukupi untuk digunakan pada hari-hari ‘hujan’ mereka. Jauh
sekali memiliki saham syarikat tersenarai atau simpanan tetap dalam jumlah yang besar.

Kerajaan telah menyediakan pelbagai sokongan serta peluang untuk memajukan orang
Melayu. Pelaksanaan DEB (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan kini
Dasar Wawasan Nasional (2001-2010). Walaupun dasar-dasar ini ditujukan untuk semua
rakyat, tidak dinafikan orang Melayu merupakan fokus utama kepada pelaksanaan dasar-
dasar ini.

Malangnya, semua dasar ini seperti ‘mencurah air ke daun keladi’ sahaja. Malah kerajaan
juga telah banyak mengeluarkan peruntukan bagi melaksanakan pelbagai program ekonomi
untuk meningkatkan keupayaan ekonomi orang Melayu.

Antara tahun 2006 hingga 2010 sahaja, kerajaan telah membelanjakan jumlah wang yang
besar kepada Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (RM4.4 bilion), Program
Pembasmian Kemiskinan Bandar (RM340 juta), Skim Penanaman Semula Getah dan Kelapa
Sawit (RM1 bilion), Program Pemulihan dan Penyatuan Tanah (RM1 bilion), Pembangunan
Keusahawanan Tani (RM414 juta), Pembangunan Tanah Pribumi dan Adat (RM100 juta),
Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (RM 2 bilion) dan Pembangunan Tanah Wakaf dan
Bumiputera (RM250 juta). Manakala jutaan ringgit lagi program untuk orang Melayu
diperuntukkan oleh MARA, TEKUN dan GLC utama negara.

Data-data daripada dokumen RMK-9 2006-2010 jelas menunjukkan orang Melayu masih
dalam kemiskinan dan jauh ketinggalan dalam ekonomi berbanding bukan Melayu khasnya
orang Cina di Semenanjung Malaysia. Di kalangan negeri yang tahap kemiskinan melebihi 5
peratus, semua negeri tersebut majoriti besarnya adalah orang Melayu. Negeri itu ialah
Kedah 7 peratus, Kelantan (10.6 peratus), Perlis (6.3 peratus), Terengganu (15.4 peratus).

Manakala bagi negeri dominasi bukan Melayu menunjukkan tahap kemiskinan yang jauh
lebih rendah seperti Pulau Pinang 0.3 peratus, Selangor (1 peratus) dan Kuala Lumpur (1.5
peratus).

Manakala perbezaan antara kemiskinan bandar dan luar bandar juga jelas menunjukkan
betapa jauhnya orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi.

Data pada tahun 2004 menunjukkan kadar kemiskinan di luar bandar (majoriti orang Melayu
tinggal di kawasan luar bandar ) adalah 14.8 peratus berbanding kemiskinan di bandar
(majoriti penduduk adalah bukan Melayu) sekitar 3.3 peratus.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di
http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
Apakah sebenarnya golongan berpendapatan rendah
sampai tahap 80% isi rumah?
Columnists
Written by Jayanath Appudurai   
Wednesday, 26 May 2010 16:27
Share Link:

Dalam tempoh empat bulan yang lepas, kerajaan telah


mengumumkan dua dasar awam yang penting
berkenaan golongan berpendapatan rendah.

Pengumuman tersebut terkandung dalam Program


Transformasi Kerajaan (PTK) pada Januari 2010 dan
Model Ekonomi Baru (MEB) pada Mac 2010.

PTK yang diterajui oleh Pemandu, yakni Unit


Pengurusan Prestasi di dalam Jabatan Perdana Menteri,
menggunakan definasi berikut:

“Isirumah Berpendapatan Rendah (LIH) adalah isirumah yang mempunyai jumlah


pendapatan kurang daripada atau bersamaan dengan RM2,000 sebulan, yang mewakili 75%
median pendapatan di Malaysia. Ia ditakrifkan sebagai jumlah purata nasional.” 1

MEB yang diterajui oleh MTEN ataupun Majlis Tindakan Ekonomi Negara pula
mendefinasikan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan sebagai
kumpulan sasaran.2

Dalam pada itu, Bajet 2010 yang dibentangkan pada Oktober 2009 telah menafsirkan isi
rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 sebagai golongan
berpendapatan rendah.3

Jelas bahawa dokumen-dokumen tersebut menggunakan definasi berlainan untuk


menghuraikan golongan yang sama. Kenapa ada perbezaan ini?

Adakah ianya disebabkan tiada penyelerasan antara Pemandu, MTEN dan Kementerian
Kewangan walaupun ketiga-tiga badan ini berada di bawah penyeliaan Perdana Menteri?
Apakah MTEN tidak mengetahui tafsiran yang digunakan oleh Bajet 2010 dan PTK?

Yang lebih penting, adakah ini menunjukkan suatu percanggahan di antara kaedah
pemantauan ketiga-tiga agensi pusat tersebut?

Ke arah Rancangan M’sia Ke-10

Walau apapun alasannya, perbezaan-perbezaan yang disebutkan membawa implikasi bahawa


tidak wujud penyeragaman definasi mengenai golongan berpendapatan rendah.

Kumpulan Sasaran – pasti akan timbul kekeliruan di antara agensi pelaksana tentang
siapa sebenarnya pelanggan mereka?

Dasar Pembangunan – apakah kriteria perancangan yang akan digunakan dalam
membentuk program dan projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-10 [tahun
2011-2015]?

Sistem Penyampaian Perkhidmatan – agensi manakah yang akan
dipertanggungjawabkan untuk menerajui pelaksanaan program bagi golongan
berpendapatan rendah? 4

Rancangan Malaysia Ke-10 yang lazimnya diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU)
harus menggunakan satu definasi yang jitu supaya tidak timbul kekeliruan di kalangan agensi-
agensi dan para pegawai kerajaaan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan
program dan projek kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Dalam konteks ini pernyataan masalah yang dirumuskan oleh MTEN (sedutan Bahasa
Inggeris di bawah) dalam MEB mengenai pendapatan isi rumah adalah amat penting.

Memang benar masalah pokok ialah jurang perbezaan pendapatan di antara golongan isi
rumah dalam negara. Maklumat yang terkandung dalam gambarajah graf (Fig. 19) harus
digunakan sebagai rujukan bagi memahami masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat jelata.
 

Pada 2009, jumlah isi rumah dalam negara ialah 6.2 juta. Pembahagian isi rumah berasaskan
purata pendapatan bulanan adalah seperti di dalam jadual berikut:

GOLONGAN JUMLAH ISI RUMAH PURATA PENDAPATAN BULANAN


(juta) (RM)
20% teratas 1.2 8,157
40% pertengahan 2.4 2,957
40% terbawah 2.4 1,222

Rumusan daripada data di atas ialah:

 Sejumlah 2.4 juta isi rumah boleh diklasifikasi sebagai golongan berpendapatan
rendah dengan purata pendapatan bulanan RM1,222.
 Jurang perbezaan di antara 20% teratas dan 40% terbawah ialah 85%.
 Sekiranya RM2,000 yang didefinasikan oleh PTK digunakan maka adalah
dianggarkan bahawa sejumlah 3.2 juta atau 55 peratus isi rumah dalam negara harus
diklasifikasikan sebagai golongan berpendapatan rendah.
 Sekiranya RM3,000 yang diumumkan melalui Bajet 2010 digunakan sebagai garis
panduan, maka sejumlah 4.8 juta atau 80 peratus isi rumah dalam negara harus
diklasifikasikan sebagai golongan berpendapatan rendah!
Jelas bahawa satu definasi yang jitu harus digunapakai oleh kerajaan untuk menjayakan
matlamat meningkatkan kualiti hidup rakyat golongan berpendapatan rendah.

Syor bagi membasmi kemiskinan teras

MEB memperkenalkan satu pendekatan ‘baru’ yang menekankan “inclusive, pro-poor


growth”.5

Walaupun kerangka yang diketengahkan oleh NEAC bukan satu perkara baru, namun pihak
kerajaan harus beri pujian kerana MEB sanggup mengakui kelemahan-kelemahan yang ada
dalam dasar dan pelaksanaannya selama ini.

“Inclusive pro-poor growth” bermakna kerajaan harus menetapkan kriteria yang sahih
sebelum menggubal program dan projek untuk menangani masalah jurang perbezaan
pendapatan.

Adalah disyorkan bahawa pihak penggubal Rancangan Malaysia Ke-10 menggunakan kriteria
yang sahih dan relevan dalam mentafsirkan:

 Golongan miskin mengikut strata ‘Bandar’ dan ‘Luar Bandar’ di setiap daerah
pentadbiran
 Golongan berpendapatan rendah mengikut strata tersebut yang sama

Definasi yang bakal digunakan harus berasaskan data pendapatan dan perbelanjaan yang
dijanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mengikut strata tersebut.

Pemetaan data perlu dibuat mengikut golongan miskin dan berpendapatan rendah di setiap
daerah pentadbiran, iaitu di peringkat pejabat daerah atau jajahan serta pihak berkuasa
tempatan. Ini akan memudahkan agensi pelaksana benar-benar memahami persekitaran dan
kehendak khusus kumpulan sasar di peringkat akar-umbi.

Peralihan paradigma dalam menangani masalah pokok ketidakseimbangan pendapatan isi


rumah harus dilakukan sekiranya hasrat MEB supaya terdapatnya “inclusive pro-poor
growth” akan dicapai.

Dengan demikian, cogankata PTK supaya “tiada rakyat yang ketinggalan” mungkin boleh
berpijak di bumi nyata.

____________________________________

Definasi Kemiskinan

Kemiskinan biasanya ditakrifkan secara relatif mengikut keadaan masyarakat di sesebuah


negara. Dua konsep kemiskinan yang biasa digunakan adalah kemiskinan mutlak yang
merupakan konsep dinamik dan kemiskinan relatif yang merupakan konsep ketidaksamaan
pendapatan. Pengukuran yang kerap digunakan bagi mengukur kemiskinan mutlak adalah
kadar kemiskinan yang merupakan peratus penduduk atau isirumah yang berpendapatan di
bawah garis kemiskinan.

Kemiskinan Mutlak

Ditakrifkan sebagai satu keadaan di mana pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk
membeli keperluan minimum sesebuah isirumah yang diukur berdasarkan tahap perbelanjaan
minimum atau pendapatan garis kemiskinan (PGK).

Kemiskinan Relatif

Ditakrifkan sebagai ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan. Ianya diukur dengan


menggunakan nisbah perbezaan pendapatan kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan
penghuni bandar dan luar bandar.
Satu lagi pengukur kemiskinan relatif yang sering digunakan adalah peratus isirumah dengan
pendapatan misalnya kurang daripada separuh pendapatan penengah atau purata.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) - PGK ditakrifkan sebagai pendapatan yang hanya
mencukupi untuk membeli keperluan minimum sekumpulan barangan makanan untuk
mengekalkan ahli-ahli isirumah dalam keadaan zat pemakanan yang baik dan keperluan asas
yang lain seperti pakaian dan kasut, sewa rumah, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan
komunikasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi. PGK dikemaskini setiap tahun
berdasarkan Indeks Harga Pengguna.

Miskin Miskin Tegar


Kawasan Isi Rumah Per Kapita (RM) Isi Rumah Per Kapita
(RM) (RM) (RM)
Semenanjung 660 150 400 90
Sabah 900 170 500 100
Sarawak 770 170 450 100

Sumber : Majlis Taklimat Pemantapan Jentera Penyelarasan Program Pembasmian


Kemiskinan Selangor 13 Dis 2007.

