You are on page 1of 12

JURNAL PENDIDIKAN

Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

“IMAGINASI “ MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGINGAT DALAM


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

AZHAR BIN ISA


Guru Cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu
SMK Seremban Jaya 2
Negeri Sembilan

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengingat asas elektronik dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang pelajar tingkatan 3 UKM
aliran agama di SMK Seri Pagi, Seremban. Kaedah yang dijalankan dalam kajian ini
dinamakan Imaginasi. Kajian ini menggunakan kaedah Imaginasi yang kreatif dan rasional
untuk mengingati sesuatu komponen elektronik. Tinjauan awal dilaksanakan melalui
pemerhatian, soal selidik, temu bual dan sumber dokumen. Dalam kaedah Imaginasi,
pelajar dibimbing supaya mereka dapat mengimaginasikan objek yang sesuai dalam
kehidupan harian mereka sebagai komponen elektronik. Hal ini menjadikan proses
mengingat lebih mudah dan berkesan. Dapatan kajian menunjukkan dengan menggunakan
kaedah Imaginasi, kemahiran mengingat asas elektronik lebih mantap.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sebut sahaja waktu Kemahiran Hidup, semua pelajar saya riang gembira. Hal ini kerana
saya sering menggunakan kebebasan beraktiviti, melakukan amali, dan pendekatan
kecerdasan pelbagai dalam memperkenalkan sesuatu tajuk. Permulaan pengajaran, telah
saya nyatakan hasil pembelajaran implisit yang perlu mereka kuasai. Ketika inilah saya
dapat melihat keceriaan tanda kegembiraan pada wajah mereka. Pendekatan ini saya
lakukan untuk mengelakkan pelajar berasa bosan kerana terpaksa duduk, mengambil
catatan sambil mendengar celoteh guru serta dilarang berbual atau berbincang sesama
mereka.

Guru Cemerlang Negara Terbilang 1


JURNAL PENDIDIKAN
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Saya membuat penilaian pengajaran ke atas semua pelajar, sama ada mereka
memahami atau tidak, perkara yang telah dipelajari dalam bilik darjah. Caranya ialah
pelajar perlu menyebut semula di hadapan saya sebagai bukti kefahaman mereka,
walaupun terpaksa menghafal. Mereka juga mengulang kaji sesuatu perkara itu sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan. Namun begitu, berlaku juga kekeliruan kefahaman
apabila menjawab soalan peperiksaan. HaI ini berlaku, berkemungkinan pelajar lupa
mengingati fakta, seterusnya sukar mendapat markah yang cemerlang, malah
mendukacitakan saya apabila mereka telah mengulangkaji tetapi gagal menjawab dengan
baik. Bagaimana pula dengan pelajar “GALUS”? Oleh itu, satu kajian tindakan perlu
dijalankan bagi mengenal pasti punca masalah untuk membantu pelajar supaya mempunyai
kemahiran mengingat, dengan menggunakan cara sendiri untuk pemahaman mereka.
Oleh itu, pelajar perlu mencipta cara mengingat ketika belajar dan mengulang kaji
pelajaran.

2.0 Isu Keprihatinan

Saya terpaksa memfokuskan tajuk asas elektronik dengan cuba memperkenalkan


kemahiran belajar, kerana dengan cara ini dapat menimbulkan minat dan suasana gembira
ketika belajar. Tambahan pula saya dapati pelajar ini kurang bermotivasi akibat sering tidak
hadir sekolah atau kelas tambahan. Untuk meningkatkan motivasi mereka, pendekatan
inovasi dan kreatif perlu diperkenalkan dalam pembelajaran. Pembelajaran yang kreatif
dapat membantu pelajar meningkatkan pemahaman tentang asas komponen elektronik.
Saya turut menyedarkan mereka tentang kos yang dibelanjakan adalah tinggi ketika
membuat amali kerja kursus, apatah lagi jika projek elektronik yang terhasil tetapi tidak
berfungsi, dan soalan yang dikemukakan dalam aspek elektronik juga banyak.
Kesimpulannya, saya berharap agar pelajar dapat menjawab soalan yang berkaitan
dengan betul, dan lulus cemerlang dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.

3.0 Objektif Kajian

A. Objektif Umum

Guru Cemerlang Negara Terbilang 2


JURNAL PENDIDIKAN
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

i. Meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar dalam pembelajaran sebagai


persediaan menghadapi PMR.
ii. Meningkatkan nilai GMP Kemahiran Hidup dalam PMR.
iii. Memotivasikan pelajar melalui pembelajaran rakan sebaya.

