You are on page 1of 18

( TAJUK TESIS )

PERMASALAHAN AKTIVITI KO-KURIKULUM DI SEKOLAH-SEKOLAH


MENENGAH AGAMA (ARAB) DI JOHOR BAHRU.

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
1.2 Latar belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Skop Kajian
1.8 Batasan Kajian
1.9 Definisi Istilah
1.10 Penutup
1.1 PENGENALAN

Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di


Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar
di semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti kokurikulum dianggap penting
sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di
kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet
(1979) telah menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil
bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu
badan beruniform, satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah.
Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah ialah untuk memberi pengalaman
kepada pelajar-pelajar yang akan membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang
sempurna. Menurut Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha melahirkan pelajar pelajar
yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelek, kokurikulum dapat menyumbang
untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari semua segi . Menurut Mohd Sofian,
Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu pelengkap kepada kehendak
dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk
menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai nilai yang telah
dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.

Selain itu Kokurikulum merupakan pelengkap kepada kehendak dan kepentingan


kurikulum formal sekolah. Aktiviti kokurikulum menyediakan pelbagai peluang kepada
palajar menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran,pengetahuan dan nilai-nilai yang
telah dipelajari di dalam bilik darjah. Pada asasnya, kurikulum sekolah dan kokurikulum
merupakan dua komponen yang mempunyai hubungan yang rapat dan saling memberi
peneguhan antara satu sama lain dalam sistem pendidikan.

Sumbangan kokurikulum bukan setakat mengisi kepentingan perseorangan semata-


mata tetapi yang nyata kecemerlangan tersebut jika digemblengkan akan memberi suatu
sumbangan yang bererti dalam pembinaan masyarakat seimbang dan kemakmuran negara.
Oleh itu aktiviti kokurikulum adalah merupakan sebahagian daripada bidang pendidikan dan
kurikulum asas dan setiap sekolah adalah bertanggungjawab untuk merancang dan
melaksanakan program aktiviti kokurikulum yang bersesuaian dan selaras dengan visi dan
misi Kementerian Pendidikan.

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan sukan,


persatuan / kelab yang berkaitan dengan matapelajaran dan kebudayaan, dan pasukan badan
beruniform. Kegiatan sukan yang dimaksudkan seperti bola sepak, bola tampar, badminton,
bola jaring dan sebagainya. Kegiatan kelab/persatuan ialah Kelab Usahawan, Kelab
Bimbingan dan Kaunseling, Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Bahasa Arab dan
sebagainya. Badan Beruniform pula ialah Kadet Tentera, Kadet Bomba, Kadet Polis,
Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya..Dalam kajian ini pengkaji akan
memberikan penekanan kepada kokurikulum yang melibatkan kegiatan sukan.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Dalam kajian ini pemasalahan yang hendak ditimbulkan ialah mengenal pasti faktor
utama sebab-sebab yang diberikan oleh pelajar untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum di Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di Johor Baharu. Kajian ini akan
menyentuh tentang masalah yang melibatkan kurangnya penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum khususnya sukan. Ramai pelajar agama beranggapan kegiatan kokurikulum
tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan
yang melibatkan akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum
dibebankan lagi dengan pengendalian program- program yang tidak sempurna. Sebagai
contoh terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar
yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru terlibat. Kesannya
pelajar sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri. Menurut Adnan (1990) walaupun
sumbangan kokurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih kurang difahami
hingga ada yang masih lagi menganggap bahawa kokurikulum sebagai kegiatan luar.

Oleh itu, tidak menghairankan jika programnya dilaksanakan secara sambil lewa
sahaja dan aktiviti dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti
matapelajaran akademik.Dapatan Adnan (1990) disokong oleh Abu Bakar (1999). Dapatan
kajian beliau menyatakan antara alasan guru tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah
apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah,
dan terlalu banyak tanggungjawab. Kedapatan juga guru yang mengendalikan kegiatan
kokurikulum kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah.

Perlaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat


sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar
agama kurang berminat untuk mengambil bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan
Kabinet (1979) yang telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar
meyakini bahawa kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti
pergerakan beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan.

Sementara itu, menurut Ahmad Badawi (1984), dewasa ini pelajar terlalu
mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada
pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum. Kajian beliau disokong oleh Lim Yen Yen (1991) yang mendapati faktor
utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan
kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan
kurang penting dan lebih menganggap pelajaran adalah lebih penting untuk menjamin masa
depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar agama tidak berminat menyertai kegiatan
kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya
kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya.

Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor lain antaranya seperti yang dinyatakan
oleh Mohd Suzli (1987) dalam kajiannya. Kajian beliau mendapati Sekolah sekolah
Menengah Agama (Arab) di Johor Bahru menghadapi masalah kewangan yang tidak
mencukupi dan sistem penjadualan yang tidak teratur dan sistematik. Penyertaan pelajar
dalam kegiatan kokurikulum dimestikan kepada pelajar lelaki dan pelajar perempuan di
semua sekolah. Ini memberi peluang kepada pelajar tersebut

untuk melibatkan diri dan menimba pengetahuan melalui kegiatan kokurikulum. Walau
bagaimanapun pelbagai faktor boleh menghalang penglibatan kegiatan kokurikulum pelajar
lelaki dan perempuan terutamanya sukan.

Pihak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri di bawah Unit


Kokurikulum telah menyediakan peruntukan untuk memastikan kegiatan kokurikulum di
sekolah-sekolah dijalankan menurut kehendak dan Falsafah Pendidikan Negara. Tujuan
peruntukan diberikan untuk menjamin peralatan dan kemudahan disediakan untuk pelajar
menjalankan kegiatan mereka. Ramai di kalangan guru dihantar berkursus untuk
mempertingkatkan ilmu dan mampu memberi tunjuk ajar kepada pelajar di sekolah mereka.
Tetapi agak malang dewasa ini ramai di kalangan pelajar yang tidak hadir semasa kegiatan
kokurikulum dijalankan. Oleh itu kajian ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah
utama pelajar tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum. Kajian ini adalah kajian penerokaan
dan menggunakan kaedah tinjauan yang merangkumi proses perbincangan, temubual dun
soal-selidik. Data-data dianalisa dengan menggunakan “ diskriptif statistik” dan ulasan secara
kualitatif.
Hasil kajian ditumpukan kepada masalah-masalah di dalam pelaksanaan aktiviti ko-
kurikulum, pendapat guru-guru mengenai kepentingan kokurikulum kepada pelajar dan
cadangan-cadangan untuk melicinkan pelaksanaan aktiviti tersebut di sekolah-sekolah
menengah agama. Dari kajian ini didapati sekolah-sekolah yang dikaji menghadapi masalah
kewangan, kemudahan dun peralatan yang tidak mencukupi, di samping penjadualan yang
tidak bersistem. Kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan guru ko-kurikulum tidak
mempunyai kemahiran

dalam aktiviti kokurikulum. Seterusnya kebanyakan pelajar yang menjadi sampel dalam
kajain ini melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum. Mereka yang terlibat secara aktif di
dorong oleh diri sendiri, guru, kawan dun ibu bapa. Pelajar yang tidak terlibat memberi
alasan bahawa mereka terpaksa menolong ibu bapa di rumah dan juga disebabkan oleh
kekurangan peralatan serta kemudahan ko-kurikulum di samping sistem penjadualan yang
begitu padat di sekolah.Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti masalah-
masalah yang terdapati dalam pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum di Sekolah sekolah
Menengah Agama (Arab) di Johor Bahru . Di dalam kajian ini 3 orang pengetua, 3 orang
guru ko-kurikulum dan 250 orang pelajar telah menjadi sampel kajian.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Kabinet 1979 Para 174, melaporkan bahawa walaupun kepentingan ko-kurikulum


jelas tetapi didapati kebanyakan aktiviti ko-kurikulum kurang dijalankan di sekolah-sekolah
Menengah Agama (Arab) Ini adalah disebabkan beberapa faktor di antaranya kekurangan
kemudahan, kewangan, masa yang tidak mencukupi dan kurang galakan daripada sekolah
itu. Sehubungan dengan itu juga pelaksanaan aktiviti kokurikulum Sekolah sekolah
Menengah Agama (Arab) di Johor Bahru juga kurang mendapat perhatian dan penglibatan
secara keseluruhan daripada pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar. Selain daripada
kemudahan dan kewangan Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di Johor Bahru juga
menghadapi kekurangan guru-guru yang berkelayakan dan berminat dalam mengendalikan
aktiviti kokurikulum. Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di Johor Bahru juga
menghadapi kesukaran penjadualan yang tersusun dan masa yang tidak mencukupi,ini kerana
masa pembelajaran mereka sangat padat memandangkan pengajaran dan