PGK Makanan - Komponen makanan bagi PGK yang dikaji semula adalah berasaskan
kepada pandangan pakar pemakanan, pakar diet dan pakar perubatan. Keperluan harian
kilokalori setiap individu mengambil kira makanan seimbang yang meliputi: bijirin dan hasil
bijirin (beras dan gandum); ayam, telur dan ikan; susu; minyak lelemak; gula; sayur-sayuran
dan buah-buahan; dan kekacang (dal, kacang hijau).

PGK Bukan Makanan - Pola perbelanjaan komponen PGK bukan makanan yang terdiri
daripada pakaian, perumahan, pengangkutan dan perbelanjaan lain adalah dikira berasaskan
kepada penyiasatan perbelanjaan isi rumah (HES).

Golongan Miskin Tegar - Berdasarkan Metodologi 2005, sesebuah isi rumah dianggap
miskin tegar sekiranya pendapatan kasar bulanan kasar isi rumah tersebut kurang daripada
PGK makanan. Kadar Kemiskinan dan Kemiskinan Tegar, Malaysia 1970-2004 adalah
seperti berikut
Tahun 1970 1990 1997 1999 2004
Kadar Kemiskinan 49.3% 16.5% 6.1% 7.5% 4.3%
Bandar 22.3% 7.1% 2.1% 3.4% 1.6%
Luar Bandar 60.0% 21.1% 10.9% 12.4% 9.6%
Kadar Kemiskinan Tegar - 3.9% 1.4% 1.4% 0.7%
Bandar - 1.3% 0.4% 0.5% 0.2%
Luar Bandar - 5.2% 2.5% 2.4% 1.5%

Bilangan KIR Miskin x Negeri, Malaysia 2002, 2005

Negeri Bil. KIR Miskin Tegar PGK Bil. KIR Miskin Tegar PGK
2002 (Metodologi 1977) 2005 (Metodologi 2005)

Kelantan 12,145 21,359


Perak 7,372 4,792
Pahang 7,345 2,992
Terengganu 7,137 10,985
Kedah 2,646 6,563
Johor 1,207 1,665
Selangor 965 1,008
Perlis 822 1,534
Negeri Sembilan 685 1,235
Melaka 594 1,348
Pulau Pinang 231 641
Semenajung Malaysia 41,149 54,122
Sabah 19,534 21,581
Sarawak 7,610 10,165
Malaysia 68,293 85,868

Kadar Kemiskinan, Kemiskinan Tegar x Kumpulan Etnik, 2004

Butiran Bumiputera Cina India Total


Kemiskinan Tegar 1.9% 0.1% 0.3% 0.7%
Bandar 0.7% neg¹ 0.2% 0.2%
Luar Bandar 3.3% 0.3% 0.5% 1.5%
Kemiskinan 8.3% 0.6% 2.9% 4.3%
Bandar 4.1% 0.4% 2.4% 1.6%
Luar Bandar 13.4% 0.3% 5.4% 9.6%

AKHBAR / : MINGGUAN MALAYSIA SEKSYEN / :


NEWSPAPER SECTION
TARIKH / : 30-May-2004 HARI / DAY : AHAD
DATE
ISU / ISSUE : PEMBASMIAN KEMISKINAN MUKA : 10
BANDAR SURAT /
PAGE
TAJUK / TITLE : Ukuran kemiskinan ketinggalan?

Teks Keratan Keratan Akhbar


ISU kemiskinan timbul semula. Utusan Malaysia dalam Laporan Khas
yang disiarkan selama dua hari berturut-turut pada 4 dan 5 Mei yang
lepas telah mengupas berbagai-bagai aspek mengenai kemiskinan. Ini
termasuk aspek konsep dan ukuran kemiskinan serta perancangan dan
prestasi perlaksanaan strategi pembasmian kemiskinan di negara ini.
Berasaskan kepada beberapa pendapat yang telah dikemukakan oleh
pelbagai pihak, didapati sebahagian daripada ulasan tersebut adalah
tepat dan benar sementara sebahagian yang lain menggambarkan
kekeliruan serta kekurangan objektiviti dan kefahaman tentang isu
kemiskinan ini walaupun hasrat dan semangatnya adalah sama dan
murni.
Sebagai contoh, ada pihak yang keliru dengan konsep kemiskinan mutlak
dan kemiskinan relatif serta kriteria yang digunakan untuk mengukur
insiden kemiskinan tersebut.
Dari segi kriteria kemiskinan, ada pihak yang menggunakan asas
pendapatan perseorangan untuk mengukur tahap kesejahteraan. Ada
juga yang merujuk kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tetapi
tidak faham sepenuhnya ciri-ciri dan kegunaan PGK tersebut. Oleh sebab
itu, ulasan dan cadangan mereka adalah kurang tepat.
Rencana ini akan menjelaskan secara ringkas dan mudah dua aspek
mengenai kemiskinan: Konsep kemiskinan dan pengukuran insiden
kemiskinan.
Umumnya terdapat dua jenis kemiskinan: Kemiskinan mutlak dan
kemiskinan relatif.
Kemiskinan mutlak merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu
atau sebuah isi rumah yang tidak berupaya mendapatkan keperluan asas
untuk menikmati tahap kesejahteraan hidup yang minimum dan
munasabah. Di antara keperluan asas tersebut termasuklah makanan,
pakaian, tempat kediaman, pendidikan, perubatan dan sebagainya.
Ada di kalangan mereka kebuluran, tiada tempat perlindungan yang
tetap, buta huruf, melarat serta berpenyakit. Lebih 80 peratus golongan
ini terdapat di Afrika, India dan China.
Bagi Malaysia ukuran keperluan asas ini adalah barang dan perkhidmatan
yang dapat dibeli dengan pendapatan garis kemiskinan isi rumah (dan
bukannya pendapatan individu). Jika pendapatan bulanan sesebuah isi
rumah adalah kurang daripada PGK maka isu rumah ini dianggap miskin.
Peratusan isi rumah miskin dalam keseluruhan bilangan isi rumah yang
terdapat di Malaysia dirujuk sebagai insiden kemiskinan.
Di Malaysia, terdapat konsep golongan termiskin. Golongan termiskin ini
(hardcore poor) ialah golongan isi rumah yang memperoleh pendapatan
setengah bulan daripada PGK.
Berdasarkan teori kemiskinan ini, kemiskinan yang kerap dirujuk di
Malaysia ialah kemiskinan mutlak kerana pendapatan mereka
dibandingkan dengan PGK yang perlu untuk mendapatkan keperluan asas
yang minimum di Malaysia.
Satu lagi konsep kemiskinan ialah kemiskinan relatif. la merujuk kepada
perbezaan taraf hidup, kesejahteraan atau kebajikan isi rumah
berbanding dengan isi rumah yang lain. Contohnya taraf hidup kumpulan
isi rumah yang berpendapatan 20 peratus terendah dibandingkan dengan
taraf hidup kumpulan isi rumah yang berpendapatan 10 peratus teratas.
Taraf hidup kumpulan isi rumah yang berpendapatan 20 peratus
terbawah adalah secara relatifnya miskin dibandingkan dengan kumpulan
isi rumah berpendapatan 10 peratus tertinggi.Kemiskinan relatif akan
sentiasa wujud dan tidak mungkin dapat dihapuskan walaupun bagi
negara-negara maju kecuali terdapat agihan, pendapatan yang
egalitarian. Lagi tinggi ketidaksamaan agihari pendapatan lagi serius
masalah kemiskinan relatif walaupun kemiskinan mutlak telah dibasmi
sepenuhnya.
Untuk mengurangkan insiden kemiskinan relatif, dasar yang sesuai ialah
untuk memperbaiki agihan pendapatan di kalangan isi rumah. Ukuran
agihan pendapatan ialah angkali Gini (Gini (]oefficient) yang bernilai dari
0 hingga ke 1. Angkali Gini yang hampir kosong menggambarkan agihan
yang semakin setara serta kemiskinan relatif yang rendah. Angkali Gini
yang menghampiri satu menunjukkan agihan pendapatan yang amat
tidak setara serta kemiskinan relatif yang tinggi. Ini mempunyai implikasi
sebahagian besar daripada pendapatan negara dibolot oleh segelintir isi
rumah sahaja.

Saiz purata

Sekarang kita lihat konsep dan ciri-ciri pendapatan garis kemiskinan di


Malaysia. PGK bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 1999 adalah
sebanyak RM510 sebulan, bagi saiz purata isi rumah seramai 4.6 orang
sementara bagi Sabah ialah RM685 sebulan bagi saiz purata isi rumah
seramai 4.9 orang. Bagi Sarawak pula ialah RM584 dengan saiz purata isi
rumah 4.8 orang (Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005, Jadual 3-2).
Bagi tahun 2002 pula PGK untuk Semenanjung Malaysia ialah RM529,
Sabah RM690 dan Sarawak RM600 (Kajian Separuh Penggal, Rancangan
Malaysia Kelapan). Tidak pula dinyatakan saiz purata isi rumah bagi
ketiga-tiga kawasan berkenaan.
PGK dianggarkan berasaskan keperluan minimum isi rumah untuk tiga
komponen utama iaitu makanan, pakaian dan alas kaki dan butiran
bukan makanan Yang lain seperti sewa, bahan api dan tenaga, perabot
dan kelengkapan rumah, perbelanjaan perubatan dan kesihatan,
pengangkutan, komunikasi dan perkhidmatan rekreasi, pendidikan dan
kebudayaan.
Bagi komponen makanan, perbelanjaan minimum adalah berdasarkan
keperluan harian sebanyak 9,910 kalori sehari untuk keluarga yang
mengandungi lima orang. Keperluan minimum untuk pakaian dan alas
kaki adalah berdasarkan piawaian yang ditentukan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk rumah kebajikan. Butiran bukan makanan
yang lain adalah berdasarkan tahap perbelanjaan isi rumah
berpendapatan rendah seperti yang dilaporkan dalam Penyiasatan
Perbelanjaan Isi Rumah.
Berasaskan kepada ciri-ciri PGK di atas tidak hairanlah banyak pihak
mengkritik bahawa PGK yang digunakan adalah terlalu rendah dan tidak
relevan lagi untuk mengukur tahap dan insiden kemiskinan Malaysia
pada masa sekarang.
Dalam keadaan di atas, kedua-dua pihak kerajaan dan masyarakat tidak
bersalah. Kedua-dua pihak betul. Yang timbul masalah ialah kerana
kekeliruan dan kekurangan fahaman tentang ciri-ciri PGK tersebut.
Berasaskan kepada tahap sara hidup sekarang, jumlah pendapatan sama
ada pendapatan individu atau isi rumah bagi sebahagian besar golongan
para pekerja yang berpendapatan rendah, petani dan nelayan, setinggan
serta penduduk luar bandar malah di bandar tidak mencukupi untuk
perbelanjaan asas. Pendek kata PGK adalah terlalu rendah untuk
digunakan sebagai kriteria bagi menentukan sama ada sesebuah isi
rumah tersebut miskin atau sebaliknya.
Tetapi di sebaliknya, kita perlu meneliti jenis dan kualiti perbelanjaan
yang ditampung oleh PGK.
Pertama, PGK juga merujuk kepada saiz purata isi rumah sebagaimana
diterangkan di atas iaitu 4.6 orang bagi Semenanjung Malaysia, 4.9
orang bagi Sabah dan 4.8 orang bagi Sarawak; Oleh sebab ini, sesebuah
isi rumah yang mempunyai pendapatan RM1,000 sebulan tetapi
mempunyai seramai 10 orang ahli keluarga, juga dianggap miskin
walaupun pendapatannya melebihi PGK.
Kedua, PGK menekankan keperluan minimum isi rumah. Makanan hanya
setakat 9,910 kalori sehari untuk keluarga yang mengandungi lima
orang. Keperluan pakaian dan alas kaki adalah berasaskan piawaian yang
ditentukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk rumah kebajikan.
Keperluan yang lain adalah berasaskan perbelanjaan isi rumah
berpendapatan paling rendah.
Begitu juga keperluan pendidikan, kesihatan dan lain-lain secara implisit
ia berkemungkinan dianggap rendah atau mungkin percuma. Golongan
ini dijangka mendapat pendidikan, rawatan kesihatan dan lain-lain
perkhidmatan awam secara percuma kerana disediakan oleh kerajaan.
Jika sekiranya sesebuah isi rumah menggunakan lebih banyak makanan
daripada keperluan asas, membeIi pakaian yang berjenama sedikit sudah
tentulah bukan sahaja PGK malah pendapatan sebenar sesebuah isi
rumah tersebut tidak mencukupi untuk berbelanja keperluan asas
berkenaan.
Pendek kata, PGK yang digunakan adalah pendapatan untuk
perbelanjaan bagi keperluan minimum semata-mata serta betul-betul
asas sahaja. Tidak ada sedikit ruang pun untuk bermewah. Menghantar
anak ke sekolah swasta atau kelas tuisyen, mendapat rawatan perubatan
dari klinik swasta atau makan di restoran A&W, Kentucky Fried Chicken
(KFC) adalah dianggap melebihi daripada keperluan asas. Itulah
sebabnya PGK terlalu rendah.
Sebagaimana yang diterangkan di atas, kekeliruan timbul sebab pengulas
tidak memahami konsep, ciri-ciri serta implikasi PGK tersebut dalam
menentukan tahap kesejahteraan atau kemiskinan sesebuah isi rumah.
Saya percaya bukan setakat orang awam malah di kalangan pegawai
pelaksana dasar pembasmian kemiskinan serta beberapa pakar
kemiskinan juga kurang faham tentang perkara ini. Inilah juga salah satu
sebab mengapa terdapat banyak projek dan program pembasmian
kemiskinan tersasar dar-pada matlamat.
Maka dalam konteks ini, beberapa cadangan untuk mengkaji semula
konsep ini, beberapa cadangan untuk mengkaji semula konsep dan
penganggaran PGK ini bertepatan dengan masanya supaya ia lebih
objektif, mudah difahami dan dilaksanakan serta menetapi sasaran.
Kadar Kemiskinan: Antara
Retorik dan Realiti
Columnists
Written by Jayanath Appudurai   
Wednesday, 08 April 2009 00:00
Share Link:
Malaysia telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam menangani dan mengurangkan
kadar kemiskinan. Sejak tahun kemerdekaan, kadar kemiskinan telah dikurangkan daripada
50 peratus kepada 3.6 peratus pada 2007.

