You are on page 1of 9

 

3. Untuk pengetahuan Y.Bhg Dato’, Persatuan Pengusaha Telco & Post Shoppe Malaysia

atau PPTPSM ini telah ditubuhkan secara sah pada 21hb Jun 2010 dengan nombor

pendaftaran 1534-10-WKL. Bilangan keahlian terkini adalah seramai 90 orang yang terdiri

daripada Master Distributors (MD). Maklumat kami boleh diperolehi di laman blog kami iaitu

http://pptpsmblog.intra.net.my . Kami sekarang di dalam proses menambah bilangan ahli


HTU UTH

dan akan mengadakan Mesyuarat Agung Pertama dalam masa terdekat. Tujuan penubuhan

persatuan ini adalah untuk menjaga kebajikan dan kepentingan ahli-ahli di dalam

menjalankan perniagaan Telco & Post Shoppe, menjadikannya satu ‘platform’ untuk

mengadakan perbincangan dan dialog dengan pihak-pihak yang ada kaitan dengan

perniagaan Telco & Post Shoppe selain mewujudkan satu rangkaian perniagaan diantara

ahli-ahli.

4. Atas desakan Ahli Jawatankuasa dan Ahli-Ahli Persatuan yang sudah loya dan mual

dengan sandiwara TPB dan janji-janji manis yang diberikan, kami mengemukakan surat ini

sebagai luahan rasa dan pembuka mata kepada Y.Bhg Dato’. Kami juga mengambil

kesempatan ini untuk memberi maklumbalas kepada perutusan-perutusan Y.Bhg Dato’ yang

mana sekiranya tidak dibalas/dijawab akan memberikan gambaran bahawa kami

Pengusaha-Pengusaha Telco & Post Shoppe atau MD bersetuju dengan cadangan-cadangan

dan kenyataan-kenyataan yang Y.Bhg Dato’ kemukakan. Malahan juga sekiranya kami ini

tidak bersuara kemungkinan besar Y.Bhg Dato’ dinafikan maklumat dan keadaan sebenar

pengusaha-pengusaha Telco & Post Shoppe yang semakin tenat dan menanti masa untuk

berkubur.

5. Sejak memulakan perniagaan ini, kami MD yang telah membuka kedai dan

menghabiskan sejumlah wang yang banyak tanpa mendapat pulangan yang munasabah.


 

Bermula dengan pembayaran distributors fee sebanyak RM54,000 dan kos penyediaan kedai

yang tidak kurang dari RM70,000, kami juga terpaksa membayar kos overhead diantara

RM4,000 ke RM10,000 setiap bulan. Setakat ini kami telah menghabiskan tidak kurang

daripada RM200,000 dan hanya mendapat pendapatan kurang dari RM40,000 ataupun

purata RM3,300 sebulan dengan overhead sebanyak RM7,000 sebulan.

6. Perkara ini terjadi berpunca dari kegagalan pihak Pengurusan Telco & Post pusat

melaksanakan tanggungjawabnya kepada kami. Banyak produk-produk yang dijanjikan

mengambil masa yang terlalu lama untuk dibekalkan, malahan banyak lagi yang tidak

dibekalkan langsung. Akhirnya hanya produk TM dan pembayaran bil sahaja yang dapat

dijalankan dan mana mungkin dengan dua (2) produk ini kami boleh mendapat pendapatan

untuk membayar overhead kami.

7. Pada pertemuan awal kami dengan Pengurusan lama Telco & Post pusat pada 27hb

Mac 2010, kami dimaklumkan oleh Y.Bhg Dato’ Daud Darus bahawa mereka kekurangan

sumber tenaga kerja untuk menguruskan kami dan memerlukan masa untuk menambahnya.

Hal ini berlarutan sehinggalah Y.Bhg Dato’ mengambil alih jawatan Pengerusi pada bulan

Julai 2010. Sekarang Pengurusan Y.Bhg Dato’ pula perlukan masa sehingga bulan Disember

2010 (enam bulan dari bulan Julai 2010) untuk mengstruktur semula pengurusan TPB.

Persoalannya, sampai bila kami perlu terus-menerus menanggung kos menjalankan

perniagaan ini tanpa pendapatan yang munasabah.

8. Y.Bhg Dato’ sebagai tokoh usahawan yang ulung tentu lebih maklum tanpa

pendapatan yang munasabah adalah mustahil untuk kami bertahan dan terus menjalankan

perniagaan ini. Perlu juga kami maklumkan di sini bahawa kami kehilangan perkhidmatan


 

Poslaju pada bulan September 2010 iaitu semasa di bawah pengurusan Y.Bhg Dato’.