pembelajaran mereka meragkumi ilmu akademik dan ilmu agama yang banyak. Masalah juga
timbul ialah ketiadaan sebarang penilaian terhadap program yang dijalankan. Dari tahun ke
tahun sambutan murid di dapati kurang memuaskan.Ketiadaan perancangan yang baik juga
boleh menimbulkan beberapa masalah kepada pihak-pihak yang melaksanakan aktiviti ko-
kurikulum di sekolah. Kenyataan di atas menunjukkan masalah yang terdapat dalam aktiviti
ko-kurikulum di sekolah agama.Surat Pekeliling lkhtisas Bil.l/l 985 telah melaporkan bahawa
gerak kerja ko-kurikulum sekolah kurang mendapat tempat yang sewajarnya, jika
dibandingkan dengan kurikulum sekolah. Di antara sebab sebab yang dikemukakan ialah
khidmat dalam bidang kokurikulum kurang mendapat pengiktirafan dan juga kerana banyak
perhatian terpaksa ditumpukan pada matapelajaran akademik dan agama.

Ada juga sekolah yang tidak mempunyai kemudahan peralatan dan lain-lain
kemudahan bagi menjalankan gerak kerja kokurikulum Sebahagian murid pula kurang
mengambil bahagian secara aktif di dalam aktiviti kokurikulum disebabkan oleh beberapa
faktor. Di antaranya ialah jenis-jenis gerak keja kokurikulum kurang dipelbagaikan.
kekurangan bilik persatuan dan juga peralatan.Menurut Faridah Karim (1985) bahawa
ketiadaan perancangan yang baik dalam kokurikulum boleh menimbulkan beberapa masalah
kepada pihak yang melaksanakan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.
Terdapat ramai Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di Johor Bahru ataupun guru
penasihat yang ada kurang terlatih tidak dapat menjalankan aktiviti ko-kurikulum dengan
sempuma dan licin kerana tiada panduan untuk diikuti.
Selain daripada itu guru-guru penasihat lebih menumpukan perhatian kepada
pelajar yang menunjukkan kemahiran dan menyertai dalam beberapa pertandingan. Pelajar
yang yang tidak berkemahiran diabaikan tanpa bimbingan dan kegiatan yang menarik
akibatnya pelajar tersebut merasa bosan dan menarik diri dari kegiatan itu. Peranan ko-
kurikulum selalu disalah tanggap sebagai kegiatan tambahan, oleh itu ia tidak diberi
penekanan sepatutnya. Kebiasaannya terdengar sungutan yang aktiviti ko-kurikulum
mengganggu pelajaran dibilik darjah (Asiah Abu Samah 3985).

Persidangan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Kali ke XXIV (1985) telah


mengenal pasti beberapa masalah di dalam pelaksanaan ko-kurikulum. Di antaranya ialah
masalah kekurangan kemudahan-kemudahan seperti padang, kekurangan bilik darjah,
kekurangan kewangan, pelajar yang tinggal berjauhan dan terpaksa membantu ibu bapa
dalam membuat kerja rumah dalam kegiatan ekonomi keluarga serta ibu bapa yang
mementingkan kelas tambahan di luar sekolah untuk anak-anak mereka serta tidak
menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti ko-kurikulum kerana belum
menyakinkan mereka bahawa aktiviti ko-kurikulum akan mendapat penghargaan dan
mempunyai nilai dalam pasaran pekerjaan. Masalah guru yang tidak berkemahiran dan
berminat juga dikemukakan dalam persidangan ini. Masalah-masalah lain pula yang terdapat
dalam aktiviti kokurikulum ialah kos yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa untuk membeli
pakaian-pakaian seragam bagi unit beruniform dan wang perbelanjaan untuk anak-anak
mereka yang terpaksa tinggal lebih lama di sekolah. Ini menimbulkan masalah bagi keluarga
yang berpendapatan rendah.

Selain itu juga murid-murid di Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di Johor
Bahru perlu membayar yuran bulanan yang agak mahal berbanding di Sekolah Menengah
bukan aliran agama yang tidak perlu membayar yuran bulanan.Masalah timbul juga akibat
kekurangan kemudahan peralatan berbanding dengan bilangan pelajar dengan ini boleh
merugikan masa pelajar kerana menunggu untuk mendapatkan giliran masing-masing. Beban
guru juga bertambah kerana kokurikulum diwajibkan di semua sekolah dan guru-guru juga
tidak banyak diberi peluang untuk mengikuti kursus ko-kurikulum.