Tambahan pula, pencapaian yang luar biasa ini diiktirafkan oleh pertubuhan antarabangsa.
Malaysia adalah sesebuah negara yang telah berjaya mengatasi penandarasan kemiskinan 8.25
peratus yang ditetapkan oleh UNDP di bawah Millennium Development Goals bagi tahun
2015.

Inilah kenyataan yang sering dikeluarkan oleh para pemimpin dan pegawai kerajaan bagi
membuktikan kejayaan negara kita dalam membasmi kemiskinan.

Adakah kenyataan ini satu yang tepat dan jitu? Apakah data yang diketengahkan untuk
menyokong pendirian ini?

Data rasmi kadar kemiskinan dan isi rumah yang terlibat adalah seperti dalam Jadual 1
berikut:-

 Jadual 1: Kadar Kemiskinan dan Bilangan Isi Rumah Miskin

Tahun Jumlah Isi Bil. Isi Kadar Kemiskinan Bil.Isirumah Kadar


Rumah Rumah Keseluruhan {%} Miskin Tegar Kemiskinan
{Juta} Miskin Tegar
{%}
1999 4.8 409,300 8.5 91.700 1.9
2005 5.4 311,300 5.8 67,300 1.2
2007 5.8 208,800 3.6 40,600 0.7

Memang benar Malaysia telah mencapai kejayaan yang ketara dalam menangani masalah
kemiskinan. Tetapi ’kejayaan’ yang dimaksudkan itu adalah berdasarkan Pendapatan Garis
Kemiskinan [PGK] atau Poverty Line Income [PLI] yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri.

PGK yang ditetapkan adalah berdasarkan pendapatan sesebuah isirumah yang didefinasikan
sebagai satu unit yang mengandungi 4.6 orang. Dalam Kajian Semula Rancangan Malaysia
Ke-Sembilan, PGK yang digunakan adalah seperti Jadual 2 berikut:

Jadual 2: Pendapatan Garis Kemiskinan Mengikut Wilayah

Wilayah Kemiskinan Keseluruhan Kemiskinan Tegar


{RM sebulan} {RM sebulan}
Semanunjung 720 430
Sabah 960 540
Sarawak 830 520

 Soalnya, adakah PGK yang digunakan selama ini satu yang sewajar dan realistik? Sebagai
contoh, sesebuah isi rumah di Semenanjung yang memperolehi pendapatan RM750 sebulan,
yang nyata melepasi PGK, dikategorikan sebagai tidak miskin. Mengikut kriteria dan rasional
PGK, isi rumah tersebut dapat menampung segala keperluan asas makanan, perumahan,
pakaian dan pengangkutan dengan purata RM25 sehari! Adakah ini satu angka yang realistik?

Jawapannya terdapat dalam laporan berita mengenai penderitaan yang dialami oleh dua
keluarga berpendapatan RM800 sebulan! Masalah yang dihadapi oleh keluarga-keluarga
tersebut juga dialami oleh sebahagian besar keluarga lain di negara kita.

Jelas bahawa penggunaan satu PGK yang lebih sesuai dengan realiti kehidupan ekonomi
semasa akan memberi gambaran yang berlainan.

Sekiranya PGK RM1,000 digunakan sejumlah 8.6 peratus isi rumah boleh dikategorikan
miskin berbeza dengan 3.6 peratus yang dituntut oleh kerajaan.

Sekiranya PGK RM1,500 digunakan angka ini akan melibatkan sejumlah 1.2 juta isi rumah
iaitu 21 peratus isi rumah dalam negara.

Sekiranya PGK RM2,000 digunakan angka ini akan melompat kepada sejumlah 2.2 juta isi
rumah iaitu 38 peratus isi rumah keseluruhan.

Berdasarkan PGK berlainan, unjuran kadar kemiskinan adalah seperti dalam Jadual 3 berikut:

                   Jadual 3: Unjuran Isi Rumah Miskin dengan PGK berlainan

PGK Purata Seharian {RM} Isi Rumah Miskin {Bil.} Kadar Kemiskinan {%}
{RM}
1000 33 496,580 8.6
1500 50 1,218,000 21.0
2000 68 1,695,759 37.95
 Unjuran dan perkiraan ini adalah lebih tepat dengan jurang ketidaksamaan pendapatan
[income inequality] antara kumpulan isi rumah 20 peratus teratas dan 40 peratus terendah.
Pihak Kerajaan sendiri telah mengakui perkara ini dalam membentangkan Rancangan
Malaysia Ke-Sembilan, seperti berikut:

 Bahagian pendapatan isi rumah 40 peratus terendah berkurangan daripada 14 peratus pada
tahun 1999 kepada 13.5 peratus pada 2004 manakala bagi isi rumah 20 peratus teratas,
bahagiannya meningkat daripada 50.5 peatus kepada 51.2 peratus. Berikutan ini pekali Gini
[Gini Coefficient] merosot daripada 0.452 pada tahun 1999 kepada 0.462 pada tahun 2004.

Mengikut Banci Perbelanjaan Isi Rumah [2004-2005] yang dijalankan oleh Jabatan Statistik,
secara purata sesebuah isi rumah di Bandar memerlukan RM2,503 sebulan manakala angka
untuk Luar Bandar adalah RM1,209. Anggaran secara kasar menunjukkan bahawa sesebuah
isi rumah memerlukan pendapatan di antara RM1,200 dan RM1,500 sebulan bagi
menampung keperluan asas.

Secara tidak langsung data tersebut menyokong pendapat para akademik dan pemerhati
bahawa PGK yang digunakan oleh kerajaan adalah tidak realistik. Maka penggunaan satu
PGK yang mencerminkan realiti kehidupan semasa adalah amat penting sekiranya kerajaan
benar-benar komited kepada menangani masalah kemiskinan negara.

Di samping itu, kerajaan dalam penggubalan dasar dan program untuk mengatasi masalah
kemiskinan perlu juga mengambil berat faktor-faktor berikut:

 Fakta demografi bahawa nisbah penduduk bandar dan luar bandar telah jauh berubah
sejak tahun 1970-an dan kini dua pertiga penduduk bermastautin di bandar;
 Terdapat perbezaan ketara antara kos kehidupan di bandar dan luar bandar;
 Penggunaan PGK yang realistik perlu juga disesuaikan setiap tahun berasaskan Indeks
Harga Pengguna [CPI];
 Peruntukan sumber bagi membasmi kemiskinan yang sekian lama lebih tertumpu
kepada warga luar bandar perlu diagihkan semula kepada warga di bandar.

Dalam konteks ini adalah diperhatikan bahawa untuk pertama kali hakikat perubahan ketara
dalam demografi telah diakui oleh pemimpin negara. Dalam ucapannya kepada di
Perhimpunan Agong UMNO 2009, Dato Seri Najib telah mengingatkan para pewakilan
bahawa :

“Hari ini kira-kira dua pertiga rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Atas kejayaan
dasar-dasar yang digubal oleh Umno juga sebahagian besar masyarakat Melayu telah
menjadi masyarakat bandar. Sehubungan dengan perkembangan ini, Umno bukan sahaja
perlu terus memperkasa usaha memerangi kemiskinan di luar bandar tetapi juga perlu peka
dengan masalah kemiskinan bandar. Perlu difahami bahawa sebilangan keluarga di bandar
yang berpendapatan rendah kini sukar untuk memenuhi tuntutan kehidupan
seharian........Sekarang tibalah masanya kita mengulangi kejayaan itu dalam membasmi
kemiskinan bandar bersesuaian dengan konteks semasa.....”

Ini adalah satu nasihat yang bernas yang patut juga diterima oleh pegawai di sektor awam.
Dasar dan program pembasmian kemiskinan serta pengagihan peruntukan pembangunan perlu
dikaji semula supaya realiti warga miskin di bandar dapat ditangani.

Ianya harus dilaksanakan berdasarkan keperluan sebenar kumpulan sasaran, sejajar dengan
falsafah Dasar Ekonomi Baru, iaitu untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum!

 UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN BAJET 2009 DI PERINGKAT DASAR


BAGI KEMENTERIAN KEWANGAN DI DEWAN RAKYAT PADA 4 NOVEMBER
2008

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Tuan Yang DiPertua,

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat
yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet 2009, khususnya yang
membabitkan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Banyak
perkara yang telah ditimbulkan semasa perbahasan tersebut dan Kementerian Kewangan
akan memberi perhatian terhadap semua teguran dan berusaha melaksanakan cadangan yang
sesuai yang telah dikemukakan. Ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Bajet 2009
dapat mencapai matlamat yang dinyatakan dalam Ucapan Bajet oleh YAB Perdana Menteri
pada 29 Ogos 2008 yang lalu.

2. Penggulungan pada kali ini mencatat sejarah kerana jawatan Menteri Kewangan Malaysia
beralih selepas pembentangan Bajet 2009 dan sebelum penggulungannya. Di sini izinkan
saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas
keyakinan beliau melantik saya mengambil alih porfolio Menteri Kewangan. YAB juga telah
berjaya menguruskan sebuah ekonomi yang mempunyai asas yang kukuh dan berdaya tahan.

