You are on page 1of 21

PANGGILAN HORMAT

1. PANGGILAN HORMAT
1. Panggilan Hormat atau ‘Honorific’ atau dikenali sebagai
‘sebutan hormat, ‘Gelaran Panggil’ dari segi bahasa bermaksud
‘sebutan awalan’ atau sapaan awalan’ yang tertentu yang diucapkan
sebagai menghormatI seseorang.

2. Dari segi bahasa budaya masyarakat Melayu amalan menggunakan


panggilan hormat ini telah lama diamalkan misalnya sebagai
menghormati seseorang yang tidak dikenali, di antara sapaan awalan
yang digunakan ialah :
Saudara dan Saudari, tuan-tuan dan puan-puan

3. Honorific - dalam bahasa Inggeris dipanggil Honorific


- Ucapan atau gelaran kehormat
i) Honorary - Penghormatan
- Ijazah Kehormat
- Setiausaha Kehormat
ii) Honour - Penghargaan
- Kemuliaan
- Memberi Hormat
4.2 Kerajaan Persekutuan

Penggunaan Panggilan Hormat dalam pentadbiran Kerajaan


selepas merdeka adalah warisan dari penjajah British.
Hanya dalam tahun 1966 kerajaan secara rasmi menetapkan
penggunaan Panggilan Hormat kepada beberapa kategori
orang-orang kenamaan melalui Surat Pekeliling Am No. 4
tahun 1966 bertajuk ‘Peraturan Surat Menyurat Dan Alamat
Surat Bagi Kerajaan Pusat, Malaysia.
Pekeliling ini menetapkan Panggilan Hormat bagi 11
kategori orang kenamaan iaitu Perdana Menteri, Timbalan
Perdana Menteri, mereka yang bergelar Tun dan Dato’, Yang
di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat,
Maha Hakim, Hakim Besar dan Hakim, Ahli Dewan Negara
dan Ahli Dewan Rakyat.
4.3 Kerajaan Negeri
Seperti di peringkat Persekutuan, negeri-negeri juga
mempunyai panggilan hormat yang diasaskan kepada adat
resam dan tertib negeri masing-masing.

5. Panggilan Hormat Sedia Ada


Di peringkat Persekutuan lima kategori panggilan hormat digunakan
iaitu :

i. Panggilan Turun Temurun;


ii. Panggilan Diraja;
iii. Panggilan Jawatan;
iv. Panggilan kerana dikurniakan Darjah Kebesaran; dan
v. Panggilan Keagamaan
i) Panggilan Turun Temurun
Maksudnya gelaran ini dipakai atau digunakan secara otomatik bagi
keturunan ini iaitu:-
Keturunan Raja Melayu seperti; Tunku, Tengku, Ungku dan Ku
dipanggil dengan “Yang Mulia”
Keturunan berbangsa Arab seperti ; Syed dan Sheikh dipanggil
dengan “Tuan”

ii) Panggilan DiRaja


Panggilan ini adalah panggilan yang khusus kepada Raja-raja dan
kerabatnya:-

Yang di-Pertuan Agong - Seri Paduka Baginda


dan
Raja Permaisuri Agong - Seri Paduka Baginda
Raja Memerintah dan Permaisuri - Duli Yang Maha Mulia
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia
- Duli Yang Maha Mulia Baginda
- Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Bekas Raja Perempuan - Yang Maha Mulia
Raja Muda/Tengku Mahkota - Yang Teramat Mulia
Duli Yang Teramat Mulia
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia
Duli Yang Amat Mulia
iii) Panggilan Jawatan
Bagi menghormati penyandang-penyandang jawatan tertentu, yang
mana pada kebiasanya jawatan-jawatan penting, ditetapkan
panggilan-panggilan tertentu sebagai Panggilan Hormat. Panggilan ini
dipakai hanya apabila orang itu menjawat jawatan tersebut, dan ianya
gugur secara otomatik apabila tidak lagi menjawatnya.
Sebagai contoh panggilan hormat Yang di-Pertua Negeri ialah
“Tuan Yang Terutama” dan Isterinya pula “Yang Amat Berbahagia”.
Bagi Perdana Menteri Panggilan Hormat yang digunakan ialah
“Yang Amat Berhormat” dan isterinya pula “Yang Amat Berbahagia”.

iv) Panggilan Kerana Darjah Kebesaran


Penerima-penerima Anugerah Tertinggi Darjah Kebesaran bintang
diberi gelaran baik lelaki mahupun wanita atau isteri-isteri mereka.
Bagi lelaki dan wanita yang memegang gelaran Tun, anggilan hormat
yang digunakan ialah “Yang Amat Berbahagia” manakala pemegang
gelaran Tan Sri dan Datuk pula, panggilan hormat yang digunakan
ialah “Yang Berbahagia”.
v) Panggilan Keagamaan