B. Objektif Khas

i. Mengetahui teknik dan kemahiran mengingat sesuai


dengan tahap pelajar berprestasi lemah.
ii. Membolehkan mereka mempelajari sesuatu secara berdikari.
iii. Memberi rangsangan untuk belajar dan mengulangkaji topik asas
komponen elektronik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.
iv. Membolehkan pelajar menjawab soalan berbentuk objektif dengan tepat.

4.0 Kumpulan Sasaran

Pelajar Tingkatan 3 UKM Aliran Agama

Lelaki : 4 orang - Melayu


Perempuan : 6 orang - Melayu

5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah


Saya menggunakan pendekatan pemerhatian, soal selidik, temu bual dan
menganalisis dokumen dalam membuat kajian ini.

5.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian semasa pembelajaran dan hasil kerja nota yang
mereka sediakan. Rata-rata pelajar hanya menyalin kesemua ayat dan keterangan
daripada buku teks.

5.1.2 Soal Selidik

Guru Cemerlang Negara Terbilang 3


JURNAL PENDIDIKAN
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Saya membuat borang soal selidik dan memberikannya kepada mereka sebelum
dan setelah selesai menjalankan kajian tindakan. Soal selidik ini berkaitan dengan
minat tentang tajuk elektronik, kefahaman dalam pembelajaran, keupayaan
mengingat, pencapaian mendapat markah yang tinggi dan keinginan mendapatkan
kemahiran belajar. Dengan ini saya dapat membuat perbandingan tentang
keberkesanan kaedah yang diperkenalkan.

5.1.3 Temu Bual


Temu bual saya lakukan ketika pelajar ingin mendapatkan bahan elektronik untuk
membuat kerja kursus. Sekiranya pelajar dapat menguasai kefahaman asas
komponen elektronik, barulah mereka boleh melakukan amali kerja kursus. Oleh itu
saya dapat mengetahui minat dan tajuk yang selalu mereka ulangkaji.

5.1.4 Dokumen
Melalui dokumen pula, saya bersandarkan kepada ujian pasca dan pos. Cara ini
dapat mengesan pencapaian mereka mengenai tajuk asas komponen elektronik.
Dengan menggunakan soalan yang sama tetapi dalam jangka masa yang berbeza.
Saya tidak memaklumkan kedua-dua hasil pencapaian mereka. Dengan ini kesahan
kaedah Imaginasi ini dapat diukur kejayaan atau kelemahannya.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Berikut adalah analisis yang telah dilakukan sepanjang saya menjalankan kajian dengan
memperkenalkan Kaedah Imajinasi bagi membantu meningkatkan ingatan asas elektronik
menjelang PMR.

5.2.1 Analisis Pemerhatian

Bil Perkara Bilangan Pelajar


1 Menyalin nota daripada buku 8 / 10
2 Membuat nota peta minda 2 / 10
3 Kreatif dalam menyediakan nota 0 / 10

Guru Cemerlang Negara Terbilang 4


JURNAL PENDIDIKAN
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

5.2.2 Analisis Temu Bual


Berikut adalah analisis temu bual semasa mereka mendapatkan bahan
komponen elektronik untuk kerja kursus mereka.

Nama Mengenali Nama Mengenali Fungsi Mengenali


Bil
Pelajar Komponen Komponen Perbezaan Buzer
1 Adg 6/6 6/6 3/3
2 Bgh 6/6 6/6 3/3
3 Cuy 6/6 6/6 3/3
4 Dre 6/6 6/6 3/3
5 Elk 6/6 6/6 3/3
6 Few 6/6 6/6 3/3
7 Gsd 6/6 6/6 3/3
8 Hxc 6/6 6/6 3/3
9 Ias 6/6 6/6 3/3
10 Jrt 6/6 6/6 3/3

5.2.3 Analisis Soal Selidik

1 2 3 4 5
Bil Soalan
B/L B/L B/L B/L B/L
1 Berminat dengan tajuk elektronik 2/0 1/0 6/0 1/1 0/9
2 Mudah faham pembelajaran elektronik 0/0 1/0 3/0 6/1 0/9
3 Mudah mengingati pembelajaran elektronik 5/0 3/0 2/0 0/0 0/10
4 Dapat markah tinggi tajuk elektronik 0/0 5/0 5/0 0/1 0/9
5 Ingin mendapatkan kemahiran belajar tajuk 0/0 1/0 8/0 1/2 0/8
elektronik (kemahiran mengingat)

Skala Likert 1 - sangat tidak setuju B - dilakukan sebelum kajian tindakan


2 - tidak setuju L – dilakukan selepas kajian tindakan
3 - kurang setuju
4 - setuju

Guru Cemerlang Negara Terbilang 5


JURNAL PENDIDIKAN
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

5 - sangat setuju

5.2.4 Analisis Dokumen


Pencapaian pelajar yang diuji sebelum dan selepas kajian tindakan dilakukan adalah
seperti berikut :