3. Keduanya, kerana tercetus ledakan krisis kewangan global selepas pembentangan Bajet
2009 di Amerika Syarikat dan Eropah yang bahangnya sedang dirasai oleh dunia termasuk
Malaysia. Justeru itu, Tuan Yang Dipertua, saya tidak akan mengambil sikap untuk semata-
mata menjawab semua teguran dan cadangan seperti amalan biasa waktu perbahasan
penggulungan. Sebaliknya di samping melakukan perkara tersebut, saya bercadang untuk
membentang langkah-langkah tambahan sebagai & "Policy Response" terhadap krisis
kewangan dunia agar ekonomi Malaysia terjamin pertumbuhan dan rakyat Malaysia tidak
terlalu tertekan. Kerajaan beriltizam untuk melakukan segala yang termampu untuk terus
membela rakyat dan menyelamatkan ekonomi negara.

4. Ingin dimaklumkan bahawa saya berhasrat untuk memberi laluan penjelasan hanya selepas
saya membentangkan langkah-langkah tambahan bagi Bajet 2009.

5. Semasa awal perbahasan Bajet 2009 ini, beberapa Ahli Yang Berhormat daripada pihak
pembangkang telah menyarankan agar Bajet 2009 dikaji sepenuhnya dan dibentangkan
semula kepada Parlimen, berikutan perubahan iklim ekonomi dunia sejak akhir-akhir ini.
Kerajaan tidak akan membentangkan bajet baru 2009. Desakan untuk merobah keseluruhan
dan membentang semula Bajet 2009 hanya akan membantutkan usaha Kerajaan untuk
memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai.

Kerajaan akan terus menumpukan perhatian kepada usaha mengurus hal ehwal negara dan
memperbaiki kehidupan rakyat agar ekonomi negara tidak akan melanda kemelesetan. Oleh
yang demikian, adalah penting untuk meneruskan rancangan perbelanjaan Kerajaan bagi
tahun 2009 demi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan untuk kesejahteraan rakyat.

6. Saya ingin menegaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan sentiasa sedar dan
memantau rapi perkembangan ekonomi di peringkat global dan domestik. Ketidaktentuan
dan impak krisis kewangan global ini telah membawa implikasi negatif kepada pasaran
kewangan negara kita. Alhamdulillah, dasar, kawalselia serta langkah berhemah Kerajaan
yang telah dipraktikkan sebelum ini telah menjadikan asas-asas kewangan negara kekal
kukuh.

7. Tidak seperti krisis kewangan Asia 1997/98 dulu, pasaran kewangan dan hartanah
Malaysia tidak dibelenggu petanda-petanda (symptoms) "speculative bubble" di dalam
pasaran kewangan dan hartanah domestik. Selain itu, Malaysia tidak terdedah kepada
penularan produk kewangan inovatif yang kompleks dan tidak dikawal, yang merupakan
antara punca utama krisis subprima dan kewangan di peringkat antarabangsa. Sementara itu,
sebahagian aset pasaran modal di Malaysia adalah berteraskan prinsip syariah yang
mengamalkan tahap hutang dan pengurusan kewangan yang berhemah.

8. Tambahan lagi, jumlah tabungan negara berada pada paras yang tinggi iaitu sebanyak 37
peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini mencerminkan negara
mempunyai lebihan mudah tunai yang boleh digunakan untuk menjana aktiviti ekonomi.
Sektor perbankan kekal kukuh dengan hutang tak berbayar (NPL) yang rendah iaitu 2.5
peratus dan nisbah modal berwajaran risiko (RWCR) sebanyak 13.2 peratus, jauh melebihi
paras 8 peratus dalam piawaian antarabangsa.

9. Semua pencapaian ini tidak berlaku secara kebetulan. Selain daripada kepimpinan politik
yang berhemah dan bijaksana, kerajaan juga mengiktiraf peranan badan kawalselia seperti
Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti yang telah melaksanakan tugas mereka secara
profesional bagi mengawal-selia sistem kewangan agar sentiasa berada di landasan yang
betul. Pendekatan kerajaan yang menguruskan ekonomi yang dulunya di anggap unorthodox
(melawan arus), tetapi kini telah diiktiraf sebagai satu keperluan bagi mengatasi kemelut
ekonomi terkini yang melanda ekonomi negara besar dunia.

10. Namun yang demikian, kerajaan bukannya "in denial" ataupun menidakkan yang nyata
dan benar sebagaimana tuduhan pembangkang. Walaupun Malaysia tidak mengalami krisis
kewangan secara langsung dan mempunyai asas-asas kewangan yang kukuh, kita sedar
bahawa Malaysia tidak terkecuali atau terlindung daripada menghadapi risiko perkembangan
global yang amat mencabar ini.

11. Bajet 2009 telah dirangka dengan mengambil kira pelbagai faktor dan ianya tidak perlu
dikaji semula sepenuhnya. Bajet 2009 sememangnya sudahpun mengunjurkan pertumbuhan
ekonomi yang lebih perlahan bagi tahun 2009.

Sebagai Kerajaan yang prihatin, penekanan telah diberi kepada pembangunan sosioekonomi
masyarakat, terutamanya yang miskin dan berpendapatan rendah selain daripada
memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan. Dalam perkara ini, penekanan
telah diberi kepada perluasan Jaringan Keselamatan Sosial untuk menyokong golongan
miskin dan berpendapatan rendah, di desa dan di kota, di pekan kecil dan kampung terpencil.

12. Ini selari dengan hasrat kita untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2010,
seperti yang disasarkan oleh YAB Perdana Menteri. Sebagai pengganti beliau di
Kementerian Kewangan, saya akan pastikan hasrat murni ini akan tercapai. Ini juga secara
langsung dapat meningkatkan kuasa beli rakyat dan merangsang pertumbuhan permintaan
dalam negeri. Penekanan juga diberi kepada pelaksanaan program dan projek Rancangan
Malaysia Kesembilan terutamanya yang berimpak tinggi untuk menjana pertumbuhan
ekonomi negara yang berdaya tahan.

13. Dengan itu, Kerajaan komited untuk mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi
mengukuhkan tahap keyakinan di dalam negeri dan terus menjamin kesejahteraan rakyat.
Walaupun hasil Kerajaan akan berkurangan ketika penurunan harga komoditi yang
mendadak serta permintaan global yang lembab, Kerajaan akan terus melaksanakan langkah
perbelanjaan yang telah dirancangkan. Ini termasuk memperluaskan program Jaringan
Keselamatan Sosial, memperkasakan pendidikan, membangunkan infrastruktur sokongan dan
membangunkan kawasan luar bandar, termasuk di Sabah dan Sarawak.

14. Kerajaan yakin ekonomi negara pada tahun ini mempunyai daya tahan untuk menghadapi
persekitaran global yang mencabar kerana momentum pertumbuhan ekonomi negara terus
kukuh. Pertumbuhan ekonomi domestik disokong, terutamanya oleh peningkatan
perbelanjaan permintaan dalam negeri. Berdasarkan senario ini, saya yakin dan percaya
negara akan mencapai sekurang-kurangnya 5 peratus pertumbuhan KDNK bagi tahun 2008.

15. Penunjuk ekonomi global sejak akhir-akhir ini semakin membimbangkan yang dijangka
memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi global dan perdagangan antarabangsa
pada tahun hadapan. Berikutan itu, banyak negara termasuk di rantau Asia, telah menyemak
semula unjuran pertumbuhan KDNK kepada paras yang lebih rendah. Ini termasuklah
Singapura yang telah menurunkan anggaran pertumbuhan KDNK daripada 4 atau 5 peratus
kepada 3 peratus bagi tahun 2008. Bagi tahun 2009, negara India juga telah menurunkan
anggaran pertumbuhan daripada 8.5 peratus kepada 7.7 peratus, manakala pertumbuhan
negara China dijangka menurun daripada 9.7 peratus kepada 9.3 peratus.

16. Dengan mengambil kira kesemua faktor global dan domestik serta pelaksanaan langkah-
langkah tambahan Bajet 2009, saya dengan ini mengumumkan bahawa sasaran pertumbuhan
KDNK yang dikaji semula pada tahun 2009 ialah 3.5 peratus. Ini masih ditahap yang
memuaskan berdasarkan kepada senario ekonomi global semasa.

17. Sementara itu defisit fiskal Kerajaan bagi tahun 2009 masih ditahap yang terkawal yang
dianggarkan sebanyak 4.8 peratus. Punca defisit ini ialah kerana kerajaan memilih untuk
terus mengadakan bajet yang mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi. Tahap ini
adalah serupa dengan anggaran defisit tahun 2008.

Defisit 4.8 peratus ini adalah bersifat sementara, dalam lingkungan yang munasabah
memandangkan negara mempunyai kecairan yang mencukupi untuk meminjam daripada
pelbagai sumber dalaman.

18. Kerajaan akan mengamalkan dasar "expansionary", sepertimana juga yang diamalkan
oleh negara-negara lain pada masa kini. Dalam konteks Bajet 2009 yang telah dibentangkan,
Kerajaan mempunyai fleksibiliti untuk melaksanakan projek-projek tambahan berimpak
tinggi berikutan daripada penjimatan subsidi minyak. Melalui penjimatan ini, sukacita
diumumkan bahawa Kerajaan akan melaksanakan pelbagai inisiatif melibatkan suntikan
peruntukan sebanyak 7 bilion ringgit. Ini adalah penting untuk memangkinkan aktiviti
ekonomi dalam negeri, serta merangsang keyakinan sektor swasta dan menjamin
kesejahteraan rakyat.

19. Kerajaan sedar bahawa harga barang masih ditahap yang membebankan pengguna.
Namun langkah-langkah proaktif sedang diambil seperti kempen penurunan harga barang
oleh pasaraya yang berkaitan. Apabila harga minyak turun, sewajarnya harga barang juga
turun. Oleh itu, para peniaga disaran agar lebih bertanggungjawab dengan tidak terlalu
mengaut keuntungan di samping pengguna wajar mengambil langkah bijak ketika berbelanja.
Kadar inflasi pada 2009 dijangka berada pada tahap 3 hingga 4 peratus, jika harga minyak
sedunia kekal dalam trend menurun sebagaimana sekarang.

20. Mengenai penstabilan harga kelapa sawit, Malaysia dan Indonesia akan terus
bekerjasama rapat. Antara langkah yang diambil ialah megurangkan bekalan sawit melalui
program penanaman semula. Selain itu, usaha untuk mengeluarkan biodiesel daripada sawit,
iaitu adunan 5 peratus biobahan api sawit (metil ester) dengan diesel fosil, akan sentiasa
dipertingkatkan bagi menambah
permintaan terhadap sawit. Mulai bulan Februari 2009, biodiesel ini akan digunakan bermula
dengan kenderaan-kenderaan Kerajaan, diikuti dengan sektor industri dan sektor
pengangkutan. Pengadunan ini dianggarkan akan memerlukan sebanyak 500,000 tan minyak
sawit setahun apabila dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun 2010.

21. Kerajaan memang memberi perhatian kepada p ekebun kecil terutamanya yang terlibat
dalam sektor pertanian. Bagi mengurangkan kos input pertanian terutamanya baja, Kerajaan
bersetuju memansuhkan duti import sebanyak 5 peratus yang dikenakan ke atas 7 jenis baja.
Ini adalah tambahan kepada penghapusan duti import ke atas satu jenis baja semasa
pembentangan Bajet 2009. Dengan langkah ini, semua baja mineral yang diimport tidak lagi
dikenakan duti. Di samping itu, dengan penurunan harga minyak mentah, pihak industri
pengeluar baja tempatan telah bersetuju untuk membantu usaha kerajaan dalam
mengurangkan sekurang-kurangnya 15 peratus harga baja dengan serta merta.

22. Dalam usaha memperkukuhkan daya tahan negara dan mengekalkan momentum
pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar,
Kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah tambahan dalam Bajet 2009.