Panggilan Hormat juga digunakan dalam aspek keagamaan, sebagai contoh,


bagi Mufti panggilan hormat yang digunakan ialah “Sahibus
Samahah” yang membawa maksud Tuan Yang Berbahagia dan Kadi
pula dipanggil sebagai “ Sahibul Fadillah” yang membawa makna
Tuan Yang Terhormat.
6. Peraturan-Peraturan Penggunaan Panggilan
Selaras dengan amalan Protokol yang menyatakan bahawa “ jika
seseorang itu mempunyai dua tempat dalam satu susunan maka
ianya hendaklah mengambil tempat yang tertinggi sekali”.
Sehubungan dengan ini mereka yang mempunyai dua atau lebih
panggilan hormat bagi dirinya hendaklah mengambil atau memilih salah
satu panggilan hormat sahaja untuk digunakan. Misalnya:
i) Seorang Ahli Dewan Negara atau Ahli Dewan Rakyat
mempunyai gelaran Dato’ maka panggilan hormat yang lebih
sesuai dan selari dengan kedudukannya ialah “Yang
Berhormat”.
ii) penggunaan panggilan hormat seseorang Ahli Dewan
Undangan Negeri dan keluarga Diraja atau keturunan raja
juga mempunyai anugerah yang membawa gelaran Dato’
panggilan hormat yang digunakan ialah Yang Berhormat
dan amalan ini telahpun diguna pakai diperingkat
persekutuan misalnya:
Yang Berhormat Tengku Dato’ Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar
atau
Yang Berhormat Tengku Datuk Adnan bin Tengku Mansor.

7. Penggunaan Ungkapan Mereka Yang Berketurunan Raja


Surat Pekeliling Am No. 4 tahun 1966 bertarikh 18 Februari 1967
menetapkan gelaran yang diterima diletakkan selepas nama pangkat
keturunan mereka misalnya:

‘Yang Mulia Raja Tun Ahmad’ @Yang Mulia Tunku Tan Sri
Imran @Yang Mulia Tengku Dato’ Alwi.

Penggunaan panggilan hormat untuk keturunan berketurunan Arab


iaitu ‘Syed’ atau Sheikh yang menerima darjah kebesaran ialah Yang
Berbahagian Tan Sri Syed Abu Bakar dan isterinya pula ialah
Yang Berbahagia Puan Sri Sharifah Aminah.
8. Penggunaan Panggilan Hormat Dengan Gelaran-Gelaran Akademik

Panggilan Hormat tertentu diperolehi kerana dianugerahkan sesuatu Darjah


Kebesaran, manakala gelaran-gelaran akademik diperolehi setelah mencapai
sesuatu tingkat dalam bidang akedemik. Anugerah-anugerah tersebut
membawa panggilan hormat sedangkan gelaran-gelaran akademik tersebut
tiada. Oleh itu penggunaan panggilan hormat yang betul bagi golongan
akademik ialah panggilan hormat dan gelaran diikuti oleh gelaran akademik
misalnya.
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Ismail @ Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ali

Walaubagaimanapun panggilan hormat untuk mereka yang bergelar Professor


menggunakan gelaran akademik mereka sebelum gelaran anugerah yang
diterima misalnya:
Yang Berbahagia Prof. Tan Sri Awang Had Salleh@Yang
Berbahagia Prof. Diraja Ungku Aziz@ Yang Berbahagia Prof.
Dato’ Ismail Hussein

Panggilan Hormat untuk Hakim-Hakim dan Senator juga menggunakan


gelaran jawatan mereka sebelum gelaran anugerah yang diterima misalnya:
Y.A.A. Hakim Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh
Abdul Halim atau Y.B. Senator Tan Sri Dato’ Haji Mohamed bin
Ya’acob.
Panggilan Hormat untuk Hakim-Hakim dan Senator juga
menggunakan gelaran jawatan mereka sebelum gelaran anugerah
yang diterima misalnya:

Y.A.A. Hakim Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh
Abdul Halim atau Y.B. Senator Tan Sri Dato’ Haji Mohamed bin
Ya’acob.

