You are on page 1of 34

UHI 2142 PENDIDIKAN

ISLAM
Objektif

1.Menjelaskan kepada pelajar tentang


keunggulan hukum-hukum dan sistem
Islam.
2.Menghayati serta mengamalkan segala
sistem Islam di dalam kehidupan harian.
3.Meyakini bahawa Islam satu-satunya cara
hidup yang diredhai Allah.
Matlamat

• Melahirkan pelajar yang dapat memahami


dan menghayati Islam sebagai satu sistem
hidup yang lengkap dan sempurna
1. KONSEP ILMU DAN
KEPENTINGANNYA DALAM
ISLAM
1.1 Definisi Ilmu

• Berasal dari Bahasa Arab yang bererti mengetahui


atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui
sesuatu perkara dengan sebenar.
• Dalam Bahasa Inggeris ilmu selalunya disebut
sebagai ‘sciences’.
• Ilmu dan pengetahuan (knowledge) sebenarnya
mempunyai makna yang sama walaupun dari segi
penggunaannya kadang-kadang berbeza.
• Dari segi istilah :
• 1. Ilmu ialah fahaman subjek mengenai objek yang
dihadapi.
• 2. Ilmu merupakan himpunan pengetahuan manusia
yang dikumpulkan melalui proses pengajian dan
dapat diterima oleh rasio.
• 3. Ilmu adalah usaha pemahaman manusia yang
disusun dalam satu sistem mengenai kenyataan,
struktur, bahagian-bahagian dan hukuman tentang hal
ehwal yang diselidik (alam dan manusia) sejauh yang
dapat dijangkau oleh pemikiran yang dibantu oleh
pancaindera manusia yang kebenarannya diuji secara
empiris dan experimental.
• 1.Rosenthal dalam bukunya ‘knowledge Triumphant’
membahagikan 107 buah definisi ilmu dalam Islam
kepada 12 kategori mengikut aspek atau sifat serta
cirri-ciri ilmu yang hendak ditonjolkan di dalam
definisi berkenaan.

• a) Ilmu ialah proses mengetahui dan bersamaan


dengan orang yang mengetahui dan apa yang
diketahui. Ilmu adalah sifat yang membolehkan
seseorang itu mengetahui.
• b) Ilmu adalah kognisi (makrifat). Ada sebelas takrif
dalam hal ini.
• Contoh :
• Ilmu adalah kognisi tentang sesuatu benda menurut
hakikatnya yang sebenar.
• c) Ilmu adalah proses memperolehi atau
mencari melalui persepsi mental.
• d) Ilmu adalah proses membuat penjelasan,
penegasan atau pengithbatan dan penentuan.
• e) Ilmu adalah rupa bentuk sesuatu makna,
sesuatu konsepsi atau tasawwur dan
pengesahan akan sesuatu kebenaran.
• f) Ilmu adalah kepercayaan.
• g) Ilmu adalah ingatan, imaginasi, imej
pandangan atau pendapat.
• h) Ilmu sebagai gerak geri (iaitu gerak hati).

• i) Ilmu sebagai hubungan.

• j) Ilmu ditakrifkan dalan kontek hubungannya dengan


amal perbuatan.

• k) Ilmu adalah lawan kejahilan.

h) Ilmu sebagai gerak geri (iaitu gerak hati).

• i) Ilmu sebagai hubungan.


• j) Ilmu ditakrifkan dalan kontek
hubungannya dengan amal perbuatan.

• k) Ilmu adalah lawan kejahilan.

l) Ilmu sebagai hasil intuisi yang dating dari


luar atau sebagai hasil renungan akal.

m) Ilmu sebagai hasil intuisi yang datang dari


luar atau sebagai hasil renungan akal.
1.2 Kedudukan Ilmu dan
Kepentingannya.

• 1. Islam meletakkan ilmu dan orang yang berilmu di


tempat yang tinggi. Firman Allah bermaksud :
“Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang
yang beriman dan orang yang diberikan ilmu di
kalangan kamu.” (Q; al – Mujadalah ; 11)

• 2. Merupakan perintah yang utama dan pertama yang


diturunkan Allah kepada manusia muslim.
• Firman Allah bermaksud:
• “Bacalah dengan nama Tuhan mu yang
menjadikan. Yang menjadikan manusia dari
segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu Yang Maha
Pemurah. Yang mengajarkan manusia dengan
perantaraan qalam. Yang mengajarkan manusia apa
yang mereka tidak ketahui.”
(Q; al-Alaq ; 1-5)
Ayat tersebut mengandungi dua persoalan utama iaitu :
• - Perintah supaya manusia membaca dan mencari
ilmu pengetahuan.
• - Memerintah manusia supaya berfikir dan mengkaji
tentang kejadian alam dan manusia.
• 3. Islam melarang umatnya melakukan sesuatu
perkara tanpa ilmu yang membolehkan mereka
untuk membezakan sesuatu perbuatan itu baik
atau buruk. Firman Allah bermaksud :

“Jangan kamu mengikut sesuatu perkara yang


kamu tidak mempunyai pengetahuan
mengenai (baik-buruk)nya.”
• 4. Agama dalam Islam adalah ilmu, kerana Islam
tidak hanya bersandarkan kepada perasaan atau
ikutan (taqlid buta) semata-mata, malah didasarkan
kepada pengkajian, renungan dan ilmu pengetahuan.