Penekanan akan diberi untuk menggalakkan aktiviti ekonomi domestik bagi menjana
pertumbuhan ekonomi. Dasar "export-led recovery", yang diamalkan semasa krisis kewangan
1997/98 dengan jayanya, tidak dapat dilaksanakan dalam suasana kini, memandangkan
keadaan permintaan dan perdagangan antarabangsa semakin lembab.
23. Pembentangan Bajet 2009 yang lalu telah mengambilkira dan mengunjurkan senario
global yang mencabar bagi tahun 2009. Namun, perubahan perkembangan ekonomi global
yang mendadak sejak akhir-akhir ini memerlukan kita mengambil tindakan proaktif untuk
menangani kesan daripada krisis global masa kini.

Keadaan yang luar biasa memerlukan tindakan yang juga luar biasa ataupun dengan izin,
"extraordinary times, require extraordinary measures".

24. Kerajaan sedar bahawa langkah-langkah tambahan biasanya tidak diumumkan dalam
ucapan penggulungan. Walaupun pengumuman langkah tambahan ini mungkin merupakan
tindakan "unprecedented", ini perlu dalam suasana global yang semakin getir. Perlu
ditekankan bahawa jumlah perbelanjaan yang dibentang pada Bajet 2009 masih tidak
berubah. Segala perbelanjaan yang digunakan untuk langkah-langkah tambahan ini adalah
hasil penjimatan dari subsidi minyak.

25. Pembangkang telah mencadangkan suatu bajet alternatif yang bersifat menguncup
(contractionary) dengan potongan sebanyak 24 bilion ringgit daripada jumlah Bajet 2009. Ini
adalah suatu cadangan yang akan membawa ke lembah kehancuran ekonomi sebagaimana
yang pernah dicadangkan pada tahun 1997 oleh Menteri Kewangan ketika itu. Sebaliknya,
cadangan yang diumumkan ini adalah bersifat expansionary sebagai penjana pertumbuhan
yang berganda sifatnya.

Ketika ekonomi dunia menguncup, langkah yang tepat ialah menyuntik dana tambahan agar
ekonomi tidak mengalami kemelesetan, sebaliknya boleh terus berkembang. Inilah
perbezaan yang amat ketara antara cadangan bernas kerajaan dan cadangan hampas pihak
pembangkang.

26. Kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal yang mengembang (expansionary). Untuk ini,
Kerajaan akan menyemak semula projek-projek dengan tujuan untuk memberi keutamaan
kepada projek yang boleh dilaksanakan segera serta mempunyai kesan pengganda yang
tinggi (high multiplier effect) dan kandungan import yang rendah. Ini akan dilaksanakan
tanpa menjejaskan jumlah perbelanjaan pembangunan yang telah diperuntukkan bagi tahun
2009 sebelum ini. Sebagai contoh, Kerajaan telah menangguhkan pembelian helikopter untuk
Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, supaya penjimatan ini boleh
digunakan bagi projek pembangunan yang lain.

Tuan Yang Dipertua,

27. Sebagai tanda dan bukti kerajaan amat prihatin te ntang kesejahteraan rakyat, maka
penjimatan 7 bilion ringgit daripada subsidi minyak akan disalurkan seperti berikut:

Pertama:

* Untuk memastikan lebih ramai rakyat mampu untuk memiliki rumah, sebanyak 1.2 billion
ringgit diperuntukkan bagi membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.

* Dengan peruntukan tambahan ini, sebanyak 6,500 unit rumah akan dibina oleh Syarikat
Perumahan Negara Berhad, sebanyak 4,000 unit rumah akan dibina di bawah Program
Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan 15,000
unit rumah yang bernilai diantara 30 ribu ringgit hingga 35 ribu ringgit sebuah untuk
Semenanajung dan di antara 35 ribu ringgit hingga 40 ribu ringgit untuk Sabah dan Sarawak.
Rumah ini akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di bawah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dianggarkan secara purata, sebanyak 100
buah rumah PPRT akan dibina di setiap daerah di seluruh negara.

* Program Amal Jariah, yang dikendalikan oleh Prokhas, anak syarikat Menteri Kewangan
Diperbadankan, adalah bertujuan membaikpulih rumah usang rakyat miskin tegar supaya
mereka dapat menikmati rumah yang selesa dan selamat didiami.

Program yang mula dilancarkan pada awal tahun ini, telah berjaya membaik pulih 7,000 unit
rumah yang dianggar melibatkan peruntukan sebanyak 40 juta ringgit. Pada tahun 2009,
Prokhas akan membaiki 15,000 unit rumah sementara Khazanah Nasional akan
menyelaraskan usaha-usaha syarikat GLC untuk melaksanakan Program Sejahtera yang
melibatkan pembaikan 5,000 buah rumah.

* Selain itu, untuk memudahkan golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai
pendapatan tetap mendapatkan pinjaman perumahan , Kerajaan telah menyediakan Skim
Jaminan Kredit Perumahan bagi pinjaman perolehan rumah sehingga 100 ribu ringgit.
Semenjak dilancarkan, sebanyak 800 peminjam, termasuk peniaga kecil, petani dan nelayan,
telah diluluskan pinjaman berjumlah 35 juta ringgit.

Kedua:

* Bagi mengiktiraf peranan anggota keselamatan dan menjaga kebajikan mereka, sebanyak
500 juta ringgit diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai
dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera iaitu 250 juta ringgit untuk polis dan 250
juta ringgit juga untuk tentera.
* Projek ini akan dilaksanakan dengan segera kerana pada pandangan kerajaan, kebajikan
anggota pasukan keselamatan wajar sentiasa didahulukan.

Ketiga:

* Sebanyak 600 juta ringgit diperuntukkan bagi projek-projek kecil di bawah program
Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), contohnya
menyenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil.

* Peruntukan ini akan dapat juga membantu kontraktor-kontraktor kecil bagi menyelesaikan
masalah kekurangan projek pembinaan. Selain itu, ia dapat memberikan prasarana yang lebih
sempurna kepada rakyat, khasnya di luar bandar.

Keempat:

* Sebanyak 500 juta ringgit diperuntukkan bagi menyenggara dan membaik pulih
kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalanraya.

Kelima:

* Sebanyak 500 juta ringgit akan diperuntukan untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di
luar bandar, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.

* Sekali lagi ini melambangkan keprihatinan kerajaan bagi mengembangkan sektor


pembinaan yang mempunyai kesan gandaan tinggi selain memastikan budaya
penyelenggaraan dijadikan amalan. Pada ketika yang sama, kebajikan rakyat dalam
pendidikan, perubatan dan perhubungan dapat diperbaiki.

Keenam:

* Untuk merangsangkan lagi pendidikan negara dan mengambil kira kehendak semua kaum,
maka kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 200 juta ringgit kepada empat kumpulan
sekolah, iaitu 50 juta ringgit untuk sekolah agama bantuan kerajaan, 50 juta ringgit untuk
"mission school", 50 juta ringgit untuk SJK Cina dan 50 juta ringgit untuk SJK Tamil.
Ketujuh:

* Sebanyak 300 juta ringgit diperuntukkan bagi menubuhkan dana untuk melaksanakan
program latihan kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan dan
industri, terutamanya di Koridor-koridor Pembangunan. Agihan dana ini akan diselaraskan
dengan pihak berkuasa koridor pertumbuhan, Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri dan
lain-lain organisasi yang berkaitan. Sektor yang akan diberi tumpuan untuk latihan tersebut
adalah sektor pelancongan, kesihatan, pembinaan dan "business process outsourcing".

Kelapan:

* Kerajaan amat sedar bahawa kos sara hidup di bandar adalah tinggi termasuk untuk
menampung kos pengangkutan. Oleh itu, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 500 juta
ringgit bagi menyelenggara dan memantapkan lagi sistem pengangkutan awam khususnya
sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar-bandar utama.

* Seperti yang dibentang oleh YAB Perdana Menteri, kerajaan adalah komited untuk
meperluaskan sistem pengangkutan awam agar lebih cekap dan "reliable", termasuk
melaksanakan projek utama seperti penambahan sistem LRT, meningkatkan kapasiti aliran
Kelana Jaya dan aliran Ampang, memperluaskan lagi perkhidmatan rel di Lembah Klang dan
mengujudkan satu aliran baru dari Kota Damansara ke Cheras. Kesemua usaha ini akan
memberi manfaat kepada lebih 1 juta pengguna.

Kesembilan:

* Sebanyak 1.5 bilion ringgit diperuntukkan bagi menubuhkan Dana Pelaburan untuk
menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta;

* Dana ini adalah bertujuan menarik aktiviti pelaburan swasta yang berdaya maju. Tumpuan
akan diberi kepada sektor strategik yang bernilai tambah tinggi dan projek berimpak besar
dari segi nilai pelaburan, teknologi dan "knowledge workers".

* Dana ini akan digunakan untuk memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada
pelabur. Pendekatan sebegini telah berjaya menarik pelabur dalam sektor perkhidmatan
berteknologi tinggi, seperti Dell, Hewlett Packard dan Satyam, ke Cyberjaya serta dalam
sektor pembuatan bernilai tambah yang tinggi, seperti pengeluaran panel solar, industri
aeroangkasa dan komponen kapal terbang.

Kesepuluh:

* Sebanyak 400 juta ringgit diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur
Lebar Berkelajuan Tinggi.

* Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi ini adalah penting untuk memastikan daya saing
negara pada masa hadapan. Prasarana sebegini akan meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan aktiviti ekonomi, perniagaan dan seterusnya melonjakkan negara ke tahap nilai
tambah yang lebih tinggi.

Selain itu, pelaksanaan projek ini akan meningkatkan kualiti hidup rakyat di samping
menjadi pemangkin kepada pelaburan swasta dalam sektor berteknologi tinggi. Ia juga akan
menyumbang kepada pertumbuhan KDNK dan menambahkan peluang pekerjaan. Menjelang
akhir 2009, perkhidmatan ini akan dapat disediakan kepada 300,000 premis, terutamanya di
Lembah Klang dan juga kawasan industri seperti di Bayan Baru, Senai dan Kulim.

* Pihak pembangkang telah mencadangkan agar projek ini dikaji semula. Sebenarnya, jika
kita lambat untuk melaksanakannya, negara akan terus tertinggal ke belakang di dalam arus
kepesatan teknologi moden, selaras dengan keperluan pembangunan ekonomi masa kini.

Kesebelas:

* Untuk membina modal insan melalui program-program latihan yang diurus oleh
kementerian yang berkaitan, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 200 juta ringgit. Ini
adalah peruntukan bagi membiayai program daripada institusi latihan swasta dan pesertanya
terdiri daripada golonga n belia dan beliawanis daripada semua kaum. Nama-nama pelatih
boleh dikemukakan oleh kementerian yang berkenaan seperti Kementerian Belia dan Sukan,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sumber Manusia serta Pembangunan Wanita dan
Keluarga.

Keduabelas:

* Untuk memperkasakan golongan belia melalui program program baru, kerajaan akan
memperuntukkan sebanyak 100 juta ringgit. Antara program yang terlibat ialah rakan muda
sekolah, rakan muda sektoral yang melibatkan kampung baru Cina, estet untuk kaum India,
kampung orang asli dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.

Ketigabelas:

* Untuk menggerakkan semula projek perumahan yang terbengkalai di kawasan-kawasan


strategik terpilih dan berdaya maju, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak 200
juta ringgit. Projek ini akan diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Keempatbelas:

* Untuk menambahkan premis perniagaan di samping memperindahkan suasana pekan-


pekan kecil yang terpilih di seluruh negara, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 100
juta ringgit. Ini akan dapat menambah bilangan usahawan kecil dan sederhana, termasuk
memasarkan produk keluaran tempatan. Program ini akan dilaksanakan oleh MARA di
bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Kelimabelas:

* Untuk melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti, sebanyak 200 juta ringgit
diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur 1 hingga 6 tahun. Ini
termasuk program seperti PERMATA negara, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelas
Pra Sekolah.