9. Penggunaan Ungkapan Panggilan Hormat Pada Jawatan-Jawatan


Tentera dan Polis. Penggunaan ungkapan panggilan hormat bagi
penjawat-penjawat dalam Angkatan Tentera dan Polis ialah dengan
mendahului pangkat seseorang itu diikuti dengan panggilan hormat
berkaitan

Yang Berbahagia Jen. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Zahidi bin
Haji Zainuddin atau Y.Bhg.IG Dato’ Seri Mohd. Bakri bin
Haji Omar.
PANGGILAN HORMAT (HONORIFIC)

1. Panggilan Turun Temurun

Panggilan Hormat Lelaki Wanita Panggilan Hormat


i) Yang Mulia Tunku Tunku Yang Mulia
ii) Yang Mulia Ungku/Engku Ungku Yang Mulia
iii) Yang Mulia Ku/Tengku Ku Yang Mulia
iv) Yang Mulia Raja Raja Yang Mulia
v) Tuan Syed Sharifah Puan/Cik
vi) Tuan Sheikh Siti Puan/Cik

2. PANGGILAN DIRAJA
2.1 Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja

a) Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Raja Permaisuri Agong Seri Paduka
Baginda Baginda
b) K.D.Y.M.M. Sultan Kedah Darul Aman Sultanah Kedah Darul Aman K.D.Y.M.M.
Panggilan Hormat Lelaki Wanita Panggilan Hormat
c) D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Tunku Ampuan Negeri D.Y.M.M.
Negeri Sembilan Darul Sembilan Darul Khusus
Khusus
d) K.D.Y.M.M. Sultan Pahang Sultanah Pahang D.Y.M.M.
e) K.D.Y.M.M. Al-Sultan Kelantan Raja Perempuan D.Y.M.M.
Kelantan
f) D.Y.M.M. Baginda Sultan Johor Sultanah Johor D.Y.M.M.

g) D.Y.M.M. Paduka Sultan Perak Darul Raja Permaisuri Perak D.Y.M.M.


Seri Ridzuan Darul Ridzuan

h) D.Y.M.M. Sultan Terengganu Permaisuri Terengganu D.Y.M.M.


i) D.Y.M.M. Sultan Selangor - -
2.2 Pemangku Raja

Panggilan Hormat Lelaki Wanita Panggilan Hormat


a) D.Y.M.M. Pemangku Raja Raja Puan Muda Perlis D.Y.T.M.
Perlis

2.3 Raja Muda/Tengku Mahkota

Panggilan Hormat Lelaki Wanita Panggilan Hormat


a) K.D.Y.T.M. Tengku Mahkota Tengku Puan Pahang K.D.Y.T.M.
Pahang

b) D.Y.A.M. Tunku Mahkota Isteri Tunku Mahkota Y.A.M.


Johor Johor
c) D.Y.T.M. Raja Muda Kedah Raja Puan Muda kedah D.Y.T.M.
d) Y.T.M. Tengku Mahkota Belum Berkahwin -
Kelantan
e) D.Y.T.M. Raja Muda Perak Belum Berkahwin -
f) D.Y.T.M. Raja Muda Belum Berkahwin -
Selangor
2.4 Bekas Raja Permaisuri Agong

Panggilan Hormat Lelaki Wanita Panggilan


Hormat
a) - - Bekas Raja Y.M.M.
Permaisuri Agong
* Panggilan hormat ini adalah tertakluk kepada panggilan yang
diberikan diperingkat negeri apabila baginda kembali ke negeri asal.

2.5 Anak-Anak Raja Memerintah

Panggilan Hormat Lelaki Wanita Panggilan


Hormat
a) Y.A.M. Anak-Anak Raja Anak-Anak Raja Y.A.M.
Memerintah Memerintah

NOTA:
D.Y.M.M. - Duli Yang Maha Mulia
K.D.Y.M.M. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Y.T.M. - Yang Teramat Mulia
D.Y.T.M. - Duli Yang Teramat Mulia
D.Y.A.M. - Duli Yang Amat Mulia
K.D.Y.A.M. - Kebawah Duli Yang Amat Mulia
Y.M.M. - Yang Maha Mulia
Y.A.M. - Yang Amat Mulia
3. PANGGILAN JAWATAN

Panggilan Lelaki Wanita Panggilan


Hormat Hormat
a) T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Isteri Yang di-Pertua Y.A.Bhg.
Negeri

b) Y.A.B. Perdana Menteri Isteri Perdana Menteri Y.A.Bhg.