Bil Nama Pelajar Tov – Akhir Ujian Pra Ujian Pasca


Tahun 2006 (Sebelum) (Selepas)
1 Adg 52 - C 40 - D 90 - A
2 Bgh 54 - C 38 - E 88 - A
3 Cuy 48 - D 46 - D 92 - A
4 Dre 46 - D 40 - D 94 - A
5 Elk 45 - D 42 - D 96 - A
6 Few 50 - C 38 - E 90 - A
7 Gsd 40 - D 44 - D 92 - A
8 Hxc 46 - D 40 - D 84 - A
9 Ias 43 - D 38 - E 80 - A
10 Jrt 49 - D 38 - E 84 - A

Didapati Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan yang membanggakan.
Semua pelajar mendapat keputusan A walaupun pada awal pencapaiannya adalah pangkat
D atau E dan TOV mereka adalah C atau D. Apabila disemak dengan keputusan PMR
tahun lepas, pendekatan ini telah menyumbang GMP sebanyak 2.22 berbanding 4.00 tahun
sebelumnya.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Saya mengadakan perjumpaan dengan semua pelajar berkenaan semasa relief.


Kesempatan ini saya gunakan untuk mengadakan ujian pra tentang tajuk asas elektronik.
Setelah saya semak, didapati tahap pencapaian mereka kurang memuaskan. Saya
sengaja tidak memaklumkan pencapaian mereka kerana ingin menguji keberkesanan
kaedah Imajinasi yang akan dijalankan. Saya sebenarnya mengajar mereka tajuk asas

Guru Cemerlang Negara Terbilang 6


JURNAL PENDIDIKAN
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

elektronik bersama pelajar yang lain semasa mengadakan perbengkelan teknik kemahiran
belajar. Semasa berbengkel, pelajar ada mengemukakan soalan kepada saya bagaimana
untuk mengingat perkara yang telah dipelajari. Mereka menyatakan faham tajuk yang telah
diajar tetapi mudah lupa dan ada kalanya berlaku kekeliruan kefahaman. Saya pada
mulanya menggunakan kaedah penyoalan iaitu setiap pelajar perlu membuat penyoalan
pada diri mereka yang terbahagi kepada tiga jenis. Pertama, mengemukakan soalan yang
pastinya kita mengetahui jawapannya yang terdapat dalam buku. Kedua, mengemukakan
soalan yang jawapannya tiada dalam buku dan kita dapat mengagaknya. Ketiga, dengan
mengemukakan soalan tentang perkara yang kita tidak tahu, dan tiada jawapan dalam
buku, manakala guru memberi jawapan.

Contoh soal jawab dalam pelaksanaan P & P adalah seperti berikut:

Pelajar 1 : Cikgu, bagaimana saya boleh mengingati fungsi transistor?


Guru : Apakah fungsi transistor?
Pelajar 2 : Fungsi transistor ialah sebagai suis
Guru : Cuba awak lihat suis di dewan ini !
Pelajar 3 : Itu suis yang terdapat di dinding penjuru dewan
Guru : Ingatkan suis tersebut dan kaitkan dengan fungsi transistor
Pelajar 4 : oh ya, saya dah faham !
Guru : Cuba kamu kaitkan fungsi komponen elektronik yang lain dengan
persekitaran supaya kamu boleh ingat sehingga peperiksaan PMR.
Pelajar 5 : Ok cikgu, kami akan cuba dan tunjukkan kefahaman dan cara
Mengingatnya. Ujilah kami nanti !
Guru : Terima kasih, kerana kamu semua telah faham, cara mengingat.
Selamat berjaya, mudah-mudahan kamu semua markah yang tinggi.

Saya juga memberikan kertas soalan yang sama semasa Ujian Pra dahulu untuk dijadikan
Ujian Pasca. Hasilnya mengembirakan mereka, dan saya merasa puas. Berikut adalah
contoh penghasilan pembelajaran pelajar-pelajar saya semasa menggunakan Kaedah
Imaginasi.