28. Penjimatan 7 billion yang diperolehi daripada subsidi ini akan diperuntukkan semula oleh
Kementerian Kewangan untuk melaksanakan projek-projek yang telah disebutkan.
Penjimatan ini merupakan suatu rahmat untuk diagihkan kepada rakyat di samping dapat
menjana pertumbuhan ekonomi. Usaha-usaha ini akan memberikan kesan positif antara lain
dalam sektor pembinaan, perumahan, pengangkutan, pelaburan, latihan dan teknologi
maklumat.

29. Kerajaan sedar bahawa di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kepantasan
bertindak untuk melaksanakan semua program yang baru disebutkan tadi adalah amat
kritikal. Oleh itu, kerajaan akan menubuhkan Unit Pengurusan Projek (Project Management
Unit - PMU) di bawah Kementerian Kewangan untuk memantau dan menyelaras
pelaksanaan projek kritikal dan berimpak tinggi, ke arah memastikan pelaksanaan yang
cekap dan berkesan.
Tumpuan akan diberi bagi projek yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi serta
kritikal bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Unit ini akan melapor terus kepada Menteri
Kewangan dan dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan, badan kawal selia, dan
syarikat berkaitan kerajaan yang terpilih.

30. Sebagai satu langkah baru untuk menjana pendapatan tambahan dan mencetuskan
kegiatan ekonomi tempatan yang lebih rancak, Kerajaan bercadang untuk memaksimumkan
pulangan daripada semua aset yang sedia ada termasuk tanah-tanah yang belum dibangunkan
lagi. Antara aset tersebut ialah tanah di lokasi strategik yang boleh dimajukan. Sehubungan
dengan ini, kerajaan bercadang untuk menggunakan kaedah baru, iaitu dengan memanggil
tender terbuka, yang melibatkan sektor swasta dan GLC bagi memajukan tanah tersebut.

Kerajaan akan menentukan kriteria dan skop pelan pembangunan yang akan disertai dalam
syarat syarat tawaran. Sekiranya konsep pembangunan ini dapat dilaksanakan, kerajaan
dijangka akan memperolehi pendapatan yang besar. Kerajaan akan mengenal pasti
aset-aset, dalam bentuk tanah-tanah yang strategik, yang boleh ditawarkan di bawah inisiatif
ini termasuk tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh, tanah Kerajaan di Jalan
Cochrane dan Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur.

31. Walaupun kita menghadapi kemelut ekonomi global, Kerajaan akan tetap mampu untuk
memperluaskan liputan Jaringan Keselamatan Sosial ke arah meningkatkan pendapatan dan
kuasa beli rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah. Dalam hal ini, usaha sedang
dilaksanakan ke arah pendaftaran serta liputan penuh penerima bantuan berdasarkan tahap
kelayakan baru yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2009 yang lalu.

Syarat asas pemberian Bantuan Kebajikan Bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) telah di naikkan daripada 400 ringgit kepada 720 ringgit untuk Semenanjung
Malaysia, 830 ringgit untuk Sarawak dan 960 ringgit untuk Sabah, selaras dengan
Pendapatan Garis Kemiskinan. Dengan ini, bilangan isirumah yang akan menerima bantuan
akan meningkat daripada 55,000 kepada 110,000 orang. Kerajaan mensasarkan liputan penuh
akan dicapai pada akhir tahun ini.

32. Pada masa ini, caruman majikan kepada KWSP adalah 12 peratus manakala caruman
pekerja adalah 11 peratus. Sebagai langkah untuk menambah pendapatan boleh guna pekerja,
Kerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman pekerja KWSP
secara sukarela sebanyak 3 peratus selama 2 tahun, mulai 1 Januari 2009.

Dengan penurunan ini, jumlah caruman masih pada tahap munasabah 20 peratus, iaitu 12
peratus majikan dan 8 peratus pekerja. Seseorang yang berpendapatan 2,000 ringgit sebulan
akan memperolehi pendapatan boleh guna
tambahan sebanyak 60 ringgit sebulan, manakala seseorang yang berpendapatan 6,000
ringgit sebulan akan memperolehi pendapatan boleh guna tambahan sebanyak 180 ringgit
sebulan.

Sekiranya semua pencarum memilih untuk mengurangkan caruman, jumlah yang terlibat
adalah 4.8 bilion ringgit setahun. Sekiranya kita mengandaikan bahawa hanya 50 peratus
daripada pencarum akan menggunakan kemudahan ini, perbelanjaan penggunaan swasta
dijangka meningkat sebanyak 2.4 bilion ringgit.

33. Untuk memudahkan penjawat awam memiliki kereta, Kerajaan akan meningkatkan had
kelayakan pinjaman kereta bagi penjawat awam seperti berikut:

* Bagi gred JUSA, had kelayakan dinaikkan daripada 60,000 ringgit kepada 70,000 ringgit;

* Bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada 55,000 ringgit kepada 65,000
ringgit; dan

* Bagi kumpulan sokongan, had kelayakan dinaikkan daripada 45,000 ringgit kepada 55,000
ringgit.

Penjawat awam juga akan diberi kebenaran untuk mengambil pinjaman perumahan bagi
hartanah di pasaran sekunder di mana hakmilik strata belum dikeluarkan.

34. Kerajaan telah mengumumkan tempoh bayaran balik bagi pinjaman perumahan baru
kakitangan Kerajaan dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun. Untuk memastikan
peminjam sedia ada mendapat kemudahan yang sama, peminjam diberi pilihan untuk
melanjutkan tempoh pinjaman kepada 30 tahun. Langkah ini akan dapat membantu
menambah pendapatan boleh guna peminjam.

Sebagai contoh, seorang penjawat awam yang kini mempunyai pinjaman sebanyak 190,000
ringgit selama 25
tahun, dan telah pun menjelaskan pinjaman beliau selama 10 tahun, dengan melanjutkan
tempoh pinjamannya, beliau dapat mengurangkan ansuran bulanannya daripada 1,000 ringgit
sebulan kepada 820 ringgit sebulan ataupun lebihan pendapatan boleh guna sebanyak 180
ringgit sebulan.

Pihak kerajaan, melalui Bank Negara, juga akan menyaran dan menggesa pihak bank
mengambil inisiatif untuk
memberi kelonggaran dan menstrukturkan semula pinjaman bagi peminjam-peminjam yang
memerlukan.

35. Untuk menggalakan perkembangan perniagaan runcit dan industri pelancongan domestik,
maka kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
memberi kebenaran untuk pasar raya besar (hypermarkets) melanjutkan masa perniagaan
sehingga jam 11 malam pada hari biasa. Pada hujung minggu pula, ia boleh dibuka sehingga
jam 1 pagi. Untuk pasar raya di pusat membeli belah, premis ini boleh dibuka sepanjang
masa tertakluk kepada kebenaran kerajaan tempatan.

Selain itu, langkah ini adalah selaras dengan objektif untuk menjadikan negara sebagai
destinasi membeli-belah yang menarik. Kerajaan berharap dengan langkah ini, kompleks
membeli-belah akan terus menyambut dengan baik usaha kempen penurunan harga barang
yang telah dimulakan baru-baru ini.

36. Kerajaan juga komited kepada usaha meliberalisasikan sektor perkhidmatan di bawah
Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan ASEAN (AFAS)Pertubuhan Perdagangan Dunia
(WTO) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di peringkat dua hala dan serantau. Di
bawah AFAS, semua sektor perkhidmatan akan dibuka sehingga 70 peratus pegangan asing
pada 2015. Antara sektor yang akan dibuka termasuklah sektor logistik, aktiviti-akitiviti
tertentu dalam sektor telekomunikasi, pelancongan, perkhidmatan hospital swasta dan sektor
pengajian tinggi.

Kerajaan akan membuat pengumuman terperinci setelah mendapat kelulusan Kabinet


berasaskan cadangan daripada Kementerian Perdagagangan Antarabangsa dan Industri.

37. Dalam hal ini, Kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan
dan modal insan. Kapasiti sektor perkhidmatan akan ditingkatkan melalui program latihan
pekerja tempatan serta memudahkan pengaliran masuk pekerja mahir dan profesional asing.

38. Pelancongan kesihatan dan pendidikan merupakan subsektor yang berpotensi besar dalam
sektor perkhidmatan. Untuk terus merangsang dalam subsektor
tersebut, Kerajaan akan menyediakan garis panduan untuk memudahcara pengambilan
profesional dan pelatih asing, memudahkan pengiktirafan kelayakan asing, memudahcara
proses visa bagi pesakit dan keluarga serta menyelaras syarat-syarat berkaitan dengan
penubuhan dan operasi hospital dan pusat latihan kesihatan.

Pendekatan yang serupa akan diambil bagi subsektor pelancongan pendidikan, termasuk
penubuhan sekolah swasta antarabangsa, dengan tumpuan diberi kepada koridor
pertumbuhan seperti Iskandar Malaysia.

39. Untuk menggalakkan aktiviti sektor swasta, langkah-langkah liberalisasi berikut akan
diambil:

Pertama:

* Menghapuskan duti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang (long iron and steel
products) untuk sektor pembinaan dan pembuatan. Di samping itu, semua Approved Perm it
(AP) bagi keluaran besi keluli panjang akan dikecualikan.

Langkah ini akan dapat menyokong usaha Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan sektor
pembinaan, di samping menyediakan persekitaran yang kompetitif dalam
industri bekalan bahan binaan negara;

Kedua:

* Membenarkan individu atau entiti asing untuk membeli hartanah komersil bernilai 500,000
ringgit atau lebih, tanpa memerlukan kelulusan FIC, dengan syarat hartanah tersebut adalah
untuk kegunaan sendiri. Langkah ini adalah untuk menggalakkan pelaburan, terutamanya
pembangunan sektor hartanah negara;

Ketiga:

* Bagi memudahkan proses pengambilan pekerja asing berasaskan pengetahuan (knowledge


worker), permit kerja, yang pada masa ini diberi kepada majikan, akan juga diberi secara
langsung kepada pekerja tersebut. Oleh itu, langkah ini akan meningkatkan fleksibiliti
pekerja demikian dalam pasaran kerja, kerana mereka tidak akan terikat dengan majikan
masing-masing.

40. Pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan akan membawa kepada penjanaan peluang
pekerjaan yang lebih lembab dan juga pengangguran. Oleh itu, dalam usaha menyediakan
lebih banyak peluang latihan dan pekerjaan, Kerajaan akan mengambil langkah-langkah
berikut:
Pertama:

Kerajaan, melalui syarikat GLCs seperti Khazanah dan PNB akan melancarkan "Graduate
Employability Management Scheme" (GEMS), yang didasarkan kepada skim graduan
terdahulu yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC dengan jayanya. Kerajaan
bercadang untuk menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha GLC dalam menangani
masalah graduan menganggur ini dengan mewujudkan satu program bagi meningkatkan
keupayaan dan kemahiran mereka sebelum mereka diserap atau mendapat pekerjaan di
syarikat GLC mahupun swasta. Sasaran program ini ialah
untuk melatih sehingga 12,000 graduan dalam jangkamasa dua tahun. Kerajaan yakin,
progam ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan domestik di samping
memberi pengalaman yang berharga kepada graduan terlibat.