New Straits limes, 18 Ogos 1985 pula menyebut masalah lebih ramai guru wanita
di sekolah-sekolah berbanding dengan guru lelaki. Kebanyakan guru-guru wanita mungkin
tidak berminat dengan aktiviti di padang, tetapi terpaksa mengendalikan aktiviti tersebut.
Kenyataan-kenyataan di atas memperlihatkan masalah masalah yang terdapat di dalam
pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Untuk mengetahui dan mengenal pasti sejauh
manakah masalah ini wujud terutamanya di Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di
Johor Bahru Memandangkan kepentingan ko-kurikulum dalam proses pembelajaran, proses
kepimpinan, kesihatan, bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin, kesanggupan berusaha, sifat
demokratik dan memperbaiki diri sendiri, maka kajian ini dilakukan untuk mengetahui dan
mengenalpasti sejauhmana masalah ini wujud, dan mengenal pasti keistimewaan serta
kelemahan dalam pelaksanaan Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di Johor Bahru
Keperluan mengkaji masalah ini jelas dengan adanya surat Pekeliling lkhtisas Bil.l.1985 yang
mewajibkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum. Sekiranya usaha-
usaha untuk mengenalpasti masalah-masalah tersebut tidak diijalankan, pelajar tidak dapat
melibatkan diri secara aktif dan guru-guru tidak dapat menjalankan peranan mereka dengan
licin dan sempuma.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan

Untuk mengenal pasti masalah masalah yang terdapat di dalam pelaksanaan aktiviti ko-
kurikulum di Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di Johor Bahru Soalan-soalan yang
cuba dijawab oleh kajian ini adalah seperti berikut:
Soalan Umum

1. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di
Johor Bahru yang dikaji dalam pelaksanaan ko-kurikulum dan bagaimanakah masalah-
masalah tersebut di atasi?

Soalan Khusus

1. Adakah Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di Johor Bahru menghadapi


masalah kewangan di dalam pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum?

2. Adakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di Sekolah sekolah Menengah Agama


(Arab) di Johor Bahru mencukupi untuk pelaksanaan kokurikulum dengan sempuma?

3. Adakah Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di Johor Bahru menghadapi


masalah dalam penjadualan masa bagi aktiviti ko-kurikulum?

4. Bagaimanakah minat guru-guru di sekolah yang ingin dikaji terhadap pelaksanaan


aktiviti ko-kurikulum?

5. Adakah guru-guru mempunyai kemahiran untuk melaksanakan aktiviti ko-kurikulum


dengan sempuma?

6. Bagaimanakah taraf penglibatan guru lelaki dan perempuan, guru yang sudah
berkahwin dan guru-guru yang belum berkahwin?

7. Bagaimanakah sambutan pelajar terhadap penglibatan di dalam aktiviti ko-kurikulum?


8. Apakah cadangan pengetua sekolah yang dikaji bagi melicinkan pelaksanaan aktiviti
ko-kurikulum di sekolah sekolah?

9 . Apakah cadangan guru ko-kurikulum untuk mengatasi masalah pelaksanaan aktiviti ko-
kurikulum di sekolah mereka.

10. Bagaimanakah persepsi pelajar mengenai aktiviti kokurikulum dengan pembelajaran di


dalam bilik darjah

11. Apakah faktor-faktor yang menghalang pelajar melibatkan diri dalam aktiviti ko-
kurikulum?

Kajian ini diharapkan dapat membantu mengembangkan lagi pemahaman mengenai


bagaimana pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar patut memain peranan untuk
melaksanakan aktiviti ko-kurikulum.Melalui kajian ini juga masalah-masalah sebenar dalam
pelaksananaan aktiviti ko-kurikulum di Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di Johor
Bahru dapatlah pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Agama Islam Johor, pihak pengurusan
dan guru-guru ko-kurikulum mencari jalan untuk mengatasinya.Daripada kajian ini
diharapkan guru, ibu bapa dan pelajar dapat mengetahui kepentingan pelaksanaan aktiviti ko-
kurikulum dalam pendidikan.

1.5 PERSOALAN KAJIAN


Persoalan kajian dalam penyelidikan ini adalah untuk mengetahui:

1.5.1 Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar tidak melibatkan diri dalam
kegiatan kokurikulum?

1.5.2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang berminat daripada


melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum?