Guru Cemerlang Negara Terbilang 7


JURNAL PENDIDIKAN
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Bil Pembelajaran Imaginasi 1 Imaginasi 2


1 Transistor sebagai suis Memetik suis lampu / Gambar
kipas
2 Meninggikan arus, voltan & Membuat senaman Gambar
rintangan
3 Mengenal kaki pemancar Berlatih memanah Gambar
4 Jenis transistor Gambar anak panah Gambar
di pintu kelas
5 Fungsi kapasitor Ketika berada di Gambar
tandas
6 Simbol suis tekan buka Meletakkan tapak Gambar
tangan di kepala
7 Simbol suis tekan tutup Melihat bawah Gambar
8 Mata bit jenis pahat Melihat mata kawan Gambar
9 Mata bit jenis tirus Melihat matahari Gambar
10 Mata bit jenis rencung Cerita katun Gambar
11 Perbezaan buzzer Cerita polis trafik Itali Gambar
12 Kaki katod LED Tanda kalah Gambar
13 Warna perintang Hj Pat Mat Gambar
14 Suis Mikro 2/3 Lengan Gambar
15 Fungsi perintang Tiang gol Gambar

5.4 Pelaksanaan Tindakan Pemerhatian dan Penilaian

Saya mengambil masa selama tiga bulan untuk menjayakan sehingga selesai kajian
tindakan ini. Kos perbelanjaan yang diperlukan adalah rendah sebanyak RM 20.00 sahaja
berbanding RM 60.00 yang dirancang sebelumnya. Melalui pemerhatian saya dapati
perkara utama perlu ada kesungguhan untuk membantu meningkatkan daya ingatan pelajar
bagi membantu mereka menghadapi PMR yang hampir tiba. Saya seronok melihat pelajar
belajar dengan gembira kerana mereka mendapat kemahiran imaginasi yang memuaskan.

5.5 Refleksi Kajian

Guru Cemerlang Negara Terbilang 8


JURNAL PENDIDIKAN
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Hasil daripada kajian tindakan yang telah saya jalankan didapati berlaku perubahan yang
positif dalam kalangan pelajar. Saya dapati mereka berasa gembira kerana dapat belajar
dengan mengingati lebih baik daripada sebelumnya. Hal ini terbukti apabila ada pandangan
daripada guru yang menyokong dan mencuba kaedah ini dalam pengajaran mereka. Selain
daripada seronok belajar dan mencipta pembelajaran sendiri, murid dan guru akan lebih
bermotivasi serta bersemangat di dalam pembelajaran dan pengajaran.

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Perkara yang telah dicipta hasil kreativiti murid boleh dimurnikan mengikut rasional
dapatan seseorang. Mungkin ada yang memahami perkara yang telah dicipta secara
imaginasi dan ada pula yang kurang bersetuju mengenainya. Oleh itu perubahan imaginasi
dari masa ke masa adalah perlu. Imaginasi ini boleh diaplikasikan dalam P & P dalam
Kemahiran Hidup. Matapelajaran lain juga dapat difahami dengan mudah dengan
menggunakan kaedah ini. Namun begitu, kajian tindakan ini boleh menjadi titik pemulaan
untuk berkongsi idea dengan semua pendidik.

RUJUKAN

Keputusan Pencapaian 3 UKM dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. 2006.

Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3 (Teras): Kuala Lumpur Dewan
Bahasa dan Pustaka.

A.L. Chua. W.C.Koy & Shannon Lim. 2000. Buku Rujukan Ulangkaji PMR. Kuala Lumpur
Eastern View.

Tham Wong Kam. 1990. Target PMR Kemahiran Hidup BersepaduTingkatan 3 (Teras),
Sasbadi.

Guru Cemerlang Negara Terbilang 9


JURNAL PENDIDIKAN
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Lampiran 1

Asas Elektronik

Jawab semua soalan berikut.

Nama : ………………………………… Tingkatan : ……………….

Bahagian A

Bil Nama Komponen Elektronik Gambar Komponen Elektronik


1

Guru Cemerlang Negara Terbilang 10


JURNAL PENDIDIKAN
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Bahagian B

Bil Fungsi Komponen Elektrnik Gambar Komponen Elektronik


1

Bahagian C

Perbezaan 2 Jenis Buzer adalah seperti berikut:

Bil Jenis Piezo Jenis Elektromagnet


1

Kertas Soalan Tamat

Guru Cemerlang Negara Terbilang 11


JURNAL PENDIDIKAN
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Lampiran 2

Soal Selidik

Tanda (/) pada ruang yang disediakan.

Nama : ………………………………… Tingkatan : ……………….

1 2 3 4 5
Bil Soalan B/L B/L B/L B/L B/L
* * * * *
1 Berminat dengan tajuk elektronik
2 Mudah faham pembelajaran elektronik
3 Mudah mengingati pembelajaran elektronik
4 Dapat markah tinggi tajuk elektronik
5 Ingin mendapatkan kemahiran belajar tajuk
elektronik (kemahiran mengingat)

Skala Likert 1 - sangat tidak setuju B - dilakukan sebelum kajian tindakan


2 - tidak setuju L - dilakukan selepas kajian tindakan
3 - kurang setuju * - potong yang berkenaan
4 - setuju
5 - sangat setuju

Guru Cemerlang Negara Terbilang 12

You might also like