Kedua: Mempercepatkan pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dan amat
diperlukan dalam sektor awam. Pada masa ini, kekosongan jawatan kritikal dalam
sektor awam adalah 18,000. Kekosongan ini akan diisi secara kontrak, sementara menunggu
proses pelantikan secara tetap. Dalam tahun ini, lebih 1,300 kakitangan
telah dilantik secara kontrak bagi Jabatan Kerja Raya bagi meningkatkan keupayaannya
dalam melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa Kerajaan tidak bercadang untuk
memberhentikan kakitangan kontrak di dalam perkhidmatan Kerajaan sebagaimana
dilaporkan dalam media.

41. Untuk membantu usahawan yang menjalankan perniagaan kecil, Bank Negara Malaysia
akan menyediakan pinjaman mudah sebanyak 200 juta ringgit bagi melaksanakan skim
mikro kredit. Dana tambahan ini akan diselaras dan diagihkan melalui saluran sedia ada.
Selain itu, Kerajaan juga telah menyediakan dana modal pusingan 100 juta ringgit untuk
Program Kewangan Mikro Bandar.

Program ini diletakkan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memandangkan kejayaan
program yang sama bagi kawasan luar bandar. Semenjak dilancarkan awal tahun ini,
Program Kewangan Mikro Bandar sehingga kini telah mengeluarkan pembiayaan melebihi
setengah juta ringgit kepada hampir 200 peminjam.

42. Untuk merangsang aktiviti pasaran modal, saya telah mengumumkan penambahan dana
Valuecap sebanyak 5 bilion ringgit untuk pembelian ekuiti syarikat-syarikat yang
mempunyai asas yang kukuh tetapi nilai pasaran mereka
kini terjejas berikutan kesan pergolakan pasaran ekuiti global. Dana tambahan ini akan
diperolehi melalui pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) yang dijamin oleh Kerajaan. Oleh itu, pinjaman ini bukan sahaja menjamin
pulangan yang lebih tinggi daripada kadar deposit institusi perbankan, tetapi
juga merupakan pelaburan yang mempunyai risiko yang paling minimum kepada KWSP.

43. Pemegang ekuiti Valuecap, iaitu Khazanah Malaysia, Permodalan Nasional Berhad
(PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), merupakan agensi-agensi Kerajaan yang
mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan pelabur terbesar dalam pasaran ekuiti
negara. Valuecap ditubuhkan pada tahun 2003 dengan dana sebanyak 5 bilion ringgit.
Sebagai pelabur jangka panjang, Valuecap melabur dalam syarikat-syarikat blue chips di
sektor-sektor utama seperti kewangan, perkhidmatan, perladangan, pembinaan, hartanah,
industri, tenaga, dan
komunikasi.

Valuecap mempunyai mandat untuk melabur dalam mana-mana syarikat dan bukan sahaja
dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs). Langkah yang serupa juga telah dilaksanakan di
beberapa negara, seperti Tracker Fund of Hong Kong semasa krisis kewangan tahun 1998
dan baru-baru ini, oleh Qatar Investment Authority dan juga sebuah dana pencen terbesar di
Korea.

44. Untuk melancarkan lagi proses perolehan kerajaan supaya lebih telus dan mendapat
"value for money", kerajaan akan memastikan bahawa sebahagian besar
perolehan kerajaan akan dilakukan melalui tender terbuka dan tender terhad.

Perolehan kerajaan untuk kontrak-kontrak bumiputera juga akan ditenderkan melalui


"competitive bidding" di kalangan syarikat-syarikat bumiputera. Hasrat kerajaan ialah supaya
kontraktor-kontraktor bumi putera dapat bersaing dengan sihat dan meningkatkan lagi daya
tahan mereka. Walau bagaimanapun, kerajaan masih ada budi bicara untuk menimbangkan
rundingan terus atas pertimbangan tertentu. Pengecualian daripada dasar ini akan hanya
dibuat di dalam keadaan tertentu sahaja.

45. Langkah-langkah yang diumumkan ini, Insya-Allah, akan dapat menangani impak
daripada suasana global yang mencabar. Saya yakin kesejahteraan rakyat akan terus dapat
dijamin manakala pembangunan negara akan terus dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tuan Yang Dipertua,

46. Dengan penjelasan tentang senario ekonomi global dan domestik serta langkah-langkah
tambahan Bajet 2009 di atas, saya berpendapat beberapa isu utama berhubung Bajet 2009
yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Ahli-ahli Yang
Berhormat yang lain telah dijawab. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
menjawab isu-isu lain yang telah dibangkitkan oleh ahli-ahli di Dewan yang mulia ini.
PENUTUP

Tuan Yang DiPertua,

47. Selama lebih 5 jam Ketua Pembangkang telah berhujah tentang Bajet 2009. Ia merupakan
sesuatu yang luar biasa jika dibanding cuma satu jam setengah masa pembentangan Bajet
2009 oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008. Namun tuduhan-tuduhan Permatang
Pauh yang menyatakan Bajet 2009 ini tidak boleh digunapakai ternyata meleset. Malah usaha
pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pada 16 Sept 2008 tidak lebih daripada suatu
fatamorgana, "mirage", impian yang tidak menjadi kenyataan.

48. Yang pasti, usaha itu telah menyebabkan berlakunya ketidakstabilan suasana harmoni
dan merenggangkan keyakinan pelabur asing kepada negara kita.

Sesungguhnya kerajaan Barisan Nasional akan terus kukuh bagi menjaga kepentingan
pelbagai kaum di negara ini. Semangat Bajet 2009 iaitu Kerajaan Prihatin akan terus
menerajui perjuangan murni yang menjadi landasan teras kerajaan Barisan Nasional.

49. Dalam menghadapi persekitaran yang mencabar ini, saya menyeru kepada semua rakyat,
baik di dalam atau luar negeri, untuk sama-sama menyumbang ke arah memastikan krisis ini
ditangani dengan jayanya. Kita perlu belajar daripada pengalaman yang lalu, di mana kita
berjaya mengharungi setiap krisis dengan semangat bersatu padu dan kerjasama yang erat.

50. Semua pihak mempunyai peranan yang penting dalam memastikan negara kita terus
membangun dengan maju, tidak kira sektor awam, sektor swasta, badan bukan Kerajaan
(NGOs) mahupun parti politik. Saya yakin, gandingan dan usahasama yang jitu akan
membolehkan kita berjaya menangani cabaran yang kita sedang hadapi ini, Insya-Allah.

51. Sebesar mana dan setinggi mana pun rempuhan badai kemelesetan ekonomi dunia, akan
kita hadapi dengan persiapan rapi. Benteng pertahanan kita wajar semakin tegap dengan
sokongan akrab dan dokongan mantap dari semua pihak.

Marilah kita menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab untuk membina ekonomi
negara melalui Bajet 2009 ini. Hasrat murni kita ini dilandasi dengan penuh
sifat berhemah dan bijaksana demi mengutamakan kepentingan negara tercinta dan membela
rakyat jelata.
ISU:

TRANSFORMASI EKONOMI MALAYSIA


KE ARAH PERSAINGAN KOMPETETIF

Disediakan oleh:

Majlis Perwakilan Pelajar


Universiti Malaysia Pahang(UMP) sesi 2008/2009

PENGENALAN

Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang diilhamkan Allahyarham Tun Abdul Razak telah
banyak memberikan kebaikan dan membuka ruang-ruang ekonomi kepada rakyat
Malaysia. Namun begitu, dasar yang banyak menaungi sebahagian besar orang
melayu ini dikatakan tidak mencapai sasaran yang diingini kerana dimonopoli oleh
golongan-golongan tertentu. Hasrat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun
Razak yang menyatakan semangat DEB sewajarnya diteruskan perlu dipandang
serius dari segi pelaksanaannya supaya perkara yang sama tidak berulang. Krisis
ekonomi yang melanda Amerika Syarikat telah memberi kesan langsung kepada
semua negara di seluruh dunia. Malaysia yang masih bergantung kepada eksport
dan import dagangan dunia memerlukan pakej rangsangan ekonomi yang
membantu menjana prestasi ekonomi negara. Stimulus pakej rangsangan ekonomi
ke dua sebanyak RM 60 billion yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Dato’ Seri
Najib Tun Razak pada 10 Mac 2009 di parlimen mengejutkan banyak pihak dan
memberikan keyakinan baru kepada pelabur untuk terus menjadikan Malaysia
sebagai destinasi utama pelaburan. Persoalannya, apakah komitmen pihak
pemerintah untuk memastikan setiap usaha dan perancangan dilaksanakan dengan
baik.

Antara kesan awal Transformasi Ekonomi Malaysia ialah membuka peluang


pekerjaan seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia. Persoalannya ialah sejauh mana
anak-anak muda terutamanya dikalangan graduan tempatan merebut peluang
mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang sedia ada. Seterusnya mengurangkan
jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Transformasi ekonomi akan membantu
membahagikan kekayaan negara mengikut nisbah populasi setiap kaum. Dengan
slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan akan memberi
ruang seluas-luasnya kepada transformasi ekonomi yang diharapkan dapat
membantu seluruh rakyat Malaysia. Kesan lain yang akan dialami oleh Malaysia
ialah peningkatan aliran pelabur asing di Malaysia. Keyakinan pelabur asing
seharusnya menjadi keutamaan pemerintah Malaysia dalam memastikan ekonomi
terus berdaya saing dan mampan.
KESAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG

Kesan transformasi ekonomi ini secara langsung mampu meningkatkan peluang


pekerjaan daripada pelbagai sektor. Kita dapat melihat pelbagai iklan-iklan
tawaran kerja dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan menunjukkan ruang kerja
yang meluas. Contohnya disektor kejuruteraan, peluang pekerjaan disediakan oleh
banyak pihak seperti Petronas, Hicom dan Sime Darby. Ini juga disebabkan oleh
peningkatan taraf pendidikan dikalangan masyarakat terutamanya pemuda-pemudi
tunjang negara pada masa akan hadapan. Di sini, lahirlah graduan-graduan yang
berintelektual dan berdaya saing. Sumber tenaga kerja yang telah dibentuk amat
diperlukan disebabkan oleh persaingan kompetitif yang wujud dikalangan syarikat-
syarikat yang ingin terus meningkatkan prestasi syarikat masing-masing. Syarikat
tempatan akan bersaing diantara satu sama lain bersama-sama dengan syarikat
dari pelabur asing. Kesan pertambahan peluang pekerjaan ini juga mampu
membasmi kemiskinan dan pengurangan kadar pengangguran disamping
meningkatnya taraf hidup di semua lapisan masyarakat. Kesan tidak langsung dari
penyertaan pelaburan asing ke negara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada
penambahan ilmu kepakaran dan kemodenan dari segi infrastruktur.

Seterusnya, antara kesan lain ialah mengurangkan jurang ekonomi antara kaum
khususnya dari segi pendapatan isi rumah, pemegangan ekuiti, pemilikan harta,
dan produktiviti.

Malaysia merangkumi tiga kaum utama iaitu Bumiputera sabanyak 65% dan bukan
Bumiputera yang mencangkupi Cina sebanyak 25% dan India sebanyak 7% dan
bakinya terdiri daripada kaum-kaum lain. Oleh itu dalam merealisasikan
transformasi ekonomi, pembahagian harta kekayaan yang perlu dikuotakan di
negara kita seharusnya mengikut nisbah populasi kaum di negara ini bagi menjamin
pembahagian harta secara adil dan seterusnya mengurangkan jurang antara kaum
di Malaysia.