Sepatutnya pengurusan Y.Bhg Dato’ membayar dahulu jumlah yang tertunggak itu dan

mengutipnya dari kami kemudiannya. Dimanakan wang yang dikutip dari kami MD dan dari

Annex Distributors yang jumlahnya lebih daripada RM30,000,000 (Ringgit Malaysia Tiga

Puluh Juta) dan kenapa tidak digunakan dahulu duit tersebut untuk mempastikan

perniagaan tersebut diteruskan?

9. Di dalam perutusan Aidil Fitri yang edarkan pada bulan September 2010, Y.Bhg Dato’

telah memaklumkan rancangan penambahbaikan program ini dengan pelbagai kata-kata

yang indah dan penuh semangat. Pelbagai produk baru akan ditawarkan. Pelbagai janji

manis ditabur tetapi Y.Bhg Dato’, sehingga kini tidak ada satu pun yang dapat

dimanafaatkan oleh kami. Bermula dari pengurusan hinggalah ke produk dan

perkhidmatan; semuanya bertambah terok. Mana mungkin jika bilangan kakitangan

pengurusan yang sebelum ini tidak cukup, didapati bukan sahaja tidak di tambah malahan

dikurangi lagi. Saluran komunikasi pula bertukar daripada dua(2) hala menjadi satu(1) hala.

Dimanakah pula kakitangan yang dilatih dan terlatih itu. Mengapakah masih ada MD yang

belum mendapat perkhidmatan web Mobile Money, belum dapat mesin E-Pay, belum dapat

bekalan stok kad debit AmBank dan bermacam-macam produk lagi? Apakah ini dinamakan

penambahbaikan? Sedarkah Y.Bhg Dato’ bahawa bilangan MD yang beroperasi juga

semakin berkurangan? Maaf Y.Bhg Dato’, saya dan rakan-rakan tidak nampak apa

perubahan dan pembangunan yang dimaksudkan dalam perutusan Y.Bhg Dato’.

10. Produk “i-Tahweel” (remittance) sebagai ejen kepada Al-Rajhi Bank yang Y.Bhg Dato’

sebutkan itu juga mustahil untuk kami perolehi kerana syarat asasnya ialah deposit beribu

ringgit selain dari saringan Bank Negara yang ketat. Perkhidmatan kourier Red Cargo,


 

Kangaroo atau SkyNet (yang dinyatakan sebagai ganti Poslaju) juga tidak dapat dijalankan

kerana harganya yang mahal dan perkhidmatannya yang tidak setanding dengan Poslaju.

Pelanggan setia kami juga enggan menggunakannya.

11. Kenyataan Y.Bhg Dato’ iaitu perkhidmatan Takaful Motor Etiqa kini telah mendahului

perkhidmatan telekomunikasi sebagai perkhidmatan yang memberikan keuntungan

terbanyak juga adalah tidak benar dan mencerminkan maklumat yang tidak tepat Y.Bhg

Dato’ terima tentang keadaan sebenar perniagaan ini. Mana mungkin dengan komisyen

10% bagi setiap ‘cover note’ yang dikeluarkan, jualan insuran sehari boleh mengatasi
U U

keuntungan daripada jualan kurier selama sebulan .


U U Ianya tidak tepat kerana saya tahu

sebab saya sendiri sudah menjalankan kegiatan ini sebelum pengurusan Y.Bhg Dato’

mencadangkannya.

12. Y.Bhg Dato’ mencadangkannya perkhidmatan ini juga boleh disertakan dengan

perkhidmatan memperbaharui cukai jalan, pembayaran saman atas inisiatif pemilik outlet

masing-masing. Jadi, apakah sebenarnya peranan pengurusan Telco & Post di sini.

Sudahlah begitu, sehingga kini program insuran ini juga masih belum dapat dilaksanakan.

13. Berkenaan dengan Mini Karnival sebagai aktiviti promosi di outlet Telco & Post Seri

Kembangan, saya sendiri menghadirinya dan hasilnya amat memalukan dan tiada

kemeriahan langsung. Hanya beberapa orang luar yang hadir dan boleh dikira dengan jari.

Inikah kejayaan yang Y.Bhg Dato’ maksudkan?

14. Tentang latihan melalui Video Conferencing bagi outlet-outlet terpilih pula, boleh

kami tahu bila akan dilaksanakan? Bagaimana pula dengan penawaran kursus pendek di


 

outlet Telco & Post yang bersesuaian bagi penduduk sekitar outlet tersebut. Bila boleh

dilaksanakan? Ataupun ini hanya satu lagi gimmik Telco & Post? Nyata dan jelas di sini

bahawa tidak ada satu pun rancangan yang Y.Bhg Dato’ sebutkan itu berhasil dilaksanakan.