1.5.3 Apakah faktor rakan sebaya meyebabkan pelajar tidak melibatkan diri dalam
kegiatan kokurikilum?

1.5.4. Adakah ibu bapa tidak memberi sokongan kepada pelajar dalam kegiatan
kokurikulum?

1.5.5 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar daripada menglibatan


diri daripada kegiatan kokurikulum?

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan oleh penyelidik untuk membantu mengembangkan lagi


pemahaman mengenai bagaimana pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar patut
memainkan peranan untuk melaksanakan aktiviti ko-kurikulum. Melalui kajian ini
juga masalah-masalah sebenar dalam pelaksananaan aktiviti ko-kurikulum di Sekolah
sekolah Menengah Agama (Arab) di Johor Bahru dapatlah pihak-pihak tertentu seperti
Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Peringkat Daerah dan Negeri, agensi dan guru-guru
ko-kurikulum mencari jalan untuk mengatasinya.Daripada kajian ini diharapkan guru,
ibu bapa dan pelajar dapat mengetahui kepentingan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum
dalam pendidikan selain itu dapat membantu menggalakkan penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum seterusnya masyarakat akan lebih perihatin terhadap kepentingan
kokurikulum demi masa depan pelajar
1.7 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan kepada pelajar di Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di
Johor Bahru

1.8 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah tertakluk kepada batasan seperti berikut:

1.8.1 Lokasi Kajian ini dijalankan di Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di Johor
Bahru

1.8.2 Responden terdiri dari 250 pelajar di Sekolah sekolah Menengah Agama (Arab) di
Johor Bahru

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Sekolah Menengah Agama Arab

Latar belakang SMA (ARAB) yang berteraskan pendidikan Islam dan bahasa Arab
menjadikan asas kepada penyelidik untuk menjalankan kajian ini. Hasrat untuk melahirkan
pelajar yang benar-benar mahir dan menguasai pengkhususan dalam sepenuhnya masih
belum tercapai. Hanya segelintir pelajar yang betul-betul berminat untuk mempelajari
Bahasa Arab dan seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dalam bidang tersebut.
Manakala sebahagian yang lain lebih berminat untuk menyambung pengajian di luar bidang
Bahasa Arab.
Bahasa Arab merupakan bahasa utama yang dituturkan di negara Arab dan antara
bahasa yang digunakan di kebanyakan negara-negara di Semenanjung Tanah Arab seperti
Madinah, Mekah dan negara-negara Islam lain. Bahasa Arab juga adalah bahasa ilmu yang
telah digunakan sejak 1400 tahun dahulu, bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w.
menyebarkan Islam. Perbendaharaan tamadun Islam memerlukan Pengetahuan bahasa Arab
yang baik untuk menerokainya. Ia juga menjadi bahasa kedua atau dipelajari sebagai bahasa
asing di kebanyakan negara yang mempunyai penduduk beragama Islam dan bahasa tersebut
juga diiktiraf sebagai bahasa rasmi perhubungan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(Ab.Gani Bin Jalil, 2000). Dari segi sejarah, kemunculan atau kedatangan bahasa Arab di
Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi masyarakat di sini khususnya kepada
mereka yang berbangsa Melayu. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Arab mula
bertapak di Tanah Melayu kira-kira 500 tahun yang lalu iaitu pada era kegemilangan Melaka
sebagai pusat perdagangan antarabangsa.

Pada waktu itu Melaka merupakan sebuah negeri yang berperanan sebagai kawasan
pelabuhan dan perindustrian terkemuka setaraf dengan kawasan-kawasan perindustrian lain
di dunia seperti di negara-negara Eropah. Ini termasuklah Pelabuhan Venice di Itali, Portugal
dan juga Sepanyol. Kedudukan Melaka yang strategik dan sesuai membuatkan ramai
pedagang dari serata dunia berminat untuk menjalankan perniagaan seterusnya
memperkembangkan lagi kedudukan yang mereka miliki. Golongan pedagang tersebut
meliputi segenap pelusuk dunia termasuklah dari Eropah, China, India dan juga
Arab.Kedatangan pedagang-pedagang Arab telah memberi kesan dan pengaruh yang besar
kepada bermulanya perkembangan bahasa Arab di kalangan masyarakat pada waktu itu
terutamanya kepada orang-orang Islam.