Kita sedar bahawa dalam Rancangan Malaysia ke-9, pelbagai langkah telah diambil
oleh pemerintah dalam membasmi kemiskinan yang secara tidak langsung dapat
mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Pemerintah telah berjaya
mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6
peratus pada tahun 2007 dengan bermatlamatkan kemiskinan tegar dapat
dihapuskan menjelang tahun 2010. Oleh itu, dalam membentuk transformasi
ekonomi kearah persaingan kompetetif, pemerintah seharusnya menukar bantuan
yang diberikan untuk jangka masa pendek kepada bantuan yang dapat
diperkembangkan ibaratnya seperti memberi joran dan diajarkan kepada mereka
untuk memancing ikan. Pada masa kini dibawah pemerintahan Dato’ Seri Najib Tun
Abdul Razak, Perdana Menteri yang baru, pemerintah akan membangunkan sektor
perkhidmatan dan juga menggalakkan sektor pembuatan yang menjadi peneraju
kekayaan negara. Justeru, pengusaha perusahaan kecil sederhana (PKS) perlu
mengambil peluang ini dalam menjadi pengeluar yang kompetitif bagi memastikan
kelangsungan produk mereka kekal dalam pasaran dan seterusnya jurang antara
kaum dapat dikurangkan dan memastikan pembangunan dan kemajuan negara
dalam keadaan stabil.

Salah satu kesan daripada transformasi ekonomi Malaysia ke arah persaingan


kompetetif adalah lebih banyak aliran pelaburan asing berlaku. Peningkatan aliran
kemasukan pelaburan asing akan membantu prestasi ekonomi sesebuah negara.
Perpindahan teknologi dan kemasukan buruh mahir asing secara tdak langsung
dapat meningkatkan pertumbuhan negara melalui perkongsian maklumat dan
perpindahan teknik-teknik pengeluaran yang cekap. Peluang pekerjaan domestik
dan tenaga mahir serta separa mahir tempatan akan meningkat disebabkan oleh
aktiviti pelaburan oleh syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini. Selain
itu, kemasukan pelaburan asing akan meningkatkan defisit akaun pendapatan
pelaburan negara kerana penghantaran pulang pendapatan pelaburan oleh negara
asal. Tambahan pula, liberalisasi perdagangan dan liberalisasi kewangan yang
berlaku menyebabkan aliran dana antara negara agak bebas bergerak dari satu
negara ke negara yang lain.

KRITIKAN DAN PEKARA YANG PERLU DIAMBIL BERAT

Transformasi ekonomi merupakan agenda penting negara yang memerlukan usaha


dan komitmen berterusan terutamanya daripada pemerintah Malaysia. Rakyat pada
amnya meletakkan harapan tinggi terhadap kepimpinan negara Malaysia di bawah
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak untuk memacu
pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada lebih stabil dan mampan. Pemerintah
Malaysia seharusnya mengambil berat soal daya tahan ekonomi Malaysia dalam
jangka masa panjang dan pendek. Daya tahan ekonomi Malaysia terhadap
spekulator asing yang mengancam kestabilan akan mempengaruhi pelabur asing
masuk ke dalam pasaran Malaysia. Antara langkah-langkah Transformasi Ekonomi
yang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah:

1. Kestabilan politik Malaysia

-Pihak pemerintah bersama-sama pihak pembangkang seharusnya lebih proaktif


mencari titik persamaan dan membantu meningkatkan daya saing ekonomi
Malaysia. Parti pemerintah seharusnya mengamalkan semangat demokrasi yang
tulen dalam usaha membantu kesenangan rakyat. Transformasi ekonomi hanya
akan berjaya apabila kestabilan politik dapat dicapai melalui pengamalan
semangat demokrasi yang tulen.

2. Memperteguh sistem kehakiman dan perundangan negara

-Sistem kehakiman di negara kita seharuslah berada di tahap yang tertinggi dari
sudut integriti demi menjamin kelangsungan ekonomi agar tumbuh dengan lebih
mampan. Sistem kehakiman hari ini dapat dipertingkat dengan wujudnya sistem
perlantikan hakim dengan lebih efisyen dan telus. Hal ini sangat penting kerana
seseorang hakim merupakan tunjang kepada pembentukan integriti sesebuah
negara. Pelaksanaan sebarang denda dan hukuman wajarnya dilakukan dengan adil
dan saksama serta tidak wujudnya sebarang pilih kasih terutamanya dikalangan
golongan atasan.

3. Pengukuhan institusi kewangan

Faktor yang menyuburkan potensi pertumbuhan di Malaysia ini adalah disebabkan


sistem kewangan yang kukuh dan stabil yang dikawalseliakan. Ini dapat
meyakinkan para pelabur asing untuk berurusan di negara ini kerana faktor
keselamatan dan kestabilan terjamin. Tindakan ini diharapkan agar sektor
kewangan lebih efisyen dan seiring dengan keperluan ekonomi semasa.

4. Memperhalusi kaedah pelaksanaan di setiap Wilayah Pembangunan Koridor

Wilayah Pembangunan Iskandar(WPI), Wilayah Pembangunan Ekonomi


Utara(NCER), Wilayah Pembangunan Ekonomi Timur(ECER), Koridor Pembangunan
Sabah(SDC) dan Sarawak Corridor of Renewable Energy(SCORE) seperti mana yang
telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi seharusnya diperincikan kembali cara pelaksanaannya dalam memberi
impak yang maksima kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Projek mega ini jika
diperhalusi dapat memberikan pulangan yang lebih besar kepada Malaysia kerana
ia secara tidak langsung dapat menjamin kepercayaan pelabur-pelabur luar untuk
mencurahkan tenaga pakar mahupun melabur dari segi kewangan di negara ini.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Transformasi Ekonomi Malaysia merupakan satu cabaran yang


perlu dilihat dari sudut yang positif. Transformasi Ekonomi Malaysia memerlukan
komitmen padu dan strategi yang khusus agar segala aspek dapat disentuh dan
dibangunkan. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai potensi besar
dalam pelbagai sektor ekonomi. Pemerintah Malaysia yang diketuai oleh Perdana
Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak seharusnya bersama-sama barisan
kabinet melihat Trasnformasi Ekonomi Malaysia sebagai satu komitmen yang serius
dan mendatangkan impak jangka masa panjang terhadap ekonomi Malaysia. Pihak
pemerintah dan rakyat Malaysia perlu bersatu hati dan berusaha bersungguh-
sungguh supaya setiap perancangan dapat diterjemahkan ke dalam bentuk
keputusan iaitu sehingga prestasi ekonomi Malaysia berada pada tahap yang boleh
dibanggakan.

Ringkasan Eksekutif

Kertas kerja Transformasi Ekonomi Malaysia Ke Arah Persaingan Kompetetif


merupakan satu usaha kami,Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia
Pahang(MPP UMP) menyuarakan pandangan kami mengenai situasi ekonomi di
Malaysia melalui kaca mata sebagai mahasiswa dan peranan pihak pemerintah
untuk bersama-sama mengambil tindakan demi kebaikan Malaysia. MPP UMP
sebagai wakil kepada instituisi universiti teknikal perlu bersama-sama dengan
pihak pemerintah untuk kita bergandingan menyelesaikan kemelut masa kini.

Di dalam kertas kerja ini, kami MPP UMP menggariskan kesan kepada pelaksanaan
Transformasi Ekonomi Malaysia yang akan membuka lebih banyak peluang kepada
seluruh rakyat Malaysia. Transformasi ekonomi Malaysia bukanlah ancaman kepada
or ang melayu malah inilah peluang kepada seluruh rakyat Malaysia kepada amalan
politik baru dan sistem tadbir urus( governan) yang lebih adil dan bijaksana.

Kepercayaan dan tarikan pelabur asing bagi merancakkan ekonomi Malaysia sangat
di beratkan. Penilaian kepada setiap projek akan membantu Malaysia lebih
berperanan dalam meyakinkan pelabur asing seterusnya mengangkat prestasi
ekonomi malaysia ke tahap tertinggi.

Dengan sumber asli yang banyak, Malaysia merupakan negara berpotensi besar
untuk berkembang lebih kehadapan.berbanding negara-negara lain. Malaysia
memerlukan Transformasi Ekonomi dari sudut sistem governan yang lebih efisyen
dan berdaya saing. Apabila sistem urus tadbir ditentukan oleh orang-orang yang
mempunyai kepakaran, keyakinan pelabur akan bertambah dengan sendirinya.

Seharusnya, pemerintah Malaysia mesti mengambil tindakan serius agar dapat


,mengatasi krisis ekonomi yang melanda hampir semua negara.

I : PENDAHULUAN

1.01 Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang merupakan pembangunan
dekad kedua Wawasan 2020 menumpukan kepada meningkatkan keutuhan dan daya
saing negara. Dalam tempoh ini, usaha akan dilaksana untuk mempertingkatkan kualiti
pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya semua rakyat
dapat menikmati kemakmuran. Perpaduan negara akan terus menjadi tonggak
pembangunan dan kepelbagaian masyarakat Malaysia dari segi kumpulan etnik, bahasa,
budaya dan agama akan diambil kira dalam memupuk sebuah masyarakat yang lebih
harmoni, bertolak ansur dan dinamik. Dasar pembangunan sosioekonomi yang telah
menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat akan terus diberikan keutamaan.

1.02 Penggubalan RRJP3 telah mengambil kira penilaian semula kemajuan Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) serta pengalaman yang dipelajari daripada
krisis kewangan Asia tahun 1997-1998. Dasar dan strategi yang dirangka adalah
bertujuan untuk memperkukuhkan kekuatan sedia ada, menangani kekurangan dan
kekangan serta menghadapi cabaran persaingan dunia. Seperti di masa lalu, Kerajaan
akan terus mengamalkan pendekatan yang menyeluruh dalam membangunkan ekonomi
demi menjamin pertumbuhan yang stabil, menggalakkan keharmonian di kalangan
kumpulan etnik dan meningkatkan persepaduan nasional. Pelbagai pandangan dan
sumbangan telah dipertimbangkan termasuk laporan yang disediakan oleh Majlis
Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II) yang dianggotai oleh wakil daripada
berbagai kelompok masyarakat.
1.03 RRJP3 telah digubal berasaskan dasar yang dinamakan Dasar Wawasan Negara
(DWN). Perpaduan negara merupakan tonggak utama DWN yang bertujuan membina
Bangsa Malaysia yang progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni dan melibatkan
semua pihak secara sepakat dan saksama. Pertumbuhan ekonomi akan digalak seiring
dengan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Ketidakseimbangan sosial, ekonomi dan wilayah akan dikurangkan. Dasar pembangunan
yang bertujuan untuk menambah kekayaan dan meningkatkan tahap kemakmuran akan
disertai dengan usaha untuk menyemai nilai positif sosial dan kerohanian serta
keprihatinan terhadap alam sekitar untuk mengekalkan pembangunan negara yang
mampan bagi tempoh jangka panjang.

I : CABARAN TERHADAP PERTUMBUHAN JANGKA PANJANG

Pembasmian Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan

1.29 Dalam tempoh RRJP3, isu kemiskinan bukan lagi merupakan isu utama
memandangkan kemajuan besar telah dicapai dalam membasmi kemiskinan dalam
tempoh rangka rancangan terdahulu. Kadar kemiskinan akan dikurangkan lagi kepada
0.5 peratus menjelang akhir tahun 2005. Usaha akan ditumpukan ke arah membasmi
kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil dan di kalangan
Orang Asli serta kumpulan minoriti Bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak serta
meningkatkan pendapatan golongan yang berpendapatan rendah, khususnya mereka
dalam kumpulan pendapatan 30 peratus terendah. Kesemua program pembasmian
kemiskinan akan diperkemaskan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat
termasuk mewujudkan projek yang dapat menjana pendapatan, meningkatkan peluang
memperolehi kemudahan asas dan memupuk sikap berdikari. Untuk mengurangkan
jurang pendapatan di kalangan isi rumah, peluang untuk golongan yang berpendapatan
rendah mengikuti program pendidikan dan latihan akan dipermudahkan lagi. Sektor
swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan digalak untuk menyokong dan
melengkapkan usaha ini.

You might also like