15. Kenyataan Y.Bhg Dato’ iaitu dalam masa satu tahun, Telco & Post sudah pun

menjadi satu jenama yang dikenali ramai juga tidak tepat. Tanyalah sesiapa dijalanan,

apakah mereka kenal jenama Telco & Post ataupun perkhidmatan yang ditawarkannya. Jika

kenyataan ini benar, maka sudah tentu pelanggan kami amat ramai dan keuntungan kami

juga tinggi, tetapi ini jauh dari kebenarannya. Malahan pihak kami sudah berkali-kali

meminta pihak pengurusan Telco & Post menjalankan aktiviti pengiklanan dan penjenaman

tapi malangnya tidak ada langsung usaha tersebut dilakukan. Bukan itu sahaja, pengiklanan

dan promosi yang dijalankan oleh E-Pay juga tidak melibatkan Telco & Post.

16. Kami juga perlu komen tentang Program High Flyers yang difokus bagi menjana

pendapatan RM10,000 sebulan dengan bantuan penuh daripada pihak prinsipal dan akan

diketuai oleh En. Johnny Neoh. Program ini amatlah tidak adil kerana hanya 20 outlet

sahaja yang akan dijemput dan kumpulan ini pula seolah-olahnya sebagai Guinea pig atau

bahan ujikaji. Apa hal pula dengan outlet-outlet yang lain? Berapa lama pula kami harus

tunggu sebelum kami pula mendapat peluang yang sama? Bagaimana pula kami hendak

tampung kos overhead kami sepanjang tempoh itu? Lagipun mengapakah sasarannya

hanya RM10,000 sebulan? Apakah itu potensi sebenar perniagaan ini? Di sini kami nampak

jika Telco & Post pusat hanya mampu mengendali hanya 20 outlet, saya sarankan supaya

dipulangkan semula semua distributors fee kepada kami supaya kami boleh keluar dari

program keusahawanan ini.


 

17. Kami juga telah menghantar surat kepada Pengurusan TPB untuk menuntut bayaran

semula stok kad KLTP berjumlah 24 unit bernilai RM1,032.00 setiap satu. Kami juga dalam

proses mendapatkan khidmat perundangan bagi mendapatkan keseluruhan bayaran

tersebut yang kami jangkakan hampir RM10 juta. Tuntutan ini wajar kerana apa-apa

program untuk menambah bilangan usahawan dalam program Telco & Post samada agen

ber’outlet’ atau tidak, amatlah tidak logik kerana sedangkan bilangan kami yang ber’outlet’

kurang dari 200 pun tidak dapat dilayan dengan sempurna, bolehkah pihak Y.Bhg Dato’

menguruskan 9600 (400 x 24) orang lagi? Bilangan ini juga tidak termasuk bilangan Telco

& Post Mini (dahulunya dikenali dengan nama Telco & Post Annex) yang pihak Y.Bhg Dato’

akan lancarkan nanti. Lagipun, adakah TPB memiliki lesen pemasaran Multi Level,

bukankah itu akan mengheret kami kepada kegiatan yang melanggar undang-undang?

18. Kami juga musykil, apakah yang akan mendorong “peserta” baru menyertai program

ini memandangkan kami sendiri terkapai-kapai untuk menjana pendapatan yang

munasabah. Bagaimanakah kami berupaya menjual peluang perniagaan yang amat tidak

menguntungkan ini? Apakah kami juga perlu melakukan pembohongan kepada “peserta”

baru ini pula? Di manakah logiknya langkah dan strategi yang Y.Bhg Dato’ cadangkan ini?

19. Untuk pengetahuan Y.Bhg Dato’, pihak Persatuan juga telah berjumpa dengan

Pengurusan Poslaju dan kami telah dimaklumkan tentang keseluruhan situasi isu antara

Poslaju dengan TPB. Di sini pihak kami menyatakan pendirian kami bahawa kami tidak akan

memberikan apa-apa bantuan kepada pihak Telco & Post untuk menyelesaikannya. Kami

juga telah membuat persediaan undang-undang bagi tujuan itu. Kami juga menuntut

dipulang semula bayaran deposit Poslaju sebanyak RM500 setiap seorang memandangkan

perkhidmatan tersebut tidak mungkin diperolehi oleh TPB lagi.

You might also like