Kehadiran orang-orang Arab juga secara tidak langsung membawa kepada


perkembangan agama Islam itu sendiri dengan membawa masuk kitab-kitab atau makalah
yang mengandungi ilmu-ilmu Islam dalam bahasa Arab. Secara tidak langsung, ramai di
kalangan orang-orang Islam di Tanah Melayu pada waktu itu yang mula berjinak-jinak
dengan bahasa Arab untuk mempelajari ilmu pendidikan Islam.
Mereka berpandangan bahawa mempelajari bahasa Arab adalah amat penting bagi
tujuan untuk mempelajari serta mendalami ajaran Islam khususnya dalam bidang pengajian
al-Quran dan hadis.

1.9.2 Kokurikulum

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja


yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.Oleh itu,aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang
kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengatahuan,kemahiran dan
nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.Ko bererti membuat atau pelengkap dan
kurikulum pula bermaksud kursus pengajaran ( Panduan pengurusan kokurikulum sekolah).

Menurut Yusuf (1995) perkataan asal kurukulum diambil dari perkataan latin
iaitu “curere” yang bermaksud menjalankan dan mempunyai hubungan dengan pertandingan
atau perlumbaan.Kamus Dewan bahasa mendefinasikan “ko” sebagai gabungan hubungan
yang biasa digunakan pada pangkal perkataan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979 ) mendifinasikan kokurikulum sebagai


bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah seperti sukan,pasukan pakaian
seragam,kelab dan persatuan dan lain-lain lagi.

I. Sukan.
Sukan adalah dimestikan disemua peringkat institusi pendidikan.Ianya meliputi
permainan-permaianan yang popular seperti bola sepak,badminton,bola jaring,hoki,ragbi dan
sebagainya.

II. Pasukan pakaian seragam

i.Membina sikap dan semangat pengembaraan dan ketahanan diri.

ii.Menyemai nilai berani menghadapi cabaran

iii.Melatih seseorang hidup berdikari di luar rumah seperti menyediakan


makanan dan minuman,tempat tidur dan membasuh pakaian sendiri.

iv.Memberi rasa kebebasan dan keseronokan kepada peserta secara yang


dibenarkan atau terkawal.

III. Kelab dan persatuan

i. Kelab dan persatuan yang berasaskan sesuatu mata pelajaran dan


bertujuan untuk menambahkan minat dan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran tersebut.
Persatuan-persatuan dalam kategori ini adalah seperti persatuan bahasa Melayu,Persatuan
Sejarah dan sebagainya.
1.9.3 Pelajar

Pelajar merupakan orang yang sedang belajar atau berguru di sebuah institusi seperti
Sekolah,Universiti dan sebagainya.( Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka 2002 ). Pelajar dalam
kajian ini merujuk kepada pelajar-pelajar yang sedang belajar di Sekolah Menengah Agama
( Arab) di Johor Baharu, Para pelajar ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan yang
belajar subjek Akademik dan Subjek Agama seperti Bahasa Arab Tinggi,Bahasa Arab
Komunikasi, ilmu retorik Arab atau dikenali dengan Balaghah,Sastra Arab,Nahu soraf dan
lain-lain lagi.Nahu dan Saraf. Ia amat penting dalam bahasa Arab bagi memudahkan
pemahaman terhadap sesuatu teks Arab kerana bahasa Arab adalah bahasa yang unik dan
penuh dengan gaya bahasa kesusasteraan. Kefahaman dalam kesusasteraan Arab akan
memudahkan seseorang memahami maksud sesuatu struktur ayat dan gaya bahasa yang
digunakan dalam ayat tersebut terutama dalam memahami al-Quran dan hadis. Sehubungan
dengan itu, Allah s.w.t. telah berfirman: Maksudnya : Iaitu al-Quran yang berbahasa Arab,
yang tidak mempunyai sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertakwa.
(Surah Yusof, 12:2)
1.9.4 Penutup

Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum yang penting dalam


memberi sumbangan kepada pelajar dari segi penyuburan fizikal,mental,emosi dan sosial
pelajar walaupun berlatarbelakangkan pendidikan agama,Ini bermakna penglibatan pelajar
dalam kegiatan kokurikulum akan dapat mengembangkan potensi secara
optimum,melahirkan insan yang bertakwa,berilmu
pengetahuan,berakhlak,mulia,berketerampilan,intelek,prestasi,cemerlang,bermotivasi,bertang
gungjawab dan berupaya memberi sumbangan kepada budaya ilmu,kemakmuran masyarakat
dan pembangunan Negara.

-SMA( Arab ) Kota Tinggi, Kota Tinggi.


-SMA Al-Quran wa al-Din, Johor Bahru.

You might also like