c) Y.A.B. Timbalan Perdana Isteri Timbalan Perdana Y.A.Bhg.
Menteri/MB Menteri/MB
d) Y.B. Menteri/ Isteri Menteri/ Y.Bhg.
Timbalan Menteri/ Timbalan Menteri/
Setiausaha Parlimen/ Setiausaha Parlimen/
e) Y.B. Yang di-Pertua Isteri Yang di-Pertua Y.Bhg.
Dewan Negara/ Dewan Negara/
Dewan Rakyat Dewan Rakyat
f) Y.B. Ahli Dewan Negara/ Isteri Ahli Dewan Negara/ Y.Bhg.
Dewan Rakyat dan Dewan Rakyat dan
Ahli Dewan Undangan Ahli Dewan Undangan
Negeri Negeri
Panggilan Lelaki Wanita Panggilan
Hormat Hormat
g) Y.A.A. Ketua Hakim Negara Isteri Ketua Hakim Negara Y.A.Bhg.
Mahkamah Mahkamah Persekutuan
Persekutuan
h) Y.A. Presiden Mahkamah Isteri Presiden Mahkamah Y.Bhg.
Rayuan/ Hakim Rayuan/ Hakim
Besar/ Hakim Besar/ Hakim
Mahkamah Mahkamah
Persekutuan/ Persekutuan/
Hakim Mahkamah Hakim Mahkamah
Rayuan/ Hakim Rayuan/ Hakim
Mahkamah Mahkamah
Tinggi/Hakim Tinggi/Hakim
Mahkamah Syariah Mahkamah Syariah
i) Y.Bhg. Ketua Setiausaha Isteri Ketua Setiausaha Y.Bhg.
Negara Negara
Panggilan Lelaki Wanita Panggilan
Hormat Hormat

j) Y.Bhg. Peguam Negara Isteri Peguam Negara Y.Bhg.

k) Y.Bhg. Panglima Angkatan Isteri Panglima Angkatan Y.Bhg.


Tentera Tentera
l) Y.Bhg. Ketua Polis Negara Isteri Ketua Polis Negara Y.Bhg.

m) Y.Bhg. Ketua Pengarah Isteri ketua Pengarah Y.Bhg.


Perkhidmatan Awam Perkhidmatan Awam
n) Y.Bhg. Ketua Setiausaha Isteri Ketua Setiausaha Y.Bhg.
Kementerian Kementerian
o) Y.Bhg. Ketua Pengarah Isteri Ketua Pengarah Y.Bhg.
Jabatan Persekutuan Jabatan Persekutuan

NOTA:
T.Y.T. - Tuan Yang Terutama
Y.A.B. - Yang Amat Berhormat
Y.A.Bhg. - Yang Amat Berbahagia
Y.A.A. - Yang Amat Arif
Y.A. - Yang Arif
Y.B. - Yang Berhormat
Y.Bhg. - Yang Berbahagia
4. PANGGILAN KERANA DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN
Bil. Darjah Singkatan Gelaran Gelaran Panggilan Hormat
Panggilan

Lelaki Wanita Isteri Suami Penerima Isteri Suami


a. Darjah Utama D.M.N. - - - - Yang Amat Yang Amat Yang Amat
Seri Mahkota Dimuliakan Dimuliakan Dimuliakan
Negara

b. Seri Maharaja S.M.N. Tun Tun Toh - Yang Amat Yang Amat Yang Amat
Mangku Puan Berbahagia Berbahagia Berbahagia
Negara

c. Seri Setia S.S.M. Tun Tun Toh - Yang Amat Yang Amat Yang Amat
Mahkota Puan Berbahagia Berbahagia Berbahagia

d. Panglima P.M.N. Tan Sri Tan Sri Puan - Yang Yang Yang
Mangku Sri Berbahagia Berbahagia Berbahagia
Negara
e. Panglima Setia P.S.M. Tan Sri Tan Sri Puan - Yang Yang Yang
Mahkota Sri Berbahagia Berbahagia Berbahagia

f. Panglima Jasa P.J.N. Datuk Datuk Datin - Yang Yang Yang


Negara Berbahagia Berbahagia Berbahagia

g. Panglima Setia P.S.D. Datuk Datuk Datin - Yang Yang Yang


Diraja Berbahagia Berbahagia Berbahagia

Catatan:
I. Ejaan Dato bagi Persekutuan ialah Datuk.
ii. Ejaan Dato bagi semua negeri-negeri beraja dan Pulau Pinang ialah Dato’.
iii. Ejaan Dato bagi negeri Sabah,Sarawak dan Melaka ialah Datuk.
5. PANGGILAN KEAGAMAAN

Panggilan Hormat Lelaki Wanita Panggilan Hormat

a. Tuan Haji Hajah Puan/Cik

b. Sahibus Samahah Mufti - “

c. Sahibul Fadillah Kadi Besar/Kadi - “

d. Al-Fadil Tuan Guru/Ustaz - “


TERIMA KASIH

You might also like