• 5. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Sabda


Rasulullah bermaksud ;
“Menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap individu
muslim”

• 6. Ilmu menjadi alat dan syarat perlaksanaan dan


penerimaan ibadat.
1.3 Pembahagian Ilmu

• Dapat dilihat dari beberapa sudut :


– A. Dari segi hukum mempelajari.
– B. Dari segi sumber
– C. Dari segi cara memperolehi
– D. Dari segi hubungannya dengan syariat
A. Dari segi hukum mempelajari

• Ia terbahagi kepada dua :

a. Ilmu Fardhu Ain


b. Ilmu fardhu kifayah
a. Ilmu Fardhu Ain
merupakan ilmu yang wajib dituntut oleh setiap
individu muslim meliputi soal-soal :
– Aqidah tauhid
– Ibadat-ibadat fardu
– Ilmu untuk membaca Al-Quran
– Akhlak
– Dan lain-lain perkara yang menjadi kewajipan kepada
individu tersebut waktu itu.
b. Ilmu fardu kifayah

iaitu ilmu yang mana sebahagian dari Umat


Islam wajib menguasainya dan tidak
menjadi kewajipan kepada setiap orang
• Ianya meliputi :

– Mempelajari ilmu yang berkaitan akidah


ketuhanan secara mendalam.

– Ilmu yang berhubung dengan akidah syariat secara


detail.

– Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia umat


Islam seperti astronomi, matematik , fizik,
kedoktoran dan lain-lain.
B. Dari segi hubungannya dengan
syariat :

a. Ilmu syariat

b. Ilmu bukan syariat


a. Ilmu syariat

iaitu segala yang berkaitan dengan al-Quran


dan al-Sunnah yang secara langsung
menyentuh persoalan hubungan dengan
Allah dan hubungan dengan sesama
manusia.
b. Ilmu bukan syariat

iaitu ilmu yang berkaitan dengan kehidupan


dunia dan kemajuannya.
C. Dari segi sumber

• Terbahagi kepada dua:


a. Ilmu aqli
b. Ilmu naqli
a. Ilmu aqli

iaitu yang bersumberkan kepada akal


semata-mata.
b. Ilmu naqli

• Ilmu yang diambil atau bersumber dari


wahyu Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasul-
Nya.
D. Dari segi cara
memperolehi :

• Terbahagi kepada :
1. Ilmu Kasbi
2. Ilmu Laduni (wahbi)
a. Ilmu kasbi

• iaitu yang diperolehi melalui jalan


pengkajian dan pembelajaran seperti ilmu
matematik, kedoktoran, kejuruteraan dan
lain-lain.
b. Ilmu laduni (wahbi)

• iaitu ilmu pemberian langsung dari Allah


melalui ilham dan wahyu
1.4 Sumber ilmu dalam Islam
1. Wahyu yang mana kebenarannya adalah bersifat mutlak.

2. Akal iaitu yang meliputi apa yang dinamakan sebagai instict


atau gharizah atau naluri intelligence iaitu kepintaran atau
kemampuan untuk memahami.

3. Pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, rasaan dan


lain-lain.

4. Ilham iaitu melalui renungan hayalan dan seumpamanya.


1.5 Adab menuntut ilmu
1. Niat yang ikhlas dan bersih dari sifat mazmumah.

2. Bertujuan mencari kebenaran dan berpegang dengan


kebenaran tersebut.

3. Keredhaan Allah menjadi matlamat utama.

4. Mengetahui hairiaki ilmu dan mendahulukan mana yang


fardu serta dipelajarinya secara berperingkat-peringkat
1.5 Adab menuntut ilmu
5. Jauhkan diri dari perkara-perkara khilafiah (perbezaan
pendapat) supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

6. Memahirkan ilmu yang dipelajari sebelum berpindah


kepada ilmu yang lain.

7. Jauhkan diri dari mempelajari ilmu untuk menang dalam


hujah dan perdebatan dengan orang lain.
1.6 Adab terhadap guru
• Menghormati dan sentiasa salam kepada guru.

• Berbaik sangka terhadap guru.

• Tidak bertanya kepada guru diwaktu mereka sedang


menyampaikan kuliah.

• Apabila guru masuk ke dalam majlis hendaklah


menghormatinya dan jauhkan diri dari bercakap-cakap,
berbisik-bisik dan seumpamanya.

• Tidak meninggalkan majlis ilmu melainkan dengan keizina


darinya.
Renungan

“Kalau anda tidak boleh menjadi garam


yang dapat menyelamatkan ikan dari
menjadi busuk janganlah pula anda
menjadi lalat hijau yang membusukkan
ikan.”

You might also like